Home » Klinik » Jualan & Rating Klinik Aafiyah Meningkat Dalam Masa 2 Bulan

Jualan & Rating Klinik Aafiyah Meningkat Dalam Masa 2 Bulan

Strategi Klinik Aafiyah Tingkatkan Jualan & Rating Klinik Mereka

Klinik Aafiyah yang terletak di Kulim diasaskan pada sekitar tahun 2020, selain rawatan am mereka mempunyai rawatan khusus untuk segmen Ibu & Anak seperti perkhidmatan buka buku pink, antenatal scan, sedut kahak bayi dan lain lain.

Klinik Aafiyah diuruskan oleh pemilik, doktor & pasukan yang sentiasa ingin menambah baik mutu perkhidmatan klinik mereka.

Ketika artikel ini ditulis nama Klinik Aafiyah tidak asing lagi pada warga Kulim & sekitarnya, terkenal dengan klinik mereka yang selesa, ruang khas untuk kanak-kanak, servis yang baik & doktor yang berpengalaman.

Cabaran Dalam Meningkatkan Jualan & Rating Klinik

  • Jualan Klinik Terlalu Bergantung Pada Pelanggan Walk-ins
  • Rating & reviews klinik rendah sebab tak ada proses kerja meminta feedback selepas habis rawatan

Seperti kebanyakkan klinik lain ataupun mana-mana bisnes, kebergantungan kepada satu saluran jualan adalah sesuatu yang boleh membantutkan pertumbuhan bisnes tersebut.

Jika kita lihat kajian yang dilakukan pula, antara perkara yang mereka harapkan adalah tentang proses temujanji yang lebih mudah & cepat

Manakala, gambarajah di bawah pula menunjukkan bagaimana dengan tambahan 1 bintang dalam keseluruhan rating bisnes tersebut boleh menyumbang kepada 5-9% tambahan jualan

Apa yang Klinik Aafiyah lakukan:

  • Menggantikan Proses Temujanji Manual Dengan Sistem Temujanji Online
  • Menggunakan Link Appointment Page Di Media Sosial Sebagai CTA
  • Automasikan Permintaan Maklum Balas Pelanggan Selepas Rawatan

Menggantikan Proses Temujanji Manual Dengan Sistem Temujanji Online

Klinik Aafiyah menggantikan proses kerja mereka yang lama iaitu tempahan temujanji klinik menggunakan whatsapp dengan sistem temujanji online

Tempahan temujanji klinik melalui whatsapp ini mempunyai beberapa ‘bottleneck’ iaitu;

  • Boleh mengambil masa sehingga 1 hari hanya untuk mendapatkan tarikh temujanji yang pelanggan mahu
  • Kemudian perlu juga menyemak jadual doktor yang dinamik sebelum memberi pengesahan tarikh kepada pelanggan
  • Kemungkinan tempahan bertindih terjadi adalah lebih tinggi
  • Memerlukan 1 pekerja khusus untuk menguruskan temujanji di whatsapp
  • Jika tiada pekerja khusus yang menguruskan whatsapp, pelanggan pula yang perlu menunggu lama untuk dapat jawapan balas

Senarai di atas ini boleh diteruskan dengan lebih panjang.

Sistem Temujanji Online Yang Digunakan

Pelanggan klinik aafiyah kini terus boleh menempah tarikh temujanji tanpa perlu bertanya tentang;

  • Tarikh yang available
  • Harga servis
  • Jenis servis yang ada

Pantas & mudah.

Menggunakan Link Appointment Page Di Media Sosial Sebagai CTA

Klinik Aafiyah juga menggunakan link appointment page di setiap hantaran media sosial mereka sebagai call to action

Ia membolehkan prospek atau audiens yang baru menjumpai Klinik Aafiyah di media sosial terus membuat temujanji dengan mudah

Automasikan Permintaan Maklum Balas Pelanggan Selepas Setiap Rawatan

Klinik Aafiyah mempunyai servis yang sangat baik, namun ia tidak diterjemah kepada google review kerana tiada proses kerja yang kemas dan konsisten untuk meminta maklum balas daripada pelanggan

Namun selepas menggunakan sistem untuk menyelesaikan masalah ini, rating klinik Aafiyah melonjak kepada 4.8 bintang dengan 118+ reviews.

Konklusi

Jualan klinik boleh meningkat apabila klinik memudahkan pelanggan untuk membuat temujanji dengan ‘memotong’ banyak proses manual yang perlu dibuat oleh pelanggan.

Manakala prospek baru akan lebih mudah membuat keputusan untuk mencuba perkhidmatan di klinik yang mereka tidak pernah kunjungi jika ada banyak ‘social proof’ yang mereka baca di google reviews.

Sekaligus, membuatkan 2 proses ini jika dilakukan dan dijaga dengan baik, boleh memberi impak terhadap jualan klinik.

Bagaimana dengan klinik anda?

 

Baca juga: [Kajian Kes] Jualan Klinik Ini Naik 25% Selepas Mudahkan Pelanggan Buat Temujanji

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *