Home » Bisnes » 9+ Jenis Perniagaan & Contoh Perniagaan Yang Ada Di Malaysia
jenis perniagaan

9+ Jenis Perniagaan & Contoh Perniagaan Yang Ada Di Malaysia

Data dari portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan, terdapat 1,344,911 syarikat yang berdaftar di Malaysia setakat 31 Disember 2019. 4,887 daripadanya adalah syarikat milik negara asing. Seorang warganegara Malaysia boleh buka sehingga lima jenis perniagaan di Malaysia dan setiap jenis perniagaan mempunyai kriteria, fungsi, modal permulaan dan keperluan yang berbeza mengikut objektif perniagaan. 

Sebelum tahu apakah jenis perniagaan yang anda boleh buka di Malaysia, anda perlu faham bahawa segala urusan pensyarikat perniagaan di Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ssm jenis perniagaan
Kredit : The Outlook

Andai akta anda sebenarnya sudah pun menjalankan perniagaan dan ingin tahu jenis perniagaan yang sesuai beserta contoh terkini yang wujud, sila baca artikel ini sampai perenggan terakhir. 

 

Apa Itu Perniagaan?

usahawan malaysia jenis perniagaan
Kredit : Sinan Ismail

Definisi perniagaan adalah, sebuah organisasi atau entiti syarikat yang terlibat secara langsung dalam aktiviti komersial, perindustrian dan profesional.

Sebuah syarikat boleh jadi sebuah entiti beroritenasikan keuntungan dan bukan keuntungan. Jenis perniagaan itu luas bermula dari :-

  1. Milikan tunggal
  2. Perkongsian
  3. Koperasi
  4. Sendirian Berhad
  5. Syarikat Awam Berhad

Dalam bahasa mudah, perniagaan adalah aktiviti menjana wang dengan mencipta atau menjual produk dan perkhidmatan menerusi servis.

Apa-apa aktiviti yang dilakukan syarikat dengan objektif keuntungan adalah perniagaan. 

 

Kelebihan Dan Kekurangan Buat Perniagaan

Dalam perniagaan, ada tiga kelebihan dan tiga kekurangan yang semua orang perlu tahu sebelum membuat keputusan membuka sebuah entiti perniagaan. 

Kelebihan : Bina Legasi

Selain menceburkan diri dalam bidang politik, melibatkan diri secara langsung dalam perniagaan membolehkan seorang individu itu membuat banyak kebaikan dengan meningkatkan nilai komersial kawasan sekitar, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan menawarkan produk atau servis yang bagus. 

Kelebihan : Peluang Capai Pendapatan Maksimum 

Menurut cara fikir Robert Kiyosaki, hanya ada dua cara untuk keluar dari kepompong kemiskinan dan rutin kerja 9-5 iaitu melabur atau membuka perniagaan.

Dengan dua cara ini, seorang individu itu ada peluang dan potensi yang lebih tinggi untuk capai sebanyak mungkin pendapatan bergantung kepada tahap efisien, skill, produk dan pasaran. 

Kelebihan : Buka Peluang Pekerjaan Pada Masyarakat

Untuk sebuah perniagaan itu berkembang, seorang usahawan tidak boleh bekerja seorang diri.

Semakin besar impian seorang usahawan, semakin ramai pekerja yang dia perlu gajikan untuk lakukan tugasan rutin dalam perniagaan supaya usahawan boleh fokus pada aktiviti mendatangkan duit.

Dengan menggajikan lebih ramai pekerja, usahawan itu mampu menaikkan taraf hidup masyarakat. 

Baca : 5 Kemahiran Dalam Perniagaan Usahawan Seperti Anda Perlu Ada

Kekurangan : Bekerja Lebih Masa

Salah faham terbesar dalam masyarakat adalah, mereka beranggapan meninggalkan pekerjaan 9-5 dengan membuka perniagaan mampu memberikan mereka lebih masa.

Hakikatnya, kini mereka bekerja 24 jam 7 hari seminggu.

Usahawan akan berdepan kesukaran pada fasa 3 tahun pertama perniagaan melainkan mereka menggajikan pekerja yang betul secepat mungkin. 

Kekurangan : Beban Risiko Kewangan Yang Tinggi

Kajian dari Universiti Stanford mengatakan, 1 daripada 3 usahawan di dunia mengalami kemurungan dan depresi ekoran beban risiko kewangan.

Usahawan sentiasa risau akan jualan dan cash reserve perniagaan untuk membayar komitmen akhir seperti pinjaman kewangan, bayaran gaji dan sebagainya.

Ada perniagaan yang beroperasi melebihi 10 tahun juga gagal mendapatkan bantuan kewangan dan pinjaman kewangan kerana penyata kewangan syarikat tidak lengkap. 

Kekurangan : Perlukan Pekerja Berbakat Untuk Berkembang

Syarat untuk sebuah perniagaan itu berjaya adalah, usahawan yang memimpin syarikat itu mesti menggajikan pekerja yang lebih bijak dan mahir dari usahawan itu dalam bidang-bidang tertentu.

Dengan cara ini, barulah perniagaan itu mendapat manfaat dari ilmu dan pengalaman pekerja yang berbakat dan mempunyai potensi untuk berkembang dan menjadi rantaian perniagaan yang lain. 

Baca : 11 Cabaran Dalam Perniagaan Yang Dihadapi Semua Bisnes

 

Senarai Jenis Perniagaan Di Malaysia

1. Milikan Tunggal / Enterprise

jenis perniagaan milikan tunggal

Merupakan perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh seorang pemilik menggunakan nama peribadi atau nama perdagangan.

Lazimnya sesuai untuk perniagaan mikro (kecil-kecilan). Jenis perniagaan ini sangat sesuai untuk peniaga online, freelancer dan solopreneur. 

2. Perkongsian

jenis perniagaan perkongsian

Jenis perniagaan ini sama seperti milikan tunggal cuma sedikit berbeza di bahagian pemilikan perniagaan.

Untuk perniagaan jenis perkongsian, anda boleh memasukkan lebih daripada seorang pemilik dan jenis perniagaan ini sesuai untuk firma profesional yang tidak memerlukan dana dan modal permulaan yang besar.

Contoh perkongsian adalah, firma perakaunan, firma guaman, klinik dan sebagainya. 

3. Koperasi

jenis perniagaan koperasi

Objektif asal jenis perniagaan koperasi adalah untuk meningkatkan taraf ekonomi semua ahli yang berdaftar dalam koperasi menerusi pemberian dividen apabila koperasi mendapat keuntungan.

Syarat utama sebuah koperasi adalah, mesti mempunyai 50 orang ahli yang aktif dan semua ahli mempunyai hak untuk memilih Ahli Lembaga Pengarah dalam Mesyuarat Tahunan menerusi sistem undi. 

4. Sendirian Berhad

jenis perniagaan sendirian berhad

Sendirian Berhad adalah jenis perniagaan yang paling popular dan banyak ditubuhan.

Lazimnya ditubuhkan oleh beberapa orang individu dan individu tersebut mestilah boleh memiliki hartanah dan mengupah pekerja dan saham syarikat tidak boleh dijual kepada umum.

Jenis perniagaan ini sesuai untuk perniagaan kecil atau sederhana. Contohnya, perniagaan milik keluarga, kejuruteraan, pengilangan, servis, IT dan sebagainya. 

5. Syarikat Awam Berhad

jenis perniagaan berhad

Syarikat awam berhad adalah jenis perniagaan yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia dan ini bermaksud syarikat ini berstatus ‘public’ dan saham syarikat itu boleh dijual dan dibeli oleh orang awam.

Jumlah pemilik syarikat adalah serendah dua orang dan tiada had maksimum.

Modal syarikat lazimnya diperoleh menerusi penjualan syer saham kepada pasaran.

Contoh jenis perniagaan ini di Malaysia adalah :-

  • Petron Malaysia Berhad
  • 7-Eleven Malaysia Berhad
  • NESTLE (Malaysia) Berhad
  • Mr. D.I.Y Group (M) Berhad

 

Contoh Perniagaan Yang Ada Di Malaysia

1. Al Jufri Enterprise 

Merupakan sebuah syarikat milikan tunggal dengan kedai fizikal yang menjual pakaian Muslim di Johor Bahru, Johor.

2. Radzi & Co  

Merupakan firma Audit yang beroperasi di Kajang, Selangor dan menawarkan perkhidmatan audit, perakaunan, percukaian, penubuhan syarikat.

3. Koperasi Wawasan Malaysia Berhad

KOWAMAS merupakan koperasi yang fokus kepada perniagaan retail seperti kedai pajak gadai, kilang jahit, showroom dan pembinaan. 

4. Yezza Tech Sdn Bhd

Yezza merupakan sebuah syarikat tempatan yang membangunkan platform digital untuk menjual produk dan servis menggunakan aplikasi WhatsApp.

5. 7-ELEVEN MALAYSIA BERHAD

7-Eleven merupakan rangkaian kedai runcit terbesar di dunia yang menjual pelbagai barang keperluan, makanan, minuman dan ais.

Kesimpulannya, semua jenis perniagaan mempunyai fungsi, keperluan dan modal yang berbeza mengikut objektif usahawan itu. Apa yang penting, anda perlu daftarkan syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan komited membangunkan perniagaan yang akan meningkatkan taraf hidup masyarakat sosial. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *