Home » Produk » 3 Formula Sebenar Untuk Kira Untung Rugi & Bersih Bisnes Anda
cara kira untung bersih

3 Formula Sebenar Untuk Kira Untung Rugi & Bersih Bisnes Anda

Pernahkah anda hadapi masalah untuk cari cara kira untung yang betul untuk bisnes yang anda jalankan? Sebenarnya, anda tidak keseorangan. Cara kira untung bersih yang betul sebenarnya sejak sekian lama telah menjadi masalah utama peniaga online, solopreneur dan usahawan dalam fasa awal bisnes mereka.

Hal ini disedari saat mereka perasan yang sales banyak tapi duit di akaun bank tiada. Rupa-rupanya, cara kira untung rugi mereka yang salah!

“90% daripada solopreneur, usahawan dan founder produk tidak tiada asas akaun. 3 daripada 10 bisnes gulung tikar dalam tiga tahun pertama bisnes kerana kegagalan mengurus kewangan syarikat.”

Baca : 9 Dari 10 Usahawan Berjaya Ada Semua Ciri-Ciri Ini

Semoga anda yang baca artikel ini sampai habis akan faham perbezaan di antara untung kasar dan untung bersih dalam bisnes.

Selain itu, anda akan tahu secara detail formula sebenar untuk kira untung rugi bisnes supaya kewangan syarikat anda menjadi lebih sihat dan ada cash reserve sehingga 12 bulan. 

Buat pengetahuan anda, struktur kos dan strategi harga adalah bahagian paling penting dalam bisnes. Malangnya, tak ramai solopreneur dan usahawan yang ada ilmu itu.

Memandangkan akaun adalah bahasa bisnes, segala prestasi dan tahap kesihatan syarikat akan diukur dari sudut kewangan. Moga anda dapat ilmu baru berkaitan cara kira untung dalam artikel ini. 

 

Apa Itu Untung Bersih Dalam Bisnes?

cara kira untung bersih

Dalam bahasa mudah, untung bersih adalah untung kasar yang telah ditolak perbelanjaan kos operasi bisnes tersebut.

Untung bersih merupakan keuntungan sebenar yang diperoleh bisnes dalam aktiviti perniagaan. Duit jualan keseluruhan yang anda terima dipanggil jualan (sales).

Selepas jualan (sales) itu ditolak dengan kos produk, maka amaun yang tinggal di panggil untung kasar.

Untuk mendapat untung bersih, anda perlu tolak OPEX (operating expenses) pula daripada untung kasar tadi. 

Elemen dalam OPEX termasuklah bayaran sewa, gaji pekerja, klaim, utiliti, insurans, maintenance, kos marketing dan lain-lain yang relevan mengikut bisnes, niche dan industri. 

Apa Itu OPEX?

cara kira untung bersih

OPEX adalah akronim kepada operational expenses dan maksud OPEX adalah satu senarai perbelanjaan operasi bisnes atau syarikat dalam proses membuat aktiviti perniagaan dengan objektif capai keuntungan.

Dalam erti kata lain, OPEX adalah kos harian yang sebuah syarikat perlu keluarkan untuk jalankan bisnes. Antara elemen dalam OPEX adalah infrastruktur, staf, marketing dan operasi. 

Apa Itu Penyata Untung Rugi Dalam Bisnes?

cara kira untung bersih

Penyata untung rugi adalah sebuah dokumen lejar yang mengandungi penyata kewangan sebuah syarikat dan biasanya menunjukkan jualan dan perbelanjaan sebuah syarikat dalam satu tempoh tertentu seperti 12 bulan.

Penyata untung rugi atau penyata kewangan ini merupakan indikator berapa jumlah jualan yang berjaya menjadi pendapatan bersih dan untung bersih sebuah syarikat. 

 

Apa Beza Untung Kasar & Untung Bersih?

cara kira untung bersih

Dalam sistem perakaunan, maksud untung kasar adalah satu amaun yang diperolehi sebuah bisnes atau syarikat selepas menolak kos jualan.

Kos jualan lazimnya adalah kos yang dikeluarkan usahawan dalam menghasilkan produk atau servis itu untuk capai jualan (sales).

Untung kasar yang diperolehi sebuah syarikat merupakan indikator yang tepat untuk menunjukkan secara detail tahap kecekapan operasi sebuah syarikat. 

Manakala, maksud untung bersih adalah satu amaun yang diperolehi sebuah bisnes atau syarikat selepas untung kasar ditolak dengan perbelanjaan syarikat.

Untung bersih adalah untung sebenar atau untung akhir yang layak diambil solopreneur atau usahawan, bukanlah amaun untung kasar. Untuk rekod, untung bersih merupakan indikator yang tepat untuk menilai tahap kecekapan pengurusan sebuah syarikat. 

Ramai peniaga online, solopreneur dan usahawan keliru dengan perbezaan di antara untung kasar dan untung bersih.

Kesilapan menilai untung sebenar yang boleh diambil (untung bersih) dan untung yang tidak boleh diambil (untung kasar) akan memberi kesan pada kewangan syarikat untuk jangka masa panjang. 

 

Cara Kira Untung Bersih Dalam Bisnes

Sebenarnya, cara kira untung bersih tidaklah sesukar yang anda sangkakan. Kami sertakan satu senario untuk anda faham dan anda boleh gunakan formula ini untuk kira untung bersih dalam bisnes anda. Senarionya adalah :- 

Produk XYZ (dijual secara online) 

  • Harga Jualan : RM299
  • Kos Produk : RM90 
  • Kos Shipping : RM15

Untuk dapat amaun untung kasar, anda hanya perlu tolak harga jualan dengan kos produk dan kos shipping (Jualan – Kos Produk – Kos Shipping : Untung Kasar).

Tapi, ramai yang tak tahu sebenarnya ada kos-kos tersembunyi dalam proses menjual produk XYZ. Contohnya, kos marketing, gaji pekerja, bubble wrap, duit minyak dan sebagainya. Kita andaikan kos tersembunyi ini adalah RM50. Maka, cara kira untung bersih yang sebenar adalah :- 

  • Untung Kasar : RM194
  • Kos Tersembunyi : RM50 
  • Untung Bersih : RM144 

Untuk dapat amaun untung bersih, anda perlu tolak untung kasar dengan kos tersembunyi. (Untung Kasar – Kos Tersembunyi : Untung Bersih)

1. Teknik Kira Untung Makanan

Teknik kira untung makanan adalah satu cara untuk anda tahu berapa kos bahan mentah dan margin keuntungan yang anda dapat, hasil daripada menjual makanan.

Caranya adalah dengan mendapatkan kos keseluruhan yang diperlukan untuk buat satu hidangan. Kemudian, tetapkan berapa kos makanan tersebut dalam peratusan margin seperti 30% – 40%. 

Ini bermaksud, anda telah tetapkan untuk margin keuntungan makanan tadi adalah di antara 60% – 70%. Ini adalah contoh cara kira untung makanan :- 

  • Kos Makanan (RM10) / Peratus kos makanan (30%) 
  • Untung : RM8.70 
  • Harga Jualan : RM29.00

 

2. Teknik Kira Kos Pengeluaran

Teknik kira kos pengeluaran tidaklah sesukar yang anda sangkakan. Caranya adalah dengan cantumkan semua kos yang terlibat dalam pengeluaran sebuah produk iaitu bahan mentah, utiliti (gas, air, elektrik) dan gaji (chef).

Senarionya adalah, anda tetapkan margin untung yang anda hendak ambil adalah 60% dan kos pengeluaran adalah 40%. Harga jualan pula ditetapkan pada harga RM35.00. Ikut formula cara kira kos pengeluaran di bawah :- 

  • Bahan Mentah : RM11
  • Utiliti : RM1
  • Gaji : RM2
  • Jumlah Kos : RM14 

 

  • Harga Jualan : 35.00
  • Kos Pengeluaran : 40% (RM14)
  • Margin Untung : 60% (RM21)

 

3. Teknik Kira Markup Harga Makanan

Teknik markup harga makanan adalah teknik paling popular di kalangan peniaga kecil-kecilan kerana formulanya yang simple dan mudah untuk difahami dan diaplikasi dalam bisnes.

Pertama, anda tetapkan yang anda hendak markup berapa peratus. Biasanya usahawan akan markup 33% atau 3 kali kos untuk buat sebuah produk atau hidangan. 

Maka, jika kos produk/hidangan anda adalah RM10, anda hanya perlu darabkan dengan 3 untuk dapat harga markup. Harga markup yang anda tetapkan adalah RM30. 

Kesimpulannya, akaun adalah bahasa bisnes dan sebuah bisnes hanya akan maju dan berkembang saat solopreneur dan usahawan itu faham asas akaun dalam menguruskan kewangan syarikat mereka.

Untung bersih yang diperoleh dalam perniagaan perlu digunakan sebaik mungkin untuk kembangkan bisnes dan bukan milik solopreneur atau usahawan untuk tampung gaya hidup mewah. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *