Home » Bisnes » Ini Contoh Business Plan Online Yang Anda Boleh Tiruvasi
contoh business plan

Ini Contoh Business Plan Online Yang Anda Boleh Tiruvasi

Business plan atau pelan perniagaan sangat penting untuk golongan yang bakal buat perniagan dan bisnes online. Secara singkat, dalam business plan terdapat rangka rancangan perniagaan & bajet yang diperlukan untuk capai objektif perniagaan. Dalam sebuah business plan, terdapat 7 elemen  yang terkait antara satu sama lain dan menjadi panduan kepada solopreneur dan usahawan dalam menjalankan aktiviti perniagaan.

“Malangnya, 5 dari 10 orang solopreneur dan usahawan tidak pernah buat business plan atau pelan perniagaan yang betul.”

Lebih parah, ada yang langsung tidak pernah buat atau belajar cara untuk buat business plan/ pelan perniagaan yang tepat sebelum buat bisnes.

Pastikan anda tidak lakukan kesilapan yang sama seperti solopreneur dan usahawan lain dengan mengikuti contoh business plan dalam artikel ini. 

 

Apa Itu Business Plan?

contoh business plan

Dalam bahasa mudah, business plan atau pelan perniagaan adalah panduan untuk usahawan yang memimpin syarikat untuk capai objektif perniagaan.

Maka, merangka business plan adalah fasa pertama yang penting sebelum anda mulakan perniagaan.

Selain itu, dengan adanya milestones penting dalam perniagaan sebenarnya bagus untuk usahawan menyemak prestasi perniagaan mereka di samping memantau kekurangan yang ada pada perniagaan. 

Seperti yang kita semua tahu, perniagaan adalah pelaburan melibatkan tenaga, masa dan wang ringgit yang tidak sedikit.

Solopreneur dan usahawan yang bijak akan kurangkan risiko perniagaan seminima mungkin supaya perniagaan yang mereka jalankan mampu mendatangkan keuntungan yang maksimum. 

 

Faedah Buat Business Plan

contoh business plan

Sebenarnya, ada 5 faedah buat business plan atau pelan perniagaan pada perniagaan anda. Dengan contoh business plan yang betul, anda mampu mengelakkan diri dan perniagaan anda daripada menjadi perniagaan yang gagal dalam tiga tahun pertama usia perniagaan. 

 

1. Tahu Hala Tuju Bisnes

Bisnes bukan sekadar menjual dan buat untung lebat setiap hari semata-mata. Usahawan yang ada misi dan visi yang luar biasa akan tahu hala tuju sebuah bisnes akan menentukan tahap dan tempoh relevan perniagaan itu dalam pasaran

 

2. Boleh Bina Marketing Roadmap

Marketing adalah 60% daripada sebuah perniagaan. Dengan merangka contoh business plan yang betul, anda secara tidak langsung akan bina marketing roadmap perniagaan anda. Marketing roadmap berfungsi sebagai panduan dan jalan yang anda ingin pilih tentang cara promosikan perniagaan anda pada target audiens. 

 

3. Asas Untuk Mohon Modal Pelaburan

Setiap solopreneur dan usahawan yang terjun ke dalam dunia perniagaan, lazimnya bermula dengan modal yang ada di tangan sahaja.

Selepas beberapa tahun dalam perniagaan, mereka perlukan modal yang lebih besar untuk kembangkan bisnes mereka dengan buat pinjaman dari bank atau modal pelaburan dari institusi kewangan dan geran kerajaan. Business plan atau pelan perniagaan adalah salah satu dokumen wajib yang perlu mereka sediakan. 

 

4. Kenal Potensi Dapatkan Pekerja Berbakat

Dengan business plan yang betul, usahawan tahu posisi mana yang kritikal dan kurang kritikal dalam perniagaan mereka.

Secara tidak langsung, mereka tahu jabatan mana yang perlu diisi dengan pekerja berbakat.

Ada bisnes yang perlukan tim jualan yang hebat dan ada bisnes yang perlukan tim khidmat pelanggan yang hebat. Lain padang, lain belalangnya. 

 

5. Struktur Bisnes & SOP Yang Lebih Baik

Untuk sebuah bisnes capai keuntungan lebih besar, bisnes itu perlu ada struktur kerja dan SOP yang memudahkan kerja-kerja rutin harian pekerja.

Dengan business plan, usahawan akan sedar kepentingan membina struktur kerja, FAQ, dan SOP kerja yang efisien untuk tingkatkan produktiviti pekerja. 

 

7 Elemen Dalam Sebuah Business Plan

contoh business plan

1. Ringkasan Eksekutif 

Executive summary atau ringkasan eksekutif adalah salah satu elemen dalam sebuah business plan atau pelan perniagaan.

Fungsi executive summary adalah ringkasan syarikat dan kenyataan misi perniagaan beserta informasi syarikat merangkumi pengasas, pekerja, operasi dan lokasi

Bahagian seterusnya, executive summary merangkumi sedikit sebanyak tentang marketing plan, latar belakang pelanggan, misi, visi, format jenama perniagaan dan tempat duduk perniagaan dalam pasaran. 

 

2. Deskripsi Syarikat

Company description atau deskripsi syarikat adalah ringkasan tentang syarikat, jenis syarikat, pasaran dan produk atau servis yang akan dijalankan syarikat tersebut.

Dalam company description juga akan diterangkan secara spesifik kenapa syarikat itu wujud dalam pasaran dan perniagaan terbabit. 

Selain itu, company description juga menerangkan sedikit sebanyak tentang produk atau servis yang dijual oleh perniagaan itu termasuk contoh produk atau servis dan inovasi.

Akan tetapi, company description tidak boleh terlalu panjang sekiranya anda berhasrat untuk persembahkannya pada pihak bank atau pelabur untuk mohon modal perniagaan kelak. 

 

3. Analisis Pasaran

Analisis pasaran adalah penerangan secara holistik yang solopreneur atau usahawan perlu buat kajian secara holistik akan geografi, demografi, psikografi dan psikologi pelanggan mereka.

Selain itu, market analysis adalah di mana, data dan maklumat pesaing, strategi harga dan strategi promosi dirangka yang akan membantu bisnes itu capai objektif jangka masa dekat dan objektif jangka masa panjang. 

 

4. Produk & Servis

Dalam produk & servis, anda perlu tulis secara spesifik data dan informasi tentang produk atau servis yang anda jalankan bergantung kepada tahap kompleks business plan itu.

Jika business plan anda tidak terlalu rumit, pastikan deskripsi tentang produk dan servis anda pendek.

Apabila anda terangkan produk dan servis, jelaskan apa kelebihan, kekurangan, cabaran dan peluang yang produk dan servis anda hadapi dalam pasaran itu.

Jelaskan cara penggunaan produk dan servis ceritakan di mana pelanggan boleh dapatkan produk atau servis anda. 

 

5. Plan Pemasaran

Turut dikenali sebagai marketing plan, plan pemasaran adalah analisis kompetitif yang akan menunjukkan kekuatan dan kelemahan dalam persaingan yang akan bantu strategi pemasaran anda untuk dapat bahagian dalam pasaran

Sekiranya pasaran sedia ada telah didominasi oleh pesaing yang kuat, anda perlu rangka plan pemasaran untuk lawan persaingan itu menerusi harga, servis, inovasi dan sebagainya. 

 

6. Plan Logistik & Operasi

Plan logistik & operasi adalah komponen penting yang akan memberi gambaran bagaimana sebuah perniagaan itu akan berfungsi secara konsisten dalam urusan seharian.

Plan operasi secara langsung akan menyentuh bahagian logistik merangkumi pengurusan pekerja, pengagihan tugas, modal dan bajet yang diperlukan dalam perniagaan sekiranya perniagaan itu ada elemen berkaitan logistik. 

 

7. Plan Kewangan 

Plan kewangan turut dikenali sebagai financial plan adalah faktor yang akan menentukan kejayaan sebuah perniagaan kerana dalam plan kewangan, adanya data berkaitan modal, sasaran jualan, margin kasar, margin bersih dan risiko perniagaan.

Sekiranya anda ingin mohon pinjaman dan geran perniagaan daripada bank, institusi kewangan, pelabur dan pemodal. 

Anda boleh sahaja ada idea bisnes yang hebat, plan pemasaran yang mantap, pengurusan yang bagus dan plan operasi yang baik

Semua itu tidak berguna sekiranya plan kewangan adna tidak cukup bagus untuk menerangkan bila dan bagaimana keuntungan anda akan dapat. 

Natijahnya, semua bisnes hatta bisnes sekecil menjual biskut coklat di Twitter dan Facebook mesti melalui proses bisnes yang betul. Dan proses pertama untuk bina sebuah bisnes adalah dengan merangka contoh business plan yang tepat.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *