Home » Product » Jualan Klinik Ini Naik 25% Selepas Mudahkan Pelanggan Buat Temujanji Online

Jualan Klinik Ini Naik 25% Selepas Mudahkan Pelanggan Buat Temujanji Online

Naikkan Jualan Klinik Bukan Kerja Mudah

Rata rata pemilik klinik akan bersetuju untuk menaikkan jualan klinik ataupun meningkatkan jumlah pelanggan di klinik bukanlah satu tugas yang mudah.

Ada pelbagai strategi yang boleh dikupaskan, tetapi dalam artikel kajian kes ini, fokusnya adalah bagaimana dengan memudahkan pelanggan membuat temujanji online di klinik anda boleh memberi kesan langsung kepada jualan klinik.

Servis Klinik Yang Baik Akan Dipuji

“Walau agak sedikit jauh dari rumah, tapi pengalaman mendapatkan rawatan di klinik ini sangat berbaloi dan berpuas hati 👍🏻 Dari staf di meja pendaftaran, doktor yang memberikan rawatan & juga staf di kaunter ubat/pembayaran sangat mesra pelanggan 👍🏻 Temujanji boleh buat secara online di website, banyak pilihan masa, tarikh, dan juga doktor yang boleh dibuat mengikut keselesaan pelanggan 👍🏻 Klinik sangat bersih & selesa 👍🏻”

”Klinik yang amat mesra pesakit. Doktor dan staff yang ramah dan mudah berurusan. Temujanji juga dapat diatur untuk pesakit. Bayaran yang dikenakan juga agak berpatutan. Support klinik orang Melayu.”

Ini antara maklum balas pelanggan Mya Clinic Kuantan yang boleh dilihat di halaman Google Review mereka.

 

Ketika artikel ini ditulis, Mya Clinic Kuantan mempunyai rating 4.9 Bintang dengan jumlah review lebih daripada 150+

Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa Mya Clinic mempunyai pemilik, doktor dan pasukan yang fokus dalam memberikan yang terbaik untuk pelanggan mereka.

Klinik Mesra Wanita & Anak

Mya Clinic yang terletak di Kuantan, Pahang memposisikan klinik mereka sebagai klinik mesra wanita & anak.

Mya Clinic menawarkan perkhidmatan untuk kesihatan wanita, ibu mengandung dan kanak-kanak. Selain itu penjagaan kesihatan awam seperti penyakit-penyakit kronik, perkhidmatan pesakit luar, pemeriksaan kesihatan umum, vaksinasi dan juga pengurusan luka (dressing) juga ditawarkan disini.

Strategi Pemasaran Digital Yang Baik

Mya Clinic mempunyai strategi pemasaran digital yang sangat baik jika ingin dibandingkan dengan klinik swasta yang lain.

Memaparkan Barisan Doktor Wanita Berpengalaman

Antara yang menarik untuk dikupas adalah bagaimana mereka membina website mereka untuk memudahkan pelanggan ataupun bakal pelanggan mereka mengenali Mya Clinic lebih lanjut

Mereka jelas dengan USP (unique selling point) iaitu Klinik Mesra Wanita & Anak. Mya Clinic memaparkan barisan doktor wanita berpengalaman beserta angka-angka penting untuk membina keyakinan pelanggan mereka untuk mencuba perkhidmatan Mya Clinic.

  • 7260+ Pesakit yang dirawat
  • Jumlah review & rating
  • 12 Tahun Pengalaman
  • Jumlah barisan doktor & staff

 

Senarai Perkhidmatan Dengan Info Lengkap

Mya Clinic juga turut menyenaraikan perkhidmatan utama yang mereka sediakan dengan kemas dan teratur, ini akan memudahkan pelanggan untuk menentukan sama ada Mya Clinic mempunyai perkhidmatan yang mereka inginkan.

Kemudian di setiap perkhidmatan itu, pelanggan boleh mendapatkan info lanjut seperti jenis perkhidmatan, tujuan, harga & pakej.

Walaupun ia kelihatan seperti perkara asas sahaja namun Mya Clinic melakukannya dengan sangat baik dan teratur.

Kesukaran Menguruskan Temujanji Kerana Whatsapp & Pertanyaan Masuk Terlalu Banyak!

Antara masalah utama Mya Clinic sebelum ini adalah whatsapp & pertanyaan untuk temujanji masuk terlalu banyak. Ia adalah masalah yang klinik swasta lain mungkin tidak mengalaminya.

Hal ini menyebabkan potensi jualan mereka terbantut seketika. Pelanggan ramai namun proses membuat temujanji mengalami ketidakcekapan.

Ini mungkin disebabkan, proses untuk membuat 1 temujanji untuk 1 pelanggan melalui whatsapp mengambil masa yang agak panjang.

Menyedari masalah ini, mereka bersetuju mencuba Clinic Appointment System yang Yezza bangunkan.

Clinic Appointment Sytem Di Mya Clinic

Mya Clinic mengubah destinasi butang ‘set temujanji’ di website mereka daripada whatsapp kepada Appointment Page.

Apabila pelanggan ingin membuat temujanji dengan Mya Clinic, mereka akan dibawa ke appointment page.

Lalu pelanggan boleh memilih perkhidmatan yang telah disusun mengikut kategori.

Pilih mana-mana tarikh yang tersedia.

Pelanggan boleh memilih doktor pilihan mereka ataupun pilih tarikh temujanji tersedia yang paling hampir.

Proses baharu ini dapat memendekkan masa yang sebelum ini diperlukan untuk membuat temujanji.

Staff klinik juga boleh fokus kepada kerja yang lebih produktif di klinik.

Hasilnya

Kesan selepas memudahkan pelanggan membuat temujanji melalui Yezza Clinic Appointment System.

Jualan klinik mereka naik sebanyak 25% dalam tempoh 2 bulan!

Konklusi

Memberi fokus kepada kepuasan pelanggan akan sentiasa memberi pulangan yang menguntungkan. Konsultansi doktor, keramahan staff, kebersihan klinik, servis yang baik dan juga sistem yang ‘reliable’ boleh membantu anda membina klinik rating 5-bintang.

Bagaimana pula prestasi klinik anda?

Baca: Cara Naikkan Google Review Bisnes Anda

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *