Home » Laman Web » Cara Buat Website Sendiri Untuk Kedai Online (10 Minit Siap)
cara buat website sendiri

Cara Buat Website Sendiri Untuk Kedai Online (10 Minit Siap)

Jika anda buat bisnes online, sangat penting untuk anda ada kedai online sendiri. Kedai online berfungsi sebagai medium untuk pelanggan membeli produk dan mendapatkan info tentang produk dan bisnes anda. Silap ramai solopreneur, usahawan dan peniaga online adalah, mereka bergantung sepenuhnya kepada sosial media untuk promosi barang secara online tanpa mengetahui cara buat website sendiri. 

Ramai tak tahu yang cara buat website sendiri untuk kedai online sebenarnya tidaklah sesukar 10 tahun yang lalu. Dulu, nak buat website sangat sukar kerana anda perlu ada skill untuk membina website atau sekurang-kurangnya kenal orang yang boleh buatkan website untuk anda. 

Hakikatnya, sosial media hanya berfungsi sebagai platform bersosial dan behavior pengguna sosial media lazimnya ingin melihat konten berbanding membeli produk. Hari ini, anda boleh buat website sendiri untuk kedai online dalam masa kurang 30 minit menggunakan phone sahaja.

Selepas kedai online anda siap, anda boleh terus promote barang dan menjual. Potensi buat duit secara online adalah sangat besar di Malaysia. Ini dibuktikan menerusi data dari DOSM yang menunjukkan peningkatan sebanyak RM30.2 bilion atau 10.4% dalam pertumbuhan digital ekonomi daripada tahun 2020 berbanding tahun 2019.

Tahun 2021 menyaksikan barangan elektronik duduk dalam tangga teratas sebagai produk paling banyak dibeli rakyat Malaysia secara ecommerce diikuti produk kecantikan dan kesihatan. 

 

produk ecommerce di malaysia 2022
Kredit : Statista

 

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan cara buat website sendiri untuk kedai online. Sebelum itu, anda perlu tahu secara menyeluruh akan kebaikan buat website untuk kedai online anda. Ini penting supaya anda tahu potensi sebenar selepas kedai online anda siap kelak. 

Apa Kelebihan Buat Website Sendiri?

 1. Tiada Masalah Geografi 

Bayangkan, target customer anda adalah pengguna yang tinggal beratus-ratus kilometer dari lokasi anda. Jika anda menetap di Kuala Lumpur, pengguna anda pula tinggal di Kelantan atau Terengganu. Logiknya, jika kedai anda terletak di Lembah Klang, pengguna itu mungkin akan melupakan hasrat untuk beli produk anda. 

Ini berbeza kalau anda ada kedai online sendiri di mana, pengguna dari seluruh daerah dan negeri di Malaysia boleh akses kedai online anda dan membeli produk yang mereka ingini secara online. 

2. Kedai Beroperasi 24 Jam

Pernah tak pergi ke shopping mall, dan kedai yang anda ingin pergi itu tutup kerana sudah tamat operasinya? Dengan kedai online ini tidak akan berlaku sama sekali (melainkan anda tutup kedai onlinei tu secara kekal).

Kedai online, boleh beroperasi 24 jam sehari selama 365 hari tanpa ada sebarang halangan seperti mengikut waktu operasi shopping mall dan sebagainya. Pelanggan juga tetap boleh membeli produk anda walaupun anda sedang memandu kereta, bersukan dan tidur di malam hari. 

3. Proses Membeli Lebih Laju

Majoriti pelanggan terpaksa melalui fasa membeli yang panjang sekiranya mereka membeli secara konvensional. Mereka terpaksa bertanya terlebih dahulu tentang produk, menunggu staf melayan mereka dan sebagainya. Dengan kedai online, proses membeli menjadi lebih laju kerana tiada interaksi antara manusia yang diperlukan. 

Pelanggan anda hanya perlu pilih produk di menu katalog, memasukkan detail alamat dan membuat pembayaran sahaja. Semua proses ini lengkap dalam masa kurang daripada 300 saat atau 5 minit. 

4. Boleh Diakses Lebih Ramai Pelanggan 

Dengan kedai online, anda boleh buat pelbagai jenis marketing untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan untuk membeli. Sekiranya anda menggunakan online advertising seperti Facebook Ads, Instagram Ads dan Google Ads, kedai online anda boleh diakses lebih ramai pelanggan tanpa mengira warna kulit, agama, bangsa dan lokasi mereka. 

Apa yang penting adalah, produk yang anda jual, mestilah menyelesaikan masalah pelanggan tersebut dan pelanggan tersebut bersetuju untuk membayar produk itu pada harga yang anda tetapkan di kedai online. 

5. Lebih Murah Berbanding Buka Kedai Fizikal

Untuk memastikan sebuah kedai fizikal berjalan setiap hari tanpa ada masalah, anda perlu keluarkan kos untuk membayar sewa kedai, cukai pintu kepada Pihak Berkuasa Tempatan, bil utiliti dan juga menggajikan sekurang-kurangnya dua orang staf.

Semua kos ini boleh menelan belanja sekitar RM5,000 – RM7,000 sebulan. Ini tidak termasuk kempen marketing secara offline seperti pamplet, billboard dan sebagainya di sekitar lokasi kedai fizikal anda. 

Berbeza dengan membuka kedai online, anda tidak perlu keluarkan semua kos tersebut. Anda hanya perlu bayar secara bulanan kos untuk kedai online serendah RM600 atau RM2,400 setahun sahaja mengikut jenis kedai online yang anda inginkan. 

Cara Buat Website Sendiri Untuk Kedai Online

1. Daftar Yezza

Langkah pertama yang anda perlu buat adalah daftar Yezza di sini. Fasa ini sangat mudah kerana anda boleh daftar masuk menggunakan akaun Gmail dengan satu klik atau dengan nombor telefon. Kemudian, barulah anda pilih jenis bisnes, dan pilih plan Yezza yang sesuai dengan bisnes anda.

daftar yezza percuma

 

2. Pilih Jenis Bisnes

Tips untuk masukkan nama bisnes adalah, gunakan nama yang berkaitan dengan produk yang anda jual. Untuk subdomain, anda boleh masukan nama bisnes tersebut. Kemudian, pilih jenis bisnes yang anda jalankan menerusi Drop Down menu yang disediakan.

pilih jenis bisnes yezza

3. Pilih Plan Yezza

Buat masa ini, anda boleh pilih salah satu di antara Start Plan atau Growth Plan. Untuk orang yang baru mula bisnes online, anda boleh pilih Start Plan. Jika bisnes online anda sedang berkembang dan anda mempunyai banyak channel sales & marketing, sila pilih Growth Plan. 

pelan yezza start growth cara buat website sendiri

 

4. Upload Produk

4.1 Masukkan Gambar Produk

Masukkan gambar produk yang anda jual samada dalam bentuk file .jpeg atau .png. Anda juga boleh masukkan video berbentuk .mp4 sekiranya ada. Gambar yang dimasukkan mestilah cantik lebih-lebih lagi jika anda jual pakaian dan makanan. 

Elak daripada guna gambar yang diambil di Google, sebaiknya gambar sebenar produk anda. 

upload produk di yezza

 

4.2 Tulis Detail Produk

Mula dengan masukkan nama produk yang anda ingin jual, harga dan Description. Untuk Description, sila masukkan detail produk tidak lebih daripada 160 patah perkataan. 

Isi juga detail berkaitan stok Inventory, Add-Ons dan Product Notes (jika ada). Sesetengah produk dalam industri fesyen mempunyai banyak variasi. Maka, anda boleh masukkan jenis Variation di sini. 

detail produk di yezza

 

Untuk harga, anda boleh masukkan diskaun (jika ada) dan pelanggan akan nampak harga selepas diskaun di produk katalog anda.

Bahagian paling penting adalah memasukkan Meta Description (SEO). Pertama, masukkan tajuk tentang produk dan tulis detail produk. Tujuan Meta Description (SEO) adalah supaya, produk yang anda jual, boleh dijumpai secara organik bila pengguna buat carian di Google. 

setup seo di yezza store

5. Setup Online Banking Kedai Online

Untuk terima duit secara online dari pelanggan, anda perlu link-kan detail perbankan anda dengan Yezza. Anda juga boleh pilih untuk pelanggan bayar secara online payment atau manual transfer.

Anda juga tidak perlu hantar detail bank pada semua pelanggan baru yang chat di WhatsApp dan meminta mereka memberikan resit sebagai bukti pembayaran. Dalam kedai online anda nanti, akan ada butang BAYAR dan pelanggan boleh terus bayar secara online.

setup payment method di yezza store

 

5.1 Pilih Online Payment

Jika anda ingin membenarkan pembayaran melalui FPX, Credit Card/Debit Card dan GrabPay, anda perlu pilih fungsi Online Payment dan setup secara online dalam masa 5 minit sahaja. 

Sistem online payment yang digunakan Yezza adalah Stripe, antara platform pembayaran online terbaik di dunia. 

pilih online payment

 

5.2 Pilih Manual Transfer

Ada pelanggan yang lebih suka membuat pembayaran secara online transfer menggunakan Maybank2U dan CIMB Clicks mereka. Jadi, anda boleh aktifkan fungsi Manual Transfer ini dengan memasukkan detail nama bank, nombor akaun dan nama pemilik akaun bank.

pilihan manual transfer peniaga online yezza

6. Isi Detail Alamat Kedai

Dalam proses ini, anda perlu setup shipping di dalam Yezza dan tidak perlu keluar dan membuka website kurier lain. Hal ini kerana, Yezza secara rasmi telah diintegrasi dengan semua jenis kurier yang ada di Malaysia. 

Segala urusan mencetak Airway Bill (AWB) pun boleh dilakukan secara bulk atau manual di dalam Yezza menerusi Yezza Shipping.

detail kurier untuk yezza shipping

6.1 Masukkan Alamat Kedai

Dalam Yezza Shipping, anda boleh pilih untuk Local Delivery atau Pick Up. Terus pilih Local Delivery dan tekan butang Next. Kemudian, isi alamat kedai di bawah dengan tepat dan berhati-hati.

setup alamat kedai di yezza shipping

6.2 Pin Location Kedai

Ini adalah bahagian paling penting dalam Yezza Shipping kerana syarikat kurier perlu tahu secara visual lokasi tepat kedai anda untuk mereka datang dan ambil parcel anda. Caranya, skrol sehingga anda jumpa lokasi kedai anda dan Pin location kedai anda.

pin location alamat kedai di yezza shipping

7. Design Kedai Online

Kosmetik kedai online tidak boleh dipandang enteng kerana first-impression adalah penting dalam dunia digital. Kedai online yang bagus bukanlah yang hadir dalam bentuk berwarna – warni, sebaliknya design yang minimalist dan jelas supaya pelanggan mampu membeli produk dengan cepat dan mudah. 

 

7.1 Yezza Store Layout

Langkah pertama adalah dengan menyusun Yezza Store anda untuk memilih di antara design jenis biasa (default) atau Instagram

design kedai online yezza

7.2 Product Categories

Anda perlu susun kategori produk mengikut harga, produk dan jumlah stok. Susun produk bestseller dan paling mahal di atas. Susun kategori supaya pelanggan tahu produk utama, produk sampingan dan produk add-on di kedai online anda. 

 

7.3 Tulis Deskripsi Kedai Online

Pelanggan perlu tahu tentang kedai online anda dan imej yang sesuai untuk mereka visualkan kedai online anda. Maka anda perlu tulis sebaik mungkin deskripsi tentang produk dan kedai online anda supaya pelanggan tertarik bila jumpa link kedai online anda di sosial media dan Google. 

detail kedai online pada yezza store

8. Kongsikan Link Kedai Online Anda

Selepas kedai siap, tibalah masa untuk anda promote link Yezza Store tersebut secara agresif di sosial media. Tapi, ada beberapa perkara anda perlu lakukan untuk kongsi link kedai online anda. 

8.1 Tekan Butang Share 

Pergi ke Yezza anda dan klik Yezza Store. Kemudian, klik butang Share dan pilih Copy URL. Anda juga boleh pilih Print QR Code dan tampal QR Code yang telah dicetak di kedai fizikal anda.

kongsi link kedai online yezza

8.2 Letak Link Kedai di Bio Sosial Media

Langkah terakhir adalah dengan meletakkan link kedai online anda di bio sosial media seperti di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan sebagainya.

promosi link yezza di bio sosial media

Dengan cara ini, pelanggan tahu link tersebut akan membawa mereka ke kedai online anda untuk mereka beli produk yang anda promote secara online. 

Jelas daripada artikel ini, nak buat website sendiri tidaklah sesukar yang disangkakan. Anda boleh buat kedai online sendiri menggunakan Yezza Store yang hadir dengan fungsi produk katalog, online payment dan shipping dalam masa kurang daripada 30 minit sahaja. 

Dan yang lebih menarik adalah, semua proses ini hanya memerlukan sebuah smartphone tak kisah Android atau iPhone dan internet sahaja. Selepas kedai online anda siap, anda boleh terus menjual dan terima jualan pada hari yang sama. Kongsikan artikel ini pada kawan-kawan yang ingin buat website sendiri. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *