Home » Media Sosial » 7 Cara Naikkan Follower Di Instagram Anda Dalam 30 Hari
cara naikkan follower instagram

7 Cara Naikkan Follower Di Instagram Anda Dalam 30 Hari

Ramai pengguna Instagram menghadapi masalah untuk mencari cara naikkan follower di Instagram yang efektif, kerana mereka kurang sabar dengan cara organik yang lebih selamat dan tahan lama. Isunya adalah, untuk naikkan follower di Instagram, anda perlukan masa yang lama dan pengguna akaun Instagram juga perlukan alasan yang kukuh untuk follow akaun Instagram anda.

Orang yang ingin naikkan follower Instagram di akaun peribadi lazimnya ingin meningkatkan sosial status mereka manakala golongan peniaga online dan usahawan pula ingin bina trust pada bisnes mereka. 

Masalah ini sebenarnya ada solusi dan teknik  dan akan didedahkan dalam artikel ini tanpa perlu anda menggunakan teknik yang pelik seperti follow unfollow artis atau mana-mana akaun Instagram yang bluetick.

Sebaliknya, teknik yang akan diajar adalah cara organik sebenar yang praktikal tanpa menggunakan apa-apa software third party

instagram apps pada smartphone
Kredit : Vox

Inilah teknik sebenar dan proven yang menjadi rahsia ramai Instagram influencer dalam menaikkan follower mereka di instagram.

Ikut semua teknik yang dikongsikan satu persatu dalam artikel ini pada akaun Instagram anda sejurus selepas anda selesai membaca artikel ini.

 

Apa Itu Instagram?

Instagram adalah aplikasi perkongsian gambar dan video untuk iPhone dan Android yang boleh di download secara percuma menerusi App Store atau Google Play.

Pengguna Instagram boleh lihat, komen, like, repost, save dan bookmark post yang dibuat oleh rakan, kenalan atau akaun yang mereka follow di Instagram.

Setakat artikel ini ditulis, Instagram mempunyai lebih daripada 1 billion pengguna, dan pengguna teramai datang dari India, Amerika Syarikat dan Brazil.

“Dalam erti kata lain, 1 daripada 8 penduduk dunia mempunyai akaun Instagram dan menggunakan Instagram sekurang-kurangnya 2-3 jam sehari.”

 

statistik pengguna instagram di dunia
Kredit : Sensor Tower

Menurut portal PetaPixel, Instagram adalah aplikasi sosial media yang paling popular dan paling banyak digunakan penduduk dunia pada tahun 2021, diikuti TikTok, Facebook, WhatsApp, Telegram, Snapchat dan Messenger.

Perkara ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana selepas memperkenalkan IG Reels, populariti Instagram di kalangan content creator telah meningkat secara drastik. 

Sejarah Instagram bermula pada Oktober 2010 dan diasaskan oleh Kevin Systrom, seorang alumni Universiti Stanford berkelulusan Pengurusan Sains & Kejuruteraan.

kevin systrom pengasas instagram
Kredit : Instagram HQ

Beliau yang sebelumnya merupakan jurutera di Twitter dan Google telah membina Instagram sebagai projek hujung minggu.

Dalam masa dua tahun, Facebook yang kini dikenali sebagai Meta telah membeli Instagram dengan nilai USD$1 bilion dalam bentuk tunai dan syer saham. 

 

3 Kelebihan Ramai Follower Di Instagram

Mempunyai ramai follower di sosial media sebenarnya tidak pernah menjadi kegilaan dan fenomena sebelum kemunculan Instagram.

Hari ini, semua orang berlumba-lumba mencipta konten yang terbaik dengan harapan lebih ramai orang follow akaun Instagram mereka. Sebenarnya, ada tiga kebaikan ada follower yang ramai di Instagram. 

 

khaby lame famous instagram influencer
Kredit : Tube Filter

1. Lambang Sosial Status

Tahukah anda, jumlah follower di sosial media seperti Instagram merupakan lambang sosial status terbaharu masa kini.

Masyarakat beranggapan, orang yang mempunyai ramai follower di Instagram adalah orang yang wajar menjadi contoh, panutan dan idola kepada orang lain.

Lebih ramai follower di Instagram, lebih tinggi sosial status anda di mata masyarakat. 

 

2. Mampu Sebarkan Kesedaran Lebih Luas

Sekiranya berlaku sebarang krisis dan isu semasa yang perlukan kesedaran segera, cara paling cepat dan ampuh untuk memberitahu orang ramai sebenarnya adalah melalui sosial media seperti Instagram, berbanding  medium seperti :-

  • Email
  • Akhbar
  • Iklan di televisyen

Orang yang mempunyai ramai follower di Instagram mampu sebarkan kesedaran pada lebih ramai orang bergantung kepada jumlah follower mereka dan jenis kesedaran yang disebarkan. 

 

3. Buka Lebih Banyak Peluang

Anda tidak akan pernah menyangka yang salah seorang follower yang follow anda di Instagram itu adalah usahawan atau pelabur yang sebenarnya sedang mencari peluang dan ruang untuk kolaborasi.

Sekiranya anda ada ramai follower di Instagram, anda ada lebih banyak peluang untuk jalin kerjasama strategik, perniagaan atau sekurang-kurangnya buat paid review berbayar di Instagram. 

 

7 Cara Naikkan Follower Di Instagram Dalam 30 Hari

Ikut semua cara yang dikongsikan di bawah secara konsisten untuk naikkan follower anda di Instagram dan lihat perubahan yang berlaku selepas 30 hari. 

 

1. Optimumkan Akaun Instagram.

anthropologie instagram account
Kredit : @anthrophologie

Langkah pertama dan paling asas yang anda perlu lakukan sebenarnya adalah optimumkan akaun Instagram anda seperti sebuah homepage website.

Caranya, tulis identiti anda selengkap mungkin dalam bahasa mudah pada bio di Instagram.

Selepas itu, fokus pada penggunaan nama (username) yang baik, bagus untuk branding dan tidak terlalu panjang.

Kalau nama Instagram anda mudah untuk diingati, maka itu tanda nama tersebut bagus. 

Jangan lupa untuk gunakan gambar profil yang kemas, profesional dan kreatif.

Anda tak perlu gunakan gambar pasport, sebaliknya gunakan gambar yang diambil secara profesional dengan tema ceria.

Sekiranya anda ada website ecommerce sendiri atau menjual di marketplace, letak link tersebut di bio Instagram dan tulis arahan untuk follower anda klik untuk pembelian. 

 

2. Bina Konten Kalendar Untuk 30 Hari

Langkah kedua adalah dengan bina konten kalendar yang tepat dengan diri atau brand anda. Anda boleh gunakan tema seperti ini untuk rangka konten kalendar anda di Instagram :- 

  • How-To (Tahukah anda…)
  • Panduan (Ini cara saya…)
  • Pengalaman (Kisah saya…)
  • Kisah Inspirasi (Saya nak share…)
instagram content planner
Kredit : Master of Instagram

Kelebihan buat konten kalendar adalah, anda tahu jenis konten dan format yang anda perlu post pada hari yang ditetapkan.

Ada hari anda buat posting di IG Story atau IG Reels sahaja, ada hari anda post di feed dan ada hari anda cuma repost post dari akaun Instagram lain. 

Dengan konten kalendar juga, anda tidak akan hilang motivasi dan sesat dalam rangka konten yang audiens dan follower anda ingin lihat di Instagram.

Memandangkan Instagram adalah sosial media yang sifatnya ‘photo-centric’, anda perlu gunakan gambar atau video yang ada naratif tetapi masih perlu diterangkan secara detail pada caption.

Caption di Instagram memainkan peranan yang besar pada kejayaan sesebuah posting. 

 

3. Guna Software Untuk Schedule Post Di Instagram

luna sneakers instagram
Kredit : Luna Sneakers

Satu rahsia yang ramai pengguna Instagram tidak tahu adalah, majoriti akaun Instagram artis, influencer dan brand menggunakan software untuk schedule konten mereka di Instagram.

Dengan cara ini, anda akan lebih produktif kerana anda tidak perlu login Instagram, menunggu masa, tarikh dan waktu yang tepat untuk post di Instagram. 

Akan tetapi, anda perlu berhati-hati dalam menggunakan software Instagram Scheduler ini kerana isu privasi, data dan keselamatan akaun Instagram anda.

Antara software yang anda boleh guna untuk schedule post di Instagram adalah :- 

  • Later
  • Buffer
  • Hootsuite
  • Sprout Social. 

Biasanya, software yang bagus akan memberi cadangan kepada anda jenis konten, format dan waktu paling sesuai untuk post di Instagram berdasarkan demografi, geografi dan psikografi follower akaun Instagram anda.

 

4. Gambar & Video Yang Memberi Makna

Dalam disiplin dan strategi merangka konten, anda perlu bina konten yang :- 

  • Menjawab persoalan dan masalah follower
  • Menjadikan follower lebih bijak dengan tips, teknik & strategi sebenar
  • Memberi inspirasi yang realistik & praktikal dan berkait dengan follower 
the atlas of beauty instagram
Kredit : @theatlasbeauty

Dalam usaha menterjemahkannya dalam bentuk konten, anda perlu post gambar atau video yang memberi makna kepada follower anda.

Maksud makna adalah, konten tersebut mampu mengubah persepsi dan memotivasikan mereka untuk buat satu aktiviti.

Sebagai contoh, jika akaun Instagram anda berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan, anda post gambar atau video rutin yang berkaitan dengan kesihatan dan apa yang mereka akan capai jika ikut rutin tersebut.

Dengan cara ini, mereka lebih termotivasi untuk ikut perkongsian dari konten anda atau buat pembelian hasil dari konten yang anda post. 

 

5. Caption Di Instagram Yang Menggalakkan Engagement 

Trik terbesar yang ramai pengguna akaun Instagram tidak tahu adalah, caption di Instagram memainkan peranan kedua terbesar dalam kejayaan sesebuah post sekaligus menaikkan follower di Instagram.

Tidak ada caption yang terlalu panjang atau terlalu pendek, yang ada adalah caption yang bagus dan tidak bagus sahaja.

Objektif menulis caption adalah untuk naikkan engagement supaya post itu capai reach yang tinggi dan menggalakkan interaksi di kalangan follower dan anda. 

Dengan cara ini, anda secara tidak langsung tahu siapa follower anda, masalah yang mereka hadapi, apa yang mereka harapkan dan kenapa mereka follow akaun Instagram anda. Trik dalam menulis caption adalah :- 

  • Tanya soalan yang relevan 
  • Minta pendapat follower pada caption 
  • Minta follower tag kawan/kenalan pada post anda

 

6. Buat Poll & Quiz Di Instagram Story

instagram poll
Kredit : @tara_mcmullin

Objektif buat poll dan quiz di Instagram Story adalah supaya follower anda berinteraksi dengan anda lebih kerap.

Lebih banyak poll, quiz dan soalan yang anda tanya pada mereka, lebih dekat mereka dengan akaun follower Instagram anda.

Anda boleh mulakan dengan tanya soalan yang simple sebelum minta mereka isi poll dan akhir sekali buat quiz dan giveaway pada follower anda pada hari yang telah ditetapkan berdasarkan aturan konten kalendar 30 hari yang anda rangka.

 

7. Tagged Gambar & Video Dengan Akaun Lain

saloma bridge kuala lumpur

Sekiranya anda bercadang untuk upload konten terbaru, adakah konten itu diambil di sebuah tempat, event atau bersama orang lain?

Jika ya, jangan malu untuk masukkan detail tempat pada lokasi, nyatakan event yang anda pergi dan tagged individu yang anda jumpa pada posting di Instagram. 

Dengan cara ini, pengguna akaun Instagram lain yang sedang melihat info dan detail tempat, event dan follower individu itu tadi akan nampak posting anda.

Potensi untuk mereka follow anda di Instagram juga adalah lebih tinggi dibandingkan jika anda langsung tidak memasukkan lokasi, event dan tagged individu itu. 

 

Baca : 10 Cara Proven Sebenar Naikkan Sales Di Instagram (Edisi 2022)

 

Cara Meningkatkan Engagement Di Instagram

1. Tanya Soalan Di IG Story

IG Story merupakan fungsi Instagram yang paling popular dan bersifat personalize.

“Pada tahun 2020, Instagram melaporkan 500+ juta pengguna Instagram akan upload dan lihat IG Story setiap hari. 54% pengguna Instagram akan klik IG Story dahulu sebelum skrol melihat Instagram Feed mereka.”

instagram story poll
Kredit : @beautymagnet

IG Story adalah fungsi yang bagus untuk interaksi dan engagement dengan syarat, anda post konten yang galakkan follower berinteraksi seperti poll, quiz, Q&A dan sebagainya.

Brand ternama seperti L’Oreal, Maybelline, ColourPop dan Sephora menggunakan konsep ini di IG Story mereka setiap hari. 

 

2. Buat Konten Gambar Jenis Carousel

instagram carousel template
Kredit : Freepik

IG Carousel merupakan salah satu format posting di Instagram dan terbukti  dah proven jadi teknik paling mudah dapatkan engagement, save dan bookmark yang tinggi dari follower anda di Instagram. Contoh konten carousel yang anda bula cuba adalah :-

  • Kenapa?
  • Cara Guna…
  • Fakta & Data 
  • Do’s & Dont’s 
  • Mitos vs Realiti 

 

3. Post Video Menerusi IG Reels

Anda perlu post video menerusi IG Reels jika ingin video tersebut masuk ke ruangan Explore dan capai lebih ramai pengguna Instagram lain dan tidak terbatas di Malaysia sahaja.

Anda hanya perlukan format dan strategi untuk konten yang bersifat personalize tanpa perlu menari. 

Sungguhpun durasi IG Reels adalah 60 saat, IG Reels adalah fungsi paling bagus untuk konten strategi Instagram lebih-lebih lagi untuk akaun yang ingin menjual menerusi Instagram Shop. Contoh konten untuk IG Reels adalah :- 

  • Isu semasa/trending yang relevan 
  • Di sebalik tabir kehidupan/brand anda 
  • Tips & trik dalam niche & industri anda 
  • Mitos dan realiti dalam niche & industri anda
  • Filter & fungsi terbaru IG Reels yang relevan
loreal paris instagram reels
Kredit : @lorealparis

Baca : 10+ Teknik & Strategi Nak Tarik Pelanggan Ke Kedai & Website

Rumusannya adalah, sebenarnya tidak mustahil untuk anda naikkan follower di Instagram dalam masa 30 hari.

Barangkali anda mampu dapat kenaikkan follower di Instagram seawal 7 hari pertama selepas mempraktikkan tips, teknik & strategi yang dikongsikan dalam artikel ini. 

Apa yang pasti, anda perlu bijak merangka, menyusun dan mencipta konten yang tepat dengan follower anda supaya mereka rasa berbaloi untuk follow anda di Instagram. Semua cara naikkan follower di Instagram ini juga boleh digunakan untuk akaun bisnes anda di Instagram.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *