Home » Bisnes » Kisah Penuh Pengasas Whatsapp Sebenar Dari Tahun 2009 – Kini
jan koum dan brian acton pengasas whatsapp

Kisah Penuh Pengasas Whatsapp Sebenar Dari Tahun 2009 – Kini

Tahukah anda, WhatsApp mempunyai lebih daripada 2 billion pengguna di 180 negara di dunia dan WhatsApp tersenarai sebagai aplikasi #1 mobile messenger paling banyak di muat turun di Google Play Store dan Apple Apps Store. Malangnya, tidak ramai yang mengenali siapakah pengasas WhatsApp dan perjalanan suka duka pencipta WhatsApp tersebut semenjak tahun 2009 hingga kini. 

Dengan lebih daripada 100 billion mesej dihantar menggunakan WhatsApp setiap hari, pengguna WhatsApp jenis Android meluangkan sekurang-kurangnya 38 minit sehari di aplikasi itu.

31% rakyat India atau 391 juta orang di India merupakan pengguna WhatsApp dan India mempunyai pengguna WhatsApp terbesar di dunia setakat artikel ini ditulis. 

anak muda malaysia smartphone whatsapp
Kredit : iStock

Berikut merupakan peningkatan pengguna di WhatsApp dalam tempoh 10 tahun bermula tahun 2010 – 2020. 

  • Oktober 2010 – 10 juta pengguna aktif setiap bulan 
  • Oktober 2012 – 100 juta pengguna aktif setiap bulan 
  • April 2014 – 500 juta pengguna aktif setiap bulan 
  • Februari 2016 – 1 billion pengguna aktif setiap bulan 
  • Februari 2020 – 2 billion pengguna aktif setiap bulan 

Baca : 4 Sebab Aplikasi WhatsApp Anda Tergendala Hari Ini!

Akan tetapi, sejauh mana kita semua mengenali kisah realiti di sebalik WhatsApp?

Sebenarnya, kisah di sebalik WhatsApp itu, penuh dengan naratif yang memberi inspirasi bukan sahaja kepada usahawan dan orang bises, tetapi juga pada orang lain tentang idea sebuah apps messaging tanpa iklan. 

Pengasas WhatsApp mungkin tidak dikenali orang ramai sampai ke hari ini, tetapi impak produk yang mereka bina lebih 10 tahun yang lalu telah mengubah cara masyarakat dunia berkomunikasi khususnya dalam penggunaan teknologi.

Dalam artikel ini, kami akan ceritakan kisah pencipta WhatsApp dan perjalanan WhatsApp dalam proses menjadi aplikasi messaging #1 di dunia. 

 

Apa Itu WhatsApp?

aplikasi whatsapp pada smartphone
Kredit : India Today

WhatsApp adalah aplikasi teks dan mesej percuma untuk smartphone yang boleh di muat turun secara percuma di Google Play Store dan Apple Apps Store.

WhatsApp semenjak tahun 2009 telah menggantikan SMS dan MMS sebagai medium mesej secara teks dan mesej yang mahal dan kerap menghadapi masalah jaringan.

Setakat hari ini, pengguna WhatsApp menikmati tujuh fungsi utama di WhatsApp iaitu :- 

Teks – Hantar teks secara percuma tanpa perlu bayar caj SMS

Voice Message – Hantar pesanan suara tanpa perlu menaip panjang bila-bila masa

Voice Call & Video Call – Hubungi dan video call dengan kawan, teman secara percuma 

Dokumen – Hantar link & fail berkaitan sehingga 2GB saiz tanpa perlu menggunakan email 

Group Chat – Kongsi teks, gambar, video, audio dan fail dengan 512 orang dalam Group Chat 

WhatsApp Web – Akses WhatsApp di laptop guna WhatsApp Web untuk MacOS dan Windows 

Sekuriti – Setiap teks dan fail bersifat “end-to-end encryption” dan tidak boleh diakses orang lain

Baca : 7 Cara Buat WhatsApp Web Dalam 2 Minit Dengan Handphone

Antara faedah WhatsApp yang kita tidak boleh nafikan adalah, WhatsApp telah menyebabkan evolusi yang besar dalam cara masyarakat dunia bersosial dan berjual beli menggunakan kombinasi teknologi peranti (smartphone) dan internet.

Seorang ibu di Kota Bharu, Kelantan mampu menghubungi anaknya yang melanjutkan pelajaran di United Kingdom tanpa dikenakan caj bayaran yang tinggi dengan hanya membuat panggilan di WhatsApp menerusi Voice Call atau Video Call. 

Sepanjang wabak COVID-19 melanda global dan diisytihar pandemik, WhatsApp muncul sebagai medium pengajaran termudah dan termurah untuk para pelajar dan golongan pendidik meneruskan aktviti pembelajaran secara online.

Selain itu, WhatsApp Business juga telah merevolusikan cara solopreneur dan usahawan di Malaysia berniaga secara online dengan menjadikan WhatsApp sebagai medium close deal paling cepat dalam tempoh 5 tahun ke belakang. 

Buat pengetahuan anda, peniaga online di Asia Tenggara khususnya Malaysia dan Indonesia telah menggunakan WhatsApp sebagai tempat untuk berjual beli barang dan servis semenjak tahun 2013.

 

 Sejarah Pengasas WhatsApp

jan koum dan brian acton pengasas whatsapp
Kredit : Wired

Sejarah pengasas WhatsApp tidak akan lengkap tanpa memasukkan kisah dua figura utama iaitu Brian Acton dan Jan Koum.

Dua individu ini merupakan pengasas bersama WhatsApp sebelum akhirnya dibeli oleh Facebook Inc dengan nilai USD $19 billion pada Februari 2014.

Brian Acton merupakan seorang jurutera software dan usahawan internet yang dilahirkan pada tahun 1972 di Michigan, Amerika Syarikat.

Beliau merupakan bekas pekerja di Yahoo! dan menjadi pengasas bersama WhatsApp Messenger sebelum meninggalkan WhatsApp untuk menubuhkan Yayasan Signal pada September 2017. 

Jan Koum dalam satu sisi lain pula, merupakan seorang billionaire yang dilahirkan pada tahun 1976 di Kyiv, Ukraine. Beliau merupakan seorang usahawan dan jurutera software yang bekerja di Yahoo! sama seperti Brian Acton. 

Apa yang menariknya adalah, Brian Acton dan Jan Koum pernah memohon untuk bekerja di Facebook tetapi ditolak.

Idea penciptaan WhatsApp bermula apabila Jan Koum melihat fungsi “push-notifications” yang dikeluarkan Apple pada Jun 2009 merupakan satu pembaharuan dalam cara manusia menerima dan membaca teks mesej yang dihantar oleh orang lain.

Jan Koum kemudian mengajak Brian Acton yang ketika itu tidak bekerja untuk turut bersamanya membangunkan WhatsApp sebelum memberinya gelaran “Co-Founder” selepas Brian Acton berjaya membawa USD $250,000 pembiayaan awal dari pelabur.

 

Proses Perkembangan WhatsApp

Untuk faham proses idea perkembangan WhatsApp, anda perlu tahu beberapa fasa yang dilalui oleh WhatsApp sehingga akhirnya dibeli oleh Facebook Inc, pelancaran WhatsApp Business dan bagaimana pengasas WhatsApp keluar dari WhatsApp. 

WhatsApp 1.0 : Pelancaran Pertama 

aplikasi whatsapp iphone 5
Kredit : Cult of Mac

Pada mulanya, Jan Koum telah membeli sebuah peranti iPhone pada Januari 2009 dan beliau menyedari yang industri aplikasi smartphone mempunyai potensi besar pada Apples Apps Store.

Fungsi “push-notifications” yang diperkenalkan Apple pada peranti iPhone telah merevolusikan cara pengguna smartphone mengakses teks mesej, email dan sebagainya.

Sebelum ini, pengguna perlu masuk ke dalam aplikasi itu untuk menyemak sebarang pesanan, kini dengan fungsi ‘push-notifications’, pengguna dapat mengetahui sebarang pesanan yang masuk pada kadar lebih cepat dan mudah.

Dia juga mahu mahu membina sebuah aplikasi yang membolehkan status pengguna itu diketahui pengguna lain.

Misalannya, jika seorang pengguna sedang memancing, pengguna lain tahu yang beliau sedang sibuk memancing dan secara logiknya, akan hubungi beliau selepas selesai memancing. 

Akan tetapi, idea itu sukar dilaksanakan tanpa adanya pembangun software iOS. Jan Koum tidak mengambil masa yang lama untuk mencari pembangun software iOS yang berpengalaman.

Beliau telah telah diperkenalkan dengan pembangun software berbangsa Russia bernama Igor Solomennikov yang juga pengasas RentACoder.com.

Fasa awal pembangunan aplikasi WhatsApp tidak licin seperti yang diharapkan, tetapi Jan Koum berjaya membina aplikasi iOS tersebut dan akhirnya diperbadankan menjadi ‘WhatsApp Inc’ pada 24 Februari 2009 di California. 

Jon Kaum menamakan aplikasi itu ‘WhatsApp kerana sifatnya seakan sama dengan perbualan harian masyarakat Amerika Syarikat iaitu ‘what’s up’ atau ‘apa cerita/apa khabar’ dan telah menjadi asas dan aspirasi kepada pembangunan aplikasi WhatsApp.

WhatsApp 2.0 : Apps Store & BlackBerry

aplikasi whatsapp blackberry
Kredit : Feedough

Selepas melakukan beberapa kajian pada pasaran dan tingkah laku pengguna smartphone, Jan Koum melihat wujudnya permintaan yang tidak sedikit pada aplikasi pesanan segera.

Beliau mengambil masa kurang dari 24 bulan untuk melancarkan WhatsApp 2.0 dan idea di mana pengguna hanya perlu login dengan nombor telefon yang sah diterima, bahkan ramai pengguna yang suka dengan idea itu. 

Selain itu, pengguna juga melihat aplikasi WhatsApp menjimatkan wang dan tenaga mereka kerana WhatsApp membolehkan pengguna menghantar sepanjang dan sebanyak mungkin teks mesej tanpa perlu ada bayaran seperti menggunakan servis SMS.

Dalam masa yang sama, ramai pengguna aplikasi BBM Blackberry, G-Talk dan Skype menyedari fungsi WhatsApp sebenarnya jauh lebih terbuka dan mudah untuk digunakan.

Hal ini kerana, hanya pengguna Blackberry sahaja yang boleh menggunakan fungsi BBM Blackberry dan pengguna G-Talk dan Skype perlu berkongsi ID unik untuk berkomunikasi dan perkara ini sebenarnya leceh dan merenyahkan.

Dalam masa beberapa bulan sahaja, WhatsApp menjadi aplikasi dengan utiliti tinggi dengan peningkatan pengguna sebanyak 250,000 orang!

Pada tanggal 27 Ogos 2009, aplikasi WhatsApp secara rasmi telah dihantar ke Apple Apps Store tetapi terhad kepada menghantar teks mesej sahaja.

WhatsApp Berbayar Pada Pengguna

whatsapp versi berbayar
Kredit : Feedough

Untuk rekod, kadar overhead WhatsApp sangat rendah kerana pengasas WhatsApp tidak mengambil gaji dan dividen untuk tempoh 3 tahun pertama.

Kos yang mereka keluarkan sebenarnya adalah, verifikasi SMS untuk pengguna baharu WhatsApp.

Untuk menampung kos itu, WhatsApp telah mengenakan caj $0.99 untuk satu pengguna dan mereka menambah fungsi penghantaran gambar pada WhatsApp.

Apa yang mengejutkan adalah, pengguna WhatsApp menjadi semakin ramai walaupun aplikasi itu kini, berbayar. 

WhatsApp Terima Dana Sequoia

jim goetz sequioa whatsapp
Kredit : Tech Crunch

Pada mulanya, Brian Acton bukanlah ahli tetap dalam tim WhatsApp kerana beliau masih lagi bekerja di Yahoo! sebelum mendapat dana dari Sequoia, Brian Acton telah meyakinkan 5 pekerja Yahoo! untuk melabur sebanyak $250,000 pada WhatsApp sebagai dana awal.

Selepas berjaya mendapatkan modal itulah, baru Brian Acton secara rasmi menjadi ahli rasmi WhatsApp. 

Dalam masa beberapa bulan, mereka mendapat email dari pengguna Nokia dan Blackberry untuk membina aplikasi WhatsApp secara spesifik untuk peranti jenama Nokia dan Blackberry.

Mereka mengambil masa kurang dari 3 bulan untuk menyiapkan aplikasi tersebut.

Masalah mula timbul apabila Brian Acton dan Jan Koum meyedari yang tingkah laku pengguna smartphone di Amerika Syarikat masih menggunakan SMS dan tidak berhasrat untuk menggunakan WhatsApp. 

Hal ini kerana, semua mobil operator di Amerika Syarikat menawarkan minit percuma untuk telefon dan rate yang sangat rendah untuk SMS sehingga menyebabkan pengguna di Amerika Syarikat melihat, tidak ada keperluan untuk menggunakan WhatsApp walaupun secara percuma.

Dan sehingga ke tulisan ini ditulis pun, WhatsApp masih lagi bergelut untuk menggalakkan lebih ramai pengguna di Amerika Syarikat menggunakan WhatsApp.

Hanya di Amerika Syarikat sahaja, anda akan saksikan WhatsApp membuat pemasaran menggunakan billboard dan senario ini tidak pernah terbayang di Malaysia dan Indonesia.

WhatsApp billboard di USA
Kredit : USA Today

Disebabkan itu, Brian Acton dan Jan Koum sedar yang mereka perlu promosikan aplikasi WhatsApp ke negara dan benua lain untuk berkembang dan tidak boleh mengharapkan pengguna di Amerika Syarikat semata-mata.

Akan tetapi, mereka perlukan modal yang besar untuk menembusi pasaran antarabangsa. 

Menjelang tahun 2011, WhatsApp tersenarai dalam 20 aplikasi paling popular di Apps Store.

Tetapi, kedua-dua pengasas itu telah menolak semua permintaan dari pelabur untuk melabur ke WhatsApp.

Hal ini kerana, mereka tahu yang pelabur itu akan memaksa mereka mempromosikan WhatsApp supaya capai lebih ramai pengguna dan amalan ini tidak selari dengan aspirasi awal penciptaan WhatsApp. 

Akhirnya, selepas 8 bulan memohon, Sequoia Capital menerusi Jim Goetz telah berjaya mendapatkan hak sebagai pelabur terulung yang bertanggungjawab mengembangkan WhatsApp ke satu magnitud baharu dalam dunia aplikasi smartphone. Berikut merupakan kronologi pelaburan pada WhatsApp Inc :- 

  • $250,000 – Dana awal
  • $8,000,000 – Series A (Sequoia Capital)
  • $52,000,000 – Series B (Sequoia Capital)

WhatsApp Dibeli Oleh Facebook Inc

Pada 14 Februari 2014, Facebook Inc yang hari ini dikenali sebagai Meta telah membeli saham majoriti WhatsApp Inc dengan nilai $19 billion.

Menurut Buzzfeed, alasan kenapa Facebook membeli WhatsApp pada nilai itu adalah kerana WhatsApp berpotensi menjadi pesaing langsung dari segi jumlah pengguna dan data analisis.

Data dari Onavo menunjukkan, WhatsApp menduduki tangga keenam, aplikasi dengan kadar penggunaan tertinggi di dunia di belakang Instagram, foursquare, Twitter, Facebook dan Snapchat.

Pengasas WhatsApp Keluar Dari WhatsApp

aplikasi signal oleh pengasas whatsapp
Kredit : DNA India

Pada September 2017, pengasas WhatsApp iaitu Brian Acton telah mengeluarkan kenyataan yang beliau keluar dari WhatsApp untuk fokus pada Yayasan Signal dan disusuli Jan Koum kerana tidak bersetuju dengan business model dan polisi privasi baru WhatsApp yang ditetapkan Facebook. 

Kejayaan WhatsApp Dari Tahun 2009 – Kini

fungsi whatsapp video call
Kredit : Digital Formation World

WhatsApp telah terbukti membawa banyak perubahan dan merevolusikan cara manusia di abad moden ini berkomunikasi dan bekerja.

WhatsApp juga telah menjadikan proses komunikasi antarabangsa menjadi lebih mudah, murah dan cepat dengan kos yang rendah. Antara kejayaan yang dicapai WhatsApp adalah :- 

• Aplikasi Teks #1 Di Dunia

• Medium Close Sales Utama

 • Integrasi WhatsApp Business API

Kesimpulannya, kisah pengasas WhatsApp ini mengajar kita bahawa produk yang bagus akan memasuki pasaran tanpa paksaan dan pengguna sendiri akan memberitahu keluarga dan rakan mereka tentang produk itu. Kini, WhatsApp telah menjadi aplikasi #1 terpenting di Malaysia dan dunia.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *