Home » Bisnes » Apa Itu Solopreneur? Ini Maksud & Contoh Beserta Idea Bisnes
solopreneur apa itu solorpeneur contoh solopreneur yezza 00

Apa Itu Solopreneur? Ini Maksud & Contoh Beserta Idea Bisnes

Istilah solopreneur dan apa itu solopreneur menjadi semakin popular di Malaysia semenjak wabak pandemik melanda negara.

Fakta menunjukkan 70% rakyat Malaysia dalam lingkungan B40 & M40 ada “side hustle” sendiri dan ini menjurus kepada ciri-ciri keusahawan. 

Solopreneur adalah individu yang ada minda seorang usahawan, tetapi terbatas kepada diri sendiri tidak seperti usahawan tulen yang membina legasi, pasukan dan pemimpin. 

Buat pengetahuan anda, ciri-ciri seorang solopreneur itu berbeza dengan usahawan dan juga berbeza dengan freelancer. Persoalannya adalah, apa itu solopreneur dan contoh solopreneur yang wujud di Malaysia? 

Jika anda ada persoalan tentang solopreneur, sila baca artikel ini sampai habis kerana anda akan didedahkan dengan :- 

  • 5 idea bisnes solopreneur
  • Contoh solopreneur di Malaysia 
  • 7 perbezaan solopreneur vs usahawan

Apa Itu Solopreneur?

wanita soloprenur
Kredit : Majalah Labur

Menurut Oxford Dictionary, Istilah solopreneur mula wujud pada era 1990-an dan maksud solopreneur adalah seorang individu yang membuka perniagaan dan menjalankan perniagaan seorang diri. 

Seorang solopreneur lazimnya tidak mempunyai staf atau pembantu dan mereka cenderung untuk menggunakan teknologi seperti aplikasi dan software bisnes untuk bantu proses operasi dan tugasan harian mereka. 

Akan tetapi, seorang solopreneur adalah seorang individu yang unik kerana mempunyai ciri-ciri dan cara fikir seorang usahawan.

Solopreneur juga sangat berorientasikan keuntungan dan disebabkan itu majoriti solopreneur adalah penjual barang online, content creator dan sebagainya. 

Adakah Solopreneur Itu Freelancer?

freelancer and solopreneur malaysia
Kredit : Adobe Stock

Konsep asas solopreneur dan freelancer seringkali disalah ertikan oleh masyarakat kerana kedua-dua jenis pekerjaan ini dilihat sama ekoran mereka bekerja seorang diri. 

Hakikatnya, solopreneur adalah tahap tinggi seorang freelancer dan solopreneur juga adalah ‘baka’ seorang usahawan dan mampu menjadi usahawan tulen. 

Berikut merupakan perbezaan di antara solopreneur dan freelancer. 

Perbezaan Solopreneur  Freelancer 
Agihan Kerja  Biasanya mengupah orang lain Buat sendiri 
Pengurusan  Upah agensi atau freelancer Buat sendiri pengurusan kerja
Perbelanjaan  Keluar kos untuk lajukan proses bisnes Tiada modal besar diperlukan
Fokus  Majukan perniagaan  Majukan skill menjadi profesional
Tindakan  Bertindak sebagai pemilik bisnes  Bertindak sebagai golongan profesional 

 

Contoh Solopreneur Di Malaysia

Setakat artikel ini ditulis, ada empat jenis contoh solopreneur yang popular di Malaysia dan membuat puluhan ribu ringgit setiap bulan.

a. Konsultan. 

Semakin besar sebuah perniagaan, semakin rumit dan kompleks masalah yang dihadapi. Ini menyebabkan, ramai golongan profesional buat keputusan menawarkan khidmat konsultan kepada syarikat SME, MNC dan GLC di Malaysia. 

Contoh solopreneur yang membuka bisnes konsultan adalah seperti :- 

  • Pelaburan 
  • Kesihatan 
  • Pendidikan 
  • Keibubapaan 
  • Nasihat agama 
  • Digital marketing 
  • Pengurusan kewangan 
  • Pengurusan sumber manusia 

b. Personal Shopper. 

Personal shopper adalah individu yang mengurus dan membuat pembelian untuk produk premium untuk pelanggan. Ada banyak jenis personal shopper di seluruh dunia dan khidmat personal shopper menjadi popular apabila sebuah brand melancarkan produk terbaharu. 

Contoh niche solopreneur yang menjadi personal shopper di Malaysia adalah :-

  • Perabot
  • Pakaian 
  • Gajet & aksesori 
  • Barang dapur & keperluan 

c. Peniaga Online Kecil-Kecilan. 

Ini merupakan contoh solopreneur yang paling popular di Malaysia. Setakat tahun 2021, terdapat lebih daripada 300,000 peniaga online di Malaysia yang menjual produk seperti :- 

  • Mainan 
  • Perabot 
  • Gajet & aksesori 
  • Produk kesihatan 
  • Produk kecantikan 
  • Makanan & minuman 
  • Barang keperluan rumah 

Ada solopreneur yang menjadi peniaga online dengan menjual di media sosial, marketplace dan website ecommerce mereka sendiri. 

d. Content Creator. 

Solopreneur yang bertindak menjadi content creator sebenarnya tidak terbatas kepada golongan Gen Z sahaja. Untuk info, ramai content creator adalah dalam lingkungan Gen Y yang lahir sepanjang tahun 1980 – 1994. 

Majoriti solopreneur yang menjadi content creator membuat duit dengan :- 

  • Referral/affiliate
  • Mengulas produk
  • Derma dari komuniti 

Baca : 15+ Lubuk Buat Bisnes Online Tanpa Modal Yang Menguntungkan

5 Idea Bisnes Solopreneur Yang Biasa Dibuat Orang Malaysia 

personal shopper ikea solopreneur malaysia
Kredit : Aitliyyah Blogspot

Jika anda berminat untuk menjadi seorang solopreneur, anda boleh cuba lima idea bisnes solopreneur di bawah. 

1. Ejen Produk Viral 

2. Jual Produk di Ecommerce 

3. Content Creator Media Sosial 

4. Personal Shopper di Media Sosial 

5. Jual Barang Preloved Item Yang Ada Nilai 

6. Bina Aplikasi/Software Yang Selesaikan Masalah 

Baca : 15+ Idea Bisnes Untuk Buat Duit Online Dari Rumah

7 Perbezaan Solopreneur Dan Usahawan 

Untuk info, ada tujuh kriteria yang membezakan seorang solopreneur dan usahawan. Rujuk info di bawah. 

1. Solopreneur Buat Bisnes Untuk Duit. 

Seorang solopreneur lazimnya fokus untuk mencetak lebih banyak wang hasil jualan produk atau servis.

Berbeza dengan usahawan, mereka fokus untuk mendapatkan market share yang lebih besar dalam pasaran sebelum fokus kepada keuntungan. 

2. Solopreneur Bekerja Untuk Diri Sendiri. 

Selain daripada diri sendiri dan kos teknologi seperti aplikasi dan software, solopreneur tiada komitmen membayar gaji pekerja.

Berbeza dengan usahawan, mereka ada komitmen untuk gaji bulanan dan kebajikan pekerja yang bekerja dengan syarikat mereka. 

3. Solopreneur Boleh Bekerja Di Mana Sahaja. 

Solopreneur kerap berpindah randah kerana mereka tidak perlu membuka premis perniagaan fizikal.

Mereka juga popular dengan cara kerja “work-from-anywhere” dan kerap berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain. 

4. Solopreneur Fous Pada Satu Bisnes Sahaja. 

Seorang usahawan tulen biasanya mempunyai lebih daripada satu perniagaan atau lebih daripada satu premis perniagaan.

Berbeza dengan solopreneur yang biasanya fokus pada satu jenis niche atau industri untuk buat duit. 

5. Pengurusan Kewangan Solopreneur Lebih Mudah. 

Seorang solopreneur hanya perlu membuka jenis perniagaan milikan tunggal sahaja.

Manakala, usahawan perniagaan sebaiknya membuka syarikat sendirian berhad. Kadar cukai korporat dan kos tahunannya lebih tinggi berbanding milikan tunggal. 

6. Solopreneur Tidak Menggajikan Staf & Urus Manusia.

Kebiasaannya, solopreneur akan mengupah freelancer untuk buat tugasan bisnes mereka dan tiada komitmen untuk bayaran gaji dan mengurus manusia. Solopreneur hanya perlu pastikan freelancer itu selesaikan kerja. 

Berbeza dengan usahawan yang perlu menggajikan staf dengan cara yang betul, menjaga kebajikan pekerja, melahirkan pemimpin dan mengurus manusia. 

7. Cara Fikir Solopreneur vs Usahawan.  

Sungguhpun seorang solopreneur ada ciri-ciri dan cara fikir seorang usahawan, mereka masih jauh dari cara fikir seorang usahawan tulen. 

Usahawan tulen mempunyai cara fikir untuk menggajikan lebih ramai pekerja, menyelesaikan lebih banyak masalah dan meningkatkan ekonomi dan martabat bangsa. 

Natijahnya, dapat kita rumuskan bahawa solopreneur adalah jalan keluar untuk financial freedom dan work-life-balance yang lebih baik. Hakikatnya, trend solopreneur di Malaysia akan terus meningkat dan siapa yang mula lebih awal akan menikmati hasilnya.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *