Home » Kajian Kes » Segalanya Tentang Perniagaan E Dagang Beserta Contoh
e dagang malaysia

Segalanya Tentang Perniagaan E Dagang Beserta Contoh

Sewaktu dunia dilanda pandemik ekoran wabak COVID-19, istilah ecommerce atau e dagang berkembang dengan begitu pesat. Seolah-olah pandemik telah memendekkan trend yang sepatutnya berlaku 5 tahun ke hadapan kini menjadi realiti dalam masa kurang daripada dua tahun sahaja. Perniagaan e dagang tumbuh dengan begitu banyak dan jumlah pembeli yang membeli secara online dengan konsep e perdagangan meningkat dalam paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun. 

Perniagaan e dagang sebenarnya tidaklah begitu sukar untuk difahami. Untuk anda faham istilah e dagang dan perniagaan e dagang secara holistik, anda perlu baca artikel ini dan anda akan mula faham dan mampu visual gambaran sebenar potensi e dagang. 

 

Apa Itu E Dagang?

ig live jual kuih e dagang malaysia

E dagang adalah perdagangan elektronik yang melibatkan penjual dan pembeli produk atau servis yang membuat transaksi dan aktiviti jual beli menggunakan internet.

Asas untuk sebuah perniagaan tradisional menjadi e dagang adalah dengan penggunaan produk katalog, perbankan online dan penghantaran menerusi rider atau kurier. 

Semenjak dua dekad yang lalu, istilah e dagang yang lebih dikenali sebagai ecommerce telah mula mengubah cara masyarakat menjual dan membeli produk.

E dagang berfungsi apabila pembeli akses ke sebuah website samada kedai online atau marketplace dan membuat pembelian secara online menggunakan komputer, laptop, tablet, smartphone atau peranti lain. 

 

Apa Itu E Perdagangan?

jenis e dagang di malaysia
Kredit : The Edge

E perdagangan dapat difahami sebagai aktiviti menjual dan membeli produk atau servis dan membuat transaksi pembayaran secara online yang melibatkan di antara bisnes, pengguna dan badan pengurusan awam.

Untuk memahami e perdagangan, anda perlu tahu yang ianya melibatkan 6 jenis perdagangan yang berbeza. Antara contoh e perdagangan adalah :-

  • B2B (Business to Business)

Berlaku apabila sebuah bisnes menjual produk atau servis kepada bisnes yang lain secara online seperti di Ali Baba dan Bizapp. 

  • B2C (Business to Consumer) 

Berlaku apabila sebuah bisnes menjual produk atau servis kepada pengguna lain secara online seperti website ecommerce dan marketplace seperti Zalora dan WOW Shop. 

  • C2C (Consumer to Consumer) 

Berlaku apabila pengguna lain menjual produk atau servis kepada pengguna lain secara online seperti marketplace Shopee, Lazada dan eBay. 

  • C2B (Consumer to Business) 

Berlaku apabila pengguna menjual produk atau servis ke bisnes. Contohnya, Google AdSense dan influencer marketing servis yang membolehkan aset digital seperti blog website menyewakan ruangan iklan di website mereka. 

  • B2A (Business to Administration) 

Berlaku apabila bisnes membuat transaksi di portal/website pengurusan awam seperti DBKL untuk membuat permohonan lesen perniagaan dan LHDN untuk membayar cukai. 

  • C2A (Consumer to Administration) 

Berlaku apabila pengguna membuat transaksi di di portal/website pengurusan awam seperti JPJ dan PDRM untuk membayar saman trafik.

 

Contoh E Dagang Di Malaysia

contoh e dagang di malaysia
Kredit : MIDEC

Landskap e dagang di Malaysia penuh dengan warna warni dan terdapat beberapa syarikat yang menjadi peneraju dan menjadi bakal peneraju masa depan untuk segmen yang berbeza iaitu B2B dan B2C dengan pecahan kategori mengikut marketplace, e-tailer, platform e dagang dan pengurusan e dagang. 

Untuk segmen B2B, Ali Baba menjadi peneraju untuk segmen B2B dan majoriti B2C di benua Asia termasuk Malaysia.

Pertumbuhan Ali Baba meningkat sebanyak 34% dalam 6 bulan pertama tahun 2020 dan Ali Baba telah memainkan peranan yang penting dalam pasaran barangan rumah sepanjang tempoh pandemik di benua Asia. 

Untuk segmen B2C, peneraju untuk segmen ini menunjukkan turun naik yang dinamik dengan pecahan 4 jenis kategori berbeza.

Untuk rekod, Shopee menjadi peneraju untuk marketplace, Tesco atau Lotus’s untuk kategori E-Tailer, AliExpress untuk kategori perdagangan antarabangsa dan wujud lebih daripada 10 jenama yang mempunyai market share terbesar dalam kategori brand. 

Data daripada The Edge menunjukkan terdapat 3 kategori utama yang dibelanjakan rakyat dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Rakyat Malaysia dilihat berbelanja lebih terhadap fesyen dengan anggaran perbelanjaan anggaran RM200. 

 

Platform Marketplace E Dagang Popular di Asia Tenggara

platform e dagang di malaysia
Kredit : The Edge
  1. Shopee
  2. Lazada 
  3. Tokopedia 
  4. Bukalapak
  5. Thegiodidong 
  6. Tiki 
  7. Blibli 
  8. Sendo 

Kesimpulannya, e dagang adalah rahmat buat penjual dan pembeli dan seluruh pengguna ekosistem online. Proses membeli dan transaksi yang cashless dan kebolehan untuk menjual dan membeli barang dari dua negara yang berbeza dalam masa kurang daripada 60 saat sebenarnya adalah evolusi terbesar manusia. Potensi e dagang di Malaysia sebenarnya terlalu besar dan kita, sebenarnya baru sahaja bermula kerana e dagang hanya berusia kurang lebih 20 tahun sahaja. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *