Home » Bisnes » 5 Kemahiran Dalam Perniagaan Usahawan Seperti Anda Perlu Ada
kemahiran dalam perniagaan

5 Kemahiran Dalam Perniagaan Usahawan Seperti Anda Perlu Ada

Setiap pekerjaan dan tugasan di dunia ini ada disiplin dan kemahiran yang spesifik untuk menjadikan kerja dan tugas itu berjaya. Dalam konteks perniagaan, seorang usahawan yang membangunkan sebuah perniagaan perlu ada kemahiran dalam perniagaan supaya perniagaan itu mampu capai objektifnya iaitu mencapai keuntungan yang maksimum.

Bidang perniagaan merupakan salah satu bidang yang mencabar dan memerlukan seorang usahawan yang mampu mengawal emosi, berdisiplin dan ada skill kemandirian diri yang tinggi. 

Memang benar, bukan semua orang dilahirkan sebagai usahawan dan jumlah usahawan di dunia tidak ramai.

Akan tetapi, semua orang termasuk anda yang membaca tulisan ini perlu ada minda seperti seorang usahawan. Bakal usahawan seperti anda  perlu ada cara fikir yang betul untuk menjadi tunggak penting dalam menguruskan perniagaan.

Dari perniagaan kecil-kecilan seperti berniaga di Instagram dan Shopee, sehinga memiliki syarikat dengan ratusan staf.

Semua orang perlu bina cara fikir dan minda seorang usahawan. Sila baca artikel ini sampai habis untuk mengetahui minda seorang usahawan dan kemahiran dalam perniagaan yang betul untuk anda memimpin sebuah perniagaan. 

Apa Itu Perniagaan?

Maksud perniagaan adalah, sebuah aktiviti yang menjual produk atau menawarkan perkhidmatan melalui servis dengan objektif mencapai keuntungan semaksimum mungkin.

Perniagaan juga adalah sebuah institusi berorganisasi yang beroperasi dengan menggajikan pekerja mahir, separuh mahir dan tidak mahir untuk menyelesaikan masalah sosial dan mendapat wang sebagai tukaran. 

Apa Itu Usahawan?

Usahawan adalah individu yang bertanggungjawab memulakan, mendirikan dan membangunkan sebuah perniagaan dengan cara mengambil risiko kewangan dengan harapan mencapai keuntungan.

Usahawan juga adalah orang yang mengatur, mengurus dan mengukur risiko sebuah perniagaan dalam pasaran dan membawa solusi sebenar untuk menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi masyarakat dan sosial. 

Minda Seorang Usahawan Yang Membina Perniagaan

Seorang usahawan yang cemerlang, lazimnya mempunyai cara fikir dan minda yang berbeza dengan orang kebanyakan.

Cara fikir ini boleh jadi dibentuk dan dididik dari kecil atau boleh juga menerusi pembelajaran dan bacaan buku dari orang yang betul. Ini 4 contoh minda seorang usahawan. 

 

Idea Maze

idea maze kemahiran dalam perniagaan
Kredit : Medium

Idea Maze merupakan satu cara fikir untuk merancang sebanyak mungkin peluang dan ruang dalam sebuah perniagaan.

Contohnya, jika anda membangunkan sebuah gymnasium, dengan cara fikir Idea Maze ini anda akan berfikir untuk membuka :- 

  • Gymnasium untuk OKU
  • Gymnasium untuk muslimah 
  • Gymnasium untuk kanak-kanak 

Idea Maze diilhamkan oleh Balaji S. Srinivasan dan cara fikir ini membolehkan seorang usahawan merangka dan mencipta lebih banyak peluang mengikut trend semasa, pasaran di samping penggunaan teknologi digital.

Contoh perniagaan yang menggunakan cara fikir Idea Maze adalah Gojek.

Kerja Untuk Disiapkan (Jobs-to-be-done)

job to done mental model
Kredit : Medium

Cara fikir yang diilhamkan oleh Clayton Christensen ini membantu seorang usahawan untuk faham logik di sebalik kenapa seorang pelanggan membuat pilihan untuk menggunakan produk atau menggunakan perkhidmatan anda berbanding pesaing.

Dengan mengetahui logik ini, usahawan mampu membangunkan produk yang lebih baik untuk pasaran mengikut keperluan dan kesesuaian yang diinginkan pelanggan.

Cara fikir ini dinamakan ‘Jobs-to-be-done’ dan elemen dalam cara fikir ini adalah :- 

  • Bila – Situasi 
  • Apa Yang Diinginkan – Motivasi 
  • Saya Boleh – Hasil 

Seorang usahawan tulen tahu bahawa tugas mereka bukanlah sekadar mencipta produk atau menawarkan perkhidmatan yang akan digunakan pelanggan dan mendapat wang semata-mata.

Sebaliknya, mereka akan berinovasi sehingga produk itu mencapai satu tahap di mana masyarakat tidak boleh hidup tanpa produk itu. 

Contoh perniagaan yang menggunakan cara fikir Jobs-to-be-done adalah Apple. 

 

Proses MVP

minimum viable product
Kredit : The Business Model Analysis

MVP adalah akronim kepada Minimum Viable Product yang diilhamkan oleh Frank Robinson.

Cara fikir ini memerlukan seorang usahawan untuk menguji idea bisnes mereka untuk membuktikan produk atau servis itu benar-benar diperlukan dan ada tempat di dalam pasaran.

Proses MVP ini membantu usahawan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan produk / servis mereka.

Proses dalam MVP ini akan membantu usahawan untuk faham dua perkara besar ini :-

  1. Apakah risiko sebenar yang akan dihadapi usahawan dalam pasaran? 
  2. Apakah eksperimen kecil yang boleh dilakukan untuk uji produk/servis itu? 

Minimum viable product bukanlah produk atau servis akhir, sebaliknya prototaip dari produk atau servis sebenar dan digunakan hanya untuk menguji kebolehan dan kekuatan produk atau servis itu di dalam pasaran.

Jika MVP itu berjaya, maka barulah usahawan itu boleh menghasilkan produk sebenar atau menawarkan servis sebenar kerana telah terbukti di dalam pasaran.

Jika tiada permintaan atau produk tidak cukup bagus, usahawan ada masa dan ruang untuk inovasi. 

Contoh perniagaan yang menggunakan konsep MVP pada fasa awal adalah Amazon dan Dropbox.

 

Product Market Fit

product market fit
Kredit : Medium

Product Market Fit atau PMF yang diilhamkan oleh Andy Rachleff adalah satu proses dalam perniagaan, yang memberi signal kepada usahawan bahawa produk yang mereka jual pada pasaran telah berjaya memuaskan kehendak pengguna.

Mencapai PMF adalah sangat penting kerana majoriti perniagaan melingkup kerana mereka gagal mendapat tempat di dalam pasaran. 

Dalam cara fikir Product Market Fit, seorang usahawan akan dibentuk untuk sentiasa fokus kepada penghasilan produk yang tepat untuk audiens yang mereka inginkan.

Dengan produk yang tepat, pengguna tidak keberatan untuk menggunakan produk itu walaupun pada harga yang lebih mahal dan kadar penggunaan produk itu lazimnya lebih lama.

 

5 Kemahiran Dalam Perniagaan

Berikut merupakan senarai lima kemahiran dalam perniagaan yang usahawan perlu ada dalam membangunkan perniagaan dan memastikan perniagaan itu kekal relevan dalam pasaran. 

1. Memahami Ekonomi

Kemahiran dalam perniagaan yang paling utama seorang usahawan perlu ada adalah pemahaman tentang ekonomi dan perniagaan.

Dalam konteks ekonomi perniagaan, usahawan perlu memahami asas kewangan, pengurusan syarikat, pasaran, trend semasa yang memberi faedah pada perniagaan dan isu semasa yang memberi kesan langsung kepada bisnes. 

Dengan Ekonomi perniagaan, usahawan akan belajar untuk memahami secara holistik konsep dan elemen yang memainkan peranan dalam pasaran seperti :-

  • Produk
  • Permintaan
  • Penawaran
  • Pengedaran
  • Pemasaran
  • Penggunaan Produk

2. Membaca Manusia

Membaca manusia bermaksud, usahawan perlu kenal secara detail siapakah target audiens mereka yang sebenar yang akan mengeluarkan kos untuk membeli produk atau menggunakan perkhidmatan mereka. 

Banyak perniagaan gagal sebelum berjaya kerana mereka cuba untuk menjual pada semua orang sedangkan tiada produk atau servis yang boleh menyelesaikan semua masalah.

Setiap masalah ada spesifik solusi dan mengenali golongan manusia ini memerlukan skill, ilmu dan tenaga kerja. 

3. Pengurusan Perniagaan

Usahawan yang bijak, akan cepat-cepat mengupah pekerja untuk menguruskan kerja-kerja harian yang tidak penting.

Mereka akan fokus kepada kerja-kerja yang lebih penting seperti mencipta produk baru, mencari pelabur dan membuat keputusan yang meningkatkan keuntungan syarikat .

Dalam konteks pengurusan, usahawan perlu mengajikan pekerja untuk maju dalam perniagaan.

Tanpa pekerja, usahawan itu akan kekal sebagai solopreneur yang melakukan semua kerja dan tiada peluang untuk majukan perniagaan mereka. 

4. Komunikasi

Komunikasi merupakan kemahiran yang bukan sahaja penting dalam mencapai pelanggan yang tepat, bahkan penting dalam pengedaran maklumat dan informasi di antara staf dan pengurus mereka. 

Seorang usahawan perlu bijak berkomunikasi dalam setiap waktu dan jenis orang.

Usahawan perlu belajar membezakan cara komunikasi dengan pelanggan, staff dan pelabur.

Ketiga-tiga jenis orang ini memerlukan usahawan menggunakan intonansi yang berbeza dan penawaran solusi yang berbeza. 

5. Empati

Semakin bijak cara fikir dan tinggi tangga sosial seseorang itu, semakin kurang empati mereka terhadap orang lain yang berkemungkinan kurang bernasib baik atau belum mencapai kualiti hidup yang baik. 

Isu ini kerap terjadi pada usahawan yang telah mencapai satu tahap baharu dalam hidup mereka.

Kesannya, mereka kurang empati pada orang lain termasuk staf apatah lagi pada pelanggan mereka. 

Empati adalah satu kebolehan untuk faham dan berkongsi emosi yang dialami orang lain.

Orang yang mempunyai empati mampu membayangkan fikiran dan perasaan orang lain sebelum membuat sebarang tindakan yang akan memberi kesan pada orang lain kelak. 

Kesimpulannya, menjadi usahawan itu memang sukar tetapi tidak mustahil dengan syarat, anda tahu semua kemahiran dalam perniagaan di atas dan praktikkan pada perniagaan anda kelak. 

Usahawan sebenar, bukanlah orang yang paling kaya sebaliknya mereka adalah orang yang mencipta produk atau tawarkan servis yang menyelesaikan masalah sebenar dihadapi masyarakat.

Lebih besar masalah itu, lebih besar jumlah wang yang sanggup dibayar masyarakat untuk mendapatkan solusi tersebut.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *