Home » Jualan » 1/3 Usahawan Tak Tahu Maksud & Cara Kira Margin Keuntungan
maksud margin keuntungan

1/3 Usahawan Tak Tahu Maksud & Cara Kira Margin Keuntungan

Masalah paling banyak dihadapi usahawan adalah sales banyak, tapi duit tak ada. Maksud margin keuntungan disalah tafsir menyebabkan duit bisnes banyak hilang. 

Ada juga usahawan yang telah berniaga sekian lama, tapi bisnes masih tidak maju. 

Rupa-rupanya, majoriti usahawan yang hadapi masalah ini sebenarnya tidak tahu cara kira margin untung dan formula kira harga jualan. 

Dua komponen asas ini merupakan dasar asas yang akan menentukan tahap kesihatan dan kekuatan syarikat anda. 

Dalam artikel ini, anda akan didedahkan dengan dua punca utama perniagaan gagal, kepentingan margin keuntungan dan cara kira margin keuntungan. 

Maksud Margin Dalam Perniagaan

Apa itu margin? Dalam dunia perniagaan, margin adalah perbezaan di antara harga produk dijual dan kos untuk menghasilkan produk itu. 

Dalam sudut kewangan, margin perniagaan adalah nisbah keuntungan dan hasil pada syarikat itu. 

Dalam satu sisi lain, margin keuntungan adalah ukuran tahap keuntungan perniagaan anda.

Margin keuntungan lazimnya dilihat menerusi peratus dan jumlah margin keuntungan mewakili pendapatan perniagaan selepas dibahagikan dengan jualan dan keuntungan. 

Punca Utama Perniagaan Gagal 

wanita stress perniagaan

Ada banyak punca dan sebab perniagaan gagal, tetapi dalam artikel ini, kita akan bincangkan dari sudut teknikal dan pengurusan kewangan perniagaan.

1. Salah Rekod Jual Beli Bisnes 

Kesilapan ini biasanya dilakukan solopreneur atau usahawan yang belum ada staf. Mereka rekodkan sendiri semua transaksi jual beli dalam bisnes termasuk duit keluar dan masuk. 

Selepas beberapa lama, baru mereka sedar apa yang mereka rekodkan itu salah.  Ada yang naikkan harga barang dan mereka sangkakan untung.

Hakikatnya, kos barang pun sebenarnya naik dan mereka tidak untung pun!

2. Perniagaan Tak Ada Cash Reserve 

Cash reserve adalah lebihan wang hasil keuntungan jual produk yang disimpan sebagai aset cair perniagaan. 

Cash reserve bukanlah duit yang boleh dikeluarkan oleh usahawan sesuka hati untuk menampung gaya hidup. 

Banyak bisnes yang sudah melebihi 5 tahun tempoh berniaga pun tidak mampu mewujudkan minima 6 bulan cash reserve. 

Cash reserve perniagaan penting untuk menghadapi hari-hari gelap dalam perniagaan seperti inflasi, wabak pandemik dan sebagainya. 

Apa Itu Cash Reserve?

Cash reserve adalah wang syarikat atau usahawan yang disimpan dalam satu akaun kecemasan.

Cash reserve mestilah dalam bentuk aset cair seperti wang ringgit dan digunakan untuk memajukan syarikat atau digunakan untuk kos operasi syarikat sewaktu pasaran dan ekonomi dalam fasa kurang stabil.

Kenapa Margin Keuntungan Penting Dalam Perniagaan? 

Jika jualan adalah nyawa perniagaan, maka margin keuntungan adalah talian hayat yang akan membolehkan perniagaan terus membuat jualan. 

a. Indikator Kemajuan Perniagaan. 

Logiknya, semakin tinggi untung perniagaan anda, semakin banyak peluang dan ruang untuk anda majukan perniagaan anda. 

Dengan lebih banyak keuntungan perniagaan, anda boleh pilih untuk :- 

  • Beli infrastruktur yang bagus 
  • Tambah staf untuk gandakan jualan
  • Hantar staf kursus untuk tambah skil
  • Beri bonus & dividen yang bermaruah

b. Modal Kos Operasi Perniagaan 

Lebih besar untung yang anda perolehi, lebih banyak eksperimen dan R&D yang anda boleh buat untuk majukan perniagaan anda. 

Kos operasi anda mungkin akan meningkat, tetapi anda ada fleksibiliti dan kebolehan untuk :- 

  • Cuba strategi marketing baru 
  • Cipta produk baru untuk pengguna 

c. Rancang Pelan Kewangan Jangka Panjang

Adalah menjadi impian setiap usahawan untuk memiliki sekurang-kurangnya satu perniagaan yang maju dan buat duit yang banyak. 

Impian ini bermula dengan margin keuntungan yang tinggi supaya, anda sebagai usahawan boleh rancang pelan kewangan jangka panjang. 

Disebabkan perniagaan bergantung kepada pasaran dan pengguna, maka anda perlu lincah membuat perubahan dan inovasi apabila perlu. 

Boleh jadi hari ini anda menjual pakaian wanita, lagi 10 tahun anda akan menjual set pakaian umrah wanita (lebih niche). 

Baca : Rupanya Untung Dalam Perniagaan Penting Kerana 5 Sebab Ini

Formula Pengiraan Harga Jualan 

Ada tiga formula anda boleh guna sebagai formula kira harga jualan. Lihat formula yang sesuai dengan perniagaan anda dan gunakannya. 

1. Markup 

maksud margin keuntungan perniagaan yezza 0

Tetapkan peratus markup yang anda inginkan pada produk yang anda jual. Contohnya, 30%. 

Kos produk : RM10 

Peratus Markup : 1/30% : 3.33

Kiraan : RM10 X 3.33 

Harga Jualan : RM33.30 

Nota : Ini bermaksud, minimum harga jualan 1 produk yang anda perlu jual adalah RM33.30 dan anda ada margin keuntungan RM23.30. 

2. Overhead 

maksud margin keuntungan perniagaan yezza 0

Caranya, masukkan kos produk dan kos overhead operasi harian.

Kos overhead adalah kos wajib seperti gaji dan bil. Cara dapatkan peratus overhead adalah dengan buat perbandingan di antara kos overhead dengan jualan bulan sebelum. Contoh overhead 25%. 

Kos Produk : RM10 

Kos Overhead : 25% 

Kiraan : 25% dari RM10

Harga Jualan : RM12.50 

Nota : Ini bermaksud, minimum harga jualan 1 produk anda perlu jual adalah RM12.50 tetapi amaun ini belum ada margin keuntungan. 

Cara Kira Margin Keuntungan Perniagaan 

maksud margin keuntungan perniagaan yezza 0

Cara kira untung perniagaan yang simple dan cepat adalah seperti di bawah :- 

Harga jualan – Kos produk : Untung. 

Harga jualan : RM100 

Kos produk : RM50 

Untung : RM50

Nota : Kiraan ini hanyalah untuk kira untung kasar sahaja belum ditolak dengan kos lain yang anda perlu bayar seperti gaji, marketing, bil dan lain-lain. 

Baca : 3 Formula Sebenar Untuk Kira Untung Rugi & Bersih Bisnes Anda

Natijahnya, dapat kita fahami bahawa bahasa bisnes adalah akaun dan usahawan perlu bijak mengurus duit bermula dari hari pertama bisnes. 

Maksud margin sebenarnya mudah tapi masih ramai solopreneur dan usahawan tak faham. Jangan buat silap yang sama sekali lagi.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *