Home » Pemasaran » Maksud, Kaedah & Contoh Promosi Yang Tepat Dalam Bisnes
maksud promosi

Maksud, Kaedah & Contoh Promosi Yang Tepat Dalam Bisnes

Bercakap soal promosi, berlaku banyak salah faham dan stigma yang berlaku di kalangan peniaga online, solopreneur dan usahawan sendiri. Hal ini kerana, mereka tidak memahami dengan jelas maksud, kaedah dan contoh promosi yang tepat dalam bisnes. Ada situasi berlaku di mana, sebuah brand atau bisnes melakukan promosi dengan meningkatkan harga sebenar produk sebelum menawarkan diskaun.

Manipulasi harga ini tentunya diketahui pelanggan setia yang membuat tinjauan harga dan ini jelas memburukkan imej brand atau bisnes itu di kalangan pembeli. 

“9 daripada 10 aspek tentang promosi sebenarnya adalah aktiviti yang memotivasikan prospek untuk melihat produk, servis dan brand di kawasan tumpuan yang mereka lazimnya biasa seperti stesen bas, lampu isyarat, jejantas dan sebagainya.”

Untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu faham disiplin, logik dan ideologi di sebalik bagaimana promosi berfungsi dalam dunia nyata di kedua-dua aspek konvensional dan digital.

Kemudian, anda boleh rujuk contoh promosi terbaik dan terkini sebagai inspirasi untuk buat promosi yang lebih baik di masa hadapan. 

 

Apa Itu Maksud Promosi?

maksud promosi digital marketing

Dalam bahasa mudah, maksud promosi adalah satu aktiviti yang menggalakkan keterlihatan produk, servis dan brand pada pandangan prospek.

Semakin kerap dan banyak promosi yang dijalankan sebuah bisnes, semakin tinggi kepercayaan prospek terhadap produk, servis dan brand tersebut. 

Secara teori, orang hanya akan beli produk atau servis yang mereka percaya.

Manakala bisnes yang berjaya mencuri tumpuan dan kepercayaan prospek menerusi mesej promosi tersebut akan menjadi pilihan utama prospek berbanding brand lain di pasaran walaupun harganya lebih premium. 

 

Apa Beza Promosi & Pemasaran?

beza promosi dan pemasaran

Maksud promosi dan pemasaran itu lazimnya digunakan bersama oleh kebanyakan orang. Malangnya, maksud kedua-duanya adalah berbeza antara satu sama lain.

Secara teori, pemasaran adalah satu aktiviti khusus yang anda boleh jalankan untuk mempromosikan sebuah produk atau servis. 

Promosi pula adalah satu aktiviti seperti kempen, konsep atau item yang digunakan sebuah bisnes untuk capai objektif bisnes yang ditetapkan seperti jualan, langganan, data pelanggan dan sebagainya. 

 

Bagaimana Promosi Berfungsi?

promosi digital marketing

Seperti yang kita semua tahu, promosi adalah salah satu aspek terpenting dalam pemasaran.

Manakala pemasaran adalah komponen penting sebuah perniagaan untuk mendatangkan jualan.

Tanpa ada promosi, sebuah bisnes tidak akan mampu jual sebarang produk, servis dan capai pelanggan yang tepat. Bisnes akan gulung tikar jika tidak jalankan aktiviti promosi. 

Setiap bisnes duduk dalam niche, industri, sistem dan trend yang berbeza.

“Tidak semua bisnes sesuai menjalankan promosi 100% secara online dan bukan semua bisnes sesuai fokus 100% pada kedai fizikal semata-mata.”

Promosi berfungsi mencapai target audiens yang sebenar secara online dan offline dengan objektif menunjukkan kepada mereka bahawa produk atau servis yang dibawa sebuah brand itu merupakan solusi sebenar yang diperlukan audiens tersebut. 

 

8 Kaedah Promosi Yang Wujud

Buat pengetahuan anda, ada lapan jenis kaedah promosi yang wujud dan anda boleh guna untuk buat promosi pada produk atau servis anda. 

  • Bisnes Kad 
  • Copywriting 
  • Marketplace 
  • Sosial Media 
  • Mulut Ke Mulut 
  • Website Ecommerce 
  • Dekorasi Kenderaan 
  • Acara/Fiesta/Karnival 
  • Edaran Kertas (Flyers)

 

Contoh Ayat Promosi Terbaik Yang Wujud

Berikut merupakan contoh ayat promosi terbaik sebenar dari jenama terkemuka di dunia seperti Apple, Volvo, Gojek, Pepsi dan Sephora.

Semua brand ini adalah brand yang mempunyai pengguna tegar melebihi 100 juta pengguna dnegan ayat promosi terbaik untuk menarik pelanggan. 

 

1. Apple

Privacy on iPhone (Iklan Apple Mac 2022)

Dalam video ini, Apple secara tidak langsung menonjolkan mesej kepentingan privasi dan kesan jika pengguna menggunakan peranti selain dari jenama Apple.

Hari ini, isu privasi telah menjadi sangat popular dan Apple menggunakan mesej ini untuk promosikan produk iPhone pada golongan yang pentingan data privasi peribadi mereka.

2.  Volvo

XC90 Recharge (Iklan Volvo April 2022)

Dalam video ini, Volvo telah menampilkan model baharu keluaran mereka dengan ciri-ciri moden yang membolehkan pengguna memandu sebuah kereta elektrik (EV) pada jarak jauh.

Keselesaan dan kemewahan pada produk Volvo ini juga dipaparkan dengan baik dan sebagai mesej kepada golongan yang mementingkan gaya hidup moden, estetik dan pemanduan yang unik.

3. Gojek

The Flow (Iklan Gojek Ogos 2020)

Dalam video promosi oleh Gojek ini, mesej yang disampaikan adalah Gojek merupakan sebuah ekosistem lengkap yang membantu urusan kehidupan seharian seorang manusia moden.

Gojek telah meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan penyediaan servis yang holistik bermula pesanan makanan, pesanan kenderaan, pesanan barang sehingga ke infrastruktur pembayaran online untuk semua urusan online.

 

4. Pepsi

Vending Machine (Iklan Pepsi Ogos 2017)

Dalam video ini, Pepsi secara sinikal telah menunjukkan pesaing mereka, Coca Cola digunakan sebagai alat oleh pembeli air di vending machine itu untuk membeli Pepsi.

Sungguhpun terdapat dua tin Coca Cola di lantai, pembeli tersebut berlalu pergi sejurus selepas mendapatkan tin Pepsinya.

5. Sephora

The Unlimited Power of Beauty (Iklan Sephora Februari 2020)

Sephora dalam video promosi ini memberikan mesej bahawa setiap wanita di dunia dilahirkan cantik dan unik dalam keadaan mereka yang tersendiri.

Setiap wanita boleh keluarkan kecantikan mereka tanpa had tanpa menjejaskan diri mereka sebenar dengan menggunakan alat solek yang tepat.

Kesimpulannya, jelas bahawa maksud promosi dan pemasaran itu berbeza antara satu sama lain. Malahan, terdapat lapan kaedah promosi sebenar untuk aktiviti pemasaran produk & servis. Aktiviti promosi kekal sebagai aktiviti utama dan wajib untuk semua perniagaan.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *