Home » Jualan » 5 Barang Dropship Paling Laku Di Malaysia (Edisi 2022)
barang dropship paling laku di malaysia

5 Barang Dropship Paling Laku Di Malaysia (Edisi 2022)

Rata-rata ramai orang nak buat bisnes tanpa modal dan nak buat sales banyak tapi tidak tahu barang dropship paling laku di Malaysia. 

Ramai juga yang sekadar ingin buat bisnes hanya untuk suka-suka dan tidak berniat untuk buat bisnes seara long-term. 

Semua orang dahagakan kejayaan dalam bisnes online mereka, tetapi tidak ramai yang benar-benar tahu ciri-ciri barang yang laku untuk dropship. 

Dengan mengetahui poin ini, anda boleh jual apa sahaja dan tidak akan terikut-ikut dengan trend semasa dan barang viral. 

Apa Itu Dropship? 

Dalam bahasa mudah, droship adalah satu aktiviti di mana seorang penjual online menjual produk tanpa perlu memegang stok. 

Stok dan penghantaran barang kepada pelanggan diuruskan sepenuhnya oleh bisnes atau HQ yang anda daftar sebagai dropship.

Dengan cara ini, anda tidak perlu keluarkan kos untuk beli minimum kuantiti produk seperti stokis dan ejen. Anda juga tidak perlu pos barang ke pelanggan! 

Sebelum itu, anda perlu faham bagaimana sistem dropship berfungsi. Rujuk poin di bawah untuk faham proses tersebut. 

Dropship promote barang > Pelanggan beli & bayar pada dropship > Dropship hantar detail pelanggan & amaun barang pada penjual (HQ) > Penjual (HQ) pos barang pada pelanggan. 

Baca : 8+ Barang Paling Laku Dijual Secara Online di Malaysia

Ciri-Ciri Barang Yang Laku Untuk Dropship 

Ini meruapakan ilmu terpenting dan asas dalam menjual secara online samada anda seorang dropship, ejen dan stokis. 

Dengan mengetahui keempat-empat ciri-ciri ini, anda boleh jual apa sahaja barang secara online. 

a. Produk Premium. 

sofa
Kredit : Shopify

Produk premium turut dikenali sebagai produk flagship pada sesetengah barang dan harganya lebih mahal berbanding produk dari jenama yang sama. 

Produk premium biasanya mempunyai lebih banyak faedah, fungsi dan cara penggunaan yang lebih kompleks. Contoh produk premium adalah :- 

  • Sofa Lorenzo vs Sofa IKEA 
  • Xiaomi 11T Ultra vs Redmi Note 11 vs 
  • Tayar Continential vs Tayar Hancook 

Kenapa jual produk premium? 

Kerana, produk premium sukar didapati di kedai-kedai dan pasaraya biasa dan pembeli secara psikologi sanggup membeli secara online dengan beberapa tawaran menarik seperti :- 

  1. Free Gift 
  2. Free Shipping

b. Ada Permintaan Yang Tinggi.

Jika produk itu tidak ada permintaan yang tinggi dalam pasaran, anda jangan membuang masa untuk menjual barang itu.

Cara untuk kenal pasti produk yang ada permintaan tinggi adalah dengan buat semakan di :- 

  • Media Sosial (TikTok & Instagram) – Lihat trend semasa
  • Shopee Marketplace – Lihat jumlah produk dibeli pelanggan
  • Google Keyword Planner – Jumlah carian produk setiap bulan

shopee marketplace

Produk yang bagus sebaiknya ada minima 2,000 carian di Google dan terbukti dibeli oleh pelanggan di Shopee marketplace. 

Baca : 5 Lubuk Dropship Tanpa Modal Anda Boleh Cuba Selain Shopee

c. Mudah Untuk Digunakan. 

payung serbaguna
Kredit : Beau Nuage

Jika produk yang anda jual sukar untuk digunakan dan perlukan tutorial, lebih baik anda tak payah jual barang itu. 

Seandainya proses pelanggan untuk belajar dan gunakan produk anda memerlukan masa yang lama, lebih lama masa mereka akan ambil untuk promote barang itu di media sosial. 

Masalah di marketplace seperti Shopee dan Lazada, ada banyak produk yang bagus tetapi sukar digunakan dan produk itu kurang praktikal. 

Contoh, lebih baik anda jual payung dengan logo Hello Kitty pada pelajar perempaun berbanding menjual payung dengan fungsi 4-1 yang memerlukan pengguna untuk cas sebelum boleh guna payung tersebut. 

d. Selesaikan Masalah Pembeli. 

lilin wangi
Kredit : IDN Times

Produk yang bagus wajib mempunyai satu fungsi yang benar-benar menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat.

Lebih besar masalah yang diselesaikan, lebih bagus produk itu dan sebaiknya anda jual produk itu berbanding produk lain. 

Contoh produk yang menyelesaikan masalah masyarakat adalah :- 

  • Pewangi kasut 
  • Lilin pewangi rumah 
  • Wayar pengecas telefon 
  • Ubat sakit kepala (migrain) 
  • Sikat rambut / pengering rambut

5 Barang Dropship Paling laku Di Malaysia 

Buat pengetahuan anda, ada lima jenis barang dropship paling laku di Malaysia yang anda boleh jual secara online dan jana ribuan ringgit. 

1. Produk Kesihatan. 

blackmores multivitamin
Kredit : Tokopedia

Kesedaran tentang kesihatan di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat tahun demi tahun. 

Majoriti rakyat Malaysia melihat, dengan bantuan ubat-ubatan tambahan dan vitamin mampu menjaga kesihatan mereka dan memanjangkan jangka hayat mereka. 

Untuk menjual, cari produk kesihatan yang disahkan oleh KKM, tiada bahan tambahan yang berisiko dan mempunyai fungsi besar dalam mengekalkan kesihatan tidak kira jantina, umur, bangsa dan geografi pengguna. 

2. Produk Kecantikan. 

clio makeup kill cover

Apa yang menarik tentang produk kecantikan adalah, terdapat tiga segmen berbeza yang tetap akan menggunakan produk kecantikan setiap hari. 

Jika anda lihat di pusat beli belah, kedai kosmetik dan marketplace, ada tiga jenis produk kecantikan untuk tiga segmen berbeza iaitu :- 

  • B40 – Laburkan anggaran RM50-RM100 untuk produk kecantikan 
  • M40 – Laburkan anggaran RM200-RM500 untuk produk kecantikan 
  • T20 – Laburkan anggaran RM500-RM1,000 untuk produk kecantikan

Hari ini, jual produk kecantikan tidak lagi terbatas pada golongan wanita sahaja. Golongan lelaki juga sudah mula ada kesedaran tentang rutin penjagaan kulit muka, rutin penjagaan rambut dan sebagainya. 

3. Produk Kelengkapan Rumah. 

corelle
Kredit : Layby

Dekorasi bilik dan rumah merupakan aktiviti terapi terbaik yang sering dilakukan majoriti rakyat Malaysia. 

Rakyat Malaysia suka membeli barang kelengkapan rumah untuk mencipta suasana yang lebih tenang, aman dan damai di bilik atau rumah mereka dengan membeli :- 

  • Sofa 2-1
  • Pasu bunga 
  • Meja makan 
  • Cermin besar 
  • Lampu hiasan 
  • Pokok bunga hiasan 
  • Set pinggan mangkuk 

Sebagai pemula, anda boleh cuba menjadi dropship produk-produk di atas dan jual menggunakan website ecommerce atau marketplace seperti Shopee, Lazada dan Facebook Marketplace. 

4. Barang Elektronik.

iphone 13 max pro malaysia 2022
Kredit : Makutin

Satu perkara yang unik tentang rakyat Malaysia adalah, 6 daripada 10 pembeli barang elektronik buat keputusan untuk membeli secara online berbanding membeli di kedai fizikal. 

Antara barang elektronik yang paling banyak dibeli di Malaysia menerusi marketplace Shopee adalah :- 

  • Seterika 
  • Peti sejuk 
  • Televisyen 
  • Mesin basuh 
  • Smartphone
  • Pembakar roti 
  • Skrin komputer 
  • Dapur elektronik 
  • Pemanas air serbaguna 
  • Jus & blender elektronik

5. Aksesori Gajet. 

gaming keyboard
Kredit : Amazon

Tahukah anda, 88% rakyat Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya satu smartphone di tangan mereka dan menggunakannya setiap hari? 

Trend membeli gajet secara tahunan semakin meningkat ekoran harga gajet hari ini dilihat semakin murah dan persaingan di antara pengeluar gajet sangat kompetitif. 

Ini merupakan alasan kenapa banyak pengguna gajet mencari pelbagai aksesori untuk gajet yang mereka gunakan setiap hari. 

Antara aksesori gajet yang banyak dibeli pengguna di Malaysia adalah :- 

  • Earphone 
  • Headphone 
  • Casing laptop 
  • Speaker komputer 
  • Mikrofon komputer
  • Casing tablet / iPad
  • Casing smartphone
  • Phone stand (adjustable) 
  • Cover papan kekunci komputer 

Rumusannya, nak berjaya dalam bisnes dropship, kena tahu terlebih dahulu barang dropship paling laku di Malaysia.

Beza di antara dropship yang berjaya dan kurang berjaya adalah pengetahuan tentang ciri-ciri barang laku untuk dropship dan bukan merujuk kepada brand trending atau barang viral semata-mata. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *