Home » Pemasaran » 7 Cara Promote Barang Secara Online Dengan Digital Marketing
cara promote barang online

7 Cara Promote Barang Secara Online Dengan Digital Marketing

Masalah dihadapi kebanyakan bisnes online adalah, mereka tidak tahu strategi cara promote barang secara online yang efektif. Cabaran buat marketing secara online adalah, risiko untuk kempen tersebut gagal lebih tinggi berbanding kempen itu berjaya. 

Menurut Forbes, ada 20 sebab utama sebuah bisnes pemula (startup) itu gagal. Apa yang mengejutkan adalah, cara marketing yang tidak efektif tersenarai di nombor 8 mewakili 14% punca utama kebanyakan bisnes menghadapi kegagalan dalam tempoh 3 tahun pertama. 

punca perniagaan gagal
Kredit : Statista

 

Buat pengetahuan anda, ada 7 cara terkini yang anda boleh tiruvasi untuk promosikan produk secara online.

Hari ini, sosial media adalah platform terbaik untuk meningkatkan brand ekuiti anda secara online. 88% bisnes fokus kepada sosial media kerana target audiens mereka meluangkan majoriti masa mereka di situ. 

Akan tetapi, anda sebagai pemilik bisnes dan peniaga online perlu sedar bahawa setiap sosial media yang digunakan audiens mempunyai cara yang tersendiri untuk menarik minat audiens. 

Cara berinteraksi dengan audiens di Facebook, Instagram, TikTok, Twitter, YouTube bahkan WhatsApp sangat berbeza antara satu sama lain.

Oleh yang demikian, ikuti semua cara promote barang secara online yang dikongsikan di dalam artikel ini untuk naikkan sales dan majukan bisnes online anda. 

 

1. Buat Konten Berbentuk Ilmiah

 

konten berbentuk ilmiah
Kredit : Amanz

 

Salah satu cara promote barang secara online paling efektif adalah dengan content marketing. Tips untuk berjaya dalam content marketing adalah dengan membuat posting berbentuk ilmiah dan nilai tambahan pada audiens dengan konteks mempromosikan produk secara halus dan menjawab persoalan tentang produk, niche dan industri. 

Konten berbentuk ilmiah memerlukan anda merangka konten kalendar sekurang-kurangnya 30 hari supaya anda jelas dengan objektif, jenis konten dan segmen audiens yang akan melihat konten tersebut di sosial media. 

 

Posting Tentang Produk

Sebagai pemula, anda boleh buat posting tentang produk anda dengan berkongsikan faedah dan kelebihan orang yang menggunakan produk anda. Elak sama sekali kongsikan fungsi produk, kerana audiens kurang tertarik melihat posting yang terlalu ilmiah dan disulami dengan data dan fakta. 

Untuk posting tentang produk, anda boleh pilih untuk konten berbentuk :- 

  • Tulisan (blog)
  • Audio (YouTube/Spotify)
  • Video (Instagram/TikTok)
  • Infografik (Facebook/Instagram)

 

Jawab Persoalan Tentang Produk

Cara kedua adalah dengan meluangkan masa lebih kurang 30 minit untuk lihat posting masalah yang dipost oleh target audiens di sosial media. Anda akan dapat lihat nanti, banyak masalah, salah faham dan mitos tentang produk, niche dan industri yang anda sedang berada. 

Buat satu posting khusus untuk jawab masalah, salah faham atau mitos tersebut dan kongsikan faedah dan kelebihan produk, niche atau industri anda selari dengan objektif asal untuk jawab persoalan audiens. 

 

2. Buat Contest & Giveaway Untuk Tarik Trafik

contoh giveaway dan contest
Kredit : Hausboom

Cara kedua paling efektif untuk promosikan produk anda adalah dengan buat contest & giveaway untuk tarik trafik audiens ke akaun sosial media. Impaknya, anda akan dapat brand awareness yang banyak dalam masa yang singkat. 

Teknik buat contest & giveaway adalah berbeza antara satu sama lain dan anda boleh gunakan teknik ini satu kali sebulan atau dua bulan. Ikut step by step di bawah untuk cara buat contest dan giveaway. 

 

Cara Buat Contest Untuk Tarik Trafik

Pertama, anda perlu rancang objektif contest itu samada anda ingin trafik audiens ke :- 

  • Follow sosial media
  • Trafik ke WhatsApp
  • Trafik ke website e-commerce

Kemudian, anda perlu cipta satu hashtag yang spesifik untuk contest ini supaya audiens tahu setiap post yang berkaitan dengan contest itu. 

Seterusnya, tetapkan tema contest dan syarat untuk audiens menang contest ini.

Untuk pemilihan hadiah, pastikan hadiah tersebut benar-benar membawa nilai dan barang yang berkaitan dengan produk, niche dan industri anda. 

Akhir sekali, promote contest itu lebih awal dan agresif dengan harapan lebih ramai audiens akan join contest itu dan menyebarkan hashtag yang anda telah tetapkan. 

 

Cara Buat Giveaway Untuk Tarik Trafik

Giveaway adalah pemberian secara percuma kepada mana-mana individu secara rambang yang menyertai sesebuah acara di sosial media. Anda boleh tetapkan untuk audiens kongsikan posting anda dengan caption terbaik di sosial media dan pilih audiens berdasarkan caption. 

Membuat giveaway di sosial media terbukti berkesan untuk tingkatkan brand ekuiti anda di sosial media asalkan hadiah yang diberikan adalah bernilai dan pemenang perlu kongsikan giveaway yang dia dapat dari brand anda. 

 

3. Guna Key Opinion Leader (KOL)

key opinion leader soloz malaysia
Kredit : VOCKET

 

Ramai orang keliru di antara seorang Key Opinion Leader (KOL) dan sosial media influencer. Seorang Key Opinion Leader lazimnya adalah sosial media influencer, tetapi sosial media influencer itu belum tentu seorang Key Opinion Leader. Setiap niche dan industri mempunyai Key Opinion Leader yang konsisten menghasilkan konten di sosial media. 

 

Apa Itu Key Opinion Leader?

Key Opinion Leader adalah satu golongan individu atau akaun yang mempunyai ‘authority’ dalam sesebuah bidang. Jika anda menjual langsir, orang yang berpengalaman dalam fesyen rekaan dalaman rumah adalah Key Opinion Leader (KOL) yang tepat dengan brand anda. 

Key Opinion Leader biasanya adalah individu yang terkenal dan disukai di sosial media kerana konsisten menghasilkan konten yang bermanfaat dan memberi nilai pada follower mereka. 

 

Apa Kelebihan Key Opinion Leader? 

Impak menggunakan Key Opinion Leader berbanding sosial media influencer adalah, anda akan dapat audiens yang lebih tepat kerana majoriti audiens yang follow seorang Key Opinion Leader di sosial media diklasifikasi sebagai audiens yang sah (bukan dibeli / menggunakan bot).

Secara psikologi, manusia akan mengikuti seseorang yang berpengaruh dalam hidup mereka yang berkait rapat dengan kehidupan seharian, pekerjaan dan minat mereka. 

 

Strategi Key Opinion Leader Untuk Tarik Trafik

Marketing adalah berkenaan eksperimen dan anda tidak boleh mengharapkan satu Key Opinion Leader akan meningkatkan trafik dan naikkan sales anda dalam 1 malam. Anda perlu ada cara fikir untuk uji setiap Key Opinion Leader yang anda upah untuk melihat impak dan keberkesanannya dalam aspek brand ekuiti dan peningkatan sales. 

Strategi Key Opinion Leader adalah, anda perlu cari sekurang-kurangnya 15 orang Key Opinion Leader yang akan buat posting berkaitan brand anda dalam masa 30 hari. Taktik ini diguna pakai supaya audiens akan lihat posting berkaitan brand anda lebih kerap tetapi dalam keadaan tidaklah terlalu spamming dan menjual. 

Anda juga perlu tetapkan direction posting mereka, CTA dan kreatif media seperti gambar dan video yang mereka perlukan untuk pastikan posting itu berjaya. Pastikan setiap Key Opinion Leader memberikan draf posting kepada anda sebelum membuat posting bagi mengelakkan kesilapan dan salah faham terhadap kempen dan brand anda. 

Kemudian, anda semak dapatan hasil dari setiap posting yang dibuat Key Opinion Leader bergantung kepada objektif anda (brand ekuiti atau sales) dan semak jenis posting yang berjaya dan dihasilkan oleh Key Opinion Leader yang mana. Jika posting itu berhasil, anda boleh mula tawarkan kolaborasi jangka panjang pada Key Opinion Leader itu. 

 

4. Guna Facebook Ads

contoh facebook ads yezza
Kredit : Facebook Ads Library

Salah satu teknik marketing yang paling ampuh untuk mendatangkan sales dalam masa singkat adalah dengan menggunakan Facebook Ads. Sales boleh dicapai seawal 1 jam pertama selepas iklan anda diluluskan oleh Facebook. Ini kelebihan dan strategi buat Facebook Ads untuk promote barang secara online. 

 

Apa Itu Facebook Ads?

Facebook Ads adalah aktiviti pengiklanan online yang direka dan dilakukan menerusi platform Facebook pada pengguna sasaran atau target audiens yang anda tetapkan. Facebook Ads membolehkan anda memaparkan iklan mengikut jenis pengguna Facebook yang berbeza dan sesuai dengan brand, niche dan industri anda. 

 

Apa Kelebihan Facebook Ads

Dengan Facebook Ads, anda boleh capai lebih ramai audiens yang lebih tepat pada kos yang lebih optimum. Selain itu, anda boleh cipta pelbagai jenis iklan di dalam platform ini untuk tarik trafik ke WhatsApp dan website anda. Secara teknikal, anda menyewa platform Facebook supaya membolehkan anda menyasarkan iklan pada audiens yang lebih tepat dan berpotensi menjadi pelanggan anda. 

 

Cara Buat Facebook Ads

Pertama, anda perlukan Facebook Page untuk jalankan Facebook Ads di Facebook Ads Manager. Anda juga perlu wujudkan Business Page sebelum boleh membuat sebarang iklan di Facebook.

 

Langkah 1 : Pilih Objektif Facebook Ads 

Selepas anda masuk ke Facebook Ads Manager, anda perlu pilih objektif iklan yang anda buat. Setiap fungsi dan elemen adalah berbeza untuk setiap objektif. Tekan Create untuk mula buat kempen Facebook Ads. 

  • Brand Awareness : Perkenalkan brand anda pada audiens baru
  • Reach : Tunjukkan iklan anda pada seramai mungkin audiens di Facebook 
  • Traffic : Bawa trafik dari Facebook ke website, apps, WhatsApp atau Facebook Messenger 
  • Engagement : Capai audiens untuk dapat lebih engagement pada FB Page dan kempen 
  • App Installs : Dapatkan audiens untuk download aplikasi yang anda promosikan 
  • Video Views : Capai lebih ramai audiens untuk lihat video anda
  • Lead Generation : Dapatkan prospek baru untuk sales funnel anda
  • Message : Galakkan audiens untuk hubungi anda menerusi Facebook Messenger 
  • Conversion : Untuk audiens buat spesifik objektif pada website (download, subscribe, beli)
  • Catalog Sales : Tunjuk produk katalog anda pada audiens yang berpotensi beli produk anda
  • Store Traffic : Bawa audiens terdekat ke kedai fizikal anda 

 

Langkah 2 : Setting Facebook Ads 

Namakan kempen anda mengikut objektif, tarikh dan jenis kempen yang anda buat. Tetapkan bajet Facebook Ads anda samada Daily Budget atau Lifetime Budget. Jangan lupa untuk schedule Ads yang anda buat atau pilih untuk Publish terus. 

 

Langkah 3 : Pilih Target Audiens Facebook Ads 

Anda perlu mula bina target audiens untuk iklan anda. Mulakan dengan memilih target lokasi, umur, jantina, bahasa dan anda boleh kecualikan beberapa aspek seperti bandar dan saiz audiens. Seterusnya, anda perlu fokus pada Detailed Targeting yang membolehkan anda target dan kecualikan audiens mengikut :- 

  1. Demografi 
  2. Interest 
  3. Behavior 

Dan terakhir, anda boleh masukkan detail audiens yang anda inginkan dan tidak inginkan. Contohnya, anda boleh “Exclude people who like your Page” untuk capai audiens baru. Anda boleh target pada “People who like your Page” untuk target iklan pada audiens yang kenal dengan brand anda.Selepas data audiens anda semakin ramai, anda boleh simpan di dalam Facebook Custom Audience. 

 

Langkah 4 : Facebook Ads Placement 

Tetapkan posisi dan platform apa yang iklan anda akan muncul seperti Facebook, Instagram, Messenger dan Audience Network. Setiap placement dan objektif adalah berbeza seperti di bawah :- 

  • Jenis Peranti : Mobile, desktop, atau kedua-duanya.
  • Spesifik peranti :  iOS, Android atau semua jenis peranti. 
  • Platform: Facebook, Instagram, Audience Network dan/atau Messenger
  • Placements: Feeds, Stories, in-stream, search, messages, artikel, aplikasi dan website.

 

Langkah 5 : Cipta Ads 

Iklan di Facebook Ads lazimnya adalah berbentuk visual iaitu gambar dan video. Gambar boleh dijadikan Slideshow dengan syarat mengandungi 3-10 gambar untuk video  slideshow berdurasi 15 saat. Jenis ads yang anda boleh buat adalah :- 

  • Image Ads
  • Video Ads 
  • Carousel Ads 
  • Slideshow Ads 
  • Collection Ads 
  • Messenger Inbox Ads
  • Facebook Stories Ads 
  • Instant Experience Ads 

 

5. Guna Instagram Ads

contoh instagram ads ig ads
Kredit : Balance

 

Instagram Ads boleh dikategorikan sebagai platform pengiklanan online yang paling disukai kebanyakan digital marketer dan peniaga online kerana mereka perlu menjadi kreatif dalam menghasilkan iklan yang engaging. 

Di Malaysia, pengguna Instagram adalah dinamik dengan umur bermula 18 tahun – 55 tahun dan anda boleh capai ke semua golongan ini hanya dengan beberapa klik sahaja. 

 

Apa Itu Instagram Ads

Instagram Ads adalah aktiviti pengiklanan online yang direka dan dilakukan menerusi platform Facebook Ads Manager pada pengguna sasaran atau target audiens yang anda tetapkan. Untuk cipta Instagram Ads, anda perlu menggunakan Facebook Ads Manager kerana Instagram dimiliki oleh Facebook yang dikenali sebagai Meta pada hari ini. 

 

Apa Kelebihan Instagram Ads?

Dengan Instagram Ads, anda boleh tarik trafik audiens di Instagram ke WhatsApp dan website anda. Selain itu, proses membuat Instagram Ads adalah lebih luas dan mudah kerana bahan kreatif yang digunakan adalah video dan imej sahaja tanpa perlu copywriting yang terlalu panjang.

Anda juga boleh capai engagement rate yang lebih tinggi berbanding Facebook, sekaligus akan meningkatkan follower akaun Instagram anda.

 

Cara Lengkap Buat Instagram Ads

 

Langkah 1 : Pilih Objektif 

Untuk jalankan Instagram Ads, anda perlu masuk ke Facebook Ads Manager kerana platform Facebook dan Instagram menggunakan platform Ads Manager untuk buat iklan. 

Kemudian, pilih objektif iklan yang anda buat. Setiap fungsi dan elemen adalah berbeza untuk setiap objektif. Tekan Create untuk mula buat kempen Instagram Ads. 

  • Brand Awareness : Perkenalkan brand anda pada audiens baru
  • Reach : Tunjukkan iklan anda pada seramai mungkin audiens di Facebook 
  • Traffic : Bawa trafik dari Facebook ke website, apps, WhatsApp atau Facebook Messenger 
  • Engagement : Capai audiens untuk dapat lebih engagement pada FB Page dan kempen 
  • App Installs : Dapatkan audiens untuk download aplikasi yang anda promosikan 
  • Video Views : Capai lebih ramai audiens untuk lihat video anda
  • Lead Generation : Dapatkan prospek baru untuk sales funnel anda
  • Message : Galakkan audiens untuk hubungi anda menerusi Facebook Messenger 
  • Conversion : Untuk audiens buat spesifik objektif pada website (download, subscribe, beli)
  • Catalog Sales : Tunjuk produk katalog anda pada audiens yang berpotensi beli produk anda
  • Store Traffic : Bawa audiens terdekat ke kedai fizikal anda 

 

Nota : Iklan terbaik di platform Instagram adalah video jenis UGC (User Generated Content)

 

Langkah 2 : Setting Instagram Ads 

Dalam fasa ini, anda perlu tetapkan bajet untuk Daily Budget atau Lifetime Budget dan tempoh masa iklan itu berjalan. Jangan lupa untuk guna Ad Scheduling supaya anda boleh susun iklan tersebut pada hari dan waktu yang lebih spesifik.

 

Langkah 3 : Tetapkan Audiens Instagram Ads 

Anda boleh tetapkan untuk gunakan audiens yang lebih tepat menggunakan teknik Create a New Audience atau Saved Audience. Saved Audience bantu anda jimatkan lebih masa kerana anda mempunyai custom audiens data yang pernah melawati website atau menghantar teks ke WhatsApp anda. 

Jangan lupa untuk tetapkan Dynamic Creative kerana fungsi ini membolehkan anda upload kreatif (gambar/video) dan copywriting (headline) yang berbeza untuk semua audiens. 

 

Langkah 4 : Placement Instagram Ads 

Pilih samada Automatic Placement dimana iklan anda akan dipaparkan di tempat yang ada prestasi tinggi. Pilih Manual Placements jika anda ingin tetapkan iklan anda hanya muncul di satu tempat sahaja. 

 

Langkah 5 : Cipta Ads 

Pilih Facebook Page dan akaun Instagram yang telah di link bersama. Kemudian, pilih Ad Format. Pastikan semua detail pada Ad Creative seperti gambar/video dan copywriting berada dalam keadaan baik dan tepat dengan setiap iklan. Jangan lupa untuk masukkan link Call To Action supaya audiens yang klik iklan itu dibawa ke tempat yang betul. (WhatsApp/website)

 

6. Guna Google Ads

contoh google ads
Kredit : Hootsuite

 

Google Ads membolehkan anda promote produk secara online, meningkatkan brand awareness dan trafik ke website anda. Terdapat lima jenis iklan yang anda boleh buat di Google Ads iaitu :- 

  1. Search (Teks pada Google search result) 
  2. Display (Gambar di website) 
  3. Video (Video di YouTube)
  4. Shopping (Senarai produk di Google) 
  5. App (Promote applikasi pada aplikasi lain) 

 

Apa Itu Google Ads?

Google Ads adalah platform pengiklanan online yang dimiliki Google yang membolehkan anda capai pengguna Google yang lebih tepat sesuai dengan produk/servis yang anda promote secara online. Pengiklanan di Google Ads adalah online dan anda boleh ubah, buang dan tambah iklan di Google Ads seperti teks, setting dan bajet iklan bila-bila masa.

 

Cara Buat Google Ads

Sebagai pemula, Google Ads lebih mudah dan ringkas untuk digunakan berbanding Facebook Ads. Jenis iklan yang nada boleh jalankan di platform Google Ads merangkumi :- 

  • Search 
  • Display 
  • Video 
  • Smart
  • Shopping 
  • Discovery 

Ikut step by step di bawah untuk cara buat Google Ads dalam versi ringkas dan lebih cepat. 

 

Langkah 1 : Pilih Goal 

objektif google ads
Kredit : Search Engine Journal

Selepas anda masuk ke dashboard Google Ads, anda perlu tekan + New Campaign dan pilih goal yang betul supaya Google tahu audiens yang tepat untuk iklan anda. Anda boleh pilih untuk :- 

  1. Dapat lebih panggilan telefon 
  2. Dapat lebih banyak sales di website/sign-up
  3. Dapat lebih ramai orang ke lokasi kedai fizikal 

 

Langkah 2 : Pilih Nama Bisnes Dan Keyword 

 

keyword research untuk google ads

Masukkan nama bisnes anda untuk buat Google Ads. Nama bisnes sebaiknya nama yang berkaitan dengan produk, niche dan industri yang anda ceburi. Kemudian, masukkan link URL seperti homepage dan landing page yang anda ingin audiens pergi. Untuk keyword, pilih keyword yang berkaitan dengan bisnes anda. Contohnya, jika anda jual kasut, anda boleh target tema keyword seperti :- 

  1. Kedai kasut
  2. Kasut jogging 
  3. Kasut sukan larian 
  4. Kasut training marathon 

 

Langkah 3 : Pilih Target Audiens 

target audiens google ads

Iklan Google Ads anda takkan berjaya sekiranya anda gagal target audiens yang betul. Cara yang anda boleh buat adalah, dengan sasarkan iklan mengikut :- 

  1. Iklan berdekatan alamat kedai fizikal 
  2. Iklan spesifik mengikut zip kod, bandar, daerah, negara. 

 

Langkah 4 : Cipta Google Ads 

buat google ads

Dalam fasa ini, anda akan cipta iklan tersebut bermula nama kempen, sasaran kempen, nama bisnes, copywriting , lokasi, keyword dan bajet anda. 

 

Nota : Google Ads sangat bergantung kepada copywriting yang tepat dengan audiens. 

 

Langkah 5 : Setting Pembayaran 

Fasa ini agak jelas dan tidak rumit kerana anda hanya perlu masukkan detail perbankan dan promo kod (jika ada) untuk terima diskaun. Selepas tekan Submit, anda berjaya cipta Google Ad yang pertama. Semudah itu. Anda boleh semak prestasi Google Ads anda dengan Google Analytics.

 

Cara Promote Barang di Facebook

cara promote barang di facebook
Kredit : Amanz

 

Facebook kekal sebagai platform sosial media paling ramai digunakan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia. Ada 5 cara promote barang di Facebook yang anda boleh buat setiap hari supaya capai objektif bisnes anda iaitu :- 

  • Buat Facebook LIVE 
  • Posting Tentang Produk 
  • Guna Key Opinion Leader 
  • Guna Facebook Marketplace 
  • Promote di Facebook Group 

 

Konsisten adalah kunci dalam content marketing di sosial media. Anda perlu hasilkan konten yang memberi nilai pada audiens yang melihat konten anda. Selain itu, anda perlu pandai guna pakai tools seperti Facebook Ads, Instagram Ads dan Google Ads sebagai cara promosikan produk secara online sekaligus naikkan sales bisnes anda. 

Cara promote barang di Facebook, Instagram dan Google memerlukan anda untuk menghasilkan konten yang kreatif supaya anda mampu mencuri 3 saat terawal audiens yang melihat iklan anda.

 

buat whatsapp form yezza

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *