Home » Jualan » 11+ Contoh Free Gift Untuk Customer Serendah RM50 Sahaja!

11+ Contoh Free Gift Untuk Customer Serendah RM50 Sahaja!

Majoriti solopreneur dan usahawan yang buat bisnes atau tawarkan khidmat servis keapda customer terfikir untuk cari idea free gift untuk customer. Seperti yang kita semua sedia maklum, customer adalah manusia dan idea free gift untuk customer merupakan nilai tambah supaya mereka lebih yakin dengan produk, servis dan brand anda. Masalahnya adalah tidak banyak free gift murah dengan bajet serendah RM50 yang berkualiti dan bagus untuk diberikan pada customer. Dalam artikel ini, kami akan tunjukkan 12 contoh free gift untuk customer yang anda boleh beri pada customer.

Apa Itu Free Gift?

Free gift adalah item kecil yang diberikan tanpa mengenakan bayaran sebagai dorongan untuk customer beli produk atau langgan servis anda. Kadangkala, free gift diberikan pada orang yang bantu bisnes itu dapatkan pelanggan. Sebagai contoh, sebuah kedai alat tulis memberikan kalkulator sebagai free gift pada 50 orang customer terawal. Free gift adalah salah satu strategi marketing untuk menarik minat prospek dan teknik ini sesuai untuk promote kedai fizikal, kedai online dan produk baru yang dilancarkan. 

starbucks gift card
Kredit : Starbucks Malaysia

Kebaikan Dan Faedah Beri Free Gift Pada Customer

Untuk bisnes ada empat kebaikan dan faedah jangka panjang sekiranya memberikan free gift pada customer. Ini juga salah satu cara menghargai customer selain daripada memberi diskaun tambahan dan sebagainya. 

1. Customer Setia Pada Brand

Customer yang mendapat free gift dari brand yang mereka pilih akan lebih percaya dan setia pada brand itu berbanding brand yang tidak memberikan free gift. Logiknya adalah, semua manusia sukakan barang percuma dan idea memberikan free gift membuatkan customer rasa dihargai dan wang yang mereka gunakan untuk beli produk atau langgan servis anda lebih berbaloi berbanding dengan pesaing anda. 

Data daripada Retail Touch Point menunjukkan, 90% pengguna akan kekal dengan brand yang tawarkan free gift. 

2. Naikkan Sales Bisnes

Beri free gift pada customer secara psikologi boleh menyebabkan customer itu rasa teruja dengan item free gift itu dan mereka cenderung untuk beli produk atau langgan servis anda untuk dapat free gift tersebut. 

Strategi free gift yang banyak bisnes gunakan adalah “free gift dengan pembelian” dan ini bermakna, customer perlu beli produk tambahan untuk dapatkan free gift tersebut. Strategi ini terbukti berkesan dan penjual perlu bijak promosikan free gift itu pada customer supaya customer merasakan nilai yang mereka dapat dengan wang yang mereka belanjakan itu berbaloi. 

3. Tetapkan Standard Brand

Customer yang pernah dapat free gift dari brand anda akan sebarkan menerusi word-of-mouth kepada follower mereka di sosial media dan prospek akan tahu yang brand anda mempunyai standard yang tinggi terhadap customer yang beli produk dari anda. 

Free gift yang tepat dengan jenis customer akan bantu anda memenangi persaingan dalam pasaran dan free gift itu mestilah sesuai dengan brand anda. Jika anda jual produk premium dan mewah, free gift yang anda beri pada customer juga mesti sesuai dengan produk dan imej brand anda supaya selari dengan standard yang anda tetapkan. 

4. Cipta Sosial Buzz Di Sosial Media

Sosial Buzz adalah review positif dari customer anda di sosial media mereka dan diklasifikasikan sebagai “User Generated Content” atau UGC. Buat pengetahuan anda, UGC sebenarnya secara langsung merupakan marketing yang dilakukan customer anda dan ini sebenarnya memberikan brand anda lebih pendedahan pada audiens yang lebih luas. 

Dengan sosial buzz juga, anda akan dapat ramai prospek baru hasil dari testimoni dan review produk dan free gift dari customer yang pernah beli produk atau langgan servis anda. 

Siapa Patut Dapat Free Gift?

Kesilapan kebanyakan brand adalah mereka beri free gift pada semua customer yang membeli produk atau langgan servis mereka. Dalam disiplin marketing, sangat penting untuk anda wujudkan injeksi “Fear Of Missing Out” atau FOMO. FOMO secara praktikal akan menyebabkan prospek tertunggu dan tidak mahu terlepas membeli produk atau langgan servis anda. 

Contoh terdekat FOMO adalah McDonald yang menjual Prosperity Burger dengan Onion Fries pada satu tempoh tertentu dan rakyat Malaysia berlumba-lumba mendapatkannya dan buat posting di sosial media mereka. Orang yang sepatutnya dapat free gift dari brand anda adalah :- 

  • Pembeli Terawal – 100 orang terawal yang beli produk/langgan servis dalam masa 24 jam 
  • Pelanggan Tetap – Khusus untuk pelanggan tetap yang langgan servis anda untuk tempoh 12 bulan 
  • Pelanggan Bertuah – Cabutan bertuah untuk 5 orang pelanggan yang beli produk anda dalam satu kempen
  • Sosial Media Influencer – Sesuai untuk brand anda dapatkan sales dari follower influencer itu menerusi UGC

 

11+ Contoh Free Gift Untuk Customer

1. Bag

gym bag untuk free gift customer
Kredit : Shopee Malaysia

Beri bag sebagai free gift pada customer adalah idea terbaik kerana bag sesuai digunakan baik lelaki dan wanita. Bag yang berkualiti tinggi dengan logo brand anda yang simple secara langsung akan tingkatkan brand awareness orang sekitar customer anda akan brand anda. 

Antara jenis bag yang sesuai sebagai free gift untuk customer adalah, bag gymnasium, bag galas dan tote bag dan kos untuk beli bag-bag ini dari marketplace seperti AliExpress adalah sekitar RM10 – RM30 mengikut kuantiti yang anda beli. 

 

2. Cawan

cawan kartun untuk free gift untuk customer
Kredit : New York Magazine

Buat pengetahuan anda, ramai rakyat Malaysia merupakan pengumpul cawan dan idea memberikan cawan sebagai free gift untuk customer sangat tepat kerana semua orang menggunakan cawan setiap hari untuk minum air. 

Anda hanya perlu beli sejumlah cawan dan cop logo brand anda atau kata semangat yang berkait dengan brand anda untuk dijadikan free gift pada customer. Kos untuk beli cawan dan cop logo adalah sekitar RM10 – RM20 bergantung kepada jenis cawan, jumlah warna dan saiz cop pada cawan.

 

3. Tudung

tudung kodi free gift untuk customer
Kredit : Pinterest

Khusus untuk customer wanita, sekiranya produk,niche dan industri anda berkaitan dengan wanita, anda boleh berkira-kira untuk memberikan tudung sebagai free gift pada customer yang beli produk atau langgan servis anda. 

Memandangkan terdapat banyak jenis tudung yang ada di pasaran, sebaiknya anda kaji terlebih dahulu jenis tudung yang customer akan hargai dan gunakan. Kos untuk beli tudung bawal simple dengan minimum kuantiti 100 helai hanyalah RM5 – RM10 bergantung kepada kualiti jenis dan material tudung itu di marketplace Shopee.

 

4. Tumbler

tumbler dUCk untuk free gift untuk customer
Kredit : dUCk

Tumbler adalah bekas minuman dengan straw atau tanpa straw yang biasanya digunakan untuk minum air sejuk atau air panas. Tumbler adalah free gift terbaik untuk diberikan pada customer anda kerana terdapat banyak jenis design tumbler daripada minimalis, bercorak dan warna warni. 

Untuk jadikan tumbler itu free gift yang lebih bermakna, anda boleh tampal logo brand anda atau stiker kata-kata semangat supaya customer anda rasa terinspirasi setiap kali menggunakan tumbler tersebut. Kos untuk membeli tumbler adalah serendah RM15 – RM50 mengikut jenis, kualiti, fungsi dan design di marketplace AliExpress, AliBaba dan Shopee. 

 

5. Earbud 

earbud free gift untuk customer
Kredit : Shopee Malaysia

Earbud adalah sepasang speaker kecil nirwayar dengan bluetooth yang dipasang di kedua-dua belah telinga dan alat ini sangat berguna untuk mendengar musik dan bercakap secara hands-free. Earbud boleh dikategorikan sebagai free gift premium kerana harga untuk earbud dengan kualiti yang baik dijual pada harga serendah RM30 – RM300 di Shopee dan Lazada bergantung kepada kualiti, jenama dan berat.

 

6. Buku Nota 

buku nota buku jpurnal kulit
Kredit : Ecomaz

Buku nota sesuai sekiranya customer anda adalah golongan pelajar, profesional dan korporat yang menggunakan buku nota dalam kehidupan seharian mereka. 

Buku nota sebenarnya lebih praktikal berbanding nota kalendar kerana buku nota boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan tidak terbatas kepada mencatat perancangan harian, mingguan dan bulanan seperti nota kelandar. 

Buku nota yang simple boleh dibeli serendah RM10 – RM100 di kedai buku seperti MPH, Popular dan Kinokuniya bergantung kepada jenis, jenis coverbook, helaian, design dan corak.

 

7. Lilin Pewangi Rumah

lilin nyala by azfarheri
Kredit : Nyala

Lilin wangi adalah lilin yang diperbuat daripada minyak wangi yang dicampur dengan lilin untuk memberikan amora wangi sewaktu dibakar. Lilin wangi sesuai diletakkan di tandas, ruang tamu dan bilik tidur untuk memberikan suasana yang menyenangkan di dalam rumah. 

Kos untuk membeli lilin wangi dari jenama seperti IKEA dan Nyala adalah sekitar RM8 – RM35 sahaja mengikut saiz dan bau. Anda boleh beli pelbagai jenis bau lilin wangi dan beri pilihan pada customer untuk memilih jenis bau lilin wangi sebagai free gift.

 

8. Facemask Limited Edition

starbucks facemask
Kredit : Carousell

Facemask adalah pelitup muka yang menghalang habuk dan virus daripada memasuki saluran pernafasan. Dalam fasa endemik dan menuju ke arah bebas COVID-19, memberi facemask yang eksklusif dan elegan pada customer adalah idea yang bijak kerana facemask dipakai oleh semua orang setiap hari. 

Anda boleh cetak facemask dengan logo brand dan corak tersendiri yang anda ingini dan berikan sebagai free gift kepada customer yang buat pembelian dari produk atau langgan servis anda. Kos untuk mencetak facemask adalah sekitar RM20 – RM30 untuk 100 keping facemask dan boleh dibuat di kebanyakan kilang printing di seluruh Malaysia. 

 

9. Set Tupperware

tupperware set malaysia
Kredit : Facebook Marketplace

Tupperware adalah bekas makanan lutsinar yang digunakan untuk menyimpan makanan dan bahan masakan. Terdapat pelbagai jenis bekas makanan yang ada di pasaran dan paling ikonik adalah dari brand Tupperware sendiri. 

Anda boleh cari ejen atau stokis brand Tupperware untuk berikan customer anda Tupperware Gift Set pada harga serendah RM25 – RM46 mengikut jenis, warna dan fungsi.

BONUS : Contoh Free Gift Makanan & Minuman

Jika anda ingin berikan free gift untuk customer dalam bentuk makanan dan minuman, sila pastikan yang makanan dan minuman itu mempunyai tarikh luput yang panjang dan packaging makanan atau minuman itu tidak mudah pecah. Hal ini kerana, ada besar kemungkinan anda perlu gunakan khidmat rider atau kurier untuk hantar free gift itu pada customer. 

10. Kek Buah

ecaque fruit cake
Kredit : Facebook

Kek buah adalah buah yang dikukus menjadi sebuah kek dan biasanya tidak mengandungi bahan pengawet dan menggunakan bahan-bahan asas seperti tepung, gula, mentega dan potongan buah-buahan. 

Kek buah premium sesuai diberikan kepada customer sebagai free gift kerana rasanya yang lazat dan sesuai dimakan bila-bila masa bersama seisi keluarga atau di pejabat. 

Antara kek buah yang ada di pasaran dan sesuai dijadikan free gift adalah dari Ecaque Fruit Cake dan dijual pada harga RM50 sahaja.

 

11. Kopi Botol Kaca 

celsius coffee cold brew latte
Kredit : Celsius Coffee

Kopi botol adalah minuman kopi yang disediakan secara “cold brew” yang menggunakan bahan-bahan asas seperti biji kopi premium, susu dan gula. Kopi botol telah menjadi fenomena di Malaysia sepanjang tempoh pandemik dan sangat enak diminum pada bila-bila masa. 

Antara kopi botol yang trending dan sesuai dijadikan free gift pada customer adalah Celsius Coffee dan harganya serendah RM49.50 untuk 5 botol kopi.

 

12. Suplemen Tambahan

 

executive b blackmores
Kredit : Sunlight Pharmacy

Suplemen tambahan adalah ubat-ubatan yang mengandungi mineral dan nutrien yang diperlukan tubuh badan untuk kekal cergas dan sihat sepanjang hari. Suplemen tambahan sesuai dijadikan free gift pada customer anda jika produk dan servis anda berkait rapat dengan niche kesihatan dan kecantikan. 

Contoh suplemen tambahan yang anda boleh beli secara online sebagai free gift pada customer adalah Blackmores Executive B Complex yang dijual pada harga RM33 – RM50 bergantung kepada kuantiti tablet.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *