Home » Pemasaran » Cara Cepat Pendekkan Link Dalam 5 Minit Dengan Smartphone
pendekkan link malaysia

Cara Cepat Pendekkan Link Dalam 5 Minit Dengan Smartphone

Pernahkah anda hadapi masalah di mana link sebuah post di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok yang anda ingin share di WhatsApp terlalu panjang? Link tersebut terlalu panjang dan nampak tidak profesional sehingga menimbulkan curiga orang lain risau itu adalah link virus atau scam. Atau anda nak link yang cantik untuk tujuan branding? Jika ya, anda perlu tahu cara pendekkan link. 

Sebenarnya, ada cara yang efisien dan efektif yang anda boleh guna dalam masa kurang dari 5 minit hanya dengan smartphone secara percuma untuk pendekkan link.

Cara ini juga sangat sesuai untuk promote link di WhatsApp atau promote link di Facebook dan mana-mana sosial media lain untuk kapasiti bisnes online dan sebagainya!

 

Apa Itu URL Shortener?

pendekkan link phone
Kredit : XDA Developers

Dalam bahasa mudah, URL shortener adalah teknik memendekkan link URL dari website atau mana-mana sosial media menjadi lebih pendek dan link itu masih terhubung ke pautan asal.

Cara memendekkan link URL ini menggunakan teknik redirect link ke atas website yang ada link URL yang panjang. URL shortener ini penting untuk dalam beberapa situasi seperti anda ingin kongsikan link pada SMS yang mempunyai jumlah had huruf. 

Sebagai contoh, link URL dari website ini :

www.contoh.my/blog/asset/category_A/subcategory/linkpendek boleh ditukarkan kepada http://www.contoh.my/linkpendek sahaja. 

 

Selain itu, URL shortener juga penting dalam kempen marketing di sosial media kerana link yang telah dipendekkan dengan nama yang betul mampu memberi maklumat kepada bakal pembeli dan juga atas kapasiti profesionalisme. Contoh mudah adalah link di Shopee di bawah :-

:https://shopee.com.my/CLEARANCE-Tudung-budak-sekolah-scuba-soft-awning-aljoofre-putih-hitam-biru-pink-krim-ungu-kuning-tadika-pasti-sriti-i.16469635.141894625?xptdk=0c2b604f-c064-4304-a02f-003dc3c70f9c

 

Daripada menggunakan link kedai online di Shopee seperti ini, lebih baik anda gunakan link seperti ini : https://shopee.com.my/aljoofre/141894625

 

3 Kelebihan Pendekkan Link

Dari sudut pandang bisnes dan pengguna, ada tiga kelebihan pendekkan link. Pendekkan link URL bukan sekadar nampak cantik di smartphone semata-mata, tetapi ianya lebih daripada itu. 

1. Link Nampak Profesional

Link URL yang lebih pendek menampakkan tahap profesional dan serius sebuah bisnes online itu dengan memberikan link yang tidak mengandungi terlalu banyak huruf, nombor dan simbol dalam memberi link yang tepat pada bakal pelanggan.

2. Maklumat Tentang Link

Link yang pendek tidak semestinya hanya cantik, sebaliknya memberi maklumat kepada orang yang bakal klik link itu, jika anda buat website berkaitan dana dan derma, link tersebut mestilah ada maklumat berkaitan dana dan derma. Contohnya :- 

: www.yayasan.my/derma-kilat 

3. Naikkan Jumlah Share Pada Link

Survei yang dijalankan Harvard Business School pada tahun 2018 menunjukkan, link yang pendek dan tepat mempunyai kadar share yang lebih tinggi berbanding link yang panjang dengan pelbagai huruf, nombor dan simbol. Jika anda ingin lebih ramai orang share link anda, pendekkan link itu.

 

Cara Pendekkan Link Dalam 5 Minit Dengan Smartphone

Buat pengetahuan anda, terdapat dua cara untuk pendekkan link website dan sosial media untuk dikongsikan di WhatsApp dan platform lain. Caranya adalah dengan menggunakan alat online iaitu Bitly atau TinyURL. 

 

1. Guna Bitly

bitly pendekkan link
Kredit : Bitly

Apa Itu Bitly?

Bitly adalah software URL shortener yang percuma untuk anda gunakan pada bisnes. Dengan Bitly, anda boleh cipta sendiri custom domain link URL anda dalam 3 klik sahaja.

Bitly diasaskan pada tahun 2008 dan telah menjadi platform pendekkan link #1 dengan 600 juta link dipendekkan untuk sosial media, SMS dan email.

Bitly mempunyai fungsi premium serendah $USD 29 sebulan di mana anda boleh cipta sebanyak mungkin link untuk bisnes anda dan boleh pantau setiap link tersebut. 

Cara Pendekkan Link Guna Bitly

bitly pendekkan link
Kredit : Bitly

Langkah pertama, anda perlu buka website Bitly. Jika anda ingin fungsi lebih seperti custom domain dan lihat URL Analytics, anda boleh buat akaun baharu dan Sign In dengan akaun tersebut. 

  1.  Buka Bitly Dari Google
  2. Masukkan link yang nak dipendekkan
  3. Klik “Create”
  4. Custom nama link di belakang “bit.ly”
  5. Copy & share link yang dah dipendekkan

 

2. Guna TinyURL

tinyurl pendekkan link
Kredit : TinyURL

Apa Itu TinyURL?

TinyURL adalah software URL shortener untuk website dan sosial media dengan memautkan kembali link yang pendek ke pautan asal.

TinyURL diasaskan oleh Kevin Gilbertson pada tahun 2022 sebagai alternatif untuk post link berita secara online.

TinyURL menawarkan plan premium pada harga $USD9 sebulan yang membolehkan anda buat custom domain dan semak prestasi semua link. 

 

Cara Pendekkan Link Guna TinyURL

tinyurl pendekkan link
Kredit : TinyURL
  1. Masukkan Link Yang Nak Dipendekkan
  2. Masukkan Alias (nama produk)
  3. Klik “Make TinyURL!”
  4.  Copy & Share link

Baca : Cara Buat Link WhatsApp Sendiri Dalam 5 Minit Dengan Smartphone

Natijahnya, kalau anda ada buat bisnes online, pastikan link yang anda kongsikan itu adalah sependek mungkin dan jangan share link yang terlalu panjang. Anda boleh guna cara nak pendekkan link guna Bitly atau pendekkan link guna TinyURL ini. Apa yang penting, nak pendekkan link sekarang hanya perlukan sebuah smartphone sepantas 5 minit sahaja.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *