Home » Media Sosial » 7 Cara Buat WhatsApp Web Dalam 2 Minit Dengan Handphone
cara buat whatsapp web

7 Cara Buat WhatsApp Web Dalam 2 Minit Dengan Handphone

Apa Itu WhatsApp Web?

WhatsApp Web adalah sebuah online platform yang menggunakan akaun WhatsApp menerusi komputer anda. WhatsApp Web membolehkan anda berbual dengan orang lain di WhatsApp menggunakan komputer berbanding handphone. WhatsApp Web juga adalah lanjutan aplikasi WhatsApp di handphone dan disebabkan itu, anda perlu ada akaun WhatsApp untuk menggunakan WhatsApp Web.

Cara log-in WhatsApp Web adalah menggunakan QR Code yang akan keluar untuk tempoh 60 saat di komputer dan secara automatik segala nombor dan mesej yang ada di WhatsApp mobile akan turut dipaparkan pada WhatsApp Web. 

 

Bagaimana Cara Guna WhatsApp Web?

whatsapp web
Kredit : WhatsApp

Ada tiga cara untuk gunakan WhatsApp Web di komputer anda. Cara pertama adalah dengan menggunakan website WhatsApp, cara kedua adalah dengan menggunakan aplikasi dekstop WhatsApp Web dan cara ketiga adalah menggunakan browser Opera. Ikut langkah demi langkah di bawah :- 

Cara Guna WhatsApp Web Di Website WhatsApp

  1. Pergi ke web.whatsapp.com   
  2. Buka WhatsApp di handphone 
  3. Tekan ikon titik-tiga dan pilih WhatsApp Web 
  4. Scan QR Kod pada WhatsApp Web di komputer dengan handphone 

Cara Guna WhatsApp Untuk Windows dan Mac

  1. Download aplikasi dekstop untuk WhatsApp Web 
  2. Buka WhatsApp di handphone 
  3. Tekan ikon titik-tiga dan pilih WhatsApp Web 
  4. Scan QR Kod pada aplikasi WhatsApp Web di komputer dengan handphone 

Cara Guna WhatsApp Web Dengan Opera

  1. Buka browser Opera di komputer 
  2. Pilih ikon WhatsApp pada sidebar Opera 
  3. Buka WhatsApp di handphone
  4. Scan QR Kod pada WhatsApp di Opera dengan handphone

 

Boleh Ke Guna WhatsApp Dan WhatsApp Web Serentak?

Ya, anda boleh gunakan WhatsApp mobile dan WhatsApp Web serentak sehingga empat peranti yang telah link dengan WhatsApp di smartphone anda dalam satu masa. Ini termasuk handphone, tablet, laptop dan komputer secara serentak. Segala detail seperti chat, nombor telefon, imej, video, galeri dan sebagainya adalah selamat. 

Apa Beza WhatApp Web Dan WhatsApp Mobile?

whatsapp web dan whatsapp mobile
Kredit : Opera Browser

WhatsApp dinobatkan sebagai aplikasi paling popular di dunia dan digunakan setiap hari menerusi handphone dan komputer. Beza di antara WhatsApp Web dan WhatsApp Mobile adalah pada :- 

  • Voice call – Hanya boleh diakses WhatsApp di handphone 
  • Video call – Hanya boleh diakses WhatsApp di handphone
  • Status upload  – Tidak boleh upload dan kemaskini status di WhatsApp Web

<h2> Langkah Buat WhatsApp Web Dalam 2 Minit Dengan Handphone <h2> 

1. Sediakan dua handphone (satu dengan WhatsApp, satu tanpa WhatsApp)

2. Buka browser Google Chrome guna handphone pertama

3. Buka laman web.whatsapp.com

4. Tekan ikon titik-tiga di sidebar browser

5. Pilih ‘Dekstop view’

6. Scan QR Kod WhatsApp dengan handphone yang ada WhatsApp

7. Scan QR Kod di handphone pertama tadi

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *