Home » Produk » 8+ Barang Paling Laku Dijual Secara Online di Malaysia
barang yang cepat laku dijual online

8+ Barang Paling Laku Dijual Secara Online di Malaysia

Pernahkah anda terfikir apakah barang yang cepat laku dijual online? Jika ya, anda bukanlah orang pertama dan juga bukan orang terakhir yang terfikir akan perkara ini. Ramai solopreneur dan usahawan rugi dalam bisnes online kerana jual barang yang salah secara online. Sebenarnya, ada banyak barang yang boleh dijual secara online yang akhirnya menjadikan bisnes online itu untung. 

Majoriti bisnes online yang untung adalah kerana mereka jual produk yang tepat. 80% kejayaan sebuah bisnes adalah kerana mereka berjaya jual produk yang tepat pada audiens yang tepat. Untuk itu, ada baiknya anda tahu terlebih dahulu ciri-ciri barang yang cepat laku dijual online supaya anda anda dapat gambaran yang jelas barang yang boleh dijual dan barang yang kurang sesuai untuk dijual. 

 

6 Ciri-Ciri Barang Yang Cepat Laku Dijual Online

Barang yang cepat laku dijual online bukanlah kebetulan, sebaliknya ada beberapa ciri-ciri pada produk itu yang menjadikannya produk yang senang dijual secara online. Ciri-cirinya adalah bukan produk viral, sesuai dijadikan hadiah, terbukti berkesan, sukar didapati di kedai fizikal, tiada potensi berbahaya dan mudah untuk dipasang dan digunakan. 

Baca : Produk Apa Sesuai Nak Jual Di E-Commerce? Ini Penjelasannya 

 

1. Bukan Produk Viral

Jual produk viral sebenarnya hanya menguntungkan anda untuk jangka masa pendek sahaja. Paling lama anda boleh menikmati keselesaan itu adalah 1 bulan – 6 bulan sahaja. Produk viral akan ada ramai pesaing yang akhirnya akan buang harga dan bisnes yang bergantung kepada penjualan produk viral tidak akan mampu bertahan lama. 

fidget spinner barang viral
Kredit : Shopee Malaysia

2. Sesuai Dijadikan Hadiah

Pelanggan yang beli produk yang anda jual bukan sahaja boleh guna untuk dirinya sendiri, bahkan boleh dihadiahkan kepada ahli keluarga, sahabat dan rakan-rakan mereka. Ini bermakna, packaging produk itu mestilah premium supaya sesuai dijadikan hadiah.

godiva hadiah
Kredit : Godiva Malaysia

 

3. Produk Terbukti Berkesan

Produk yang bagus mampu mendatangkan impak dan hasil pada pelanggan dalam masa yang telah anda janjikan. Boleh jadi produk itu memberi kesan dalam tempoh 7 hari, 14 hari, 30 hari atau 60 hari. Maka, anda sebagai solopreneur dan usahawan perlu sampaikan mesej itu pada prospek. 

iklan appeton
Kredit : Facebook Ads Library

 

4. Sukar Didapati Di Kedai Fizikal

Produk yang boleh dijumpai dan dibeli di pasaraya, kedai runcit dan sebagainya kurang sesuai untuk dijual secara online. Logiknya, pelanggan tidak akan beli sebatang pen secara online, sebaliknya mereka akan beli di kedai fizikal berdekatan mereka. 

kek lapis ecaque viral
Caption : eCaque Kek Lapis

 

5. Tiada Potensi Yang Berbahaya

Produk yang bagus tidak mendatangkan bahaya dan kesan negatif pada pelanggan secara langsung dan tidak langsung. Maksud potensi yang berbahaya adalah, produk itu tidak boleh terlalu tajam, terlalu berat dan meletup seperti alat elektronik. 

battery powerbank meletup
Kredit : Sifu Powerbank

6. Mudah Untuk Dipasang & Digunakan

Majoriti pembeli online akan melihat review produk terlebih dahulu lebih-lebih lagi untuk produk yang perlu pemasangan secara manual sebelum boleh digunakan seperti perabot dan alat permainan. Anda perlu jual produk yang mudah untuk dipasang oleh semua jenis golongan dan cara penggunaan produk itu mestilah mudah dan memudahkan hidup pembeli. 

perabot senang pasang
Kredit : WordPress

 

 Kenapa Perlu Jual Barang Secara Online?

Buat anda yang masih belum menjual secara online kerana mungkin ragu-ragu atau takut, anda perlu tahu yang jual barang secara online adalah cara paling efektif untuk jual lebih banyak barang dan dapat lebih banyak sales. Ini antara kelebihan kenapa anda perlu jual barang secara online. 

  • Kedai Buka 24/7
  • Kurang Risiko Ditipu Pelanggan
  • Boleh Jual Pada Lebih Ramai Orang
  • Kos Digital Marketing Lebih Optimum
  • Lebih Jimat Daripada Buka Kedai Fizikal
  • Boleh Jual Banyak Produk Dalam Satu Masa

 

8+ Barang Yang Cepat Laku Dijual Online

Berdasarkan data dan statistik dari Shopee Malaysia untuk tempoh Januari 2021 sehingga Oktober 2021, terdapat 5 jenis kategori produk yang paling banyak dibeli secara online. Dalam artikel ini, kami bongkarkan 9 barang cepat laku dijual online untuk anda gunakan bagi menjual salah satu barang tersebut secara online. 

 

1. Perabot Murah

Perabot adalah kelengkapan asas rumah yang paling dicari secara online samada menerusi website e-commerce atau marketplace seperti Shopee dan Lazada. Perabot murah yang dijual secara online merangkumi meja, kerusi, rak buku, rak kasut, set sofa, set meja makan dan set bilik tidur. Harga perabot murah yang dijual secara online bergantung kepada jenis perabot, fungsi dan lazimnya berharga RM1,000 ke bawah.

perabot murah
Kredit : iProperty

2. Barangan Rumah

Barangan rumah adalah aksesori dan peralatan dapur seperti pewangi rumah, racun pembunuh serangga perosak, pokok hiasan, pasu bunga, bekas sabun, tempat simpan rempah, bekas makanan plastik, pelekat serba guna dan macam-macam lagi. Barangan rumah termasuk produk yang memberi keselesaan pada ruang tamu, bilik tidur, tandas dan ruang kerja pembeli.

Harga barang yang dibeli biasanya murah tetapi pembeli berbelanja untuk produk yang sama hampir setiap bulan.

barangan rumah dan dapur
Kredit : Better Homes & Garden

 

 

3. Barang Kesihatan Dan Kecantikan

Antara barang kesihatan dan kecantikan yang dibeli secara online adalah shampu, conditioner, sabun badan, sabun pencuci muka, set alat solek, bedak, sunblock, lipstik, pensel kening dan sebagainya. Harga produk ini bergantung kepada jenis, fungsi dan jenama. Lazimnya, pembeli akan berbelanja minimum RM50 ke atas untuk barang kesihatan dan kecantikan mereka setiap bulan. 

barang kecantikan dan barang kesihatan
Kredit : Beauty Insider Malaysia

 

4. Barang Elektronik

Barang elektronik yang dibeli oleh kebanyakan rakyat Malaysia secara online adalah air fryer, mesin basuh, peti sejuk, vakum, powerbank, penapis udara, televisyen, komputer dan laptop. 

Trend pembelian barang elektronik ini menjadi lebih tinggi menjelang clearance sales dan pada tarikh-tarikh tertentu di mana marketplace atau website e-commerce itu menawarkan diskaun tambahan. 

 

barang elektronik
Kredit : Pinterest

5. Gajet Dan Aksesori

Antara barang gajet yang menjadi hot-selling item dan dibeli secara online adalah smartphone, tablet, headphone, earbud, wireless charger, portable speaker, smart speaker dan smartwatch. Aksesori pula merangkumi casing smartphone, casing laptop, sticker, kabel dan pelbagai lagi aksesori. Terdapat banyak gajet dan aksesori yang dijual secara online dan harganya bergantung kepada kualiti, jenama dan fungsi. Harga bermula RM5 dan boleh mencecah ratusan ringgit. 

earpdo pro gajet dan aksesori
Kredit : iStock

 

6. Barang Dapur

Barang dapur yang paling laku dijual secara online adalah barang basah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging sejuk beku, ayam sejuk beku, makanan pantang, makanan diet, makanan sihat, kacang dan minuman seperti Milo dan Nescafe 3-1. Barang dapur ini biasanya dibeli menerusi website pasaraya seperti Lotus’s, AEON, Jaya Grocer dan sebagainya. Rakyat Malaysia dilihat berbelanja antara RM100 – RM600 untuk membeli barang dapur secara online.

barang dapur di pasaraya
Kredit : Happy Fresh

 

7. Makanan Haiwan

Makanan haiwan yang menjadi hot-selling item yang paling laku dijual secara online adalah makanan kucing, makanan anjing, makanan ikan dan pelbagai jenis haiwan lain. 

Selain itu, barangan haiwan seperti sabun mandian, pakaian, krim, sikat dan ubat-ubatan haiwan juga antara produk yang paling laku dijual secara online. 

Terdapat pelbagai jenis produk makanan haiwan dan penjagaan haiwan yang dijual secara online dan harganya sangat bergantung kepada kualiti, jenama dan berat makanan haiwan itu. 

royal canin makanan kucing
Kredit : Royal Canin

 

8. Tudung

Data menunjukkan wanita akan membeli sekurang-kurangnya 4 helai – 7 helai tudung dalam setahun. Ini disokong lagi dengan data dari Shopee yang menunjukkan tudung dan shawl adalah produk paling laku dijual secara online. Pembeli yang membeli tudung secara online lazimnya akan membeli secara online dan terus ke website e-commerce brand itu atau menerusi ejen dan stokis menerusi marketplace seperti Shopee dan Lazada. 

shawl dan tudung online
Kredit : Remaja MY

Harga tudung dan shawl yang dijual bergantung kepada jenis, bentuk, kualiti, warna dan koleksi. Boleh bermula serendah RM5 untuk tudung bawal dan boleh mencecah RM400 untuk koleksi terhad jenis shawl. 

 

9. Pakaian Wanita

Banyak pakaian wanita yang dijual secara online di Malaysia berikutan penjual online menggunakan sistem dropship dengan menjual pakaian wanita dari China. Pakaian dan fesyen wanita dari China kini telah mendominasi pasaran tempatan dan majoriti wanita membelanjakan sekitar RM50 – RM300 untuk membeli pakaian secara online. Data ini juga disokong oleh portal E World Trade untuk Top Selling Products In Shopee Malaysia.

pakaian wanita
Kredit : Rslantext

 

Cara Jual Barang Secara Online

Sekarang anda sudah tahu ciri-ciri dan senarai barang yang paling laku untuk dijual secara online. Bisnes online tidak akan lengkap tanpa anda tahu cara yang betul untuk menjual secara online. Ikut langkah-langkah di bawah untuk mula menjual secara online. 

1. Cari Produk Paling Laku

Berdasarkan senarai barang yang paling laku untuk dijual secara online di atas, anda hanya perlu pilih satu atau dua produk yang paling laku sahaja. Lebih sedikit produk yang anda jual, lebih efisien bisnes anda kerana anda sebagai solopreneur atau usahawan dapat fokus sepenuhnya pada produk dan audiens. 

Produk yang laku tidak semestinya memberikan anda margin minima RM50, boleh jadi margin anda hanya RM5 – RM10 sahaja, tetapi anda boleh gunakan strategi beli secara pukal dan pelanggan yang membeli perlu beli secara set atau kombo untuk dapat diskaun tambahan. 

 

2. Bina Website E-Commerce

bina kedai online sendiri

Cara terbaik untuk menjual secara online adalah dengan bina website e-commerce yang simple dan mudah untuk digunakan oleh prospek anda. Anda boleh mula bina website e-commerce dengan Yezza Store sepantas 9 minit sahaja. Anda hanya perlu langgan secara bulanan dan secara automatik anda akan dapat fungsi asas website e-commerce seperti :- 

  • Produk katalog 
  • Online payment 
  • Rider delivery & shipping 
  • Sistem pengurusan order pelanggan

Sekiranya anda mula bisnes online dengan WhatsApp sekalipun, anda boleh integrasikan WhatsApp Business dengan Yezza Store pada hari yang sama dan boleh terus menjual. 

 

3. Promote Barang Secara Online

Selepas anda ada produk yang tepat untuk dijual dan website e-commerce untuk menjual, anda perlu tarik trafik ke website e-commerce supaya audiens masuk ke website dan membeli produk yang anda jual. Mulakan dengan menukar bio di sosial media kepada link website e-commerce anda. Kemudian, blast WhatsApp kepada database pelanggan atau prospek yang berpotensi membeli produk anda. 

Antara strategi promote barang secara online yang anda boleh gunakan adalah :-

  • Influencer Marketing – Paid review
  • Online Advertising – Facebook Ads / Instagram Ads / Google Ads

Sebenarnya, ada banyak barang yang cepat laku dijual secara online dan anda hanya perlu pilih satu atau dua produk dan konsisten promote website e-commerce supaya bisnes yang anda usahakan menjadi bisnes online yang menguntungkan. Dan secara praktikal, tiada spesifik barang yang senang dijual kerana semua barang ada fungsi, kelebihan dan pengguna yang tersendiri.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *