Masalah bila baru nak bermula buat bisnes online adalah, customer atau prospek terpaksa simpan nombor telefon anda sebelum mereka boleh WhatsApp untuk tanya atau beli produk yang anda jual. Disebabkan itu, sangat penting untuk anda tahu cara buat link WhatsApp dalam masa singkat hanya dengan smartphone.
Setiap peniaga online yang promote barang secara online wajib ada link WhatsApp sendiri supaya prospek dapat hubungi anda dan beli barang yang anda jual secepat mungkin. Data dari portal Statista menunjukkan, 98.7% daripada rakyat Malaysia menggunakan WhatsApp setiap hari setakat Mei 2020.

Link WhatsApp adalah satu fungsi yang membolehkan customer atau prospek chat dengan anda di WhatsApp tanpa mereka perlu simpan nombor telefon anda. Syarat untuk gunakan link WhatsApp adalah, anda dan customer/prospek mestilah pengguna WhatsApp yang aktif. Link WhatsApp ini boleh digunakan untuk kedua-dua smartphone dan WhatsApp Web.
Teknik cara buat link WhatsApp ini khusus untuk nombor Malaysia yang dikeluarkan secara rasmi dari laman web WhatsApp. Anda tak perlu khuatir tentang risiko WhatsApp kena banned atau report kerana teknik ini sememangnya sah.

Cara buat link WhatsApp ini sangat mudah dan cepat kerana anda tidak perlu gunakan software URL Decoder/Encoder. Hanya edit dan copy paste teks dan kod yang anda buat manual sahaja.
Buat Link WhatsApp Guna wa.me
Langkah pertama adalah perlu buka browser di smartphone tak kisah samada Google Chrome, Morzilla Firefox, Opera Mini atau Safari dan type https://wa.me/
Langkah kedua, masukkan nombor telefon anda dengan mengikuti format antarabangsa seperti ini https://wa.me/60123456789
Pastikan anda tidak meletakkan tambahan kosong (0), braket dan dash pada nombor telefon format antarabangsa tersebut.
Gunakan : https://wa.me/60123456789
Jangan Gunakan : https://wa.me/6012-345689 atau https://wa.me/6012-(345) 6789
Cara Masukkan Teks Pada Link WhatsApp
Tujuan memasukkan teks pada link WhatsApp adalah supaya, anda tahu apa tujuan customer atau prospek chat anda di WhatsApp. Teks pada link WhatsApp ini akan keluar secara automatik dengan syarat anda perlu tambah teks yang anda ingini pada link WhatsApp tersebut.
Jika anda jual nasi lemak, anda boleh setkan teks yang anda akan terima adalah, “Saya Nak Beli Nasi Lemak”.
Caranya, tambah : ‘ ?text= ‘ di belakang link WhatsApp kemudian masukkan teks anda. Setiap ayat perlu ditambah ‘ %20 ‘.
Contoh : https://wa.me/60123456789?text=Saya%20Nak%20Beli%20Nasi%20Lemak
Cara Pendekkan Link WhatsApp
Biasanya, link WhatsApp beserta teks adalah panjang dan kelihatan tidak kemas dan cantik untuk dipaparkan di sosial media. Sebenarnya, anda boleh pendekkan link WhatsApp tersebut mengikut kesesuaian dan kesukaan anda.
Guna Bit.ly
Buka laman web ini bit.ly dan sila Login menggunakan akaun Gmail anda. Kemudian klik butang CREATE dan masukkan link WhatsApp anda dan tekan CREATE.

Lanjut, akan keluar link yang lebih pendek dan ringkas untuk anda promote di sosial media pada customer atau prospek. Tapi, anda boleh custom link tersebut dengan memasukkan teks di belakang seperti ini.

Cara Buat Link WhatsApp Form
Jika anda menjual servis dan perkhidmatan seperti jual beli hartanah, insurans dan takaful atau mungkin anda seorang kontraktor rumah dan tukang paip, cara yang betul untuk close deal di WhatsApp adalah menggunakan WhatsApp Form. WhatsApp Form terbukti berjaya memendekkan proses mendapatkan facts & finding prospek daripada 2 hari – 5 hari menjadi 15 minit sahaja.
Apa Itu WhatsApp Form?
WhatsApp Form adalah alat untuk anda kumpul order dari pelanggan dan mengumpul lead generation bisnes. Jika anda menggunakan WhatsApp Form, customer/prospek wajib isi form tersebut sebelum membuat booking atau buat pembayaran dari produk atau servis anda.
Anda boleh cipta dan customize form tersebut mengikut info dan detail yang anda perlukan dari customer/prospek. Paling best, anda boleh aktifkan fungsi Pay Now supaya customer/prospek boleh terus buat pembayaran secara online.
Bisnes yang menggunakan WhatsApp Form boleh pendekkan chat di WhatsApp, jimat lebih masa dan urus lebih banyak leads dan sales setiap hari.
Contoh WhatsApp Form
Ini contoh tiga jenis industri yang berbeza dan menggunakan WhatsApp Form untuk kumpul order dan leads customer mereka setiap hari.
- F&B – Nasi Kukus Maleq
2. Takaful – Aliah Wealth Consultancy
3. Interior Design & Construction – Rekabrik
Step By Step Buat Link WhatsApp Form
Untuk bina WhatsApp Form, anda perlu daftar Yezza terlebih dahulu. Daftar Yezza secara percuma 14 hari di sini.
Kemudian, anda boleh mula bina WhatsApp Form dengan Pergi ke Setup > Whatsapp Forms. Klik ‘+ Create New Form.
Tuliskan nama untuk borang tersebut. Pelanggan anda tidak akan melihat nama ini, ia hanya untuk rujukan anda sahaja.Perkara atau info yang terpapar di bahagian Data Collection adalah kotak maklumat yang akan diisi oleh pelanggan anda nanti. Jika anda perlukan lebih lagi maklumat, tekan pada + Collect Extra Info.
Tambahkan/lampirkan penjual di bahagian ‘Who’s Selling’. Bawa kursor kepada kotak kosong tersebut, dan anda akan melihat nama-sama salespersons yang telah ada di dalam sistem anda.
Nama-nama ini boleh ditukar dari masa ke semasa. Jika lebih dari 1 salespersons ditambahkan, pelanggan yang masuk akan dibahagian secara bergilir-gilir di antara kesemua salespersons yang ada.
Klik pada 3 titik > View Form untuk melihat rupa borang whatsapp anda dari sudut pandang pelanggan nanti. Jika perlu, ubahsuai lagi. Dan akhir sekali, tolak toggle ke kanan untuk ‘Publish‘ borang anda.
Kongsikan artikel ini pada kawan-kawan anda yang mencari cara buat link WhatsApp untuk bisnes online mereka. Hanya perlukan smartphone dan internet sahaja untuk buat link WhatsApp sendiri. Sebaiknya, jika anda buat bisnes berasaskan servis, gunakan WhatsApp Form dari Yezza kerana proses close deal lebih cepat dan anda mampu urus lebih banyak leads dari customer dalam satu masa secara automatik.
Leave a Comment