Home » Pemasaran » 10+ Teknik & Strategi Nak Tarik Pelanggan Ke Kedai & Website
nak tarik pelanggan

10+ Teknik & Strategi Nak Tarik Pelanggan Ke Kedai & Website

Sebagai seorang peniaga online, solopreneur dan usahawan, anda sentiasa berusaha sedaya yang mungkin nak tarik pelanggan ke kedai dan website anda. Disebabkan objektif utama bisnes sejak dulu lagi adalah untuk capa keuntungan semaksimum mungkin, anda juga perlu sentiasa peka dengan trend terkini, perubahan teknologi dan keperluan semasa pelanggan supaya bisnes anda kekal relevan dan selangkah ke hadapan berbanding pesaing dalam niche dan industri anda.

Jika sales dan jualan harian bisnes anda sudah mula menampakkan penurunan, ini adalah artikel yang paling tepat untuk anda tahu teknik dan strategi nak tarik trafik pelanggan ke kedai & website anda. Manakala cara untuk naikkan sales atau naikkan jualan harian adalah dengan mengetahui teknik dan strategi nak tarik pelanggan ke kedai dan website anda.

tarik pelanggan ke kedai

Hal ini kerana, pelanggan perlu tahu secara detail kenapa mereka perlu pergi ke kedai dan website anda. Apa faedah dan perubahan hidup yang mereka akan capai jika mereka berbelanja di kedai atau website anda berbanding pesaing anda.

Cara paling efektif nak tarik pelanggan ke kedai dan website adalah dengan menggunakan 10 teknik dan 4 strategi tarik pelanggan. 

 

5 Teknik Nak Tarik Pelanggan Ke Kedai & Website Anda

 

1. Billboard

billboard aqiqah centre
Kredit : Aqiqah Centre Borneo

Billboard adalah struktur binaan poster yang besar dan bertujuan untuk promosikan produk/servis, brand dan kempen yang biasanya terletak di lokasi yang mempunyai trafik harian manusia yang tinggi seperti di lebuhraya, jambatan, pusat bandar dan pusat beli belah.

Penggunaan billboard sebagai salah satu teknik nak tarik pelanggan boleh diklasifikasikan sebagai efektif kerana, teknik ini bantu produk/servis anda mendapat tontonan dari trafik harian dan mampu menanam minat sasaran pelanggan terhadap produk/servis anda secara tidak langsung. 

Sebagai contoh, billboard di sepanjang lebuhraya PLUS dan LPT merupakan tempat banyak billboard dipasang dan banyak brand yang menggunakan billboard ini untuk memberitahu orang awam yang menggunakan lebuhraya ini akan produk/servis mereka. 

 

2. Google Ads

google ads

Google Ads adalah platform iklan berbayar di search engine Google. Setiap saat, lebih daripada 63 juta carian dilakukan di seluruh dunia dalam search engine Google. Google Ads bantu iklankan produk/servis, kempen dan brand anda di website lain menerusi Display Network dan program Google AdSense.

Anda juga boleh tetapkan spesifik keyword yang berkaitan dengan produk/servis, niche dan industri anda di Google untuk berada di ranking teratas apabila audiens taip keyword tersebut. 

 

3. Guess Blogging

Guess Blogging adalah satu aktiviti meminta individu atau bisnes lain menulis blog tentang produk/servis dan brand anda yang kemudian artikel itu akan diterbitkan di website anda. Teknik ini efektif untuk anda tingkatkan jualan menerusi affiliate marketing.

Guess blogging semakin relevan hari ini kerana mampu meningkatkan brand awareness terhadap produk/servis yang anda tawarkan dan anda secara langsung akan dapat konten yang lebih segar dari sudut pandang orang luar bisnes anda. 

 

4. Google My Business

Google My Business adalah fungsi percuma dari Google yang membolehkan sebuah premis perniagaan memasukkan detail bisnes mereka dan promosikan bisnes mereka di Google dengan lebih efektif. Anda hanya perlu ada akaun Google dan daftar Google My Business, kemudian, masukkan detail dan informasi yang relevan dengan bisnes anda termasuk gambar dan video supaya audiens yang mencari spesifik produk/servis dalam radius kawasan anda akan jumpa lokasi kedai anda. 

Cara paling efektif untuk tarik trafik pelanggan ke kedai anda adalah dengan meminta pelanggan ‘check-in’, review dan post gambar atau video di premis perniagaan anda di Google. Dengan cara ini, bakal pelanggan anda akan tahu yang premis anda wujud dan ada pelanggan yang pergi ke premis dalam masa terdekat. 

 

5. Sosial Media 

Sosial media adalah alat paling efektif nak tarik trafik pelanggan ke kedai anda. Hal ini kerana, sosial media adalah cara baru masyarakat bersosial semenjak tahun 2003 dengan kemunculan Friendster, MySpace dan Facebook.

Bisnes anda perlu ada di sosial media yang paling ramai sasaran pelanggan anda berada dengan cara membina konten yang relevan supaya audiens tahu akan produk/servis anda tawarkan dan mereka akan datang ke premis anda. 

Tidak ada sosial media yang tepat untuk semua bisnes kerana setiap sosial media mempunyai ciri-ciri dan fungsi yang berbeza untuk bersosial. Contohnya, Instagram adalah sosial media yang photo-centric dan hanya sesuai jika bisnes anda ada gambar dan video yang cantik dan relevan.

Untuk posting yang panjang, anda boleh berkira-kira untuk berada di Facebook dan untuk teks pendek anda boleh cuba Twitter. 

 

6. Search Engine Optimization

Search Engine Optimization atau SEO adalah salah satu channel marketing yang paling efektif nak tarik pelanggan ke kedai dan website anda. Hal ini kerana, SEO akan dipaparkan di Google secara organik dan bukan berbayar. 80% audiens akan lebih percaya pada konten yang organik tentang sebuah produk/servis dan brand berbanding berbayar. 

Caranya adalah dengan membina konten atau menulis artikel di blog yang mesra SEO dengan objektif, post atau artikel itu akan muncul di carian teratas di Google untuk keyword yang anda tetapkan.

Akan tetapi, Search Engine Optimization biasanya mengambil masa 90 hari ke atas untuk berjaya muncul di carian pertama secara organik di Google. 

 

7. Email Marketing

customer io emaiil kempen
Kredit : Customer io

Email marketing adalah teknik promosi secara digital menggunakan email dan telah wujud seawal tahun 2000-an lagi dan telah menjadi teknik digital marketing paling konvensional.

Caranya adalah dengan membuat blasting tentang spesifik produk/servis pada database email pelanggan anda dengan menawarkan diskaun, promosi, giveaway dan hebahan-hebahan lain yang akan tarik trafik pelanggan ke kedai dan website anda. 

 

8. WhatsApp Blasting

whatsapp blasting
Kredit : Wati io

WhatsApp blasting adalah salah satu teknik marketing yang ampuh untuk tarik pelanggan dan naikkan jualan harian anda dengan kos yang rendah. Di Malaysia, 98% daripada seluruh rakyat Malaysia menggunakan WhatsApp sebagai medium chatting utama harian mereka.

Anda hanya perlu gunakan software WhatsApp Blaster yang sah untuk hantar WhatsApp blasting ke database pelanggan anda untuk beritahu mereka tentang diskaun, giveaway, promosi dan hebahan lain tentang produk/servis anda. 

 

4 Strategi Power Tarik Pelanggan

Selepas anda tahu teknik yang anda boleh gunakan dan sesuai untuk bisnes anda seperti yang dikongsikan di atas, anda perlu tahu strategi yang tepat untuk tarik pelanggan.

Teknik tanpa strategi tidak akan menjadi dan begitu juga sebaliknya. Anda perlu selarikan teknik dan strategi untuk tarik trafik pelanggan ke kedai dan website anda. 

 

1. Diskaun Hari Jadi

coach birthday gift
Kredit : Coach

Cara paling mudah adalah dengan berikan diskaun tambahan 10% atau 15% kepada pelanggan anda yang menyambut hari jadi mereka pada satu tarikh. Anda boleh tetapkan untuk diskaun tambahan untuk setiap pembelian minima atau berikan diskaun hari jadi pada mereka secara langsung.

Pastikan anda minta IC pelanggan apabila mereka ingin tebus diskaun tersebut sebagai pengesahan. 

 

2. Giveaway

giveaway airasia
Kredit : Airasia Newsroom

Giveaway adalah hadiah cabutan bertuah yang anda berikan pada pelanggan bertuah yang mengikuti kempen yang anda jalankan. Anda boleh tetapkan terma dan syarat seperti pemenang perlu beli produk/servis anda dan kongsikan hashtag kempen, selfie dan tag akaun sosial media bisnes anda.

Dengan cara ini, anda akan dapat brand awareness yang lebih luas kerana pelanggan akan kongsikan tentang bisnes anda di kalangan keluarga, sahabat dan rakan mereka yang lazimnya adalah sasaran pelanggan anda juga. 

 

3. Referral Program

dropbox refferal program
Kredit : Hostinger

Referral program atau affiliate marketing adalah satu strategi marketing yang menggalakkan pelanggan kongsikan QR Kod atau promo kod mereka di sosial media dengan harapan, audiens pelanggan anda akan beli produk/servis anda.

Setiap pembelian yang berjaya melalui QR Kod atau promo kod tadi, pelanggan itu akan mendapat komisen dan ini akan memotivasikan pelanggan untuk turut serta dalam kempen marketing anda menerusi referral program. 

Triknya adalah, anda perlu galakkan pelanggan yang ada jumlah follower yang besar di sosial media untuk turut serta dalam referral program ini supaya lebih ramai pelanggan akan tertarik untuk pergi ke kedai atau website anda. 

Natijahnya, anda perlukan teknik dan strategi yang tepat sebagai cara nak tarik trafik pelanggan ke kedai dan website anda. Dengan strategi yang betul, teknik apapun yang anda gunakan akan membuahkan hasil yang signifikan, bergantung kepada kekuatan produk/servis anda. 

Lebih besar tawaran dan faedah yang mereka perolehi, lebih besar kemungkinan mereka untuk pergi ke kedai dan website anda. Dan seterusnya, anda sebagai peniaga online, solopreneur dan usahawan, dapat naikkan sales dan capai untung semaksimum mungkin.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *