Home » Media Sosial » Cara Cepat Buat Link WhatsApp Bisnes Dalam 3 Minit Sahaja!
cara buat link whatsapp bisnes

Cara Cepat Buat Link WhatsApp Bisnes Dalam 3 Minit Sahaja!

Bercakap soal buat bisnes dan close deal, rupa-rupanya masih ramai peniaga online, solopreneur dan tim sales yang menggunakan WhatsApp Messenger. Lebih malang lagi, ramai peniaga online yang tak tahu perbezaan di antara WhatsApp Bisnes dan WhatsApp Messenger dan cara buat link WhatsApp Bisnes!

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan kelebihan WhatsApp Bisnes dan bagaimana fungsi yang ada pada WhatsApp Bisnes boleh naikkan sales bisnes anda dengan betul.

Jika bisnes anda guna WhatsApp sebagai medium close deal atau anda ada tim sales yang close sales setiap hari di WhatsApp, anda perlu baca artikel ini sampai habis. 

 

Apa Itu WhatsApp Business?

whatsapp bisnes
Kredit : Tech Hindustan Times

WhatsApp Bisnes adalah aplikasi percuma yang anda boleh muat turun untuk peranti Android atau iPhone di Google Play Store dan Apple Apps Store.

WhatsApp Bisnes telah direka untuk melajukan proses sales bisnes kecil-kecilan dengan cara interaksi yang lebih mudah, automatik dan cepat dalam teks mesej. 

Apa yang lebih menarik adalah, pengalaman menggunakan WhatsApp Bisnes sebenarnya tidak banyak beza seperti anda menggunakan WhatsApp Messenger.

Anda tetap boleh hantar teks mesej, gambar, video, audio dan fail. Ciri-ciri yang ada pada WhatsApp Bisnes adalah :- 

  • Profil Bisnes – Senarai informasi penting seperti alamat, email dan website. 
  • Label – Untuk urus chat dan mesej mengikut kategori dengan cara lebih efisien. 
  • Alat Mesej – Respon pada prospek & pelanggan dengan lebih cepat dan mudah. 

Baca : Ini Cara Kemaskini WhatsApp Yang Betul Supaya Tidak Lagged

Apa Beza WhatsApp Business Dan WhatsApp Messenger?

Selepas meneliti fungsi dan ciri-ciri yang ada pada kedua-dua aplikasi, sebenarnya ada tiga perbezaan yang ketara iaitu :-

 

Perbezaan  WhatsApp Messenger  WhatsApp Bisnes 
Kegunaan  Untuk kegunaan peribadi  Untuk bisnes kecil-kecilan 
Jenis Mesej  Untuk jenis mesej ‘one-to-one’ Untuk berhubung dengan prospek jangka panjang

Marketing skala-kecil 

Fungsi Bisnes  Tiada  Profil bisnes 

Produk katalog 

Broadcast mesej (terhad)

Automatik mesej (terhad) 

Group chat 

4 Kelebihan WhatsApp Bisnes

whatsapp bisnes produk katalog
Kredit : WhatsApp

Untuk sebuah bisnes kekal relevan dan bertahan lama, bisnes itu perlu menggajikan orang yang tepat dan menggunakan software atau aplikasi bisnes yang betul.

Dalam konteks bisnes, adalah penting untuk peniaga online, solopreneur dan usahawan tahu bagaimana WhatsApp Bisnes mendatangkan impak positif pada bisnes mereka. 

1. Pamerkan Produk

Sekiranya anda menjual produk atau menawarkan servis, sangat penting untuk anda pamerkan produk secara visual melalui gambar atau video supaya prospek dapat membayangkan produk atau servis yang anda tawarkan. 

Anda boleh senaraikan produk dalam produk katalog supaya prospek dan pelanggan tahu apa yang anda jual di samping detail produk seperti fungsi, harga dan sebagainya. 

Fungsi produk katalog ini tidak terdapat pada WhatsApp Messenger dan ini menyebabkan peniaga online yang menggunakan WhatsApp Messenger terpaksa mencipta Telegram Channel dan digunakan sebagai produk katalog. 

2. Dapat Kepercayaan Pelanggan

Sebagai bakal pembeli, mereka lebih percaya kepada bisnes yang menjual menggunakan WhatsApp Bisnes berbanding WhatsApp Messenger kerana WhatsApp Bisnes membolehkan mereka mendapatkan detail dan informasi tentang bisnes itu. 

Selain itu, mereka yang chat sebuah bisnes di WhatsApp akan menerima ‘Quick Replies’ mesej dan kandungan mesej itu lazimnya mengandungi arahan dan maklumat yang diperlukan prospek seperti waktu operasi, cara membeli, link pembelian, website dan sebagainya. 

3. Respon Dengan Lebih Cepat & Mudah

Dalam mazhab menjual secara online dan close sales di Facebook Messenger dan WhatsApp, tim sales perlu menjaga masa respon mereka sekurang-kurangnya di bawah 15 minit. 

Dengan fungsi ‘Quick Replies’ dan ‘Automated Messages’, anda boleh setkan frekuensi masa untuk mesej dihantar apabila menerima teks mesej dari prospek dan pelanggan di samping teks mesej yang sesuai yang mengandungi arahan dan CTA pada mereka. 

4. Naikkan Sales Bisnes Online

Majoriti peniaga online dan solopreneur yang menghadapi masalah dalam sales adalah kerana mereka menggunakan WhatsApp Messenger yang tidak mempunyai label khusus untuk mengurus perbualan dengan pelanggan. 

Bila anda gunakan WhatsApp Bisnes, anda boleh fokus pada prospek dan pelanggan yang lebih utama tanpa mengabaikan prospek dan pelanggan lain yang perlu didahulukan. 

Baca : 4 Sebab Aplikasi WhatsApp Anda Tergendala Hari Ini!

4 Fungsi Yang Ada Pada WhatsApp Bisnes

1. Profil

profil whatsapp bisnes
Kredit : Trengo Inside

Cipta kedai online yang lebih baik dengan detail dan informasi yang tepat pada pelanggan seperti logo, detail bisnes, waktu operasi dan link website. 

2. Mesej Template

Anda boleh setkan mesej tempate untuk tiga jenis pada pelanggan yang chat anda di WhatsApp iaitu :- 

  • Greeting Messages – Galakkan chatting berlaku dengan pelanggan 
  • Away Messages – Respon automatik jika anda terima chat di luar waktu operasi bisnes 
  • Quick Replies – Pilihan jawapan yang pelanggan boleh pilih dan biasanya adalah FAQ

3. Produk Katalog 

produk katalog whatsapp bisnes
Kredit : Memeburn

Pamerkan produk atau servis anda pada kedai online WhatsApp Bisnes untuk memudahkan pengalaman membeli pelanggan. 

4. Broadcast Mesej

broadcast whatsapp bisnes
Kredit : Gadget Hacks

Pengumuman, offer, diskaun, produk baru dan kempen yang anda boleh hantar pada pelabagai jenis segmen pelanggan dalam satu masa. 

Cara Buat Link WhatsApp Bisnes

Untuk info, cara buat link WhatsApp Bisnes sebenarnya sangat mudah kerana sebuah link pendek untuk bisnes anda boleh dijana secara automatik menggunakan aplikasi WhatsApp Bisnes. Untuk dapatkan akses ini, anda perlu :- 

WhatsApp Bisnes > More Options > Business Tools > Short Link 

Selepas anda copy & paste short link itu, anda boleh kongsikan pada website dan sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan lain-lain yang relevan. 

Kesimpulannya, cara buat link WhatsApp Bisnes sebenarnya sangat mudah dan hanya mengambil masa yang singkat kerana link pendek itu dijana secara automatik di dalam aplikasi WhatsApp Bisnes itu sendiri. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *