Home » Media Sosial » 7 Sebab Kenapa WhatsApp Anda Tak Boleh Buka Tiba-Tiba!
aplikasi whatsapp tak boleh buka

7 Sebab Kenapa WhatsApp Anda Tak Boleh Buka Tiba-Tiba!

Jika WhatsApp anda tak boleh buka secara tiba-tiba, sila bertenang! Masalah ini turut dialami lebih daripada 2 billion pengguna WhatsApp di seluruh dunia merangkumi tujuh benua dan 170 negara termasuk Malaysia. Buat pengetahuan anda, ada 7 masalah kenapa WhatsApp anda tak boleh buka tiba-tiba.

Secara kasar, masalahnya berpunca dari dua faktor sahaja iaitu software dan hardware.

Semak salah satu dari 7 masalah WhatsApp tak boleh buka di bawah beserta solusinya supaya anda boleh selesaikan masalah WhatsApp anda secepat mungkin. 

 

Apa Itu WhatsApp?

whatsapp pada apple watch
Kredit : Time News

WhatsApp adalah sebuah aplikasi perhubungan (mesej) percuma untuk peranti smartphone yang menggunakan internet untuk menghantar mesej, gambar, video, audio dan fail.

Sebelum penggunaan WhatsApp secara meluas bermula tahun 2009, masyarakat dunia berhubung menggunakan servis SMS dan MMS untuk menghantar pesanan mesej dan gambar secara berbayar.

Akan tetapi servis ini mempunyai kapasiti mesej yang terhad dan pengguna akan dikenakan caj atas setiap pesanan yang dihantar. 

Terkini, WhatsApp membenarkan pengguna untuk menggunakan WhatsApp di komputer menerusi WhatsApp Web dan fungsi ini boleh didapati untuk Mac dan Windows.

WhatsApp juga telah berevolusi dengan mewujudkan WhatsApp Business Platform dan WhatsApp Business API dengan fokus membantu proses bisnes perniagaan yang menggunakan WhatsApp sebagai medium close deal dengan pelanggan dalam skala kecil sehingga besar. 

Baca : 4 Sebab Aplikasi WhatsApp Anda Tergendala Hari Ini!

 

7 Masalah WhatsApp Tak Boleh Buka

Hasil penelitian kami, terdapat 7 punca kenapa WhatsApp tak boleh buka, masalah WhatsApp tak boleh download gambar dan pelbagai masalah lain. Rujuk poin di bawah.

1. Semak Jika WhatsApp Sedang Down

Perkara pertama yang anda perlu semak sebenarnya adalah, semak sekiranya aplikasi WhatsApp sedang down.

Aplikasi WhatsApp boleh down secara tiba-tiba pada peringkat benua atau global dan isu ini pernah terjadi beberapa kali dalam sejarah WhatsApp semenjak tahun 2009 hingga kini. 

Hal ini kerana, ada kemungkinan besar sistem cloud server WhatsApp menghadapi gangguan atau penambahbaikan secara berkala untuk meningkatkan kualiti fungsi WhatsApp secara holistik.

Cara untuk buat semakan WhatsApp sedang down adalah dengan membuka laman sesawang Down Detector

2. Tutup Dan Buka Semula Apps WhatsApp

Cara kedua adalah tutup dan buka semula aplikasi WhatsApp kerana berkemungkinan besar aplikasi WhatsApp anda belum mendapat kemaskini terkini WhatsApp atau storan memori di dalam peranti smartphone anda sudah penuh.

Jika cara ini tidak mendatangkan hasil, anda boleh terus mengikut cara-cara seterusnya di bawah. 

3. Kemaskini App WhatsApp Anda

Majoriti masalah WhatsApp tak boleh buka adalah kerana pengguna WhatsApp tidak mengemaskini aplikasi WhatsApp di peranti smartphone mereka.

Kemaskini terbaru aplikasi WhatsApp boleh berlaku minimum 10 kali dalam setahun dan anda perlu kemaskini aplikasi WhatsApp untuk menerima pembaharuan pada fungsi WhatsApp. 

Cara untuk kemaskini aplikasi WhatsApp di smartphone anda adalah :- 

  • Buka Google Play Store / Apple Apps Store 
  • Buat carian ‘WhatsApp
  • Jika aplikasi ada kemaskini terkini, sila tekan Update
  • Jika aplikasi tiada kemaskini terkini, sila tekan Open 

Baca : Ini Cara Kemaskini WhatsApp Yang Betul Supaya Tidak Lagged

4. Restart Smartphone Anda

Salah satu faktor kenapa WhatsApp anda tak boleh buka adalah, peranti smartphone anda berkemungkinan menghadapi masalah kerana storan memori, fail, malware dan pelbagai lagi.

Anda boleh cuba restart (on-off) smartphone anda dengan menekan Power Button beberapa saat.

Selepas itu, tunggu selama 60 saat dan hidupkan semula smartphone anda dengan menekan Power Button tadi dan akses semula aplikasi WhatsApp anda seperti biasa. 

5. Semak WiFi

Di Malaysia, semua pembekal perkhidmatan internet mempunyai sejarah yang dinamik dengan gangguan internet.

Sekiranya anda menggunakan Mobile Data, anda boleh buat semakan dengan menekan ikon Airplane Mode dan tutup semula ikon tersebut.

Langkah terakhir, anda boleh hubungi pembekal perkhidmatan internet yang anda gunakan untuk buat pengesahan gangguan internet. 

Sekiranya anda menggunakan WiFi, sila semak signal WiFi di smartphone anda untuk pastikan smartphone anda mendapat akses internet.

Biasanya, jika smartphone anda tidak disambungkan dengan WiFi, akan ada ikon dan notifikasi pada smartphone anda. 

Cara seterusnya adalah dengan Restart (on-off) semula router WiFi anda.

Jika lampu di LOS menyala dengan warna merah, itu bermakna WiFi anda menghadapi masalah jaringan dan wakil perkhidmatan internet perlu datang untuk selesaikan masalah tersebut. 

6. Buang Cache Pada App WhatsApp

Ramai orang yang tak tahu bahawa segala mesej, gambar, video, fail dan audio dalam aplikasi WhatsApp disimpan dalam storan memori smartphone itu.

Berkemungkinan besar, ada data yang korup pada storan memori aplikasi WhatsApp anda. Cara untuk buang cache adalah :- 

  • Buka Settings dan klik Apps 
  • Taip atau pilih ‘WhatsApp’
  • Tekan Storage dan Cache 

7. Akaun WhatsApp Anda Di Block

Ini adalah mimpi ngeri buat semua orang yang menggunakan WhatsApp sebagai medium utama berhubung dengan orang lain dan juga sebagai medium untuk close deal dengan customer.

Ada risiko di mana akaun WhatsApp anda telah di block kerana pengguna WhatsApp lain telah membuat laporan berkenaan akaun WhatsApp anda. 

Kedua, WhatsApp boleh membuang (delete) akaun WhatsApp anda jika akaun WhatsApp tidak digunakan selepas 120 hari.

Tapi, anda masih boleh membuat akaun baru dengan daftar nombor telefon. 

Natijahnya, masalah WhatsApp tak boleh buka sebenarnya bukanlah masalah baru dan sentiasa ada solusinya. Masalah jadi serius jika anda gunakan WhatsApp sebagai medium close deal bisnes online anda. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *