Home » Kajian Kes » 6 Cara & Contoh Ayat Follow Up Customer WhatsApp Yang Betul
ayat follow up customer

6 Cara & Contoh Ayat Follow Up Customer WhatsApp Yang Betul

Dalam dunia perniagaan, ada satu strategi yang sebenarnya murah, jimat, mudah dan terbukti berkesan untuk naikkan sales dalam masa singkat. Strategi ini dinamakan customer follow up. Malangnya, ramai peniaga online, solopreneur dan usahawan tidak tahu potensi customer follow up dan akhirnya mengabaikan proses ini. Jika adapun, ayat follow up customer itu tidak tepat, tidak manusawi dan gagal meyakinkan customer untuk beli produk atau langgan semula servis dari bisnes itu. 

Dalam artikel ini, anda akan diberi pendedahan secara holistik akan apa yang perlu dilakukan sebelum dan semasa cara follow up customer yang betul dan contoh ayat follow up customer yang betul di WhatsApp. 

Dengan cara & contoh yang betul ini, anda boleh naikkan sales bisnes tanpa perlu keluarkan kos marketing untuk dapatkan customer baru setiap hari lagi

 

Apa Itu Ayat Follow Up Customer?

ayat follow up customer

Ayat follow up customer adalah skrip chatting yang anda cipta dalam proses menjual semula produk atau servis dan juga untuk mendapat maklum balas dari customer.

Untuk info, ayat follow customer yang tepat akan bawa banyak faedah kepada pelanggan. Antaranya adalah :- 

  • Naik taraf pengalaman pelanggan  
  • Memenuhi keperluan & kehendak pelanggan
  • Tingkatkan kepercayaan pelanggan pada bisnes
  • Buat pelanggan rasa lebih dihargai dengan mesej yang tepat

 

6 Cara Follow Up Customer Yang Betul

ayat follow up customer

Disebabkan terlalu banyak teori, mazhab dan cara follow up customer yang wujud mengikut niche dan industri, kami senaraikan 6 cara follow up customer yang anda boleh tiruvasi untuk semua jenis bisnes, niche dan industri. Ikut cara-cara di bawah satu demi satu. 

1. Guna Infra Yang Terkini

Dalam proses follow up customer, individu yang bertanggungjawab menjalankan amanah ini bukanlah usahawan, sebaliknya tim jualan atau tim support.

Kedua-dua golongan ini perlu gunakan infra yang terkini supaya proses follow up customer itu tidak tergendala dan terganggu dengan masalah teknikal pada peranti

Contoh infra terbaik yang dua golongan ini perlu ada adalah smartphone terkini berbanding set PC supaya aplikasi WhatsApp tidak crash, smartphone panas akibat terlalu lama chatting dan tidak lagging. 

2. Jadi Manusia Dalam Chat

Dalam proses follow up customer, seorang tim jualan atau tim support tidak boleh sekadar mengajukan soalan dan menerima jawapan daripada customer.

Customer adalah manusia dan bukan robot dan mereka perlu dapat visual intonansi dan gaya bahasa anda menerusi chat yang anda hantar di WhatsApp. 

Anda perlu hadir dalam chatting tersebut dengan menggunakan emoji, stiker, simbol dan sebagainya yang relevan.

Kesilapan ramai orang yang buat follow di WhatsApp adalah, mereka buat WhatsApp seperti SMS dan email. 

3. Balas Chat Bawah 5 Minit

Anda perlu faham di saat customer mula chat anda di WhatsApp, mereka telah meletakkan anda sebagai prioriti utama dan menangguhkan urusan lain demi mendapatkan jawapan atau menerima maklum balas tentang produk dan servis anda.

Maka jika anda terima chat dari customer, latihlah diri untuk balas setiap chat di bawah 5 minit.

Jika anda tidak mampu berbuat demikian, apa kata anda gunakan Auto-Reply pada WhatsApp Business supaya mereka tahu yang anda sebenarnya prihatin dan peduli terhadap mereka. 

4. Pakejkan Produk & Servis

Majoriti customer sebenarnya tidak tahu apa yang mereka inginkan dan cubaan mereka menghubungi anda di WhatsApp adalah usaha pertama mereka untuk ‘connect the dot’ yang mereka cari. 

Apa yang anda boleh buat adalah, pakejkan produk atau servis yang anda tawarkan kepada customer supaya mereka nampak bahawa brand anda mampu menyelesaikan masalah mereka dengan pakej produk atau servis yang tepat dan berguna untuk mereka. 

5. Produk Kena Sentiasa Ready

Kelemahan kebanyakan bisnes adalah, mereka gagal untuk pastikan semua produk yang diiklankan itu, tersedia untuk dijual bila customer mula bertanya tentang produk itu di WhatsApp. 

Bila customer lihat banyak produk anda tidak ready, mereka akan buat andaian yang bisnes anda tidak serius dalam menjual dan hanya ingin customer yang anda rasa betul sahaja sedangkan apa yang customer inginkan adalah produk yang berbeza.

Makanya, sebelum mula mengiklankan produk atau servis, pastikan semua produk itu bersedia untuk dijual dari segi stok, pengeposan dan apa sahaja yang berkaitan. 

6. Cipta Proses & SOP Follow Up

Untuk berjaya dalam customer follow up, sebuah bisnes perlu befikir lebih jauh lagi dan bukan sekadar mencipta ayat follow up customer di WhatsApp sahaja.

Sebaliknya, bisnes itu perlu cipta proses dan SOP follow up yang betul supaya tim jualan dan tim support tahu tindakan selanjutnya untuk sebarang kemungkinan. 

Untuk info, bukan semua customer yang chat anda di WhatsApp, ingin beli produk anda.

Ada customer yang sekadar ingin bertanya beberapa soalan spesifik dan teknikal berkenaan produk atau servis yang telah mereka langgani.

Maka bisnes perlu agihkan setiap jenis customer yang ingin membeli dan ada soalan kepada dua department yang berbeza. 

 

6 Contoh Ayat Follow Up Customer Di WhatsApp

ayat follow up customer

1. Dapatkan Trust Seawal Mungkin

Untuk dapatkan trust atau kepercayaan customer seawal mungkin, anda perlu faham yang customer hanya akan beri kepercayaan bila mereka jelas tentang produk, brand dan penjual tersebut. Contoh ayat untuk dapatkan trust seawal mungkin adalah :- 

 

“Hai (nama customer), berminat untuk book (nama produk) kami ya? Saya, (nama penjual), akan uruskan semua hal tentang(brand).😄

(Nama customer) boleh tanya apa sahaja pada saya ya…😇

Btw, kebetulan (brand) ada pakej untuk dua orang dengan diskaun 30% kalau (nama customer) book sebelum 31 Julai 2023.”

 

2. Bantu Customer Dengan Produk

Ada customer yang masih belum berjaya gunakan produk atau berpuas hati dengan servis yang anda tawarkan.

Maka, follow up customer dengan betul sebenarnya, membantu mereka gunakan produk anda dengan betul dan lebih cepat.

Caranya, bagi guideline dan sumber yang mereka boleh guna untuk gunakan produk atau servis anda dengan betul. Contoh ayat follow up jenis ini adalah :-

 

“Hi (nama customer), saya (nama penjual) dari (brand). Saya perasan yang (nama customer) masih belum guna (nama produk) yang (nama customer) beli seminggu yang lepas.😢 Ada masalah tak untuk pasang (nama produk) itu? 

Kalau ada, boleh tengok dekat YouTube macam mana nak pasang dan guna (nama produk) itu. Dalam 10 minit dah siap dan boleh terus guna!”

Ini linknya ya 😄Link : (link Youtube/website)”

 

3. Beri Pendedahan Tentang Fungsi Terkini

Bukan semua customer yang pernah membeli produk atau langgan servis anda tahu semua fungsi tentang produk dan servis anda.

Customer yang bijak, mereka akan tanya pada tim jualan atau tim support.

Customer yang normal tidak akan sedar yang mereka perlukan fungsi itu selagi mana mereka tak hadapi satu masalah itu. Ini contoh follow up untuk beri pendedahan tentang fungsi produk/servis anda :- 

 

“Salam (nama customer)! Selama ini pernah tak hadapi masalah ini? 😢

  1. Masalah #1
  2. Masalah #2
  3. Masalah #3 

Sebenarnya ramai tak tahu yang (brand) punya (fungsi produk) boleh selesaikan masalah-masalah ini. Kalau (nama customer) nak saya guide dan tunjuk macam mana boleh sahaja.

Free tanpa bayaran, lagipun (nama customer) dah pernah beli produk (brand).  Saya available sahaja, asalkan (nama customer) happy dan berjaya setelkan masalah tadi yang saya mention. 😇”

 

4. Upsell Ikut Keperluan Customer

Untuk kekal relevan dalam bisnes, anda perlu pastikan customer sedia ada terus membeli dengan anda sekerap mungkin.

Memandangkan anda sudah ada database pelanggan, anda mesti perasan golongan customer yang mempunyai kuasa beli yang tinggi.

Golongan ini hanya perlu diyakinkan sahaja yang produk terbaru yang anda jual adalah keperluan yang mereka perlukan dalam hidup.

Pastikan offer dan solusi yang anda berikan adalah tepat untuk customer itu. Contoh follow up customer untuk jenis ini adalah :- 

 

“Selamat ulang tahun pertama (nama customer) guna (nama produk) dari (nama brand)!

Macam mana penggunaan (nama produk) setakat ini? Ok ke? 😇

Mungkin (nama customer) nak (fungsi produk) yang lebih bagus atau nak (benefit produk), saya boleh tolong explain untuk (nama customer). 

Let say, (nama customer) nak upgrade ke (nama produk), kami akan bagi special discount 20% kalau beli bulan ini!

Boleh klik link di bawah kalau berminat dan masukkan kod : (promo code) ini nanti ya! 😄”

 

5. Ucapan Penghargaan

Customer itu manusia dan lumrah manusia sukakan ucapan penghargaan kerana mereka ingin dihargai oleh orang lain lebih-lebih lagi daripada brand yang mereka suka.

Makanya, anda boleh tetapkan ucapan penghargaan pada target customer yang berjaya capai perubahan hidup dengan produk yang anda jual.

Cara untuk ketahui perubahan hidup itu boleh dibuat semudah online survei sahaja. Contoh ucapan penghargaan adalah :- 

 

“Tahniah (nama customer)!😇

Saya (nama penjual) dan seluruh tim (nama brand) sangat teruja dan happy sebab (nama customer) dan berjaya (perubahan hidup) dengan (nama produk). 💚

Sebenarnya, (nama customer) boleh pergi lebih jauh lagi. Cuma 40% pengguna (nama produk) yang sampai ke tahap (nama customer). Untuk jadi golongan 10% yang (perubahan hidup), (nama customer) boleh ikut milestone dekat bawah supaya kekal on track pada (perubahan hidup).😄”

 

6. Pro Tips Pada Customer

Ramai customer sebenarnya inginkan perubahan hidup yang lebih besar daripada apa yang mereka capai hari ini dengan produk anda.

Daripada membenarkan mereka pergi ke pesaing anda, ada baik anda kongsikan pro tips pada customer yang lebih praktikal.

Ini juga sebagai satu cara untuk tunjuk yang brand anda peduli tentang apa yang sedang dialami customer. Contohnya adalah :- 

 

“Hai (nama customer)! 😄

Sekarang ini seluruh dunia sedang melalui fasa supermoon. Supermoon adalah fasa di mana bulan berada dekat dengan bumi dan jadi punca udara di bumi menjadi lebih lembap. Untuk tempat yang iklim Khatulistiwa macam Malaysia, keadaan akan jadi lebih lembap!

Bakteria dan virus akan lebih cepat merebak. Sebab itu, kalau (nama customer) tengok sekarang, banyak hospital yang dipenuhi pesakit yang demam atau dijangkiti influenza A. 

Jadi, saya dan tim (nama brand) harap (nama customer) jaga diri, kekal sihat dan cergas! 

Jangan lupa untuk makan (nama produk) dan belikan untuk famili atau kawan yang tengah demam dan ada simptom tidak sihat. 

Jaga diri, (nama customer) 💚”

 

Kesimpulannya, anda perlukan strategi dan SOP yang betul untuk rangka cara follow up customer yang betul. Jangan fokus pada skrip semata-mata, sebaliknya fokus kepada objektif setiap follow up dan pastikan orang yang bertanggungjawab untuk uruskan follow up customer itu ikut semua cara yang dikongsikan dalam artikel ini. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *