Home » Kajian Kes » 9+ Nasihat Cara Mula Berniaga Dari Otai Bisnes
cara mula berniaga yezza 00

9+ Nasihat Cara Mula Berniaga Dari Otai Bisnes

Berniaga adalah skill menjual produk atau servis yang menyelesaikan masalah masyarakat dan berniaga tidak semestinya menjual barang. Sebaliknya, menjual skill, kemahiran dan potensi diri juga adalah salah satu cabang dalam berniaga. Sebagai pemula, orang yang baru mula berniaga boleh mulakan apa yang ada di tangan seperti menjual barang terpakai yang ada nilai atau mencuba menjual skill seperti menulis artikel dan melukis.

Salah faham ramai orang tentang cara nak mula berniaga adalah, ramai orang beranggapan, berniaga perlukan modal yang besar.

Hakikatnya, berniaga tidak semestinya memerlukan modal yang besar. Ada juga bisnes yang anda boleh mulakan tanpa modal atau kos yang sangat rendah.

“Maksud sebenar berniaga adalah membeli barang pada harga murah dan jual semula pada harga yang lebih tinggi.”

Objektif berniaga adalah untuk capai keuntungan maksimum. Lebih tinggi untuk anda capai dalam berniaga, lebih cepat bisnes anda akan berkembang.

Semakin besar bisnes anda, semakin ramai pekerja yang anda perlukan dan semakin banyak peluang pekerjaan yang anda mampu sediakan.

Ini merupakan salah satu faedah terbesar berniaga dan rata-rata bisnes yang terlalu besar, tidak akan dibenarkan untuk gagal oleh sesebuah Kerajaan. 

cara mula berniaga online yezza

Hal ini kerana, apabila sebuah syarikat yang mempunyai ratusan bahkan ribuan pekerja dengan nilai jutaan ringgit, anda sebenarnya “too big too fail”.

Untuk itu, dalam artikel ini kami kumpulkan kompilasi 10 nasihat cara mula berniaga dari Puan Ainon Mohd, salah satu guru perniagaan ramai usahawan berjaya di Malaysia yang juga bergiat aktif sebagai usahawan dan penulis kreatif. 

 

Wujudkah Bisnes Tanpa Modal?

Bisnes tanpa modal bermaksud, sebuah bisnes yang boleh dimulakan tanpa menggaji pekerja, membeli mesin dan menyimpan stok produk terlebih dahulu.

Buat pengetahuan anda, memang wujud bisnes tanpa modal dan caranya adalah dengan menjual servis atau menjual produk menerusi sistem dropship. 

Servis : Bisnes Tanpa Modal

Servis adalah kemampuan menjual skill, kemahiran diri dan potensi diri kepada masyarakat. Sebagai pemula, anda perlu kenal pasti skill, kemahiran dan potensi diri terlebih dahulu.

Kemudian, fikirkan masalah masyarakat yang mampu anda selesaikan dengan skill anda tadi. Selepas itu, pakejkan skill anda tadi sebagai servis dan promosikan kepada golongan yang memerlukan servis yang anda tawarkan. Contoh servis adalah :- 

  • Servis baiki rumah 
  • Menyanyi / busking 
  • Servis urutan badan 
  • Servis menulis copywriting 
  • Servis membaiki kenderaan 

Dropship : Bisnes Tanpa Modal

Maksud dropship adalah, anda menjual produk mengikut harga pasaran pada pelanggan. Kemudian, anda beli produk itu daripada supplier atau HQ dengan harga yang lebih rendah.

Supplier atau HQ akan poskan barang tersebut ke alamat pelanggan.

Dengan cara ini, anda dapat buat untung tanpa perlu pegang stok inventori dan hanya perlu fokus jual pada pelanggan dan submit order pada supplier atau HQ itu sahaja. Contoh dropship yang anda boleh buat adalah :- 

  • Jual gajet di sosial media 
  • Jual pakaian wanita di Shopee 
  • Jual makanan & minuman di sosial media 

9+ Nasihat Cara Mula Berniaga Dari Otai Bisnes

cara mula berniaga yezza 00
Kredit : The VOCKET

 1. Ubah Cara Fikir Penjual Kepada Usahawan

Cara fikir seorang penjual adalah, mereka ingin cari produk yang senang dijual, margin produk yang tinggi dan cara marketing yang murah. Sedangkan usahawan pula, cara fikir mereka adalah mencari & kekalkan syarikat dalam satu niche, faham masalah audiens dan masalah yang mereka hadapi dan buat produk yang tepat kepada target audiens. 

Untuk kekal relevan dalam bisnes, anda perlu ada sebab dan matlamat dalam bisnes yang boleh dipecahkan menjadi visi dan misi supaya anda tahu halatuju, potensi dan kemampuan bisnes anda.

Dengan cara ubah cara fikir, anda akan menjadi lebih empati kepada audiens dan akan tawarkan produk yang benar-benar menyelesaikan masalah mereka. 

2. Kenal Siapa Pelanggan Masa Depan

Pelanggan adalah nyawa bisnes dan tujuan marketing yang pertama adalah mencetak lebih ramai pelanggan kepada bisnes. Akan tetapi, tidak ramai peniaga yang benar-benar faham siapa pelanggan mereka dan siapa pelanggan masa depan mereka. 

Pelanggan hari ini adalah orang yang sedang atau telah menggunakan produk dan servis anda. Manakala, pelanggan masa depan adalah orang yang bakal menggunakan produk dan servis anda selepas anda lakukan beberapa perubahan dan inovasi pada produk dan servis. 

Semakin ramai pelanggan yang anda dapat, semakin besar bisnes anda. Dan cara untuk dapatkan semarai mungkin pelanggan ada;ah dengan membuat perubahan dan inovasi pada produk dan servis supaya sesuai untuk setiap segmen audiens anda. 

3. Beroperasi Dari Rumah Lebih Jimat

Dengan keadaan kegawatan ekonomi dan timbul budaya “work from home” dan “work from anywhere” lewat beberapa tahun kebelakangan ini, beroperasi dari rumah adalah lebih jimat berbanding beroperasi di premis perniagaan.

Anda tidak perlu keluarkan kos untuk pergi ke premis perniagaan, tidak perlu keluarkan belanja renvoasi pejabat dan tidak perlu bayar kos utiliti dan fasiliti bulanan. Apa yang anda perlukan adalah, sebuah bilik atau tempat khusus untuk anda jalankan bisnes di rumah sahaja. 

4. Jangan Buat Hutang Di Awal Fasa Bisnes

Dosa kewangan ramai solopreneur dan usahawan di awal fasa bisnes adalah, mereka buat hutang dengan bank, adik beradik, saudara mara dan rakan-rakan. Sedangkan, bisnes itu belum dimulakan dan mereka sendiri tidak faham bagaimana budaya dan cara kerja dalam bisnes itu. 

Kesannya, solopreneur dan usahawan seperti ini terjerat dari awal untuk bayar komitmen hutang dan bisnes mereka sukar untuk berkembang kerana dibebani dengan hutang yang tidak perlu di awal fasa bisnes.

Cara yang paling baik adalah dengan mula berniaga dengan modal yang ada di tangan dan elak berhutang di awal fasa bisnes. 

5. Jual Solusi Jangka Panjang

Beza penjual dan usahawan adalah, penjual fokus untuk mencetak lebih banyak duit setiap hari. Manakala usahawan pula, mereka fokus untuk selesaikan masalah masyarakat sebanyak mungkin dan sebesar mungkin.

Usahawan yang bagus, mereka fikirkan niche yang “blue ocean”, tidak ramai pesaing dan belum ada solusi yang ideal untuk masalah tersebut. Kesannya, mereka akan kekal relevan lebih lama kerana mereka menjual solusi jangkan panjang. 

6. Bina Komuniti Seawal Mungkin

Dalam marketing, ada dua cara mendapatkan sales iaitu menerusi online advertising dan kedua adalah menerusi branding.

Kelemahan online advertising adalah, bisnes anda perlu kerap keluarkan kos yang besar untuk dapatkan pelanggan. Solusi untuk kurangkan kos marketing adalah dengan membina komuniti pelanggan yang menggunakan servis anda seawal mungkin.

Dengan cara ini, pelanggan mempunyai sebab untuk terus menggunakan produk atau servis anda dan promosikan pada orang terdekat mereka. 

cara mula berniaga

7. Fikir Untuk Selesaikan Masalah Masyarakat

Masyarakat mempunyai masalah yang kompleks dan tidak boleh diselesaikan dengan satu solusi sahaja. Tiada satu solusi di dunia yang mampu menyelesaikan semua masalah yang dihadapi audiens.

Lebih besar masalah yang anda selesaikan, lebih besar amaun yang pelanggan sanggup bayar untuk dapatkan solusi itu.

Usahawan yang bagus akan fikirkan cara dan solusi terbaik untuk selesaikan masalah masyarakat menerusi produk dan servis yang tepat. 

Seiring dengan pergerakan zaman dan pembangunan teknologi, produk itu juga akan melalui beberapa fasa inovasi untuk menjadi solusi terbaik pada masyarakat. 

8. Dokumenkan Duit Keluar Masuk Bisnes

Fasa awal bisnes adalah, semua golongan ini peniaga, solopreneur dan usahawan ligat mencuba pelbagai taktik dan strategi untuk gandakan duit mereka. Fasa ini biasanya berlaku dalam tempoh 2 tahun – 5 tahun dalam bisnes.

Selepas selesai tahap ini, peniaga, solopreneur dan usahawan ini mula ada duit yang banyak dalam akaun bank mereka. Dan mereka mula nak buat pinjaman untuk beli rumah dan beli kenderaan baru.

Malangnya, permohonan mereka dibatalkan kerana mereka terlupa untuk dokumenkan segala transaksi duit keluar dan duit masuk dalam bisnes mereka.

Lebih malang lagi, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mula memerhati mereka dan meminta mereka membuat taksiran cukai dan membayar cukai tahun-tahun yang lalu.

Jadi, dokumenkan segala duit keluar dan masuk bisnes seawal mungkin kerana kita tidak mungkin sempat untuk mula semula dokumenkan segalanya selepas 2 tahun – 5 tahun. 

cara mula berniaga

9. Gajikan Pekerja Untuk Buat Kerja Rutin

Pemilik bisnes perlu sedar yang tanggungjawab mereka adalah mencipta produk, buat marketing dan pastikan bisnes capai objektif utama iaitu capai keuntungan maksimum.

Oleh itu, pemilik bisnes tidak boleh sibuk buat kerja harian yang rutin seperti posting di sosial media, mengira stok inventori, menjaga kaunter di kedai dan sebagainya. 

Gajikan pekerja untuk buat kerja harian dan rutin supaya pemilik bisnes boleh fokus pada kerja yang lebih mendatangkan duit pada bisnes.

Bila pemilik bisnes gajikan pekerja, operasi bisnes menjadi lebih tersusun dan pemilik bisnes boleh besarkan lagi bisnes mereka. 

cara mula berniaga
Kredit : Majalah Labur

10. Tebalkan Margin Tanpa Buat Sales

Salah satu skill mencetak duit yang ramai usahawan tidak tahu adalah, bagaimana cara untuk tebalkan margin tanpa buat sales.

Teknik ini sebenarnya tidaklah terlalu baru tetapi agak kompleks dan perlukan skill berunding dengan pembekal, dan skill mengurangkan kos operasi bisnes. Caranya adalah dengan mengurangkan kos operasi/produksi produk dan servis, mengurangkan kos COGS dari pembekal dan kurangkan kos marketing yang tidak efektif.

Dengan cara ini, bisnes tidak perlu tambah staff atau tambah kos marketing setiap bulan, tetapi mampu dapat margin yang lebih tebal tanpa perlu gandakan sales. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *