Home » Media Sosial » 10 Cara Proven Sebenar Naikkan Sales Di Instagram (Edisi 2022)
cara naikkan sales di instagram

10 Cara Proven Sebenar Naikkan Sales Di Instagram (Edisi 2022)

Jika anda seorang solopreneur atau usahawan yang menjual secara online di Instagram, pasti anda akan perasan yang leads dan sales di Instagram ada turun naiknya. Memang normal jika anda mencari-cari teknik atau cara naikkan sales di Instagram yang paling efektif dan realistik.

Masalah ini memang dihadapi 9/10 bisnes online yang menggunakan Instagram sebagai platform sosial media utama untuk jual produk dan servis mereka secara online. 

Tahukah anda, data terkini dari Hootsuite menunjukkan, 1.2 billion masyarakat dunia menggunakan Instagram setiap hari dan majoriti golongan yang menggunakan Instagram adalah berumur 18 tahun – 34 tahun. 90% daripada pengguna Instagram follow sekurang-kurangnya 1 bisnes akaun. 

Menurut E-Marketer, sales terbesar yang berlaku di Instagram datangnya dari Instagram Stories (IG Story)Data ini cukup jelas menunjukkan, Instagram masih lagi sosial media yang utama sebagai medium untuk dapatkan pelanggan dan dapatkan sales secara online. Rata-rata bisnes online hadapi masalah ini di Instagram :- 

  1. Perlukan brand awareness 
  2. Sukar dapat leads berkualiti 
  3. Sales mingguan/bulanan tidak konsisten 

Solusi untuk naikkan sales di Instagram adalah dengan rombak semula Instagram anda dari sudut kreatif. Hari ini, menjadi kreatif di sosial media adalah wajib. Konten berbentuk edutainment, engaging dan dua hala (two-way communication) adalah rahsia sebenar untuk menguasai Instagram. 

Untuk itu, kami telah membuat kompilasi hasil dari case study sebenar bisnes online yang berjaya naikkan sales di Instagram. Ikut step-by-step di bawah dan praktikkan pada akaun Instagram Business anda hari ini. 

10 Cara Naikkan Sales Di Instagram

1. Link Akaun Instagram Dengan Facebook Page

Kredit : Ad Week

Buat pengetahun anda, platform sosial media Instagram dan Facebook dimiliki oleh Meta Platform Inc (Meta) yang dulunya dikenali sebagai Facebook Inc. 

Kelebihan bila anda link akaun Instagram dengan Facebook adalah, audiens di Facebook juga akan nampak Page dan konten yang anda post setiap hari. Ini bermaksud, audiens yang berpotensi menjadi leads dan customer anda lebih luas dan tidak terbatas di Facebook sahaja. 

Potential customer itu ada di mana-mana, berkemungkinan di Instagram, Facebook, TikTok, Snapchat atau Twitter. 

Anda boleh automated kan supaya konten yang anda post di Instagram, akan turut di post di Facebook secara automatik tanpa perlu membuka dua platform yang berbeza setiap hari. 

2. Tahu Siapa Dan Kenapa Mereka Follow Anda

anak muda main komputer
Kredit : Tour Hotel

Satu fakta yang anda perlu tahu adalah, bukan semua orang akan menjadi pelanggan anda walaupun mereka duduk dalam customer avatar / persona anda. Kejayaan bisnes online sangat dipengaruhi oleh siapa audiens dan pelanggan mereka, bukan pada produk yang mereka jual. Soalan yang perlu anda tanya adalah :- 

  1. Siapa audiens itu?
  2. Apa masalah audiens? 
  3. Apa solusi audiens inginkan? 
  4. Jenis konten yang audiens inginkan?
  5. Adakah mereka menggunakan Instagram setiap hari?
  6. Apa trend terkini yang mempengaruhi behavior audiens? 

Secara amnya, Instagram adalah platform yang digunakan hampir semua golongan yang suka konten berbentuk visual seperti imej dan video yang menarik, khususnya majoriti gen X dan seluruh gen Y dan gen Z.

Semak kenapa audiens di Instagram follow anda dengan membuat semakan di fungsi Insights. Fungsi ini membolehkan anda lihat post dan konten yang paling tinggi engagement dari segi view, saved, bookmark dan sebagainya. 

Andai kata Intagram terbukti tiada pelanggan anda, anda boleh berkira-kira untuk explore platform sosial media lain yang digunakan setiap hari oleh pelanggan anda. 

3. Guna Gambar Yang Cantik

apple posting di instagram
Kredit : Apple Instagram

Gambar yang anda post perlu ada elemen ‘eye-catching’ dan buat orang terhenti 3 saat kerana terpegun dengan kualiti dan mesej pada gambar yang anda post. Apa yang menarik, anda boleh dapat kualiti gambar yang cantik dengan smartphone sahaja. Ini teknik dapat gambar yang cantik :-

  • Guna cahaya semulajadi yang cukup Jangan terang sangat (overexposed).
    Tips – Guna ring light pun boleh.

 

  • Ikut rule of third
    Tips – Aktifkan gridline dalam phone.

 

  • Sudut gambar yang tak bosan
    Tips – Elakkan ambil gambar aras mata harian kita.

Skill mengambil gambar menggunakan smartphone yang cantik adalah latihan hari demi hari. Semakin kerap anda berlatih dan belajar, semakin cantik kualiti gambar yang anda post di sosial media. 

4. Copywriting Yang Tepat Pada Audiens

 

copywriting instagram
Kredit : Daily Stoic

80% penentu kejayaan kempen sosial media adalah kerana copywriting yang ditulis pada caption Instagram. Copywriting yang hebat mampu memberi info baru dan menyebabkan audiens membeli dari anda. 

Selepas audiens melihat gambar yang anda post, mereka akan baca copywriting pada gambar itu untuk memahami konteks dan cerita di sebalik gambar itu. Audiens akan terganggu jika copywriting yang anda tulis, adalah copywriting berbentuk jualan. Triknya adalah :- 

  • Santai, lebih ringan dan interaktif macam soalan.
  • Style softsell. Cara indirect & tidak terlalu promosikan produk.
  • Tulis dengan gaya sharing, seolah-olah nak ajak member borak.

5. Konten Ada Elemen Engagement

garyvee di instagram
Kredit : Garyvee Instagram

Engagement adalah hubungan dua hala di antara followers dan anda (bisnes online). Untuk dapat engagement dari follower, gambar atau video yang di post di Instagram perlu dapat 3 second attention seperti yang diterangkan di atas. Tak kisahlah gambar produk mahupun selfie anda. Untuk beri kelainan, anda boleh cuba :-

  • Gambar dan video yang ada story atau moment
  • Guna ekspresi muka manusia sebenar (close up)
  • Gambar pelanggan sebenar yang guna produk anda
  • Guna warna yang vibrant dan tak sakit mata melihat
  • Background yang clean dan tak serabut dengan warna & tema

Sebagai pemilik akaun Instagram tersebut, anda tidak boleh abaikan followers anda sama sekali. Jangan hidup syok sendiri, tidak jejak ke bumi bila followers Instagram anda sudah mula mencecah 5 angka.  Elak daripada buat kesilapan ini :- 

  • Orang DM, layan lebih kurang.
  • Orang comment, tak like balik dan tak balas.
  • Orang follow tak appreciate kat akaun diorang.

Bunyi macam renyah. Tapi ini sebenarnya menentukan panjang-pendek hayat akaun Instagram anda. Analoginya sama seperti orang yang buat kerek bila anda senyum. Lama-lama mesti dah tak nak kawan kan?

6. Post Secara Konsisten Walau Sikit

Aktif di Instagram bukan bermaksud anda perlu post gambar dan update IG Story setiap hari seperti tiada besok. Triknya adalah, post secara konsisten walaupun sehari satu post sahaja. 

Audiens perlu tahu yang anda ada frekuensi yang konsisten supaya mereka tahu yang anda masih relevan dan aktif di Instagram. Posting melebihi 5 post sehari sebenarnya tidak sihat kerana kualiti konten yang anda post berkemungkinan terganggu. 

Elak daripada post sekadar post (tangkap muat) sekadar membanyakkan konten semata-mata. Orang yang bijak bermain sosial media ada content calendar yang tersendiri dan tahu :- 

  1. Bila perlu post
  2. Objektif setiap post
  3. Apa yang perlu di post

Konten adalah persaingan bersifat jangka panjang dan anda perlukan content calendar.Content calendar yang bagus, akan bantu anda untuk susun tema setiap post, waktu & masa, style, mesej dan juga kolaborasi dengan brand dan akaun Instagram lain yang bakal menguntungkan kedua-dua belah pihak. 

7. Bina Follower Yang Kualiti Berbanding Ramai

malaysiangap instagram
Kredit : Malaysian Pay Gap Instagram

Suatu ketika dulu, pernah popular satu tips di mana, anda perlu follow orang sebanyak mungkin supaya mereka follow anda semula. Cara ini dikatakan mampu menaikkan followers Instagram dan juga menjurus kepada peningkatan sales di Instagram. 

Hakikatnya, ini adalah mitos yang salah dan langsung tidak boleh digunakan sebagai cara naikkan sales di Instagram yang relevan. Cara sebenar adalah dengan bina follower yang berkualiti. 

Jumlah followers sebenarnya tidak memainkan peranan yang terlalu besar dalam membina trust. Anda boleh semak akaun Instagram yang ada lebih 100,000 followers, majoriti post mereka mendapat kurang daripada 1,000 Likes. 

Seiring dengan waktu, anda memang akan capai jumlah followers 6 angka – 7 angka. Tetapi, sebagai pemula anda perlu pastikan followers awal adalah berkualiti dan sememangnya manusia sebenar (bukan bot) yang engage secara manusiawi dengan post anda. 

Tips : Jika ada akaun Instagram yang tag anda bila mereka pakai produk / servis anda, repost semula dan tinggalkan komen positif di post asal. Dengan cara ini, audiens atau pelanggan anda akan hargai usaha anda dan lebih setia dengan brand anda. 

8. Bio Instagram Mesti Tepat & Jelas

huzeifa studio bio instagram
Kredit : Huzeifa Studio Instagram

Setiap audiens baru yang pergi ke akaun Instagram anda, perlu tahu dengan jelas siapa anda, apa yang anda jual dan info lain yang relevan dengan bisnes anda. 

Hal ini kerana, bio Instagram adalah satu-satunya tempat di mana mereka boleh mengenali anda dengan lebih detail. Yang penting, bio Instagram mesti profesional dan jelas. Jangan sesekali merepek dan menggunakan bio yang tidak profesional seperti :- 

  1. Belum Dapat Sejuta
  2. Pilot Darat Pergi Berjuang
  3. Janda Jual Tudung Preloved
  4. Sporting2 Je, Post Tanda Aktif
  5. Kaki Makan Dan Tidur (KMDT)

Bio di Instagram adalah wajah dan first impression untuk audiens mengenali anda sebelum mereka bina trust pada bisnes anda. Cara terbaik tulis bio Instagram adalah, tulis sebanyak mungkin detail dalam keadaan sependek mungkin. 

9. Letak Link Online Store Di Bio

yezza instagram

Rupa-rupanya, masih ramai peniaga online yang meletakkan link online store/ Shopee mereka di caption dan bukan di bio Instagram. 

Anda tidak akan berjaya naikkan sales di Instagram jika anda tidak letak link berkaitan dengan bisnes online anda. Logiknya, jika mereka tidak jumpa link anda, bagaimana mereka ingin beli produk anda secara online? 

Audiens hari ini tidak lagi rajin ‘slides to DM’ untuk beritahu anda berminat dengan produk anda dan menunggu seharian untuk anda reply. Ini merupakan aib dan kesalahan terbesar majoriti bisnes online di Instagram. Caranya, letak link seperti :- 

10. Hashtag Yang Tepat Dengan Bisnes

Instagram adalah satu-satunya platform sosial media yang membenarkan penggunanya memakai hashtag sebanyak mungkin. Sistem algorithm Instagram akan membentuk indeks hasil pencarian menerusi hashtag tersebut. 

Maka, anda sebagai peniaga online ada kelebihan untuk menggunakan hashtag sebagai salah satu strategi untuk bisnes. 

Caranya, gunakan hashtag yang relevan dengan bisnes atau produk anda. Jika anda jual tudung muslimah, gunakan hashtag berkaitan tudung dan hashtag yang trending tapi berkaitan dengan tudung. Jangan pula gunakan hashtag seperti :- 

  • #GMBTCHodlr
  • #BlackLivesMatter
  • #TheGoldenSpponEp1
  • #iNtrovertSellingOnline
  • #SupportMySmallBisnes

Sebaliknya, gunakan hashtag yang relevan dan berkait dengan tudung seperti #TudungMuslimah atau #Tudung dan#muslimah.

Yang terakhir, jangan gunakan hashtag terlalu banyak. Memang benar hashtag yang banyak boleh naikkan potensi jumlah carian di Instagram. Isunya, bisnes akaun anda ada risiko untuk dapat leads yang tidak berkualiti. 

Fokus pada hashtag yang tepat dengan bisnes dan produk anda sahaja. Kualiti mesti melebihi kuantiti. 

BONUS : Contoh Instagram Yang Menarik 

Ini adalah contoh 4 akaun Instagram yang menarik dan memenuhi semua elemen-elemen di dalam artikel ini. Anda boleh semak dan praktikkan pada akaun Instagram anda. 

  1. Gojek – @gojekindonesia 
  2. Aroma Johor – @aromajohor_
  3. Huzeifa Studio – @huzeifastudio
  4. Celsius Coffee – @celsiuscoffeecompany

Kesimpulannya, menukar strategi, taktik dan teknik ‘bermain’ Instagram boleh jadi solusi dan cara terbaik naikkan sales di Instagram. 

Untuk lebih berjaya dalam bisnes online, anda perlu gunakan software yang betul. Jika anda masih lagi close sales secara manual di DM Instagram dan WhatsApp, anda boleh lajukan sales 4X dengan Yezza. 

Yezza adalah software yang paling tepat untuk lajukan proses facts & finding di WhatsApp dan e-commerce yang boleh dibina hanya dengan smartphone dalam masa 9 minit. 

cara naikkan sales di instagram

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *