Home » Jualan » 5 Lubuk Dropship Tanpa Modal Anda Boleh Cuba Selain Shopee
dropship tanpa modal

5 Lubuk Dropship Tanpa Modal Anda Boleh Cuba Selain Shopee

Rahsia buat bisnes dropship tanpa modal sebenarnya bukan lagi rahsia. Hari ini, pelajar sekolah juga antara dropshipper yang berjaya di Malaysia yang buat ribuan hingga puluhan ribu ringgit dengan promote barang secara online. 

Masalahnya adalah, marketplace Shopee semakin hari semakin tepu dengan jumlah seller dan dropship yang jual barang sama. 

Kesannya, berlaku persaingan yang sengit dan ramai seller dan dropship ambil keputusan buang harga untuk dapatkan pembeli dengan jalan cepat. 

Malangnya, aktiviti buang harga ini sebenarnya merugikan dropship dari dua segi. Pertama, anda akan penat menjual dan kedua, margin keuntungan terlalu kecil. 

Apa yang anda boleh buat adalah, cari platform buat duit online selain Shopee dengan syarat, platform itu mempunyai trafik pembeli dan tidak ramai seller atau dropship yang jual produk yang sama.

Apa Itu Dropship?

Mungkin ada di kalangan anda yang belum secara teknikal apa itu dropship. Dropship adalah aktiviti promote barang dan kumpul order pelanggan tanpa pegang stok. 

Dari segi praktikal, anda hanya perlu promote barang dan terima pembayaran dari pelanggan.

Kemudian, anda hantar detail pesanan dan bayar kos asal pada HQ atau bisnes yang anda buat dropship. 

Baki duit adalah untung anda buat bisnes dropship. Kelebihan dropship ini adalah, anda tidak perlu pegang stok dan urusan pengeposan produk diuruskan sepenuhnya oleh HQ atau bisnes itu. 

Benarkah Dropship Bisnes Online Tanpa Modal? 

bantal dag
Kredit : Das Abdul Global

Dropship adalah contoh terbaik bisnes dengan kos rendah yang boleh dimulakan oleh sesiapa bahkan pelajar sekolah. 

Dalam apa jua bisnes termasuk dropship, anda masih perlukan modal sekurang-kurangnya untuk infrastruktur seperti smartphone dan internet. 

Tiada seller dan dropship yang nak buat urusan jual beli menggunakan smartphone tahun 2010 dengan jaringan internet yang lembap. 

Selain itu, jika anda menjual di Shopee, anda perlu keluarkan kos ads untuk spesifik produk atau keyword supaya carian pelanggan akan pergi kepada produk katalog anda. 

Dan kalau anda promote di media sosial pula, anda perlu bayar kos online advertising seperti Facebook Ads, Instagram Ads atau TikTok Ads. 

Atau sekurang-kurangnya, upah influencer untuk promote barang anda bergantung kepada media sosial yang anda inginkan. Harga di Twitter berbeza dengan harga di Instagram. 

Dan terakhir, ada kos masa untuk anda layan pertanyaan dari pelanggan. Ada pelanggan yang perlu anda chat lebih dua jam sedangkan dia hanya beli 1 produk anda. Ada pelanggan yang anda hanya perlu chat kurang dari 10 minit dan mereka beli 10 produk anda. 

Dalam bisnes, tidak ada istilah bisnes tanpa modal. Apa yang ada adalah bisnes kos rendah dan bisnes kos tinggi sahaja.

4 Risiko Buat Bisnes Dropship 

Setiap bisnes ada risiko dan bisnes dropship tidak terlepas dari risiko-risiko yang boleh merugikan anda. Rujuk poin di bawah.

1. Refund Dari Pelanggan. 

Refund dari pelanggan terjadi apabila, seorang pelanggan telah berjaya membuat transaksi pembayaran pada anda, dan mereka ingin membatalkan pembelian tadi dan meminta semula wang mereka. 

Ada banyak faktor kenapa pelanggan minta refund dan alasan paling popular adalah :- 

  • Beli produk yang salah 
  • Produk sampai terlalu lambat 
  • Pengalaman membeli tidak best 
  • Seller atau HQ pos barang yang salah 
  • Produk itu rosak atau cacat sewaktu diterima 
  • Produk tidak sama seperti deskripsi & copywriting 

Kalau pelanggan beli satu produk sahaja mungkin anda tidak keberatan untuk beri refund, tetapi bayangkan kalau 10 orang pelanggan minta refund dalam tempoh sehari, ini akan merisikokan bisnes dropship anda. 

2. Margin Keuntungan. 

Dalam disiplin margin keuntungan, ramai orang terlalu fokus pada jumlah keuntungan sedangkan apa yang penting adalah peratus keuntungan. 

Dalam bisnes dropship, anda perlu pastikan untung anda cukup untuk menampung kos-kos yang anda keluarkan seperti marketing dan sebagainya. 

Kalau margin keuntungan satu produk adalah 10% sahaja dan nilainya di bawah RM10, anda akan lelah dan putus asa dalam menjual kelak. 

3. Proses Shipping.

Salah satu punca terbesar kenapa ramai pelanggan refund adalah kerana proses shipping barang mereka yang terlalu lama dan berlaku kerosakan atau kecacatan pada barang. 

Jadi, anda perlu gunakan syarikat kurier dan pengeposan yang kompeten untuk elak barang yang pelanggan beli lambat sampai atau rosak. 

Harga shipping yang terlalu mahal juga merupakan salah satu faktor kenapa pelanggan tidak berminat untuk beli barang anda. 

4. Kualiti Produk Dropship. 

Asas dalam menjual produk tidak kira secara dropship atau tidak, produk itu mestilah berkualiti tinggi dan berbaloi untuk dibeli oleh pelanggan. 

Produk yang bagus sewajarnya ada dua kriteria ini :- 

  1. Senang digunakan selepas barang sampai. 
  2. Menyelesaikan masalah yang dihadapi pembeli. 

Baca : 5 Barang Dropship Paling Laku Di Malaysia (Edisi 2022)

5 Lubuk Dropship Tanpa Modal Selain Shopee 

amazon

Seperti yang anda inginkan, di sini adalah senarai lima lubuk dropship yang anda boleh cuba untuk menjual di Malaysia dan antarabangsa. 

1. Facebook Marketplace 

Merupakan salah satu fungsi pada Facebook yang membolehkan pengguna Facebook mencari, beli dan jual apa sahaja produk. 

Anda boleh jual apa sahaja produk di sini tanpa dikenakan bayaran dan menjual berdasarkan lokasi atau mengikut carian keyword produk. 

Di Malaysia, Facebook Marketplace merupakan salah satu lubuk utama rakyat Malaysia mencari, membeli dan menjual pelbagai jenis produk seperti :- 

  • Buku 
  • Smartphone
  • Smart watch 
  • Tumbler Starbucks 
  • Barang memancing 
  • Unused set makeup 
  • Perabot/sofa/almari 
  • Meja laptop + drawer 
  • Bunga hiasan yang rare
  • Perabot IKEA (habis stok)

2. eBay 

eBay merupakan sebuah marketplace ecommerce dari Amerika Syarikat dengan fokus pada pencarian produk untuk pengguna dan perniagaan. 

Semenjak ditubuhkan pada tahun 1995, eBay telah menjadi platform #1 di benua Amerika untuk mencari produk yang rare dan tidak dijual di Malaysia. 

Anda boleh mendaftar sebagai penjual di eBay dan mula menjual secara antarabangsa menggunakan platform ini. 

Sila lihat gambar di bawah untuk tahu produk yang paling banyak dicari dan dibeli di platform eBay. 

kategori produk ebay amerika syarikat
Kredit : Webretailer

3. Amazon.

Amazon adalah sebuah syarikat teknologi antarabangsa yang menjadi platform ecommerce terbesar dunia selain menjadi pembekal utama kepada cloud computing, pengiklanan online, streaming dan artificial intelligence.

Apa yang menarik tentang Amazon adalah, platform ini digunakan lebih daripada 1 billion pengguna di seluruh dunia dan trend dropship di platform ini sangat dahsyat. 

Akan tetapi, Amazon mempunyai peraturan yang ketat terhadap penjual yang ingin menjual di platform ini. 

4. Etsy.

Etsy adalah platform ecommerce dari Amerika Syarikat yang fokus kepada produk berasaskan kraf tangan, vintage dan produk kraf tangan. 

Di dalam platform ini, majoriti pembeli mencari produk-produk seperti :- 

  • Pakaian 
  • Bag tangan
  • Barang kemas 
  • Peralatan kraf tangan 
  • Barang dekorasi rumah
  • Perabot berkualiti tinggi 

5. Lelong

Lelong adalah platform marketplace ecommerce tempatan yang terawal wujud dan menjadi lubuk untuk kebanyakan bisnes mencari produk secara online. 

Sungguhpun kurang popular di kalangan anak muda yang lebih gemarkan Shopee, Lelong digukana majoriti pengguna berumur 30 tahun ke atas. 

Platform Lelong banyak persamaan dengan Shopee tetapi tingkah laku pembelinya sedikit berbeza dengan Shopee. 

Kesimpulannya, anda sebagai dropship jangan sesekali buang harga dan akhirnya lelah dalam menjual seperti dropshipper lain di Shopee. 

Trend ini akan merosakkan pasaran dan pelanggan akan terbiasa untuk beli produk pada harga murah. Bahkan shipping pun kalau boleh pelanggan nak percuma! 

Buat bisnes dropship tanpa modal kedengaran mudah, sebaliknya anda pelru lengkapkan diri dengan ilmu menjual, marketing dan pengetahuan tentang produk sebelum usaha anda mampu memberi pulangan yang setimpal. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *