Home » Kajian Kes » Teknik & Rahsia Mengenal Siapa Prospek Dalam Perniagaan Anda
maksud prospek

Teknik & Rahsia Mengenal Siapa Prospek Dalam Perniagaan Anda

Dalam dunia keusahawanan dan perniagaan, istilah prospek itu seringkali disalah erti sehinga menyebabkan tim marketing dan tim jualan akhirnya menyasarkan mesej pada audiens yang salah. Prospek, seperti audiens lain di internet merupakan satu golongan manusia yang berpotensi menjadi pelanggan yang membeli produk atau melanggan servis anda, dengan beberapa syarat. 

Dalam artikel ini, kami akan ceritakan secara mendalam siapakah itu prospek, fasa dalam perniagaan dan akhirnya cara menjadikan golongan prospek dalam perniagaan anda, sebagai pelanggan dengan tiga teknik yang telah terbukti berkesan untuk pelbagai jenis brand, niche dan industri. 

Jangan ulang kesilapan ramai peniaga online, solopreneur dan usahawan yang tidak memahami siapa dan apa itu prospek secara menyeluruh dan terlalu fokus dalam menjual.

Baca artikel ini sampai habis supaya anda tahu segalanya mengenai prospek dalam perniagaan. 

 

Apa Itu Prospek?

maksud prospek

Maksud prospek boleh difahami sebagai pelanggan berpotensi yang berada di pasaran samada secara online atau offline dan sesuai dengan produk atau servis yang anda tawarkan dan ada modal untuk membeli produk atau langgan servis anda.

Malangnya, prospek masih belum membuat pembayaran atau langganan terhadap servis anda kerana beberapa faktor.

“Faktor #1 kenapa prospek masih belum membuat pembayaran adalah kerana mereka belum berinteraksi dengan brand itu atau belum masuk proses jualan.”

Selepas prospek berinteraksi dengan brand, masuk ke proses jualan dan membeli produk atau melanggan servis anda, maka dia akan digelar sebagai pelanggan dan itulah objektif perniagaan untuk menjadikan mereka pelanggan. 

Prospek Dalam Perniagaan

maksud prospek

Dalam dunia sales dan marketing, prospek turut dikenali sebagai lead, contact dan peluang kerana secara zahirnya, prospek adalah satu golongan atau individu yang mampu mendatangkan pulangan sekiranya perniagaan fokus untuk menjadikan mereka pelanggan.

Akan tetapi, ada beza di antara prospek, leads, contact dan peluang. Ini perbezaannya :- 

  • Prospek – Orang yang berpotensi beli produk/servis tapi belum buat bayaran 
  • Lead – Prospek yang telah berinteraksi dengan brand dan melalui sales proses 
  • Contact – Individu selepas melalui sales proses dan berminat dengan produk/servis 
  • Peluang – Individu yang melepasi fasa contact dan disahkan akan beli produk/servis 

 

4 Jenis Audiens Dalam Perniagaan

maksud prospek

Dalam perniagaan, akan ada 4 jenis audiens yang anda perlu teliti dengan baik kerana setiap audiens memerlukan mesej yang berbeza dan cara layanan yang unik bergantung kepada masalah, solusi dan hook mereka. 4 jenis audiens itu adalah stranger, audiens, prospek dan pelanggan. 

1. Stranger

Stranger adalah orang yang tidak mengetahui sebarang detail dan informasi tentang brand dan perniagaan anda sama sekali. Mereka juga tidak tahu bahawa mereka sebenarnya memerlukan produk atau servis anda untuk selesaikan masalah yang mereka sedang hadapi. 

2. Audiens

Audiens adalah orang yang sudah mengetahui tentang detail dan informasi brand dan perniagaan anda. Mereka bahkan mengikuti anda secara dekat di sosial media dan bersifat neutral dengan produk dan servis anda. Mereka tanpa sedar yang mereka adalah individu berpotensi untuk menjadi prospek kepada produk atau servis yang anda tawarkan. 

3. Prospek

Prospek adalah orang yang bukan sahaja tahu tentang apa yang anda jual, mereka juga mengenali brand anda dan secara kewangan cukup mampu untuk beli produk atau servis anda. Mereka hanya belum buat pembayaran sahaja. 

4. Pelanggan

Pelanggan adalah orang yang sudah melalui sales proses dalam perniagaan anda dan menggunakan wangnya untuk beli produk atau servis anda kerana mereka merasakan mesej yang anda bawakan tepat dengan mereka dan mereka ada spesifik masalah yang boleh diselesaikan dengan produk atau servis anda.

3 Cara Jadikan Prospek Sebagai Pelanggan

maksud prospek

Proses yang menjadikan prospek sebagai pelanggan dikenali sebagai sales proses dan biasanya diuruskan oleh tim jualan. Ada tiga teknik untuk jadikan prospek sebagai pelanggan dengan lebih cepat. 

1. Konsep Early Bird

Prospek yang benar-benar berminat akan merasakan hak eksklusif apabila ditawarkan harga early bird. Dalam konsep ini, anda perlu berikan akses produk atau servis lebih awal pada prospek berbanding orang lain. Konsep ini terbukti meningkatkan jualan syarikat sehingga 90% dalam masa kurang 30 hari

2. Menjual Secara Langsung

Konsep ini bukanlah bermaksud anda perlu direct-selling pada semua prospek, sebaliknya anda perlu sampaikan mesej yang tepat pada golongan ini dan menjual secara langsung kepada mereka dengan harapan mereka akan bertukar daripada prospek menjadi pelanggan secepat mungkin. 

3. Beri Diskaun & Promo Tambahan

Sikap orang Malaysia yang gemarkan diskaun tambahan boleh anda gunakan untuk ubah prospek menjadi pelanggan. Akan tetapi, anda perlu tetapkan had untuk penerima diskaun dan promo tambahan untuk menjaga margin keuntungan perniagaan seperti diskaun 10% dan promosi beli 2 percuma 1.

Jelas sekali daripada artikel ini, maksud prospek itu telah disalah ertikan oleh majoriti tim marketing dan tim sales kerana mereka gagal memahami dengan betul apa itu prospek dan teknik  yang menyebabkan prospek berubah menjadi pelanggan itu sebenarnya sangat mudah untuk digunakan oleh semua jenis bisnes, niche dan industri.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *