Home » Kajian Kes » 3 Teknik Beserta Contoh Buat Sasaran Pelanggan Perniagaan Yang Lengkap
sasaran pelanggan

3 Teknik Beserta Contoh Buat Sasaran Pelanggan Perniagaan Yang Lengkap

Majoriti peniaga online, solopreneur dan usahawan menghadapi masalah dalam membina sasaran pelanggan perniagaan mereka. Contoh sasaran pelanggan yang anda jumpa hasil carian di Google sebenarnya kurang tepat kerana sasaran pelanggan untuk setiap produk dan servis adalah berbeza.

Masalah terbesar dalam membina sasaran pelanggan adalah ramai peniaga online, solopreneur dan usahawan tidak tahu secara tepat siapa sasaran pelanggan mereka.

Mereka juga tidak tahu masalah dan solusi sebenar yang tepat untuk sasaran pelanggan mereka. Kesannya, mereka akan menjual pada semua orang dan ini akan membebankan mereka di masa hadapan gara-gara kempen marketing yang tidak efektif.

Untuk membina sasaran pelanggan yang tepat, anda perlu fahami terlebih dahulu apa itu sasaran pelanggan dan cara buat sasaran pelanggan untuk perniagaan. 

 

Apa Itu Sasaran Pelanggan?

 

sasaran pelanggan
Caption : Alanis Business Academy

Sasaran pelanggan adalah sekumpulan manusia yang anda ingin capai dengan mesej marketing yang tepat supaya mereka beli produk atau gunakan servis yang anda tawarkan. Untuk membina sasaran pelanggan, anda perlu bahagikan kepada tiga elemen utama iaitu demografi, minat dan tingkah laku.

Ketiga-tiga elemen ini penting supaya anda tidak sesat dan tersilap dalam membina sasaran pelanggan untuk perniagaan. Selain itu, audiens yang tidak menepati ketiga-tiga ciri dalam elemen ini boleh dikira sebagai bukan sasaran pelanggan anda. 

1. Demografi

Merupakan huraian sasaran pelanggan mengikut umur, jantina, pendapatan isi rumah, tahap pendidikan, pekerjaan dan lokasi. 

2. Minat

Sasaran pelanggan mempunyai persamaan yang signifikan iaitu minat yang sama terhadap sesebuah topik, produk, industri, aktiviti dan cara fikir yang tertentu. 

3. Tingkah Laku

Audiens yang anda cuba sasarkan lazimnya akan follow influencer yang sama, baca buku/tulisan penulis atau blog yang sama, pergi ke sebuah destinasi yang hampir sama dan biasanya mempunyai hobi yang lebih kurang sama. 

 

3 Faedah Buat Sasaran Pelanggan Dalam Perniagaan

1. Cipta Persona Yang Tepat

Apabila anda sudah berjaya membina sasaran pelanggan yang tepat, secara tidak langsung anda telah mencipta customer persona yang tepat. Setiap customer persona mempunyai spesifik masalah dan spesifik solusi yang berbeza dengan persona yang lain.

Bisnes anda juga boleh kekal relevan lebih lama kerana anda tahu kitaran persona ini dan mampu hasilkan produk atau servis yang tepat apabila mereka mencapai satu tahap / tahun selepas menggunakan produk atau servis anda. 

 

2. Tahu Trend Terkini

Kaji selidik yang mendalam tentang sasaran pelanggan akan bantu anda untuk tahu trend terkini yang berkaitan dengan produk, servis, niche dan industri anda. Secara tidak langsung, anda mampu hasilkan konten yang tepat pada mereka dan kaitkan trend terkini dengan sasaran pelanggan anda dengan objektif mencapai jualan hasil dari produk atau servis anda. 

 

3. Jual Pada Pelangan Yang Tepat

Pelanggan yang tepat bukanlah mereka yang membeli produk anda. Sebaliknya, pelanggan yang tepat adalah orang yang akan beli produk anda dan promosikan produk anda secara word-of-mouth atau sosial media kepada keluarga, sahabat dan rakan mereka.

Dengan cara ini, anda akan dapat lebih ramai sasaran pelanggan yang lebih kurang sama dengan pelanggan pertama yang telah anda berjaya dapatkan. 

 

Cara Buat Sasaran Pelanggan Untuk Perniagaan

sasaran pelanggan
Kredit : Shreyas

Ada banyak teknik dan taktik untuk buat sasaran pelanggan untuk perniagaan. Dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan cara buat sasaran pelanggan untuk perniagaan yang paling mudah dan cepat untuk anda mulakan secepat mungkin. Caranya adalah :- 

 

1. Bina Segmen Pelanggan

Pecahkan segmen pelanggan kepada beberapa jenis. Anda boleh pecahkan mengikut masalah yang mereka hadapi, fungsi produk/servis dan dan keperluan mereka. Jangan bina segmen pelanggan berdasarkan umur, jantina dan lokasi terlebih dahulu.

Sebaliknya, kenal pasti sasaran pelangan dengan kenal pasti masalah, faedah atau solusi yang mereka inginkan dan keperluan mereka. Bina segmen pelanggan penting supaya anda tahu jenis produk/servis yang ideal untuk setiap sasaran pelanggan. 

 

2. Sasar Sasaran Pelanggan

Gunakan tiga elemen sasaran pelanggan di atas iaitu demografi, minat dan tingkah laku untuk capai sasaran pelanggan yang tepat. Gunakan sosial media yang mempunyai jumlah sasaran pelanggan teramai. Anda tidak perlu berada di semua sosial media.

Jika sasaran pelanggan anda berada di Twitter, maka gunakan Twitter sebaik mungkin untuk capai sasaran pelanggan anda. Jangan bazirkan masa, wang dan tenaga untuk dapatkan sasaran pelanggan di TikTok dan Snapchat pula. 

 

3. Tetapkan Kedudukan Bisnes Anda

Dalam disiplin bisnes, seorang peniaga online, solopreneur dan usahawan perlu tetapkan kedudukan bisnes dalam pasaran. Jika produk/servis yang anda jual adalah produk mampu milik, anda perlu tetapkan kedudukan bisnes anda iaitu untuk semua orang.

Dan jika produk/servis yang anda jual adalah premium, anda perlu tetapkan yang bisnes anda sesuai untuk spesifik golongan yang inginkan solusi lebih detail. Kedudukan atau positioning dalam bisnes penting supaya sasaran pelanggan tidak samakan produk/servis anda dengan pesaing dan mereka tahu kelebihan yang anda ada. 

Baca : Teknik & Rahsia Mengenal Siapa Prospek Dalam Perniagaan Anda

Contoh Sasaran Pelanggan Dalam Perniagaan

sasaran pelanggan

Kita akan gunakan contoh mudah daripada pengeluar kenderaan Volvo dari Sweeden. Sasaran pelanggan Volvo adalah pengguna moden dan urban yang biasanya mempunyai tahap pendidikan tinggi dengan majoriti daripadanya mempunyai pendapatan isi rumah yang besar dan berada dalam kedudukan profesional. Pelanggan Volvo ditetapkan berumur di antara 25 tahun – 45 tahun

sasaran pelanggan
Kredit : Ads Of The World

Contoh sasaran pelanggan kedua adalah Starbucks, sebuah syarikat antarabangsa yang menawarkan kopi. Sasaran pelanggan Starbucks adalah individu dan sekumpulan manusia yang sanggup membelanjakan duit tambahan untuk kopi yang lebih istimewa mengikut citarasa peminum itu sendiri. Pelanggan Starbucks ditetapkan pada umur 22 tahun – 60 tahun

sasaran pelanggan
Kredit : iHeima

Contoh sasaran pelanggan ketiga adalah Kayman Beauty, sebuah syarikat kosmetik tempatan yang menawarkan produk kosmetik dan pencuci muka. Sasaran pelanggan Kayman Beauty adalah wanita berumur 18 tahun – 45 tahun dengan pelbagai jenis tona kulit muka untuk menjadi lebih sihat, cantik dan yakin dalam kehidupan seharian. 

sasaran pelanggan
Kredit : Glowwee

Kesimpulannya, mengenal pasti sasaran pelanggan dalam perniagaan adalah penting kepada bisnes anda, supaya anda  jual produk atau servis pada orang yang tepat berdasarkan masalah, solusi dan keperluan yang ideal pada mereka.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *