Home » Media Sosial » Ini Cara Kemaskini WhatsApp Yang Betul Supaya Tidak Lagged

Ini Cara Kemaskini WhatsApp Yang Betul Supaya Tidak Lagged

Pernahkah anda hadapi masalah di mana WhatsApp anda secara tiba-tiba menjadi lembap dan ambil masa yang lama untuk skrol dan jumpa chat yang anda inginkan? Sebenarnya, ada dua cara yang anda boleh buat untuk elak WhatsApp anda daripada lagged dan salah satunya adalah dengan buat kemaskini WhatsApp terbaru.

Kedua, anda boleh kosongkan storage & data menerusi fail dan network usage di smartphone anda.

Ramai pengguna WhatsApp tidak tahu yang Storage & Data pada smartphone adalah punca WhatsApp menjadi lembap dan lagged.

Untuk selesaikan isu ini, sila ikut semua step-by-step dalam artikel ini dengan kemaskini WhatsApp dan lajukan WhatsApp di smartphone anda! 

 

Apa Itu WhatsApp?

aplikasi whatsapp
Kredit : Telegraph and Argus

WhatsApp yang juga dikenali sebagai WhatsApp Messenger adalah aplikasi menghantar teks percuma yang boleh dimuat turun oleh semua smartphone menerusi Google Play Store dan Apple Apps Store.

Anda memerlukan jaringan internet dari Mobile Data atau WiFi untuk gunakan semua fungsi WhatsApp ini :-

  • Hantar teks mesej
  • Hantar dan terima fail
  • Hantar dan terima audio
  • Hantar dan terima gambar & video
  • Hantar dan terima lokasi berdasarkan GPS

Anda juga boleh gunakan WhatsApp di komputer atau laptop menerusi WhatsApp Web dengan cara buka browser di Google dan akses WhatsApp menerusi browser atau download aplikasi WhatsApp Web untuk MacOS dan Windows.

Baca : Kisah Penuh Pengasas Whatsapp Sebenar Dari Tahun 2009 – Kini

 

Cara Kemaskini WhatsApp Untuk iPhone 

aplikasi whatsapp iphone
Kredit : iMore
  • Buka Apple Apps Store 
  •  Taip WhatsApp Messenger
  • Klik Update

 

Cara Kemaskini WhatsApp Untuk Android

aplikasi whatsapp android
Kredit : Android Sentral
  • Buka Google Play Store
  • Taip WhatsApp Messenger
  • Klik Update

 

2 Cara Lajukan WhatsApp Di Smartphone

whatsapp manage storage
Kredit : Geek Dashboard
  • Buka WhatsApp di smartphone
  • Tekan Settings > Pergi ke Storage & Data
  • Klik Network Usage > Klik Reset Statistics
  • Buka WhatsApp di smartphone
  • Tekan Settings > Pergi ke Storage & Data
  • Klik Manage Storage > Buang Fail Tak Diperlukan

Baca : 4 Sebab Aplikasi WhatsApp Anda Tergendala Hari Ini!

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *