Tahukah anda, kos ubat boleh mencecah 40–60% daripada operasi bulanan klinik? Kalau tak diurus dengan baik, ia akan jadi “silent leak” yang perlahan-lahan mengurangkan margin keuntungan.
Ramai owner klinik rasa penyelesaian terbaik ialah beli banyak stok sekali gus untuk “dapat diskaun”. Hakikatnya, strategi itu menyebabkan cash stuck, meningkatkan risiko ubat expired, dan menyusahkan aliran operasi.
👉 Dengan strategi pembelian pintar + sistem pengurusan stok yang tepat, klinik sebenarnya boleh jimat sekitar 20% sebulan — tanpa menjejaskan servis kepada pesakit.
Dan di sinilah Yezza Purchase Hub memainkan peranan.
1. Bina Reputasi Baik dengan Vendor melalui Purchase Hub
Vendor yang kenal anda bukan saja lebih mesra untuk berunding, malah lebih mudah memberi credit terms (buy now, pay later).
➡️ Kelebihan credit terms:
-
Klinik boleh jual dulu ubat, kemudian bayar vendor selepas 30–60 hari.
-
Aliran tunai lebih stabil sebab duit klinik tak tersekat pada stok.
-
Vendor biasanya lebih cepat respon jika ada isu pertukaran atau return.
➡️ Cara bina hubungan baik dengan vendor:
-
Bayar tepat masa bila kredit due (vendor suka pelanggan yang berdisiplin).
-
Jangan “last minute” order – vendor suka pelanggan yang teratur.
-
Rajin follow up, update & maintain komunikasi mesra (vendor lebih percaya anda).
👉 Dengan Purchase Hub, anda boleh jejak semua order, due date, dan bayaran vendor dalam satu dashboard. Tak perlu risau lupa bayar atau tersalah kira, reputasi anda terjaga, dan vendor lebih yakin untuk beri tawaran terbaik.
2. Elak Beli Ubat Berlebihan
Ramai klinik tersilap dengan mindset: “Kalau beli banyak, dapat harga murah.”
Ya, diskaun itu nampak menguntungkan. Tapi bila dikira balik:
-
Stok terlalu banyak = duit terkunci dalam ubat. Duit itu sepatutnya boleh pusing untuk operasi lain.
-
Risiko expired tinggi. Lagi lama stok duduk dalam stor, lagi besar peluang ia terbuang.
➡️ Formula selamat:
-
Simpan maksimum 3–6 bulan stok sahaja.
-
Kalau kurang laku, beli stok untuk 1–2 bulan sahaja.
👉 Purchase Hub bantu anda kawal paras stok secara automatik. Sistem akan beri amaran bila stok hampir habis atau bila anda mula order lebih daripada trend permintaan sebenar.
3. Amalkan stock management yang padu: First In, First Out
Salah satu punca ubat expired ialah stok tak diurus ikut giliran.
➡️ First In, First Out (FIFO):
-
Ubat yang masuk stor dulu, mesti digunakan dulu.
-
Susun stok mengikut tarikh luput – letak ubat lama di depan, ubat baru di belakang.
➡️ Kelebihan sistem ini:
-
Minimumkan risiko ubat expired.
-
Kurangkan “hilang stok” kerana tersorok di belakang.
-
Staff lebih mudah urus stok sebab susunannya konsisten.
👉 Dengan sistem ini, ribuan ringgit boleh dijimatkan setiap tahun hanya kerana ubat expired hampir sifar.

4. Guna sistem atau data untuk buat keputusan pembelian
Banyak klinik masih order ubat guna kaedah “agak-agak”. Akhirnya:
-
Ada ubat yang dibeli terlalu banyak tapi tak laku.
-
Ada ubat high demand yang habis stok dan pesakit tak puas hati.
👉 Purchase Hub sediakan laporan data trend jualan & penggunaan setiap ubat.
- Forecast tepat: kalau ubat A terjual 100 unit sebulan, sistem cadangkan stok 300 unit (3 bulan).
- Kenal pasti “slow-moving drugs” supaya anda boleh hentikan pembelian.
- Pantau kategori ubat (contoh: antibiotik, ubat darah tinggi, ubat batuk) untuk lihat trend & keperluan sebenar.
5. Hati-hati dengan tawaran vendor
Vendor ubat memang pandai main psikologi. Contoh:
-
“Beli 100 kotak, percuma 10 kotak!”
-
“Bulk order dapat harga 15% lebih murah.”
Nampak menguntungkan, tapi kalau ubat tu tak laku, anda sebenarnya rugi lebih besar.
➡️ Cara elak “termakan” tawaran vendor:
-
Semak data dulu – adakah ubat ini laku? Kalau jarang terjual, jangan beli walau ada promosi.
-
Kira kos sebenar – diskaun hanya untung kalau ubat boleh habis dijual sebelum expired.
-
Ada sistem grouping ubat ikut kegunaan – contoh, anda boleh tengok kategori ubat (contoh: antibiotik, ubat batuk, ubat darah tinggi) dan nilai keperluannya sebelum setuju beli.
👉 Dengan Purchase Hub, anda boleh semak semula data sebelum buat keputusan:
- Adakah ubat ini benar-benar laku?
- Adakah diskaun ini berbaloi bila ditolak risiko expired?
- Berapa kos sebenar vs keuntungan jualan?
Purchase Hub memastikan keputusan pembelian anda berdasarkan data, bukan emosi atau tawaran manis vendor.