Home » Produk » 4 Sebab Aplikasi WhatsApp Anda Tergendala Hari Ini!
aplikasi whatsapp tergendala malaysia

4 Sebab Aplikasi WhatsApp Anda Tergendala Hari Ini!

Semenjak dibangunkan oleh Jan Koum dan Brian Acton pada tahun 2009, WhatsApp telah menjadi aplikasi teks paling banyak digunakan di kalangan pengguna iPhone dan Android dan operating system (OS) Windows dan MacOS. Maasalah aplikasi WhatsApp tergendala juga dihadapi lebih 1 billion pengguna WhatsApp lain!

Ada beberapa sebab kenapa aplikasi WhatsApp anda tergendala dan masalah ini bukan sahaja terjadi di WhatsApp, tetapi juga aplikasi lain. 

Jika aplikasi WhatsApp anda tergendala hari ini, jangan risau kerana dalam artikel ini, kami akan tunjukkan cara untuk tangani masalah ini. 

Apa Itu WhatsApp?

aplikasi whatsapp
Kredit : BGR India

WhatsApp atau WhatsApp Messenger adalah aplikasi teks untuk smartphone percuma yang membolehkan anda hantar mesej, gambar, video, audio dan dokumen dengan maksimum saiz fail 2GB.

WhatsApp juga boleh digunakan secara langsung di laptop dan komputer khusus untuk WhatsApp Web.

Untuk menggunakan aplikasi WhatsApp, anda hanya perlukan nombor telefon yang sah dan smartphone sahaja. Proses pendaftaran untuk semua akaun baharu hanya mengambil masa kurang lebih 5 minit sahaja. 

Tahukah anda, WhatsApp juga membenarkan anda untuk buka maksimum 4 peranti dalam satu masa.

Sebagai contoh, untuk satu nombor telefon anda boleh menggunakan dua smartphone, laptop dan tablet serentak. Semua kandungan seperti di bawah tepa boleh di akses :- 

  • Chat
  • Fail
  • Video
  • Audio
  • Gambar

6 Fungsi Yang Ada Pada WhatsApp Anda Perlu Tahu 

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa WhatsApp telah berinovasi dengan begitu cepat semenjak dilancarkan pada tahun 2009 di Silicon Valley, Amerika Syarikat. Aplikasi WhatsApp pada hari ini tidak terbatas kepada menghantar teks sahaha, tetapi ada lebih daripada 5+ fungsi yang ada pada WhatsApp. 

1. Teks Mesej

Hantar pesanan mesej kepada kawan, keluarga dan pelanggan anda secara percuma dengan WhatsApp tanpa perlu ada caj penggunaan seperti SMS dan MMS. 

2. Group Chat

Cipta group chat menerusi WhatsApp Group dengan maksimum 512 orang dalam satu WhatsApp Group pada satu masa.

Dengan WhatsApp Group, anda boleh hantar mesej, gambar, video, audio dan fail kepada lebih ramai orang. Anda juga boleh namakan group itu, mute dan lain-lain. 

3. WhatsApp Voice & Video Call

whatsapp voice video call
Kredit : Research Gate

Dengan voice call, anda boleh hubungi kawan, keluarga dan pelanggan anda secara percuma walaupun mereka berada di negara dan benua lain dengan syarat, adanya WiFi sahaja.

Manakala video call pula membolehkan anda buat panggilan secara video dengan maksimum 8 orang dalam satu masa. 

4. WhatsApp Web

whatsapp web
Kredit : PKB News

WhatsApp Web adalah fungsi khusus yang dikeluarkan oleh WhatsApp Inc untuk pengguna WhatsApp yang ingin akses WhatsApp menerusi laptop atau komputer.

Anda boleh buka WhatsApp di browser Google atau download aplikasi WhatsApp untuk MacOS, Windows dan Linux. 

5. Sekuriti Tinggi 

Antara ciri-ciri penting pada WhatsApp Messenger adalah tahap sekuriti tinggi yang dipanggil “end-to-end encryption”.

Fungsi ini membolehkan anda hantar teks dan hubungi menerusi WhatsApp Voice Call dan WhatsApp Video Call dengan lebih selamat tanpa dipantau dan diganggu pihak lain bahkan oleh WhatsApp sendiri. 

6. WhatsApp Document

Sedar akan keperluan pengguna WhatsApp yang menggunakan WhatsApp atas kapasiti kerja dan bisnes, WhatsApp Inc juga mempunyai fungsi dinamakan WhatsApp Document.

Pengguna boleh hantar fail seperti PDF, Spreadsheet, Slides dan lain-lain tanpa perlu email fail atau menggunakan aplikasi perkongsian fail. Anda boleh hantar fail dengan saiz 2GB kepada sesiapa sahaja pengguna WhatsApp. 

Baca : Cara Buat Link WhatsApp Sendiri Dalam 5 Minit Dengan Smartphone

4 Sebab Aplikasi WhatsApp Tergendala

whatsapp pada apple watch
Kredit : Apple Tool Box

Ada empat punca kenapa aplikasi WhatsApp anda tergendala hari ini. Rujuk puncanya di bawah serta solusi untuk masalah aplikasi WhatsApp anda yang tergendala hari ini. 

Masalah Peranti (Smartphone)

Jika masalah aplikasi WhatsApp tergendala berpunca dari peranti, sila Restart smartphone atau laptop anda. Ikut step-by-step di bawah :-

  • Buka Settings  > Network & Internet >  Airplane Mode > tutup dan buka semula Airplane Mode 

 

  • Buka Settings > Network & Internet > Internet > Mobile Data > tutup dan buka semula Mobile Data 

 

  • Buka Settings > klik Apps > klik WhatsApp > klik Mobile Data & WiFi > buka Background Data

 

Masalah WiFi

Jika masalah aplikasi WhatsApp tergendala berpunca dari masalah WiFi, sila ikut step-by-step di bawah :- 

 

  • Buka Settings > Network & Internet > Internet > tutup dan buka semula WiFi

 

  • Cuba sambung ke WiFi dalam keadaan Sleeping Mode

 

  • Reboot WiFi router anda 

 

  • Hubungi service provider nombor telefon (Maxis, Celcom, DiGi) & WiFi ( Unifi, TIME)

 

Kemaskini Terkini Aplikasi WhatsApp

Kemaskini aplikasi WhatsApp di smartphone anda secara manual di Google Play Store atau Apple Apps Store :- 

 

  • Buka Google Play Store > Taip WhatsApp > Tekan Update 
  • Buka Apple Apps Store > Taip WhatsApp > Tekan Update 

 

Guna Software Proksi / VPN 

Jika anda menggunakan software proksi dan VPN pada smartphone anda, WhatsApp tidak dicipta untuk mendukung software sedemikian. Caranya :-

  • Tutup roaming
  • Uninstall dan Install semula aplikasi WhatsApp Messenger

Jangan benarkan aplikasi WhatsApp tergendala menjejaskan produktiviti harian anda. Sentiasa pastikan aplikasi WhatsApp di smartphone anda di kemaskini secara automatik di Google Play Store atau Apple Apps Store. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *