Home » Pemasaran » 5 Contoh Ayat Iklan Makanan Yang Berjaya Convert Pelanggan
iklan makanan malaysia yezza

5 Contoh Ayat Iklan Makanan Yang Berjaya Convert Pelanggan

Blog dan website berkaitan makanan telah bercambah seiring dengan peningkatan penggunaan teknologi dan menjadi popular dengan wujudnya pelbagai warung, gerai, restoran, medan selera, pembekal makanan antarabangsa dan semangat rakyat Malaysia yang tidak kedekut dalam berbelanja untuk makanan dan minuman. Iklan makanan semakin banyak di website dan sosial media sehingga pecinta makanan menjadikan aktiviti ‘foodhunting’ sebagai salah satu aktiviti hujung minggu kebanyakan rakyat Malaysia. 

Siapa sangka, hari ini sebahagian besar rakyat Malaysia yang tinggal di bandar utama seperti Lembah Klang, Johor Bahru, Georgetown, Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching mampu memesan makanan dengan sebuah aplikasi dan makanan akan tiba dalam masa 20 minit – 1 jam sahaja! 

 

iklan makanan mekdi malaysia
Kredit : Mashable SEA
starbucks Penang
Kredit : Mashable SEA

Cabaran semakin terasa buat penjual makanan kerana wujud banyak persaingan dalam pasaran makanan. Ini menyebabkan ramai peniaga makanan perlu iklankan makanan mereka. Malangnya, iklan makanan yang mereka cipta kurang menarik dan gagal convert pembeli untuk membeli makanan tersebut. 

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan faktor kejayaan iklan produk makanan, elemen dalam ayat iklan makanan dan contoh ayat iklan makanan terbaik dari brand terbesar di Malaysia. 

 

Apa Itu Iklan Makanan?

rider foodpanda makanan
Kredit : Malay Mail

Iklan makanan merupakan kombinasi ayat jualan atau copywriting dan aset kreatif merangkumi gambar dan video dengan motif menggalakkan target audiens membuat pembelian makanan yang dijual secara online. 

Iklan makanan sebenarnya sudah wujud lama dan antara brand makanan yang mempelopori iklan makanan di Malaysia dan global adalah McDonald’s, Kentucky Fried Chicken (KFC), Starbucks dan Domino’s Pizza.

Di peringkat domestik, antara brand tempatan yang menjadi peneraju dalam iklan makanan adalah Hausboom, sebuah produk minuman berperisa dan tenaga. 

 

Faktor Kejayaan Iklan Produk Makanan

Iklan produk makanan yang berjaya lazimnya ada persamaan yang sama. Antara faktor utamanya adalah penggunaan kreatif aset seperti gambar dan video yang tepat dengan jangkaan orang yang melihat iklan makanan tersebut.

Misalnya, jika anda jual ayam goreng, gambar dan video ayam goreng itu mesti menampakkan yang ayam goreng itu segar, rangup, berempah, panas, pedas dan sebagainya. 

Faktor kedua adalah, maklumat yang diperlukan oleh audiens itu ada pada copywriting iklan makanan tersebut.

Contoh maklumat asas yang diperlukan adalah, lokasi, waktu operasi, harga, kapasiti kedai itu pada waktu puncak dan promosi tambahan (jika ada).

Faktor ketiga adalah waktu iklan produk makanan itu ditayangkan di sosial media adalah tepat pada masanya.

“Lumrah manusia, mereka akan mencari makanan sekitar 1 jam sebelum waktu makan dan sekiranya iklan makanan anda muncul pada waktu itu, maka iklan makanan anda ada potensi yang tinggi untuk convert kepada sales.”

 

Baca : 8+ Contoh Copywriting Marketing Makanan Di WhatsApp

3 Elemen Dalam Ayat Iklan Makanan

Dalam membina iklan makanan yang menarik dan convert, ramai peniaga online tidak sedar yang ada empat elemen penting untuk iklan itu benar-benar berjaya menangkap perhatian dan emosi audiens. Elemen tersebut adalah :- 

1. Copywriting

Copywriting pada iklan makanan wajib mengikut disiplin asas copywriting samada AIDA atau PESTA. AIDA adalah akronim untuk Awareness, Interest, Desire dan Action. Manakala PESTA adalah akronim untuk Problem, Elaboration, Solution, Testimony dan Action. 

Iklan makanan yang menarik & convert ada elemen emosi yang mampu menarik perhatian audiens seperti serba salah, marah, sedih, teruja dan gembira pada headline.

Huraian tentang makanan, harga, lokasi dan waktu operasi perlu diselitkan untuk pengetahuan audiens.

Dan akhir sekali, audiens perlu tahu cara untuk beli makanan yang anda jual samada secara online menerusi WhatsApp, ecommerce atau pergi ke kedai makan anda.

2. Gambar & Video

Gambar dan video produk makanan mestilah menunjukkan proses membuat makanan itu atau saat makanan itu dimakan dan reaksi wajah orang yang makan makanan itu.

90% audiens buat keputusan untuk beli atas faktor emosi dan mereka perlu dapat membayangkan atau visual perasaan yang akan mereka lalui apabila makan makanan yang anda jual. 

Disebabkan itulah, iklan makanan dan minuman seperti Coca Cola, Pepsi, McDonald’s dan KFC memaparkan ‘close-up’ video muka orang yang minum atau makan.

3. Mesej Iklan Makanan

Anda perlu tetapkan apa yang anda nak audiens rasa apabila melihat iklan makanan dan makan makanan yang anda jual.

Mesej yang anda tetapkan itu mestilah sama supaya mereka berpuas hati dengan jangkaan awal dan pengalaman yang mereka terima kelak. 

Antara mesej yang anda boleh tetapkan pada audiens yang lihat iklan makanan anda adalah :- 

  • Berpuas hati 
  • Ingin cuba lagi 
  • Sesuai untuk dimakan setiap hari 
  • Enak dan perlu ajak orang terdekat 
  • Makanan yang murah dan sesuai dengan harga
  • Makanan premium untuk dimakan secara bulanan 

 

 5 Contoh Ayat Iklan Makanan Yang Berjaya Convert Pelanggan

1. McDonald’s

iklan makanan mcdonald malaysia nasi lemak mcd
Kredit : McDonald’s Malaysia

Dalam iklan makanan ini, McDonald’s Malaysia menggunakan konsep lokaliti dengan mengajak audiens bersarapan dengan memesan Nasi Lemak McD. 

2. Kentucky Fried Chicken (KFC)

iklan makanan kfc malaysia family bucket
Kredit : KFC

Dalam iklan makanan ini, KFC Malaysia menggunakan mesej kekeluargaan dengan menggalak audiens untuk mencuba KFC Family Feast Edisi Terhad. 

3. Domino’s Pizza

iklan makanan dominos pizza promo
Kredit : Domino’s Pizza Malaysia

Dalam iklan makanan ini, Domino’s Pizza Malaysia menggalakkan audiens untuk membeli pizza setiap hari samada secara pandu lalu atau pesanan biasa dengan diskaun 50% untuk pizza Everyday Value. 

4. Starbucks

iklan makanan starbucks night treat
Kredit : Starbucks Malaysia

Dalam iklan makanan ini, Starbucks Malaysia mempromosikan dua jenis minuman untuk minum malam pada harga yang lebih murah daripada biasa. Iklan ini dapat difahami ditujukan kepada golongan pasangan. 

5. Hausboom

iklan makanan hausboom kurang gula
Kredit : Hausboom

Dalam iklan makanan ini, Hausboom menunjukkan bahawa minuman berperisa mereka tidak tinggi dengan gula dan sesuai untuk golongan yang ingin mengawal pengambilan gula harian dan dalam masa ingin minum air yang berperisa. 

Baca : 10+ Contoh Ayat Iklan Menarik & Berkesan Anda Boleh Tiruvasi

Natijahnya, untuk membina iklan makanan yang menarik dan convert seperti kelima-lima contoh di atas memerlukan anda untuk bereksperimen dengan kreativiti di samping mengikuti formula dan struktur yang tepat dalam penghasilan iklan makanan yang tepat pada target audiens. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *