Home » Kajian Kes » 15+ Idea Bisnes Untuk Buat Duit Online Dari Rumah
idea bisnes

15+ Idea Bisnes Untuk Buat Duit Online Dari Rumah

Pernah terfikir apakah idea bisnes yang paling mudah untuk anda buat duit online hanya dari rumah? Hakikatnya, bukan semua orang mampu bina bisnes sendiri. Bukan semua orang dilahirkan untuk menjadi usahawan, tetapi semua orang perlu berfikir seperti seorang usahawan. Cara paling bagus adalah dengan menggunakan skill dan potensi diri yang anda miliki untuk buat duit online dari rumah. 

Artikel ini bukanlah kompilasi idea bisnes semata-mata, tetapi idea bisnes sebenar yang telah berjaya dilakukan ramai rakyat Malaysia. Dengan idea bisnes yang betul, anda akhirnya akan jumpa jalan untuk kembangkannya menjadi perniagaan atau sekurang-kurangnya buat duit online hanya dari rumah. 

Secara praktikal, anda tidak perlu ikut semua idea bisnes yang dikongsikan dalam artikel ini. Semak semua senarai idea bisnes ini dan cukup sekadar ikut satu atau dua idea bisnes dalam satu masa dan buat bersungguh-sungguh sehingga anda capai financial freedom dan mampu bekerja dari rumah tanpa perlu bekerja 9-5 lagi. Buat pengetahuan anda, ada tiga cara buat duit online dari rumah. 

 

Cara Buat Duit Online Dari Rumah

Jual Produk

jual baju live

Dalam menjual produk, anda boleh mulakan dengan buat bisnes secara dropship. Maksud dropship adalah, menjual produk dari sebuah brand pada harga pasaran. Kemudian, apabila pelanggan buat pembayaran pada anda, anda beli produk itu dari brand tersebut pada harga yang lebih rendah.

Margin keuntungan dari jualan produk itu dikira untung anda sebagai dropshipper. 

Kedua, anda boleh cipta produk sendiri dan jual pada sasaran pelanggan yang memerlukan produk anda. Cara untuk jual produk online dari rumah adalah, anda perlu ada kedai online atau website e-commerce sendiri dengan fungsi produk katalog, online payment dan rider delivery & shipping. 

Buat Servis

ejen coway wanita
Kredit : MStar

Anda boleh tawarkan khidmat servis yang berkaitan dengan skill dan kepakaran sebagai idea bisnes untuk buat duit online dari rumah. Kelebihan buat servis adalah, kos yang rendah untuk dimulakan tetapi anda perlu gunakan banyak tenaga dan masa untuk buat servis berbanding jual produk.

Promote Produk Digital

buat affiliate marketing

Teknik ketiga akan cara buat duit online dari rumah adalah menerusi promote produk digital dengan mendaftar sebagai affiliate dan referral program yang dibuka oleh mana-mana bisnes dan syarikat yang sah. Untuk berjaya buat duit online dari rumah dengan cara ini, anda perlu bina aset digital seperti subscriber, database dan akaun sosial media supaya anda dapat promote pada sasaran pelanggan yang tepat. 

 

Bolehkah Buat Bisnes Dari Rumah?

bisnes dari rumah
Caption : Majalah Labur

Untuk pembaca artikel ini yang bujang dan masih belum berkahwin, anda mempunyai masa yang lebih lapang dan kurang komitmen berbanding pembaca yang sudah berkeluarga dan pembaca yang ada kerja hakiki 9-5.  Anda hanya perlu agihkan masa 2-3 jam sehari untuk buat salah satu idea bisnes dalam artikel ini. 

Untuk pembaca yang sudah berkeluarga, anda boleh mulakan dengan idea bisnes tanpa modal dan gunakan waktu lapang seperti di malam hari atau pada hujung minggu sehingga anda capai objektif idea bisnes samada untuk capai RM10,000 pertama atau sehingga mampu gajikan pekerja. 

 

16 Idea Bisnes Untuk Buat Duit Online Dari Rumah

idea bisnes dari rumah

 1. Mengajar Secara Online

Mengajar secara online adalah aktiviti memberi ilmu secara teori dan praktikal kepada segolongan manusia yang ingin belajar spesifik subjek dan skill. Majoriti orang awam hari ini lebih suka belajar secara online kerana mereka tidak perlu keluarkan masa yang lama dan kos untuk ke pusat pengajian. 

Cara untuk mengajar secara online adalah, pilih satu subjek atau skill yang anda boleh ajarkan kepada orang lain. Kemudian, tawarkan servis anda pada orang yang tepat di sosial media, marketplace dan website. Selepas itu, kenakan bayaran yang berbaloi dan setimpal dengan masa, tenaga dan apa yang anda ajarkan pada mereka. 

Kadar bayaran yang anda boleh kenakan adalah subjektif mengikut subjek. Ada pengajar online yang mengenakan RM200 sebulan untuk sesi 1 jam sebanyak 4 kali untuk mengajar membaca Al-Quran. Ada juga pakar pelaburan saham yang mengenakan RM2,000 untuk coaching selama 30 hari. 

2. Servis Buat Resume

Servis buat resume adalah skill mereka bentuk resume menjadi lebih menarik menggunakan software seperti Canva, Adobe Illustrator atau Figma. Setiap tahun, lebih daripada 400,000 mahasiswa menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi dan mencari pekerjaan.

Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan itu sangat sengit dan permintaan untuk servis buat resume sentiasa ada saban tahun. 

Cara untuk mulakan servis buat resume adalah dengan mengeluarkan beberapa contoh template resume yang menarik dan promote di sosial media dan Google. Kemudian, anda boleh kenakan bayaran untuk mahasiswa atau individu yang inginkan template tersebut.

Anda juga boleh kenakan bayaran tambahan untuk resume dengan custom design. Kadar bayaran untuk servis buat resume biasanya serendah RM10 untuk resume template dan RM100 untuk resume dengan custom design. 

3. Promote Link Affiliate

Promote link affiliate adalah aktiviti mempromosikan produk fizikal, produk digital atau servis daripada satu syarikat/bisnes menggunakan link khas yang direka untuk setiap affiliate yang berdaftar.

Affiliate marketing merupakan salah satu strategi pemasaran digital yang banyak digunakan bisnes untuk promosikan produk dan servis mereka dengan menawarkan komisyen atas trafik dan pembelian yang berjaya menerusi link affiliate. 

Cara untuk promote link affiliate adalah dengan cari mana-mana syarikat/bisnes yang buat program affiliate dan daftar. Kemudian, anda boleh promote link affiliate tersebut di sosial media, blog website atau blast ke database milik anda.

Bayaran komisyen bergantung kepada syarikat/bisnes, amaun komisyen biasanya RM10, RM50 atau 50% dari jualan yang berjaya dari link affiliate anda. 

4. Servis Edit Video

Servis edit video adalah satu aktiviti mereka dan membaik pulih video dengan memasukkan special effect, gambar, video dan siaran langsung ke dalam video.

Bermula tahun 2012, video menjadi medium paling engaging di sosial media semenjak Facebook membeli Instagram dan menjadi fenomena global bermula tahun 2019 dengan peningkatan penggunaan TikTok di seluruh dunia. 

Cara untuk buat servis edit video adalah dengan upload beberapa contoh video yang anda edit di platform yang ‘video-friendly’ seperti TikTok dan Instagram dan tawarkan servis secara langsung untuk individu/syarikat yang ingin servis edit video.

Harga untuk servis edit video biasanya bermula RM600 untuk sebuah video post di sosial media sehingga RM5,000 untuk video korporat. 

5. Servis Translator

Servis translator adalah aktiviti menggunakan skill menggunakan bahasa asing untuk bantu dua pihak berkomunikasi dalam satu perjumpaan rasmi. Orang yang memerlukan servis translator biasanya adalah golongan kenamaan, usahawan antarabangsa dan diplomat. 

Penguasaan bahasa asing di kalangan rakyat Malaysia sebenarnya agak baik berbanding negara lain dan ini merupakan peluang dan idea bisnes untuk anda yang menguasai bahasa asing seperti Bahasa Jepun, Bahasa Korea, Bahasa Cina, Bahasa Arab, Bahasa German, Bahasa Perancis, Bahasa Russia dan lain-lain. 

Biasanya, anda perlukan sijil yang sah dan kebolehan untuk travel. Anda boleh ikut mana-mana agensi yang sah untuk jadi translator dan bayaran menjadi translator biasanya bermula RM5,000 ke atas. 

6. Content Creator

Content creator adalah golongan yang mencipta konten yang engaging dan inspirasi kepada follower dan viewer mereka di sosial media dan internet. Jenis konten yang dicipta boleh jadi berunsur pendidikan atau semudah konten hiburan yang mencuri minat dan perhatian audiens di internet. 

Content creator juga seringkali mengeluarkan idea yang bagus dan hebat dengan objektif memberi impak positif pada audiens dan memberi brand awareness kepada sesebuah isu, persepsi dan brand. 

Jumlah bayaran menjadi seorang content creator sangat bergantung kepada platform yang digunakan, jenis konten yang dicipta, jumlah follower dan pihak yang memerlukan konten dari content creator.

Ada content creator yang dibayar RM150 untuk sebuah tweet di Twitter dan ada content creator yang dibayar RM600 untuk sebuah IG Reels di Instagram. 

7. Coach Sales & Marketing

Coach Sales & Marketing adalah orang yang berpengalaman luas dalam membantu bisnes dan usahawan menaikkan jualan bisnes dengan teknik marketing yang tepat. Dengan pengalaman yang luas, seorang coach sales & marketing biasanya mempunyai rekod yang cemerlang dari pekerjaan silam mereka samada sebagai salesman atau digital marketer. 

Trend solopreneur dan usahawan yang membuka bisnes secara kecil-kecilan semenjak pandemik melanda sebenarnya adalah satu peluang dan ruang untuk anda yang berpengalaman menjadi salesman dan digital marketer untuk tawarkan servis konsultan.

Bayaran untuk konsultan biasanya RM1,500 – RM5,000 bergantung kepada jenis bisnes dan kemampuan solopreneur/usahawan itu membayar servis anda. 

8. Penulis Digital

Penulis digital adalah individu yang menulis konten di blog, website dan sosial media. Konsep menulis secara digital ini lebih luas berbanding menulis secara konvensional menggunakan akhbar dan buku. Penulis digital lazimnya bermula dengan menulis di sosial media, blog dan akhirnya membuka akademi online sendiri. 

Majoriti pembaca online hari ini tidak lagi mencari sumber ilmu secara fizikal di kedai buku, sebaliknya mereka membuat carian di sosial media dan internet. Dan penulis digital yang bijak akan menggunakan peluang ini untuk menulis tulisan yang engaging dan mampu dtukarkan kepada wang menerusi sumbangan, derma, tulisan berbayar dan online course. 

Biasanya, anda perlu mencipta nama dan brand sebelum mampu buat duit online dari rumah. Apabila anda sudah mula sampai satu tahap yang nama dan brand anda mula dikenali, anda boleh capai RM1,000 – RM10,000 sebulan hasil dari penulisan digital dengan promosikan produk, buat servis menulis dan promote link affiliate. 

9. Jual Produk di Marketplace

Marketplace adalah platform online yang menghubungkan peniaga online dan pembeli online untuk membeli dan menjual produk & servis. Dengan kebangkitan gig ekonomi, terdapat lebih daripada 10 marketplace domestik dan antarabangsa yang digunakan oleh rakyat Malaysia untuk menjual dan membeli produk secara online setiap hari.

Cara untuk jual produk di marketplace adalah dengan cari produk yang boleh dijual terlebih dahulu. Kemudian, pilih marketplace yang anda ingin gunakan sebagai platfrom menjual. Contohnya, Shopee, Lazada, Mudah, PG Mall, AliExpress dan sebagainya.

Jual produk di marketplace adalah teknik paling dominan dan popular untuk buat duit online dari rumah dan anda boleh tingkatkan keuntungan dengan jual lebih banyak produk. 

10. Servis Buat Website

Servis buat website adalah satu aktiviti membina website mengikut keperluan pengguna seperti blog website, website korporat, ecommerce, website sistem dan sebagainya. Website adalah salah satu elemen penting dalam bisnes kerana website membantu prospek dan pelanggan membuat carian tentang info, detail dan lain-lain pada website tersebut. 

Cara untuk mulakan servis buat website adalah dengan membina website anda terlebih dahulu, sediakan template website, dan promote servis yang anda tawarkan dengan bantuan search engine optimization (SEO) dan Google Ads.

Upah dan harga sebuah website boleh bermula serendah RM1,000 sehingga RM20,000 mengikut jenis dan keperluan website pelanggan itu pada website mereka. 

11. Promote Rumah Sewa/Airbnb

Promote rumah sewa dan Airbnb adalah satu aktiviti di mana, anda cari dan kumpul senarai rumah untuk disewa mengikut lokasi dan daerah secara manual. Kemudian, promote menerusi sosial media atau website hartanah.

Setiap hari, terdapat ribuan carian berkenaan rumah sewa, bilik sewa dan Airbnb dilakukan di Facebook Group dan Google. Idea bisnes ini memerlukan anda cepat dan penting untuk anda tawarkan harga yang berpatutan pada penyewa rumah/bilik. 

Anda boleh buat duit online dengan mengenakan satu bulan kadar sewa daripada pemilik rumah. Jika sewa rumah adalah RM900, anda boleh kenakan deposit 1+1 menjadi RM1,800. Maka, RM900 yang pertama adalah komisyen anda. 

12. Dropship

Dropship adalah aktiviti jual produk fizikal secara online mengikut harga pasaran pada pelanggan dan anda kemudian hantar order pelanggan beserta bayaran pada supplier atau HQ pada harga lebih murah iaitu harga untuk dropship.

Idea bisnes dengan dropship ini sangat bagus kerana kurang risiko, tak perlu pegang stok inventori dan segala urusan penghantaran produk diuruskan supplier atau HQ.

Anda hanya perlu promote barang dan buat pembayaran pada supplier dan HQ jika ada barang yang dibeli oleh pelanggan menerusi anda. Dengan dropship, anda boleh buat duit online dari rumah sehingga RM10,000 sebulan atau mungkin lebih dengan syarat anda rajin promote barang di sosial media yang betul. 

13. Jual Makanan Sihat

Jual makanan sihat adalah apabila anda menjual makanan penuh nutrisi dan seimbang yang kaya dengan protein, vitamin dan zat untuk orang yang sedang cuba untuk menjadi lebih sihat, menurunkan berat badan dan meningkatkan berat badan dengan cara yang betul.

Permintaan terhadap makanan sihat adalah tinggi di kalangan ibu yang berpantang, individu yang ingin jalani hidup yang lebih sihat dan juga golongan yang mengamalkan pemakanan vegetarian. 

Cara jual makanan sihat adalah, anda perlu sediakan makanan sihat mengikut menu dan kategori dan promosikan di sosial media, marketplace atau website supaya golongan yang mencari makanan sihat ini tahu di mana dan bagaimana untuk beli makanan sihat. 

Anda boleh jual set makanan sihat untuk satu minggu (7 hari) pada harga RM150 atau satu bulan (30 hari dengan harga RM500 bergantung kepada jenis makanan. 

14. Tutor Senaman

Tutor senaman adalah aktiviti menjadi penasihat senaman secara digital menerusi WhatsApp, Google Meet, Zoom atau Discord. Tugas seorang tutor senaman adalah mengajarkan teknik senaman yang betul untuk bantu orang yang sedang turunkan berat badan atau ingin naikkan berat badan.

Malaysia merupakan antara negara paling ramai orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti. 

Cara untuk buat tutor senaman adalah, anda perlu upload video teknik senaman dan kursus intensif yang anda buat di platform seperti YouTube, Instagram dan TikTok. Kemudian, buat modul untuk orang yang ingin turunkan berat badan dan naikkan berat badan supaya mereka jelas dengan objektif anda tetapkan.

Anda boleh kenakan bayaran RM100 untuk satu sesi atau lebih bergantung kepada kemampuan individu tersebut. 

15. Melabur Saham

Melabur saham adalah apabila anda menggunakan wang lebihan setiap bulan untuk dilaburkan dengan membeli lot saham sebuah perusahaan atau syarikat awam. Fokus utama melabur saham adalah untuk capai keuntungan maksimum dengan melabur di kaunter saham yang memberikan keuntungan.

Cara untuk melabur saham adalah, anda perlu buka akaun CDS sendiri, keluarkan modal untuk beli saham di kaunter yang berpotensi beri pulangan buat kajian tentang trend dan pasaran. 

Dalam pelaburan saham, tiada spesifik amaun yang anda boleh jana kerana anda boleh untung 20% dalam masa 1 minit dan rugi 25% dalam masa 2 minit yang seterusnya. Cara untuk buat duit online dari rumah dengan saham adalah dengan cara jual beli saham atau dividen dari saham. 

16. Jual Kursus Online

Kursus online adalah sebuah panduan, silibus dan modul yang dibuat secara online yang boleh diakses menggunakan internet menggunakan komputer, laptop, tablet dan smartphone.

Kursus online adalah idea bisnes terbaik jika anda ingin buat duit online dari rumah kerana anda tidak perlu ada komitmen untuk mengajar secara fizikal dan segalanya disimpan secara online menerusi sistem berasaskan cloud. 

Semenjak pandemik melanda global, trend belajar secara online telah menjadi dominan dan golongan pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi juga menggunakan online sebagai medium pembelajaran mereka.

Anda boleh jual kursus online berdasarkan skill yang anda miliki seperti kursus online menulis, kursus online PowerPoint, kursus online Excel atau kursus online membina website. Kadar caj yang biasanya penjual kursus online kenakan adalah sekitar RM50 – RM500 bergantung kepada tahap silibus dan modul yang mereka bina. 

 

Cabaran Buat Bisnes Dari Rumah

cabaran bisnes dari rumah

Bekerja Seorang Diri

Buat bisnes dari rumah sebenarnya ada cabarannya yang tersendiri lebih-lebih lagi jika anda bekerja seorang diri kerana secara langsung anda bekerja secara silo dan tiada teman atau rakan yang boleh anda tanya pendapat, nasihat dan teguran akan apa yang anda sedang kerjakan. 

Masa Untuk Bekerja

Cabaran kedua adalah, masa yang anda peruntukkan untuk buat duit online dari rumah itu sememangnya memakan masa yang lama pada peringkat awal. Anda perlu biasakan diri menggunakan masa lapang yang ada untuk usahakan idea bisnes itu supaya menjadi peluang untuk anda buat duit tepi. 

Tempat Bekerja Dari Rumah

Lain orang lain cara mereka bekerja. Majoriti orang yang buat duit online dari rumah sebenarnya bekerja dari rumah. Jarak di antara katil dan tempat bekerja mereka lazimya 10 langkah sahaja dan mereka perlukan motivasi yang kuat setiap hari untuk bekerja tanpa gangguan.

Orang yang bekerja dari rumah sebenarnya bekerja lebih lama berbanding orang yang bekerja di pejabat. 

Bayaran & Upah Bekerja Dari Rumah

Agak sukar untuk kembangkan idea bisnes itu jika anda buat semua kerja seorang diri. Untuk maju dalam bisnes, anda perlu fokus pada kerja yang mendatangkan bisnes dan bukan kerja rutin yang renyah.

Caranya adalah dengan mengupah orang untuk membuat kerja rutin dan renyah itu. Malangnya, bukan semua orang mampu untuk bayar dan upah pekerja lain untuk buat kerja remeh dan renyah itu di peringkat awal proses buat duit online dari rumah. 

Kesimpulannya, memang ada banyak cara, peluang dan ruang untuk anda buat duit online dari rumah dari perkongsian idea bisnes di dalam artikel ini. Anda hanya perlu fokus pada satu atau dua idea bisnes sahaja dan mulakannya secepat mungkin dengan modal serendah mungkin.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *