Dalam konteks contoh nama sesuai untuk perniagaan, ramai yang tidak tahu impak dan kepentingan nama bisnes pada perniagaan buat jangka masa panjang.
Nama perniagaan secara teknikal mencerminkan identiti perniagaan anda dan nama perniagaan yang baik boleh menjadi doa kepada perniagaan anda.
Artikel ini lengkap dengan info tentang ciri-ciri nama perniagaan, cara pilih nama perniagaan dan contoh nama perniagaan mengikut niche dengan gabungan beberapa komponen untuk menghasilkan nama perniagaan.
Gunakan ilmu dalam artikel ini untuk cipta nama perniagaan anda.
Kepentingan Pilih Nama Sesuai Untuk Perniagaan Online

Ada empat kepentingan kenapa anda perlu pilih nama yang sesuai untuk perniagaan online anda. Rujuk poin di bawah.
1. Bukti Kredibiliti Perniagaan
Apa jua perniagaan daripada perniagaan online sehingga ke syarikat awam berhad yang didagangkan di Bursa Malaysia perlu bijak mengambil kepercayaan pelanggan dan pelabur.
Nama perniagaan yang unik, menarik dan sesuai akan meningkatkan kredibiliti bisnes dan wibawa usahawan yang mentadbir perniagaan tersebut.
2. Tingkatkan Branding Perniagaan
Salah satu cara untuk meningkatkan branding perniagaan ke hadapan jauh meninggalkan pesaing adalah dengan memilih nama yang catchy, unik dan mudah diingati.
Sebagai contoh, Billplz sebuah payment gateway platform menggunakan nama yang tepat dengan nilai syarikat tersebut.
3. Capai Target Audiens Yang Sebenar
Faedah ketiga adalah, anda mampu capai target audiens yang sebenar dengan pemilihan nama bisnes yang unik, menarik dan sesuai.
Kita ambil contoh mudah Shopee. Sebuah marketplace tersohor di Malaysia dan digunakan lebih daripada 6 juta pengguna setiap bulan kerana tingkah laku audiens bisnes ini gemarkan aktiviti “shopping”.
4. Bezakan Perniagaan Dengan Pesaing
Salah satu teknik untuk dikenali di dalam pasaran dan membantu audiens membezakan anda dengan pesaing adalah menerusi nama perniagaan.
Nama perniagaan anda mesti jelas, mudah difahami dan mudah diingat seperti :-
- 99 Speedmart
- Mydin Mart
- Elewsmart
Berbanding dengan nama perniagaan seperti Kedai Runcit Aik SIng, Kedai Serbaneka Saraswathy & Keluarga.
Baca : 11 Cabaran Dalam Perniagaan Yang Dihadapi Semua Bisnes
3 Ciri-Ciri Nama Perniagaan Yang Baik

Untuk pilih nama perniagaan yang baik, anda perlu ikut tiga ciri-ciri di bawah sebelum membuat pilihan nama perniagaan.
1. Mudah Disebut & Diingati.
Logiknya, semakin mudah nama perniagaan anda disebut, semakin cepat nama perniagaan anda akan diingati.
Bila nama perniagaan anda sering diingati audiens, kemungkinan untuk mereka membeli di kedai fizikal anda lebih tinggi.
2. Ada Kaitan Dengan Produk / Servis.
Jika anda membuat servis cuci kereta, anda digalakkan untuk menggunakan istilah yang popular di kalangan pelanggan anda seperti :-
- Car spa
- Car wash
- Cuci Kereta
Hal ini kerana, secara automatik bakal pelanggan tahu yang anda tawarkan servis apa dan proses untuk close deal dengan mereka jadi lebih mudah dan cepat.
3. Tidak Digunakan Perniagaan Lain.
Kalau boleh elak guna nama perniagaan yang telah digunakan perniagaan lain kerana anda ada risiko disaman atas hak cipta terpelihara dan pelanggan berkemungkinan besar akan keliru dengan perniagaan anda.
Jadi, buat semakan secara online di portal SSM dan di Google untuk pastikan nama perniagaan yang anda inginkan belum digunakan oleh mana-mana perniagaan lain.
Cara Pilih Nama Perniagaan Yang Menarik
Ada beberapa cara dan teknik untuk pilih nama perniagaan. Sebagai pemula, anda boleh gunakan 5 contoh di bawah :-
- Nama pemilik – Nama anda / rakan kongsi
- Solusi perniagaan – Servis yang anda buat
- Nombor menarik – Nombor seperti 88, 99 atau 100
- Ayat premium – Kata penguat untuk tarik pelanggan
- Kombinasi nama – Nama anda + rakan kongsi / nama produk + perniagaan
30 Contoh Nama Sesuai Untuk Perniagaan Online

Di bawah, ada senarai 30 nama perniagaan yang anda boleh cuba untuk lima jenis niche yang berbeza iaitu kosmetik, servis, F&B, fesyen, gajet dan digital produk.
Penting untuk anda tahu yang pemilihan nama adalah subjektif. Hanya anda yang tahu nama yang anda pilih itu sesuai atau tidak.
Baca : 9+ Jenis Perniagaan & Contoh Perniagaan Yang Ada Di Malaysia
Kosmetik
- solusi + nama pemilik
- nama perniagaan + nombor
- solusi + nama produk/servis
- nama perniagaan + nama pemilik
- nama produk/servis + ayat premium
Servis
- solusi + nama pemilik
- nama perniagaan + nombor
- solusi + nama produk/servis
- nama perniagaan + nama pemilik
- nama produk/servis + ayat premium
Makanan & Minuman
- solusi + nama pemilik
- nama perniagaan + nombor
- solusi + nama produk/servis
- nama perniagaan + nama pemilik
- nama produk/servis + ayat premium
Fesyen
- solusi + nama pemilik
- nama perniagaan + nombor
- solusi + nama produk/servis
- nama perniagaan + nama pemilik
- nama produk/servis + ayat premium
Gajet & Aksesori
- solusi + nama pemilik
- nama perniagaan + nombor
- solusi + nama produk/servis
- nama perniagaan + nama pemilik
- nama produk/servis + ayat premium
Digital Produk
- solusi + nama pemilik
- nama perniagaan + nombor
- solusi + nama produk/servis
- nama perniagaan + nama pemilik
- nama produk/servis + ayat premium
Hasil dari artikel ini, jelas bahawa anda banyak contoh, teknik dan strategi untuk anda mula memilih nama sesuai untuk perniagaan online.
Sentiasa ingat, nama perniagaan yang bagus akan bawa impak positif kepada bisnes anda dari segi perspektif masyarakat dan jualan.
Cuba sekarang dan tulis contoh nama sesuai untuk perniagaan anda sekarang!
Leave a Comment