Home » Produk » 15+ Lubuk Buat Bisnes Online Tanpa Modal Yang Menguntungkan
bisnes tanpa modal malaysia yezza 00

15+ Lubuk Buat Bisnes Online Tanpa Modal Yang Menguntungkan

Anda bukan orang pertama yang mencari idea bisnes tanpa modal yang menguntungkan. Malangnya, modal bisnes untuk sesetengah orang adalah halangan terbesar mereka dalam buat bisnes online. Sedangkan, ada pelbagai teknik dan strategi untuk buat bisnes tanpa modal dengan smartphone dan internet hanya dari rumah. 

Antara bisnes tanpa modal dari rumah yang paling popular adalah menerusi affiliate, dropship dan jualan produk digital. Idea bisnes jenis ini sangat praktikal dan mudah untuk dimulakan kerana hampir tiada risiko.

Anda tidak perlu risau untuk sewa tapak, keluar kos iklan dan mengupah pekerja. Duit jualan yang anda perolehi juga bergantung kepada sejauh mana tahap kerajinan anda promote link affiliate, promote produk dropship dan promote produk digital. 

Apa Itu Bisnes Online?

buat bisnes tanpa modal
Kredit : Majalahlabur

Bisnes online adalah aktiviti bisnes yang berlaku secara online menggunakan internet dan melibatkan dua pihak iaitu pembeli yang membeli secara online dan penjual yang menjual produk atau servis secara online.

Istilah bisnes online hari ini merujuk kepada aktiviti membeli dan menjual apa sahaja produk dan servis secara online samada dijual oleh individu dan syarikat. 

Baca : 7 Fungsi Jadikan Bisnes Online Anda Lebih Efisien

Dalam bisnes online, istilah e-commerce (internet commerce) kerap digunakan sebagai rujukan kepada jenis bisnes yang menggunakan internet sebagai platform transaksi jual beli.

Sebuah bisnes online perlu ada tiga kriteria utama ini iaitu produk katalog, online payment dan rider delivery & shipping untuk berfungsi dengan baik.

Bolehkah Buat Bisnes Online Tanpa Modal?

Semenjak era Dot Com sekitar awal tahun 2000-an lagi, ramai solopreneur dan usahawan telah menjadi jutawan dan berjaya melalui bisnes online dengan modal rendah atau tanpa modal.

Di Malaysia misalnya, kita ada jutawan internet seperti Irfan Khairi yang berjaya menjadi jutawan hasil menjual produk dan servis secara online dan trend ini dilihat menjadi sangat normal pada hari ini. 

Cabaran buat bisnes online adalah, anda perlu ada produk yang tepat untuk dijual pada audiens yang tepat.

Kedua, anda perlu ada aset digital sebagai alat untuk menjual produk dan servis kepada audiens yang tepat. 

Jumlah followers yang ramai di sosial media bukanlah penentu kejayaan sebuah bisnes online kerana jumlah followers tidak menggambarkan jumlah pelanggan sebenar anda.

Ada followers yang ramai di sosial media sebenarnya adalah social proof tentang brand anda di sosial media dan anda perlu teknik dan strategi yang betul untuk ubah followers itu menjadi pelanggan anda. 

Idea Bisnes Online Tanpa Modal

Sebagai pemula bisnes online tanpa modal, anda boleh lihat 15+ lubuk ini sebagai dengan mendaftar sebagai affiliate,  mencari lubuk dropship dan jenis template online yang anda boleh jual secara online. 

Affiliate

idea bisnes affiliate
Kredit : BigCommerce

Affiliate adalah aktiviti mempromosikan sebuah produk fizikal atau produk digital dan anda boleh terima komisen hasil dari jualan atau sign up dari link yang anda promosikan itu. Ada 6 lubuk affiliate yang anda boleh cuba. 

1. Shopee Seller Affiliate Program

Shopee Seller Affiliate Program adalah inisiatif percuma di mana penjual akan terima komisen atau insentif untuk setiap pembelian yang berjaya melalui link affiliate mereka. Faedah Shopee Seller Affiliate adalah, tiada kos yang dikenakan untuk pendaftaran dan tiada minimum payout untuk komisen yang ditetapkan oleh Shopee. 

Anda boleh daftar sebagai Shopee Seller Affiliate di sini. 

2. Lazada Affiliate Program

Lazada Affiliate Program adalah satu skim yang membantu anda buat duit secara online hanya dengan promosi link affiliate produk. Walaupun pelanggan itu tidak membeli selepas tekan link affiliate anda, anda masih akan dapat komisen jika mereka buat pembelian dalam masa 30 hari. Faedah Lazada Affiliate Program adalah, anda boleh terima komisen bila mereka tekan link, download apps dan buat pembelian. Kedua menerusi pembelian secara langsung dari link affiliate anda. 

Anda boleh daftar sebagai Lazada Affiliate di sini. 

 3. ShopBack

ShopBack adalah lubuk cashback yang memberi peluang kepada pengguna untuk membeli pada harga yang lebih jimat. Pengguna akan mendapat cashback atau pulangan tunai yang dikembalikan apabila mereka membeli secara online menerusi website dan aplikasi ShopBack. Setiap kali anda atau rakan-rakan membeli secara online menerusi ShopBack, anda akan mendapat pulangan wang tunai serendah RM5 dan ini termasuklah di marketplace seperti Shopee. 

Anda boleh daftar sebagai ShopBack Affiliate di sini. 

4. InvolveAsia

InvolveAsia adalah platform affiliate marketing dari Malaysia yang menghubungkan penjual online dan individu yang mempunyai online audiens seperti content creator dan sosial media influencer. Setakat tahun 2021, InvolveAsia digunakan lebih daripada 120,000 publisher merangkumi content creator, sosial media influencer dan website untuk promosi pelbagai jenis produk dan servis. 

Anda boleh daftar sebagai InvolveAsia Affiliate di sini. 

5. BigPay

BigPay adalah aplikasi kewangan dengan fungsi kad bank yang membolehkan anda berbelanja, hantar duit, terima duit dan semak kewangan anda di mana-mana sahaja. Program BigPay Referral membolehkan anda mendapat RM10 apabila anda promote aplikasi BigPay kepada orang lain. Caranya, anda hanya perlu promote referral code kepada kawan-kawan anda. 

Info lanjut mengenai BigPay Referral ada di sini. 

 6. Luno 

Luno adalah aplikasi pelaburan kripto (matawang digital) di mana anda boleh simpan, beli dan jual kripto tanpa perlu ada ilmu dan pengalaman pakar dalam dunia kripto. Anda hanya perlu promote Luno dengan promo code anda dan anda akan dapat RM50 dalam matawang BTC untuk pembelian minima matawang kripto RM500. 

Info lanjut mengenai Luno Reward ada di sini. 

Dropship

bisnes tanpa modal dengan dropship

Dropship adalah aktiviti menjual produk atau servis tanpa perlu menyimpan stok produk yang dijual. Sebaliknya, penjual membeli produk itu daripada kilang atau HQ dengan harga murah dan jual pada harga pasaran.

bagaimana dropship berfungsi

Dropship sangat sinonim dengan bisnes online kerana antara faedah bisnes dropship adalah modal rendah, jimat masa, boleh berbisnes di mana-mana sahaja dan boleh jual macam-macam jenis produk dalam satu masa. 

Baca : Solusi Terbaik Sistem Dropship di Malaysia (2022)

Di Malaysia, dropshipping mula berkembang seawal tahun 2015 dan kebanyakan dropshipper akan kumpul order menerusi WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya sebelum membeli di lubuk dropship. Antara lubuk dropship yang popular adalah Facebook Marketplace, Shopee, Lelong, Kumoten dan Ali Express. 

7. Facebook Marketplace

Facebook Marketplace adalah tempat rakyat Malaysia cari barang dan jual barang secara online. Untuk mencari kilang, seller atau brand yang menawarkan program dropship secara percuma di Facebook, anda boleh buat carian di sini. Antara keyword yang biasa digunakan adalah mencari dropship, dropship wanted, dropship agent Malaysia dan sebagainya. 

8. Shopee

Setakat hari ini, Shopee adalah lubuk paling lumayan untuk anda mulakan bisnes dropship kerana majoriti seller online di Shopee mencari dropship untuk bantu jual produk yang mereka jual di dalam Shopee dan di luar Shopee.

Disebabkan terlalu banyak produk, niche dan industri yang ada di dalam Shopee, anda perlu pilih produk yang betul dengan margin yang tinggi, produk dan kategori yang senang dijual. 

9. Lelong

Lelong adalah marketplace terawal yang wujud di Malaysia selepas eBay dan menjadi tempat jual beli pelbagai produk secara online dan masih relevan kekal digunakan hingga ke hari ini.

Majoriti seller yang masih menjual di marketplace Lelong ini adalah kilang, supplier dan mereka berminat untuk dapatkan seramai dropship untuk bantu promote dan jual barang mereka. 

 10. Kumoten

Kumoten adalah marketplace khas yang dibina secara spesifik untuk dropshipper yang menjual secara online.

Apa yang unik tentang Kumoten adalah, marketplace ini telah sedia di integrasi dengan marketplace lain seperti Shopee dan Lazada.

Kumoten adalah starter pack yang anda perlu ada untuk mulakan bisnes tanpa modal menerusi dropship kerana proses pendaftarannya sangat mudah dan ada bayaran serendah RM70 untuk mendaftar sebagai Instant Dropshipper. 

11. AliExpress

Aliexpress adalah marketplace terbesar di dunia dan digunakan dropshipper di seluruh dunia yang ingin membeli produk dari China dan kemudian dijual di negara mereka. 

Faedah menggunakan Aliexpress adalah, anda boleh dapatkan produk pada harga yang sangat murah dan tiada minimum order seperti website marketplace dari China yang lain. Kos penghantaran produk ke mana-mana negara juga lebih rendah. 

Jual Template Online

bisnes tanpa modal jual template online
Kredit : Zety

Salah satu cara buat bisnes tanpa modal adalah dengan membina template online untuk kegunaan bisnes, pelajar, usahawan dan sebagainya.

Cara ini sangat berkesan kerana majoriti rakyat Malaysia mencari template-template resume, ayat jualan, penyata kewangan dan PowerPoint secara online dengan niat membeli template itu untuk bantu urusan mereka. 

Caranya adalah dengan melihat jenis template yang paling banyak dicari oleh orang ramai dan bina template tersebut dan mula menjual.

Anda boleh menjual menggunakan marketplace seperti Gumroad atau Themeforest tanpa perlu bayar apa-apa bayaran, hanya setiap transaksi akan dicaj mengikut amaun. 

12. Template Resume

Template resume adalah sekeping kertas yang menerangkan tentang peribadi dan potensi seorang individu yang ingin memohon pekerjaan di sesebuah jabatan.

Template resume biasanya dicari oleh golongan pelajar yang ingin memulakan alam pekerjaan dan golongan pekerja yang ingin mencari tempat kerja baru. Template resume biasanya dijual pada harga sekitar RM10 – RM50 mengikut design. 

13. Template Ayat Jualan

Template ayat jualan adalah satu formula ayat direct selling dan digunakan di sosial media untuk menarik prospek membeli sebuah produk atau servis.

Template ayat jualan biasanya dicari oleh peniaga online dan terdapat lebih daripada 350,000 peniaga online di Malaysia pada tahun 2021. 

Template ayat jualan yang bagus akan bantu naikkan sales bisnes yang menggunakan template ayat jualan tersebut. Template ayat jualan biasanya dijual pada harga RM10 – RM100 mengikut kategori, niche dan industri. 

14. Template Penyata Kewangan

Template Penyata Kewangan adalah satu rekod dan transaksi yang keluar dan masuk dalam akaun sebuah bisnes atau syarikat dan menunjukkan secara detail prestasi kewangan bisnes atau syarikat itu. 

Template Penyata Kewangan biasanya digunakan oleh bisnes atau syarikat jenis Milikan Tunggal (Enterprise) dan Sendirian Berhad (Sdn Bhd) yang ingin menyerahkan borang akuan cukai pada Lembaga Hasil Dalam Negeri atau memohon pinjaman dari bank.

Template Penyata Kewangan biasanya dijual menerusi website e-commerce, blog website dan marketplace pada harga bermula RM150 – RM500

15. Template PowerPoint

Template PowerPoint adalah ilustrasi bergambar dan animasi yang digunakan golongan pelajar dan syarikat korporat untuk pembentangan idea dan pertemuan penting yang memerlukan ilustrasi grafik.

Template PowerPoint biasanya dijual di Slidesgo dan Slidescarnival pada harga serendah RM10 dan boleh mencecah sehingga RM200 untuk satu template PowerPoint. 

Kesimpulannya, ada banyak cara untuk buat bisnes tanpa modal yang anda boleh cuba hari ini di rumah. Untung nasib, bisnes tanpa modal itulah yang akan menjadi pencetus dan menjadi asbab anda menjadi usahawan berjaya suatu hari kelak.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *