Home » Pemasaran » 8+ Contoh Copywriting Marketing Makanan Di WhatsApp
contoh ayat marketing makanan yezza 00

8+ Contoh Copywriting Marketing Makanan Di WhatsApp

Apa Itu Copywriting?

Copywriting atau ayat jualan adalah proses menulis tulisan berunsur marketing dan bahan promosi dengan motif memujuk dan memberi motivasi pada audiens untuk membuat tindakan seperti membeli, klik pada link, derma, buat tempahan dan hubungi nombor yang tertera.

Dalam sisi lain, copywriting juga boleh difahami sebagai susunan ayat untuk menjual produk atau servis dan merupakan salah satu elemen terpenting dalam aktiviti marketing dan pemasaran. 

Bahan material untuk copywriting merangkumi media cetak dan media digital menerusi gambar, video, infografik, billboard dan sebagainya.

Copywriting boleh dijumpai di semua tempat daripada sekeping bisnes kad, stiker, pamplet promosi, katalog, email dan website jualan.

Semua produk, servis, niche dan industri memerlukan copywriting sebagai satu teknik menyampaikan mesej yang tepat pada audiens yang tepat.

Copywriting yang bagus bukan sahaja akan capai objektif kempen marketing, sebaliknya copywriting yang bagus juga akan memberi informasi tambahan atau menjadikan audiens lebih bijak. 

 

Apa Kerja Sebenar Penulis Copywriting?

copywriter menulis copywriting

Kerja seorang penulis copywriting berkait rapat dengan menulis ayat jualan yang menyebabkan audiens yang membaca copywriting itu, termotivasi dengan sendiri untuk mengikuti arahan atau Call-To-Action (CTA) yang dinyatakan dalam copywriting.

Kemampuan seorang penulis copywriting juga diuji saat menulis tagline, slogan dan copywriting yang singkat supaya audiens dapat faham dengan jelas apa yang sedang dijual dan untuk siapa ayat jualan tersebut. 

Seorang penulis copywriting juga perlu kenal siapa audiens yang akan membaca copywriting itu, masalah yang sedang dihadapi dan solusi sebenar yang diinginkan audiens tersebut.

Masalah yang dihadapi audiens itu mestilah masalah sebenar yang bukan direka-reka dan solusi yang ditawarkan juga mestilah solusi sebenar yang mesti menyelesaikan masalah. 

Penulis copywriting yang hebat mampu menulis ayat jualan tanpa berbunyi seperti menjual, padat dengan informasi dan berjaya membuatkan target audiens untuk mengikuti CTA yang telah ditetapkan dalam copywriting.

 

Elemen Dalam Copywriting

Dalam menulis copywriting, ada lima elemen utama yang menjadikan sebuah copywriting itu berstruktur dan lengkap. Elemen tersebut adalah masalah, huraian, solusi, testimoni/transformasi dan action (CTA).

elemen dalam copywriting

 

1. Masalah

Anda perlu selami jiwa dan fahami dunia target audiens  yang cuba anda sasarkan, supaya anda dapat kenal pasti masalah sebenar (pain point) yang dihadapi audiens.

Anda perlu dapat keluarkan beberapa masalah sebenar yang dihadapi audiens supaya mereka tahu, copywriting itu ditujukan kepada mereka, yaqni orang yang menghadapi spesifik masalah yang anda nyatakan. 

2. Huraian

Huraian merupakan fasa kedua dalam disiplin menulis copywriting di mana, anda perlu huraikan dengan lebih lanjut tentang masalah yang audiens hadapi.

Anda boleh gunakan data, statistik, fakta dan ayat penguat untuk menyokong “pain point” yang anda kemukakan pada headline di atas.

Selain itu, huraian juga tidak perlu terlalu panjang dan sekadar cukup untuk menguatkan poin masalah sebelum anda masuk ke fasa ketiga iaitu solusi. 

3. Solusi

Solusi merupakan fasa ketiga dalam copywriting dan memerlukan anda mengeluarkan solusi sebenar yang produk atau servis anda boleh tawarkan dan benar-benar mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi audiens.

Solusi boleh ditulis dalam bentuk ayat atau poin dan konteks utama solusi adalah bagaimana masalah yang audiens hadapi boleh berubah dengan produk atau servis yang anda tawarkan. 

4. Testimoni / Transformasi 

Testimoni atau transformasi penting sebagai salah satu elemen “counter-objection” akan stigma dan salah faham audiens terhadap produk anda.

Untuk testimoni, anda boleh gunakan individu sebenar yang mengalami perubahan hidup selepas menggunakan produk atau servis anda.

Manakala, transformasi pula, anda perlu visualkan kepada audiens perubahan dalam tempoh masa tertentu yang mereka akan dapat selepas gunakan produk atau servis anda.

Gunakan teknik sebelum dan selepas untuk tunjukkan secara detail perubahan yang produk atau servis anda boleh berikan kepada audiens. 

5. Action (CTA)

Ini merupakan fasa terakhir dalam disiplin copywriting dan paling penting dalam copywriting.

Hal ini kerana, audiens perlu tahu detail tentang bisnes anda supaya mereka boleh chat di WhatsApp, hubungi nombor telefon atau pergi ke kedai fizikal anda.

Call-to-action adalah satu teknik memberitahu audiens apa yang mereka perlu buat untuk dapatkan produk atau servis anda.

Anda boleh tentukan untuk mereka chat anda di Facebook Messenger, WhatsApp, tekan link website, telefon tim jualan atau hadir ke premis perniagaan. 

 

Penentu Kejayaan Dalam Copywriting

penentu kejayaan copywriting

Tidak ada satu copywriting yang tepat untuk semua audiens. Copywriting perlu sentiasa diuji dan diperbetulkan dari semasa ke semasa supaya audiens dan bisnes dapat impak dari copywriting itu mengikut objektif yang telah ditetapkan. Penentu kejayaan dalam copywriting adalah :- 

1. Tepat Pada Audiens – Copywriting itu mesti tepat pada spesifik audiens. Jika anda ada 3 jenis audiens yang berbeza, anda perlu sediakan 3 jenis copywriting untuk audiens A, audiens B dan audiens C. 

2. Ada Counter-Objection – Counter-objection penting supaya semua dilema dan persoalan audiens dapat anda patahkan dan memotivasikan mereka untuk gunakan produk atau servis anda. 

3. Injeksi Emosi Pada Headline – 90% audiens membeli secara online kerana emosi, maka anda perlu gunakan emosi yang tepat pada headline copywriting supaya audiens itu tahu bahawa produk atau servis itu memang ditujukan kepadanya. 

4. CTA Yang Jelas – Sebuah copywriting tidak akan berjaya capai objektif bisnes sekiranya tiada CTA yang jelas. CTA yang baik mengandungi satu arahan yang jelas sahaja supaya audiens tahu apa yang mereka perlu buat. 

 

8+ Contoh Copywriting Makanan Di WhatsApp

Contoh copywriting makanan di WhatsApp ini akan menggunakan produk nasi lemak. Manakala emosi copywriting yang akan digunakan adalah bersalah, marah, sedih dan inspirasi. 

nasi lemak
Kredit : Asian Inspiration

Masalah

  1. Setiap hari pergi kerja mesti tak breakfast. Bungkus nasi lemak pun tak sempat? 
  2. Mengidam pula tengok orang lain breakfast nasi lemak. Aku asyik kebulur sahaja…
  3. Macam mana nak perform di office kalau tak makan? Mana nak cari nasi lemak?
  4. Stressnya nak cari nasi lemak yang tak kedekut, murah dan sedap! 
  5. Baru aku tahu selama ini nasi lemak aku makan tak sedap!
  6. Sedihnya! Dah lama mengidam nak makan nasi lemak sebelum mula kerja 
  7. Duit ada RM3 cukup-cukup untuk breakfast. Tapi aku nak nasi…
  8. Setiap hari skip breakfast sampai kena gastrik?
  9. Sebelum kerja, pastikan anda dapat nutrien lengkap serendah RM3! 

 

Huraian

  1. Sebenarnya, tak susah pun nak cari breakfast yang sedap dan murah. XYZ boleh hantarkan untuk anda.
  2. Orang yang breakfast sebelum bekerja biasanya lebih happy dan perform bila bekerja
  3. 4/10 pekerja sering skip breakfast dan jadi punca mereka kurang perform di office. Jangan jadi macam mereka
  4. Nasi lemak yang bagus ada nasi yang wangi, kacang, ikan bilis, timun, sambal dan telur rebus!
  5. Nasi lemak yang sedap bukanlah yang terlalu pedas, masam dan wangi. Tapi yang balance rasanya…
  6. Anda tidak keseorangan. Ramai yang mengidam makan nasi lemak yang betul-betul sedap tapi tak jumpa!
  7. Dengan modal RM3, anda sebenarnya boleh dapat breakfast yang cukup nutrien! Contohnya nasi lemak!
  8. Tahukah anda, anda akan lebih sihat, bertenaga dan happy bila dapat protein, serat dan karbo!

Solusi

Mujurlah ada nasi lemak XYZ, nasi lemak yang complete, sedap dan murah! 

.

Timun yang banyak & segar 

Nasi yang wangi (tak lembik) 

Telur rebus sebiji (bukan suku) 

Kacang & ikan bilis yang rangup 

FREE : Air mineral 250ml untuk semua orang

.

Nak nasi lemak + lauk? Kami ada macam-macam lauk. Antaranya :

.

Ayam gulai kawah

Daging gulai kawah 

Daging salai balado 

Ayam goreng rempah 

Rendang ayam (tak pedas)

Rendang daging (tak pedas)

10+ jenis kuih muih tradisional 

.

Kami beroperasi setiap Isnin – Jumaat 7AM -10AM di depan CIMB Bank. 

Percuma seketul rendang ayam untuk 10 orang pelanggan terawal.

 

Testimoni / Transformasi

Kami dah sediakan lebih 200,000 bungkus nasi lemak sejak tahun 2015. 

9/10 pelanggan kami adalah pelanggan tetap 2KM dari lokasi. 

.

Jangan skip breakfast anda lagi. 

Mulakan kerja anda setiap hari dengan nasi lemak XYZ.

 

Action (CTA)

Untuk tempahan pejabat, hubungi kami di nombor di bawah.

📞012-3456789

.

Datang ke gerai kami, depan CIMB Bank.

📅Isnin – Jumaat (7AM-10AM)

Baca : Panduan Lengkap Cara Jual Makanan Secara Online

Kesimpulannya, copywriting adalah sebahagian daripada marketing dan copywriting yang bagus bukan sahaja mendatangkan jualan, malahan mampu menjadikan target audiens lebih bijak. Copywriting bukanlah skill yang mampu diperoleh dalam semalam. Akan tetapi, skill copywriting adalah latihan dan eksperimen daripada beberapa kempen.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *