Home » Bisnes » Rupanya Untung Dalam Perniagaan Penting Kerana 5 Sebab Ini
kepentingan keuntungan kepada perniagaan

Rupanya Untung Dalam Perniagaan Penting Kerana 5 Sebab Ini

Kejayaan dan prestasi sebuah perniagaan lazimnya disukat melalui keuntungan yang berjaya diperolehi dan dijana hasil daripada jualan produk atau penawaran perkhidmatan melalui servis. Secara logiknya, kepentingan keuntungan kepada perniagaan itu sangat signifikan dan berkait rapat dengan objektif asal bisnes.

Objektif asal bisnes adalah untuk mencapai keuntungan semaksimum mungkin dengan strategi penawaran solusi sebenar kepada masalah sebenar yang dihadapi masyarakat sosial. 

Seorang solopreneur/ usahawan harus faham dengan baik maksud keuntungan perniagaan dan kepentingan perniagaan supaya mereka mampu menggunakan sumber itu sebaik mungkin supaya perniagaan mereka kekal relevan.

Tanpa keuntungan dalam perniagaan, sebuah bisnes itu tidak layak digelar organisasi bisnes, sebaliknya lebih kepada organisasi yang cenderung menyelesaikan masalah sosial semata-mata.

Jika anda tertanya-tanya apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan, kami akan jelaskan dalam artikel ini secara detail dalam spektrum seorang usahawan, syarikat dan negara. 

Maksud Keuntungan Perniagaan Yang Sebenar 

kepentingan keuntungan kepada perniagaan
Kredit : Majalah Labur

Untuk memahami apakah maksud keuntungan dalam perniagaan, anda perlu tahu perbezaan di antara untung kasar dan untung bersih terlebih dahulu.

Kedua-dua jenis keuntungan ini mempunyai cara kira yang berbeza dalam pengurusan kewangan perniagaan. 

Baca : 3 Formula Sebenar Untuk Kira Untung Rugi & Bersih Bisnes Anda

Apa Itu Untung Kasar?

Untung kasar adalah perolehan untung atau duit jualan yang anda dapat selepas ditolak kos COGS (Cost of Good Sold) atau kos untuk menghasilkan produk atau servis yang anda jual.

Untung kasar merupakan indikator yang menunjukkan tahap efisien penggunaan tenaga pekerja dan bahan-bahan untuk menghasilkan produk.

Untung kasar adalah nombor penting yang anda perlu lihat untuk mengetahui kadar kebolehan untung bersih yang bisnes anda mampu capai dan kekuatan kewangan bisnes. 

Sekiranya COGS anda meningkat, maka untung kasar anda akan menurun dan mengecil yang akan memberi impak pada untung bersih anda kelak.

Disebabkan itulah, kadar COGS hendaklah berada pada nilai optimum supaya lebih untung anda boleh capai kelak. Cara kira untung kasar adalah :

Jualan – COGS = Untung Kasar

 

Apa Itu Untung Bersih?

Untung bersih adalah perolehan untung atau duit jualan selepas menolak perbelanjaan dari untung kasar.

Untung bersih yang tinggi merupakan indikator kepada kecekapan pengurusan syarikat dan pengawalan margin keuntungan mengikut produk atau servis.

Elemen dalam perbelanjaan ini termasuklah kos operasi seperti :- 

  • Gaji
  • Cukai
  • Bil utiliti
  • Bil elektrik
  • Infrastruktur
  • Lain-Lain kos

Untuk mendapat nilai untung bersih, anda perlu tahu untung kasar bisnes terlebih dahulu. Jika untung bersih anda negatif, maka ini dinamakan kerugian bersih. 

Untung bersih juga menjadi indikator penting dan parameter yang menjelaskan kekuatan dan kadar kesihatan kewangan bisnes anda.

Logiknya, jumlah yang anda belanjakan mestilah lebih rendah berbanding jumlah yang anda perolehi.

Dengan untung bersih yang tinggi, sebuah bisnes boleh membesarkan bisnes mereka atau membina rangkaian dengan membuka premis tambahan atau menggajikan lebih ramai pekerja berbakat.

Cara kira untung bersih adalah : 

Untung Kasar – Perbelanjaan : Untung Bersih 

 

5 Kepentingan Keuntungan Kepada Perniagaan

Dengan memahami kepentingan keuntungan kepada perniagaan, barulah seorang solopreneur atau usahawan akan menggunakan untung yang diperoleh untuk manfaat perniagaan dan bukan untuk membiayai gaya hidup mewah mereka yang kemudian digunakan untuk tatapan khalayak umum. 

1. Modal Untuk Urus Perniagaan

Semakin besar sebuah perniagaan, semakin besar modal yang diperlukan untuk mengurus perniagaan.

Ini termasuklah kos-kos yang akan melajukan proses perniagaan seperti :-

  • Kenaikan gaji
  • Cukai perniagaan
  • Lesen perniagaan
  • Bayaran bonus tahunan
  • Bayaran dividen tahunan
  • Pembelian mesin & infrastruktur

Usahawan yang bijak akan gunakan untung yang mereka ada untuk memajukan lagi perniagaan dengan cara melajukan proses operasi, mengupah pekerja berkemahiran untuk mengurus operasi perniagaan dan membeli pekerja yang berbakat.

2. Kemampuan Untuk Buat Pinjaman Perniagaan

Keuntungan yang diperolehi biasanya akan direkodkan dalam penyata kewangan dan penyata imbangan syarikat.

Dokumen-dokumen ini sangat diperlukan oleh institusi kewangan dan bank untuk melihat kadar kekuatan dan kesihatan kewangan sebuah perniagaan untuk memberi pinjaman kewangan. 

Ada sesetengah perniagaan memerlukan dana yang lebih besar untuk mereka maju dan berkembang.

Maka, jalan paling cepat dan mudah untuk solopreneur dan usahawan memajukan syarikat mereka adalah dengan membuat pinjaman. 

3. Gajikan Staf Yang Lebih Berbakat

Usahawan yang bijak akan menggajikan staf yang lebih bijak dari mereka untuk melakukan pekerjaan yang di luar kemampuan dan pengetahuan usahawan.

Sebagai contoh, seorang usahawan yang membuka syarikat agensi pelancongan wajib menggajikan website developer untuk membangunkan website syarikat yang membolehkan pelanggan membuat tempahan tiket dan pembayaran secara online. 

Salah satu kriteria untuk sebuah perniagaan itu maju adalah apabila usahawan itu mula menggajikan staf yang lebih bijak dari sudut ilmu dan pengalaman mereka. 

4. Bina Cash Reserve Perniagaan

Jika diulang kembali senario wabak pandemik yang melanda globa, kita akan ingat betapa banyak perniagaan yang gulung tikar seawal dua bulan pertama kerana tidak mempunyai cash reserve yang cukup untuk meneruskan perniagaan.

Cash reserve berfungsi sebagai pelindung kepada usahawan, staf dan syarikat sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti :- 

  • Masalah sosial
  • Bencana alam
  • Krisis ekonomi
  • Wabak penyakit
  • Perang serantau
  • Ketidakstabilan politik

5. Kembangkan Produk & Servis Baru

Untuk sebuah perniagaan menguasai pasaran, mereka perlu ada produk dan servis yang tepat untuk semua jenis pelanggan dengan masalah yang berbeza.

Usahawan yang bijak akan bereksperimen dan melihat potensi di pasaran terlebih dahulu sebelum menjual secara besar-besaran sebarang produk atau servis. 

Untuk bereksperimen dan melihat potensi pasaran, usahawan perlu mengeluarkan modal untuk menghasilkan prototaip dan membuat tinjauan di lapangan.

Proses ini memerlukan modal yang tidak sedikit dan ada risiko eksperimen itu gagal secara total. 

Jika eksperimen itu betul dan memang wujud permintaan terhadap produk atau servis itu dalam pasaran, maka usahawan boleh menggunakan peluang dan ruang itu untuk kembangkan produk & servis baru mereka dengan fokus mendapat lebih banyak keuntungan. 

Natijahnya, kepentingan keuntungan itu bukan sekadar memberi gaji yang lebih tinggi pada staf dan usahawan boleh mengambil dividen tahun yang besar. Sebaliknya, kepentingan keuntungan kepada perniagaan itu lebih dari itu dan boleh digunakan untuk membuka lebih banyak premis atau rangkaian perniagaan.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *