Home » Jualan » 5 Contoh Ayat Soft Selling Anda Boleh Guna Dalam Copywriting
5 contoh ayat soft selling copywriting yezza 0

5 Contoh Ayat Soft Selling Anda Boleh Guna Dalam Copywriting

Hari ini, prospek di media sosial semakin pandai. Mereka tahu yang anda sedang menjual kerana ramai penjual tak ada skill dan contoh ayat soft selling yang betul dalam menjual. 

Penjual amatur lazimnya akan gunakan teknik hard selling dan beranggapan semua orang adalah potensi pelanggan mereka. 

Hakikatnya, cara menjual yang betul adalah dengan tidak menjual. 

Untuk info, cara menjual secara soft selling ini sebenarnya perlukan latihan berulang kali. 

Anda sebagai seorang penjual perlu tampil berbeza dengan penjual yang lain dengan cara mengeksploitasi emosi prospek. 

Menggunakan mesej emosi yang tepat dalam iklan dan jualan dengan contoh ayat soft selling yang betul akan bantu lajukan proses menjual anda. 

Apa Itu Soft Sell? 

5 contoh ayat soft selling copywriting yezza 0

Buat pengetahuan anda, soft sell adalah teknik di mana penjual atau pengiklan memberi mesej secara halus yang memotivasikan prospek untuk beli produk atau servis mereka. 

Dalam pengiklanan, soft sell adalah teknik pengiklanan yang halus, santai dan mesra. Teknik ini berbeza dengan teknik menjual secara hard sell. 

Dalam dunia ecommerce, contoh soft selling adalah apabila penjual menyedari pembeli tidak membeli barang yang sudah di ada dalam Shopping Cart dengan menghantar email atau SMS untuk bertanyakan masalah dihadapi prospek. 

contoh ayat soft selling copywriting

Dengan cara ini, prospek akan terpanggil untuk membeli semula produk yang sudah di Add-To-Cart tadi selepas mendapat nasihat dan jawapan dari penjual. 

Baca : 5 Teknik Proven Untuk Viralkan Produk Dengan Betul & Berkesan

Perbezaan Soft Sell & Hard Sell

Ada lima perbezaan di antara soft sell dan hard sell yang anda perlu tahu. Rujuk kolum di bawah. 

perbezaan soft sell dan hard sell

Soft Sell  Hard Sell 
Jual secara tak langsung Jual secara langung 
Tidak menekan prospek Beri tekanan pada prospek 
Guna elemen emosi dalam menjual  Guna elemen rasional dalam menjual 
Fokus pada hubungan jangka panjang dengan prospek Tidak bina hubungan jangka panjang dengan prospek 
Pasarkan produk yang tinggi permintaan, kurang penawaran  Jual produk yang kurang permintaan , tinggi penawaran

5 Jenis Emosi Dalam Soft Sell 

5 contoh ayat soft selling copywriting yezza 0

Dalam menjual secara soft sell, ada lima jenis emosi yang anda boleh guna untuk tarik prospek membeli produk anda. 

  • Serba Salah 
  • Marah 
  • Sedih
  • Gembira 
  • Inspirasi

1. Serba Salah.

Caranya dengan menggunakan pengalaman nostalgia silam yang berkait dengan prospek tadi untuk menimbulkan rasa bersalah jika mereka tidak membeli produk anda. 

2. Marah. 

Caranya dengan menggunakan data, statistik, trend terkini atau sentimen yang menimbulkan kemarahan prospek jika mereka berkeras untuk tidak membeli produk anda. 

3. Sedih.

Caranya dengan menggunakan elemen kecewa, pasrah dan duka yang mereka telah hadapi dan akan terus hadapi jika mereka tidak membeli produk anda.

4. Gembira. 

Buat prospek ingat kembali momen indah yang buat mereka gembira dan kegembiraan yang mereka bakal terima jika beli produk anda. 

5. Inspirasi.

Tunjuk perubahan hidup pada prospek dan sisi masyarakat yang telah berjaya dengan buat keputusan yang tepat membeli produk anda. 

Baca : Maksud, Kaedah & Contoh Promosi Yang Tepat Dalam Bisnes

5 Contoh Ayat Soft Selling Yang Berkesan

1. IKEA 

ikea ads
Kredit : More About Advertising

Iklan ini menunjukkan, IKEA mempromosikan bantal RUMSMALVA untuk audiens yang menghadapi masalah tidur dan mencari penawar melalui pil fokus dan minda. 

2. DUREX 

durex ads
Kredit : Reddit

Iklan ini menunjukkan, DUREX mempromosikan kondom pada harga $2.50 berbanding sebuah carseat bayi dengan tanda harga $217. 

3. FEBREZE 

febreze ads
Kredit : Pinterest

Iklan ini menunjukkan, produk semburan wangian ini mampu mengembalikan mood orang ramai dengan wangian harum. 

4. MCDONALD’S 

mcdonalds ads
Kredit : Ateriot

Iklan ini menunjukkan, McDonald’s beroperasi 24 jam sehari dengan mempromosikan burger di waktu malam. 

5. MERCEDES-BENZ 

mercedes benz ads
Kredit : CuCo Creative

Iklan ini menunjukkan, Mercedes-Benz mempromosikan fungsi lampu depan kereta keluaran mereka yang mampu menerangi jalan dan menembusi badan haiwan. 

Baca : 10+ Contoh Ayat Iklan Menarik & Berkesan Anda Boleh Tiruvasi

Kesimpulannya, dapat kita fahami yang seorang penjual perlu tarik emosi prospek untuk fikir sejenak tentang perubahan hidup yang berlaku bila mereka guna produk anda. 

Gunakan contoh ayat soft selling di atas dan mula menjual secara soft sell dengan betul.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *