Siapa Aroma Johor?
Bisnes restoran ataupun kedai makan dikenali sebagai salah satu perniagaan malar segar dan stabil. Di mana-mana pun kita berada pasti agak mudah untuk mencari restoran berdekatan samada untuk makan di kedai tersebut ataupun untuk buat pembelian secara online.
Ini menjadikan saingan di industri ini sengit.
Sama hal nya juga dengan salah satu pengguna Yezza, Aroma Selera Johor yang mempunyai kedai ikan bakar & asam pedas di Kg Baru, Kuala Lumpur.
Sudah beroperasi sejak 2019, mereka mempunyai peminat mereka sendiri. Ramai pelanggan yang datang berulang kali ke kedai mereka.
Di bangunkan oleh sekumpulan anak muda, perniagaan mereka tidak tercicir daripada keperluan pemasaran digital yang bagus.
Aroma Selera Johor boleh dikatakan mempunyai ‘Online Presence’ yang baik. Buktinya pada tahun 2021 mereka mencatatkan jualan melebihi RM 1 Juta setahun untuk pembelian online melalui website mereka (aromajohor.com)
- Mempunyai 19,000+ pengikut di Instagram.
- Hampir 1800+ pelanggan berkunjung ke kedai mereka setiap bulan.
- Rating 4.8 bintang di GrabFood dan masuk ke kategori Must-Try-Restaurants!
Namun Google Reviews & Testimoni Aroma Johor Sangat Rendah & Sedikit
Setelah hampir 4 tahun beroperasi sejak 2019, mereka hanya mampu mengumpul sebanyak 23 Google Reviews di akaun google reviews mereka.
Benarkah jumlah google review & testimoni itu selayaknya untuk Aroma Selera Johor?
Di GrabFood, mereka mencatatkan rating 4.8 Bintang dengan jumlah review melebihi 250+, dan ketika artikel ini ditulis, mereka baru 1 tahun lebih aktif di GrabFood. Sebelum ini mereka lebih banyak fokuskan jualan mereka di website & di kedai.
Cabaran Yang Dihadapi
Antara cabaran yang menjadi punca pada masalah rating yang rendah di google reviews adalah:
- Pernah laksanakan rutin kumpul feedback selepas pelanggan beli tapi ianya terhenti kerana ia menuntut banyak masa.
- Tak mahu untuk kumpul feedback secara terus menggunakan link google review, ini kerana risau jika feedback atau aduan tentang masalah diuruskan di khalayak.
Nak dapatkan rating yang bagus dan banyak dalam masa yang sama nak tahu & improve kelemahanan operasi perniagaan.
Menyedari Aroma Johor Kehilangan Banyak ‘Traffic’ Percuma
Apabila mereka semak di Google Business Profile mereka, ada lebih kurang 5,378 kali perniagaan mereka dipaparkan sebagai hasil carian. Namun, mereka ‘kalah’ dalam perang rating kepada pesaing mereka yang mempunyai rating yang lebih baik di sekitar Kg Baru, Kuala Lumpur.
Bagaimana Aroma Selera Johor Menggunakan Yezza Reviews Untuk Selesaikan Masalah Rating Rendah
Sudah pun bertahun-tahun menjadi pengguna setia Yezza untuk menguruskan jualan online mereka (aromajohor.com)
Apabila kami beritahu kami telah bangunkan satu sistem untuk tingkatkan rating google review & ‘sorok’ rating rendah untuk diurus secara dalaman.
Mereka terus mahukan sistem ini untuk dicuba! Gambar di bawah adalah paparan muka Yezza Review.
Review Page (merujuk gambar di bawah) adalah yang diterima oleh pelanggan seusai membuat pembelian. Apa yang membezakan review page ini dengan google review yang biasa?
Review page oleh Yezza ini akan asingkan review positif dan review negatif.
Review positif akan terus dihantar ke Google Review dimana ia boleh dilihat oleh semua orang yang sedang mencari maklumat tentang Aroma Selera Johor melalui google. Ini jugalah yang menjadi testimoni bisnes Aroma Johor.
Manakala review negatif akan dihantar ke ‘Internal Feedback Form’. Ia disorok dan tidak boleh dilihat oleh semua orang. Hanya team Aroma Selera Johor sahaja boleh melihat rating rendah atau review negatif ini.
Ini membolehkan Aroma Selera Johor tetap maklum dengan kelemahan di operasi yang dibuat oleh staff mereka dan boleh menambah baik operasi mereka dari masa ke masa tanpa menjejaskan rating mereka di Google Review.
Strategi Aroma Selera Johor
- Menggunakan semua database pelanggan mereka selama ini dan menghantar jemputan untuk mereka memberikan rating dan testimoni.
- Di website, Aroma Selera Johor mengautomasikan penghantaran mesej kepada setiap pelanggan untuk memberikan rating dan testimoni 3 jam selepas pelanggan menerima makanan.
- Di kedai mereka laksanakan SOP meminta rating & testimoni dengan menunjukkan QR Kod sebelum pelanggan membayar.
Hasilnya
Dalam masa 2 minggu sahaja, Aroma Selera Johor berjaya menaikkan jumlah google review mereka kepada 116 reviews setelah selama 4 tahun tersekat dengan 23 review sahaja.
Seperti di GrabFood Aroma Selera Johor, kini rating di google review mereka juga telah melonjak kepada 4.8 bintang.
Ini bukti yang makanan yang disediakan mereka memang baik kualiti dan rasanya, cuma sebelum ini tidak diuruskan pengumpulan maklum balas itu dengan baik.
Memanjat tangga ke 2 untuk keyword ‘Ikan Bakar Kg Baru’. Kini bila prospek mereka membuat carian “Ikan bakar kg baru” di google, profil Aroma Johor yang akan muncul berbanding kedai makan lain di Kg Baru. Sekaligus, lagi ramai pelanggan yang datang ke kedai Aroma Johor.
Konklusi
Sebenarnya, 93% pelanggan gunakan google review dan testimoni online untuk membuat keputusan membeli sesuatu atau mencuba kedai baru.
Google Review dan testimoni adalah salah satu kaedah pemasaran yang sangat berkesan untuk bisnes kedai makan, kerana hampir semua orang akan membuat carian tentang kedai anda di google terlebih dahulu, samada untuk tahu lebih lanjut ataupun untuk mendapatkan navigasi ke kedai anda.
Bagaimana pula prestasi google review kedai makan anda?
Leave a Comment