Home » Jualan » Panduan Lengkap Cara Jual Makanan Secara Online
cara jual makanan online mudah yezza

Panduan Lengkap Cara Jual Makanan Secara Online

Tahukah anda, bisnes makanan adalah bisnes yang paling selamat dan kenyataan ini dapat dibuktikan sewaktu COVID-19 melanda negara dan seluruh rakyat Malaysia berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Permintaan terhadap makanan secara online meningkat dan bisnes makanan tetap berdiri sungguhpun banyak bisnes lain melingkup. 

Selain itu, bisnes makanan viral yang dijalankan ramai peniaga juga terbukti berjaya merangkumi kambing perap, coklat jar, oden, bubble tea/boba dan pelbagai lagi jenis makanan.

Akan tetapi, bisnes makanan yang bergantung sepenuhnya pada trafik manusia di kedai fizikal berisiko tinggi untuk bungkus. Maka, usahawan dan solopreneur perlu bijak dengan online-kan bisnes makanan mereka secepat mungkin. 

Cara mula bisnes makanan secara online adalah sangat mudah dan anda boleh mulakan bisnes itu dalam hari yang sama selepas kedai online anda siap.

Sebelum itu, anda perlu tahu yang ada 3 idea bisnes makanan yang akan kekal relevan selagi mana bisnes itu mengekalkan kualiti makanan dan fokus membuat marketing tanpa henti. 

3 Idea Bisnes Makanan

Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang anda boleh jual secara online dan terlalu banyak pilihan sebenarnya tidak bagus untuk bisnes.

Jadi, anda hanya perlu fokus kepada satu atau dua jenis makanan sahaja supaya anda dapat fokus dalam penghasilan makanan itu supaya sentiasa berada dalam kualiti yang terbaik.

Kesemua idea bisnes makanan ini adalah berdasarkan hasil pemerhatian permintaan semasa rakyat Malaysia.

Makanan Panas 

jual makanan panas
Kredit : YouTube

Rakyat Malaysia sukakan masakan panas yang segar, kaya dengan rempah yang menghasilkan pelbagai jenis rasa dalam satu pinggan. Makanan panas yang anda boleh jual adalah :- 

  • Aneka jenis Nasi Goreng 
  • Aneka jenis Mi/Bihun/Kuetiau/Maggi 
  • Aneka masakan berasaskan ayam, daging, kambing, sotong, udang, ikan.

Makanan panas jenis ini biasanya boleh dinikmati semua jenis golongan tanpa mengira usia dan juga menjadi makanan utama di kala tengah hari, petang dan malam. 

Makanan Sihat/Diet

cara jual makanan sihat
Kredit : The Asian Parent

Trend gaya hidup sihat di Malaysia sebenarnya sudah bermula lebih awal dari yang kita sangkakan.

Golongan yang mengamalkan gaya hidup sihat dan sibuk bekerja lazimnya akan membeli makanan sihat yang sudah siap dan hanya tinggal dipanaskan sahaja untuk dimakan.

Anda boleh promote makanan sihat ini pada golongan yang aktif bersenam, atlet, ibu berpantang dan sebagainya.

Antara menu makanan sihat yang anda boleh jual secara online adalah :- 

  • Buah-buahan potong 
  • Jus sayur & jus buah-buahan 
  • Menu sihat sehari (Tengah hari & malam)  

Bakeri & Kek

idea bisnes makanan online
Kredit : Bisnes Suri Rumah

Bakeri dan kek diklasifikasikan sebagai makanan ringan atau manisan yang lazimnya dihidangkan sewaktu aktiviti keramaian, perjumpaan ahli keluarga dan sebagainya.

6 daripada 10 pengunjung yang masuk ke kafe yang menawarkan bakeri akan membuat pembelian. 

Isunya, tidak semua orang mempunyai peluang dan ruang untuk pergi ke kafe atau bakeri berdekatan mereka.

Maka, pilihan untuk menjual bakeri secara online adalah sangat tepat kerana bakeri bukan sahaja boleh dimakan oleh semua peringkat umur, bangsa dan agama bahkan sesuai dijadikan makanan untuk dihidangkan pada tetamu yang akan datang ke rumah bila-bila masa.

Contoh bakeri yang popular di kalangan rakyat Malaysia adalah :- 

  • Aneka jenis roti 
  • Aneka jenis donut 
  • Aneka jenis bagel 
  • Aneka jenis pastri 
  • Aneka jenis pizza 
  • Aneka jenis kek 

Cara Mulakan Bisnes Online

cara mula bisnes online

Masalah majoriti bisnes makanan adalah mereka sangkut di bahagian mengurus order dari pelanggan dan bukannya menjual seperti yang ramai orang sangkakan.

Kedai makan ambil masa yang lama untuk proses order yang dibuat pelanggan setiap hari dan ini sangat merugikan kerana proses yang lama dan meletihkan ini sebenarnya boleh diselesaikan menggunakan software bisnes yang betul. 

Untuk mula bisnes makanan secara online, usahawan itu perlu berikan kerja yang remeh seperti membeli barang basah, memotong sayur dan lain-lain kepada orang pekerja bawahan.

Usahawan perlu fokus hasilkan produk dan marketing supaya bisnes makanan mampu berkembang lebih besar hari demi hari.

Daftar Yezza

daftar yezza untuk bisnes online

Langkah pertama adalah dengan daftar Yezza di sini. Dalam fasa ini, anda boleh pilih untuk daftar menggunakan akaun Google Mail (Gmail) atau menggunakan nombor telefon yang ada fungsi WhatsApp. Cara paling cepat tentunya menggunakan nombor telefon. 

Selepas itu, sila isi detail bisnes makanan anda dan letak nama kedai atau nama bisnes pada kotak subdomain.

Untuk kategori bisnes, sila pilih Food and Drinks kerana anda sedang mengusahakan bisnes berasaskan makanan dan minuman tanpa mengira kedai fizikal anda adalah warung, gerai, medan selera, restoran dan sebagainya.

Upload Produk Pertama 

upload produk makanan untuk jual online

Ini merupakan fasa yang penting kerana apa sahaja produk yang pelanggan akan makan dan pakai pada tubuh mereka memerlukan kualiti gambar yang baik supaya audiens dapat visual produk yang anda jual sebaik mungkin.

Jadi, sila upload gambar produk yang cantik dan isikan detail produk seperti nama, harga dan penerangan tentang produk yang jual. 

Daftar Online Payment 

daftar online payment untuk bisnes online

Online payment membolehkan pelanggan membayar anda secara online dan anda sebagai penjual online pula, boleh terima duit jualan secara online tanpa perlu sebarang hubungan langsung dan menggunakan tunai.

Online Payment yang digunakan Yezza adalah Yezza Pay dan terdapat dua pilihan online payment yang anda boleh pilih iaitu :-

  • Online payment gateway with Stripe 
  • Manual bank transfer 

Untuk online payment gateway with Stripe, anda perlu daftar dan setup secara online dalam masa 5 minit terlebih dahulu, supaya pelanggan anda boleh bayar menggunakan online banking seperti Maybank2U, CIMB Clicks, debit kad, kredit kad dan Grab Pay. 

Sila ambil tahu yang akan ada RM1.50 + 0.25% caj transaksi untuk setiap transaksi yang berlaku apabila anda menggunakan perkhidmatan online payment gateway with Stripe. 

Manakala manual bank transfer pula, anda hanya perlu letakkan nombor akaun bank dan pelanggan akan bayar secara manual untuk membuat pembelian makanan anda. 

Apa Beza Online Payment dan Manual Bank Transfer?

daftar online payment bisnes online

Perbezaan di antara online payment gateway dan manual transfer pada Yezza Pay adalah tempoh duit masuk ke akaun anda dan caj transaksi yang dikenakan. 

Jika anda menggunakan online payment gateway, anda akan dicaj untuk setiap transaksi yang berlaku, tetapi duit jualan akan masuk lebih cepat ke akaun bank anda. 

Seterusnya, jika anda gunakan manual transfer, tiada caj yang akan dikenakan cuma duit jualan kaan masuk sedikit lambat kerana prosesnya adalah manual. 

Setup Rider Delivery & Shipping

alamat bisnes online untuk yezza shipping

Makanan anda perlu dihantar ke alamat yang dinyatakan pelanggan dan mustahil anda boleh hantar semua makanan pada semua pelanggan setiap hari.

Cara yang lebih bijak bukanlah dengan mengupah pekerja yang akan pergi hantar makanan kepada pelanggan. Sebaliknya, anda integrasi bisnes makanan anda dengan local rider delivery seperti Grab Express, Lalamove dan Borzo. 

Caranya adalah dengan setup Yezza Shipping untuk bisnes makanan anda dan pilih samada :- 

  • Local delivery 
  • Pick up dekat kedai 

pin location bisnes online dengan yezza shipping

Pilih local delivery dan isikan alamat kedai makanan anda dengan tepat. Seterusnya, gunakan Pin Point untuk pastikan lokasi kedai berada tepat dengan alamat yang anda nyatakan.

Kemudian, pilih perkhidmatan local delivery yang anda inginkan samada Grab, Borzo atau Lalamove.

Selepas proses ini siap, anda akan dapat notifikasi yang menunjukkan kedai online anda telah siap diintegrasi dengan local delivery dan shipment menerusi Yezza Shipping.

Cara Promote Bisnes Makanan Online

cara promote bisnes makanan online

Selepas kedai online makanan anda siap, fasa terakhir adalah berkaitan cara promote link kedai online anda supaya prospek yang berminat bertukar menjadi pelanggan anda.

Cara yang paling efektif anda boleh gunakan adalah dengan menggunakan online advertising.

Kemudian, anda boleh gunakan sosial media sebagai platform untuk posting tentang produk anda secara konsisten dan akhir sekali, blast di messaging apps yang digunakan audiens. 

1. Guna Online Advertising

Online advertising terbukti berkesan dalam membawa sales kepada bisnes online. Caranya adalah dengan menggunakan samada Facebook Ads, Instagram Ads, TikTok Ads atau Google Ads untuk tarik trafik prospek ke kedai online anda. 

Dengan online advertising, anda boleh sasarkan iklan yang lebih tepat kepada audiens yang berpotensi menjadi pelanggan yang membeli makanan yang anda jual. 

Strategi yang anda boleh gunakan adalah dengan mengiklankan iklan berbentuk video tentang makanan anda kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kemudian, anda buat satu iklan khusus yang dinamakan Retargeting untuk audiens yang engage dengan iklan tersebut ke kedai online anda. 

 

2. Posting di Sosial Media

Posting di sosial media adalah sebahagian daripada content marketing yang memerlukan anda membuat posting secara konsisten berkaitan produk, niche dan industri anda. 

Strateginya adalah dengan membuat posting yang menggalakkan audiens untuk berinteraksi dengan anda supaya mereka boleh menjadi prospek dan seterusnya pelanggan anda menerusi posting yang anda buat di sosial media. 

 

3. Blast Di Messaging Apps

Sekiranya anda sudah mempunyai pelanggan tetap, anda boleh cipta copywriting jualan dan blast kepada mereka menerusi messaging apps seperti WhatsApp, Telegram dan Facebook Messenger supaya mereka membeli makanan yang anda jual di kedai online anda. 

Ini dinamakan teknik inbound marketing di mana anda promote produk (makanan) kepada orang yang pernah membeli dan tahu tentang brand anda.

Kos untuk promote makanan kepada golongan ini jauh lebih murah berbanding anda promote kepada audiens baru yang tidak pernah membeli dan kenal brand anda.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *