Home » Jualan » Cara Mulakan Bisnes Online Dalam Masa 1 Hari
cara buat bisnes online mudah yezza

Cara Mulakan Bisnes Online Dalam Masa 1 Hari

Terima kasih kepada teknologi, kita semua boleh mulakan bisnes online dalam 1 hari sahaja dengan syarat, ada smartphone dan internet sahaja. Ramai anak muda di Malaysia yang mengambil jalan menjadi usahawan dan solopreneur menerusi bisnes online. Malangnya, tak ramai yang benar-benar berjaya dan selebihnya tidak mampu meneruskan bisnes online atas pelbagai faktor. 

Masalah majoriti anak muda di Malaysia yang ingin mencari wang tambahan dan juga keluar dari rutin waktu kerja 9-5 adalah mereka tidak tahu cara mulakan bisnes online dengan betul. Cara fikir seorang usahawan dan solopreneur bisnes online itu berbeza dengan cara fikir dan mentaliti orang yang makan gaji.

Usahawan dan solopreneur adalah orang yang berani mengambil risiko, boleh beradaptasi dengan perubahan dalam trend dan industri dan paling penting, mereka tidak menjadikan ‘tuah’ atau nasib yang baik sebagai strategi dalam bisnes online. Jika anda seorang usahawan atau solopreneur bisnes online, ketahuilah ada 4 masalah utama yang dihadapi usahawan dan solopreneur lain iaitu :- 

  1. Terlalu menjual di sosial media 
  2. Tak ada modal untuk kembangkan bisnes online 
  3. Tak tahu platform yang betul untuk promosikan produk/servis 
  4. Tiada software yang betul untuk lajukan proses facts finding & close sales

Disebabkan itu dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan 6 cara mulakan bisnes online dalam 1 hari yang praktikal supaya anda boleh promosi, mula menjual dan terima jualan dalam masa kurang daripada 24 jam. 

Kenal Pasti Bakal Pelanggan

kenali pelanggan sebelum buat bisnes online
Kredit : Pollfish

Satu fakta menarik yang anda perlu tahu adalah, anda sama sekali tidak boleh menjual pada semua orang. Hal ini kerana, tiada produk yang mampu muatkan semua solusi untuk semua masalah. 

Dalam konteks bisnes online, anda perlu tahu siapakah target audiens yang berpotensi membeli produk/servis anda dengan cara menggunakan platform sosial media yang target audiens anda guna, untuk promosikan produk/servis anda.

Siapa Bakal Pelanggan Anda?

Untuk kenal siapa bakal pelanggan anda, sangat penting untuk anda bayangkan bakal pelanggan anda. Anda perlu ilustrasi golongan, jantina, lokasi, umur, pekerjaan dan tingkah laku harian mereka tatkala menggunakan produk/servis anda. 

Kemudian, selami jiwa mereka dengan kenal pasti masalah yang biasanya mereka hadapi dan berkait dengan produk/servis yang anda promosikan. Pastikan masalah tersebut adalah masalah sebenar, bukan masalah yang anda sangakakan atau andaikan mereka hadapi. 

Seterusnya, lihat pesaing sedia ada yang mungkin wujud dalam pasaran yang anda ingin masuk. Kenal pasti siapa pesaing sebenar yang menjadi trendsetter dalam produk, niche dan industri yang berkaitan dengan anda. 

Platform Sosial Media Pelanggan Guna

Silap ramai usahawan, solopreneur dan digital marketer adalah mereka suka buat andaian. Banyak buruk dari baik jika anda suka buat andaian semberono lebih-lebih berkaitan dengan bisnes online. 

Apa yang patut anda buat adalah, buat carian di Google dan semak semua sosial media yang digunakan pelanggan produk/servis anda. Jangan buat andaian pelanggan berada di Facebook atau pelanggan berada di TikTok sahaja kerana hari ini, majoriti rakyat Malaysia ada lebih daripada satu akaun sosial media di pelbagai platform. 

Untuk faham tentang cara fikir pelanggan, lihat jumlah posting, keyword yang digunakan dan kadar posting yang mereka lakukan secara personal atau di dalam channel group secara harian/mingguan. 

Jangan lupa untuk semak siapa Key Opinion Leader (KOL), dan sosial media influencer dalam industri anda untuk setiap sosial media. Ada KOL dan influencer yang hanya fokus pada satu platform sosial media sahaja dan anda perlu pastikan audiens mereka adalah tepat dengan brand anda. 

Rugi sebenarnya jika anda salah kolaborasi dengan KOL atau influencer yang followers mereka adalah pelajar sekolah kerana, behavior golongan ini inginkan produk/servis percuma dan belum ada kapasiti untuk berbelanja secara online. 

Produk Untuk Dijual Secara Online

kedai online untuk menjual produk
Kredit : Covercloset

Banyak salah faham, mitos dan stigma yang salah tentang produk yang bagus untuk dijual secara online. 90% peniaga online rugi bila menjual kerana mereka tidak tahu ciri-ciri produk yang sesuai untuk dijual. Sesuai ini bukan hanya pada pembeli, tetapi pada peniaga online itu sendiri.  Jadi, anda perlu fokus dan laburkan modal, masa dan tenaga pada ciri-ciri produk dan packaging yang ideal untuk produk itu. 

Ciri-Ciri Produk Yang Nak Dijual

Sebenarnya, tiada spesifik produk yang paling sesuai dan berjaya untuk dijual secara online. Apa yang ada adalah produk yang tepat untuk audiens yang tepat. Akan tetapi, memang ada ciri-ciri produk yang anda perlu tahu untuk pastikan produk itu sesuai dan ada ciri-ciri winning product. Ini adalah ciri-ciri winning produk untuk anda jual :- 

  • Tak terlalu besar – Supaya mudah untuk urusan shipping 
  • Produk berkesan – Pelanggan boleh nampak hasil dalam masa singkat 
  • Berat tak melebihi 1KG – Sangat penting jika anda akan shipping ke luar negara 
  • Margin yang sihat – Cost of Good Sold (COGS) rendah untuk anda capai untung tebal 
  • Tiada potensi bahaya – Elak produk yang tajam dan boleh meletup seperti alat elektronik 
  • Sesuai dijadikan hadiah – Pelanggan boleh beli bila-bila masa untuk ahli keluarga mereka 
  • Susah dapat – Jangan jual produk yang pelanggan boleh cari di pasaraya dan shopping mall 
  • Bukan produk viral – Kitaran produk ini singkat dan tak sesuai untuk jangka masa panjang

Packaging Produk Yang nak Dijual

Dalam bisnes online, produk anda perlu kelihatan cantik dan mampu memikat sebanyak mungkin deria pelanggan. Untuk memikat deria pelanggan, product presentation, jenis material packaging produk adalah sangat penting. 80% kejayaan produk bukanlah pada marketing dan sebagainya, sebaliknya pada product presentation. 

“Produk terbaik akan menang, bukan gara-gara marketing, kepimpinan dan sebagainya. Hatta banyak pesaing yang masuk dalam pasaran, produk yang terbaik akan menang dan kekal relevan.” – Nadiem Makarim (Mantan CEO Gojek) 

 

Bina Kedai Online Sendiri

bina kedai online

Sebuah bisnes online tidak akan berdiri tanpa adanya kedai online dengan ciri-ciri produk katalog, online payment dan delivery shipping. Di Malaysia, anda boleh bina kedai online sendiri dengan Yezza Store sepantas 9 minit sahaja dan boleh terus menjual pada hari yang sama. 

Yezza Store

Yezza Store adalah lightweight e-commerce website dengan semua fungsi sebuah website e-commerce yang anda boleh bina hanya dengan smartphone dan internet sahaja. 

Selepas daftar secara percuma di www.yezza.com, anda boleh mula upload gambar produk, isi detail perbankan dengan Yezza Pay dan masukkan detail alamat premis bisnes untuk urusan rider delivery & shipping menggunakan Yezza Shipping. 

Selepas Yezza Store anda siap, anda boleh copy paste link kedai online anda dan promote secara online. Anda juga boleh dapatkan link domain website yang sesuai dengan nama bisnes anda seperti :- 

  1. celsiuscoffee.com   
  2. covercloset.com 
  3. aromajohor.com 

Setakat ini, Yezza Store boleh digunakan oleh pelbagai jenis produk, niche dan industri dengan objektif menjual secara online dengan akses semua fungsi-fungsi asas sebuah website e-commerce. 

Mula Menjual Secara Online

mula menjual secara online
Kredit : Julian

Untuk mula menjual, anda perlu promote link kedai online di tempat yang betul terlebih dahulu. Contoh tepat yang betul untuk promote link kedai online adalah sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter, Snapchat, TikTok dan lain-lain. 

Anda juga boleh promote link kedai online secara personal di Facebook Messenger, WhatsApp, Telegram dan medium online chat yang lain. Kelebihan jika anda ada database pelanggan, anda boleh blast menerusi email marketing kepada mereka untuk promote link kedai online anda. 

Selain itu, anda juga boleh promote dengan lebih tepat menggunakan online advertising seperti Facebook Ads, Instagram Ads, TikTok Ads dan Google Ads. Dengan cara ini, anda boleh sasarkan iklan pada audiens yang lebih tepat dan berpotensi tinggi untuk membeli di kedai online anda. 

Bina Copywriting Power Untuk Tarik Pelanggan

formula copywriting berkesan

Untuk menjual, anda perlu ada copywriting yang tepat untuk audiens faham dan tahu apa yang mereka perlu buat selepas melihat posting atau iklan anda. Pertama, anda perlu cipta ayat jualan dan skrip dengan pelanggan dengan objektif close sales. 

Ayat Jualan

Ayat jualan adalah copywriting direct selling dan soft selling yang memberikan nilai pada audiens dengan fokus menjual. Framework ayat jualan yang anda boleh guna adalah PESTA. PESTA merujuk kepada :- 

P – Problem 

E – Elaboration 

S – Solution 

T – Testimony / Transformation 

A – Action 

Cara menggunakannya adalah dengan menyebut masalah yang dihadapi audiens tersebut. Kemudian, tulis sedikit huraian hasil masalah tadi dan seterusnya tulis solusi yang produk anda bawakan jika audiens gunakan produk anda.

Kemudian, tunjukkan perubahan atau hasil yang berlaku dari pengguna awal produk anda dan berikan janji secara tidak langsung akan perubahan yang berlaku jika audiens menggunakan produk anda. 

Akhir sekali, minta audiens untuk buat tindakan segera seperti tekan link kedai online anda atau klik untuk chat dengan tim sales anda menerusi Facebook Messenger atau WhatsApp. Ayat jualan perlu ada Call-To-Action (CTA) yang jelas supaya audiens tahu di mana mereka perlu hubungi anda atau tempat untuk mereka beli produk yang anda jual.

Skrip Dengan Pelanggan

Jika pelanggan chat anda di Facebook Messenger atau WhatsApp ini bermaksud ada informasi tentang produk yang mereka tidak dapat pada ayat jualan. Oleh itu, anda perlu sediakan Frequently Asked Questions (FAQ) yang lengkap supaya setiap pelanggan dapat informasi yang lengkap sebelum mereka buat pembelian. 

Untuk mereka membuat pembelian, anda perlu tulis skrip yang menerangkan step by step untuk mereka membeli dengan jelas supaya setiap audiens (prospek) yang chat anda bertukar menjadi pelanggan. 

Simpan semua database pelanggan dan prospek yang pernah chat anda untuk tujuan marketing produk baharu di masa hadapan. Dengan cara ini, anda boleh jimat kos marketing dan menjual pada orang yang kenal dan tahu brand dan produk anda. 

Dari artikel ini, kita dapat rumuskan sebenarnya tidak susah untuk mula bisnes online dalam masa 1 hari. Apa yang anda perlukan adalah cara fikir yang betul, software untuk bina kedai online, produk yang tepat dan ayat jualan.Bahagian terpenting sebenarnya bukan pada tools marketing, sebaliknya pada proses untuk kenal bakal pelanggan dan produk yang sesuai untuk mereka kerana anda tidak boleh menjual satu produk pada semua orang. 

Tools yang bagus akan bantu tingkatkan produktiviti dalam proses marketing dan jualan anda nanti. Marketing perlu dilakukan secara konsisten kerana marketing adalah larian jauh. Soal marketing bukan lagi pilihan nak buat atau tidak. Akan tetapi, bagaimana (strategi/taktik) untuk capai sales sebanyak mungkin.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *