Home » Pemasaran » 5 Teknik Proven Untuk Viralkan Produk Dengan Betul & Berkesan
produk viral cara marketing berkesan yezza 0

5 Teknik Proven Untuk Viralkan Produk Dengan Betul & Berkesan

Cara marketing berkesan yang sebenar adalah dengan menjual impian, harapan dan perubahan hidup pada pembeli. Produk viral sebenarnya boleh terjual dengan betul tanpa paksaan sekiranya anda tahu cara viralkan produk dan cara dapatkan customer dengan tepat. 

Jika anda ada produk baru yang hendak dipromosikan atau ada produk yang sudah lama tidak terjual, anda boleh guna salah satu dari teknik proven viralkan produk dalam artikel ini. 

Selesai baca artikel ini, jangan lupa untuk eksperimen pada produk anda supaya anda dapat jual produk viral itu dengan efektif. 

Asas untuk berjaya dalam menjual secara online adalah dengan fokus kepada frekuensi pembelian, nilai (RM) pembelian dan jumlah pembeli.

 

Apa Itu Produk Viral? 

Sebuah produk viral adalah apabila produk tersebut diiklankan secara agresif pada audiens yang tepat sehingga mencipta satu fenomena fear of missing out (FOMO) pada individu atau golongan yang belum membeli produk viral itu. 

Lazimnya, sebuah produk viral mempunyai lima ciri-ciri di bawah :- 

  1. Produk yang relevan untuk satu golongan 
  2. Fungsi yang kekal dan tidak berubah-ubah 
  3. Bawa manfaat yang besar pada masyarakat 
  4. Senang digunakan dan difahami masyarakat 
  5. Interaksi yang kuat di kalangan audiens pada produk 

 

Kenapa Sebuah Produk Boleh Viral? 

Menurut Ryan Holiday, terdapat sains, resepi dan disiplin kenapa sebuah naratif atau produk itu viral.

Dalam konteks produk, proses pelancaran dan promosi produk yang betul dan mencukupi akan menjadikan produk itu viral dan mendapat tempat pada masyarakat. 

Caranya adalah dengan menjentik emosi masyarakat dengan fungsi dan insentif yang mereka akan terima jika kongsikan produk itu pada rangkaian, database dan follower mereka. 

 

Adalah Produk Viral Menjamin Sales?

Tidak ada jawapan yang tepat untuk persoalan ini. Hal ini kerana, pasaran ditentukan oleh pembeli dan pembeli ditentukan oleh emosi, psikologi dan sentimen masyarakat. 

Produk viral boleh mendatangkan sales dalam masa singkat, tetapi produk itu secara asas perlu menyelesaikan masalah sebenar dan bagus dari segi fungsi untuk kekal relevan dalam pasaran. 

Semakin viral sebuah produk, semakin banyak persaingan dari pesaing yang mencipta produk yang sama atau lebih baik. 

 

Apa Beza Kitaran Viral Dan Viral Marketing? 

viral marketing kitaran viral
Kredit : Referral Rock

Kitaran viral adalah satu aktiviti mendapatkan pelanggan dengan medium affiliate atau referral. Manakala viral marketing adalah satu aktiviti mendapatkan brand awareness dan interaksi dengan medium konten. 

Kedua-duanya ada persamaan yang sama yaqni fokusnya adalah untuk menggalakkan perkongsian tentang sebuah naratif dan produk

Baca : Maksud, Kaedah & Contoh Promosi Yang Tepat Dalam Bisnes

5 Cara Viral Produk Dengan Betul & Berkesan 

Berikut merupakan teknik dan strategi proven untuk viralkan produk yang diguna pakai majoriti peniaga online, digital marketer dan brand lain.

1. Affiliate Marketing 

produk viral cara marketing berkesan

Affiliate marketing adalah satu proses di mana content creator, peniaga online atau brand mendapatkan komisen dengan mempromosikan produk atau servis dari sebuah brand atau bisnes. 

Setiap affiliate akan dibayar secara spesifik mengikut objektif brand atau bisnes itu seperti :- 

  • Leads 
  • Jualan 
  • Klik ke website 
  • Download untuk aplikasi 

Cara marketing berkesan untuk produk viral adalah dengan membuka program affiliate pada produk anda supaya lebih ramai content creator dan peniaga online promosikan produk anda pada follower mereka. 

2. Guna Khidmat Sosial Media Influencer 

sosial media influencer

Sosial media influencer adalah satu individu atau brand yang mempunyai aset digital dengan follower yang signifikan dari segi jumlah, interaksi dan niche.

Setiap sosial media mempunyai influencer dan anda perlu kenal pasti siapakah influencer yang betul untuk channel sosial media yang anda ingin tembusi. 

Cara marketing berkesan untuk produk viral adalah dengan membuat kolaborasi menerusi affiliate marketing atau berbayar dengan sosial media influencer yang tepat. 

3. Kempen Berunsur FOMO

fomo marketing

FOMO atau fear of missing out adalah satu istilah di mana individu atau satu golongan itu takut, risau dan gelisah sekiranya mereka tidak mendapatkan satu produk atau servis. 

FOMO merupakan salah satu teknik marketing dengan mengehadkan jumlah pembelian dan waktu untuk pembelian. 

Cara marketing berkesan untuk produk viral yang ketiga adalah dengan membuat satu kempen menjual produk terhad (limited edition) dalam satu tempoh masa yang pendek (2 hari).

4. Beri Sampel Percuma 

sampel percuma

Lumrah manusia sukakan sampel percuma lebih-lebih lagi jika produk atau servis itu bersifat premium.

Sampel percuma bantu prospek anda merasai pengalaman menggunakan produk atau servis anda sebelum mereka membuat pembelian. 

Cara marketing berkesan untuk produk viral keempat adalah dengan memberikan sampel percuma untuk produk dan free-trial untuk servis pada prospek yang bertuah menerusi satu kempen spesifik. 

5. Loyalty Program Pada Pelanggan 

loyalty program cara marketing berkesan

Loyalty program adalah strategi marketing yang dicipta untuk menggalakkan pelanggan anda untuk terus membeli produk atau menggunakan servis anda menerusi satu program. 

Loyalty program terbukti berkesan dan berjaya mengekalkan pelanggan untuk satu tempoh masa yang lama dan digunakan majoriti brand dan bisnes di seluruh dunia. 

Cara marketing berkesan untuk produk viral kelima adalah dengan mencipta satu loyalty program untuk semua pelanggan anda dan menjual produk kepada mereka terlebih dahulu dengan diskaun tambahan atau free gift sebelum dijual pada pasaran awam. 

 

2 Cara Dapatkan Customer Dengan Mudah 

Ada banyak cara untuk dapatkan customer dengan mudah tetapi dua cara ini merupakan cara paling cepat dan proven untuk anda gunakan. 

1. Jalankan Online Ads Di Media Sosial 

online ads cara marketing berkesan

Berbeza dengan content marketing yang memakan masa minimum 14 hari – 30 hari untuk menampakkan hasil, online advertising terbukti berkesan membantu anda dapatkan customer dengan mudah menerusi Instagram Ads dan TikTok Ads. 

Instagram Ads 

Instagram ads adalah satu aktiviti mengiklankan produk atau servis menerusi gambar dan video pada audiens yang tepat di Instagram. 

Anda boleh pilih untuk iklankan produk atau servis anda di Instagram menerusi :- 

  • Instagram feed
  • Instagram story 
  • Explore 
  • Lain-lain 

Kos marketing untuk Instagram ads yang paling baik adalah bermula dengan RM50 sehari. 

Baca : 10 Cara Proven Sebenar Naikkan Sales Di Instagram (Edisi 2022)

TikTok Ads 

TikTok Ads adalah satu platform yang membolehkan anda mengiklankan produk atau servis pada aplikasi TikTok dengan menyasarkan audiens yang tepat. 

Lazimnya, TikTok ads berjalan selama 5 saat – 60 saat dan setiap iklan adalah dalam bentuk :- 

  • Imej 
  • Video 
  • Copywriting 
  • Nama brand/aplikasi 

2. Kumpul Email List Customer 

email marketing cara marketing berkesan

Mendapatkan email customer adalah strategi marketing paling efektif untuk meningkatkan sales. Cara marketing berkesan untuk email marketing adalah dengan beri diskaun early bird dan FREE Shipping. 

Beri Diskaun Pada Early Bird 

Anda perlu cipta satu kempen dan galakkan prospek untuk beri sign-up supaya mereka dapat diskaun untuk pembeli terawal (early bird).

Dengan cara ini, anda sebenarnya sedang menyelam sambil minum air kerana berjaya dapatkan :- 

  • Database customer 
  • Prospek untuk beli produk 

FREE Shipping Pada Pelanggan Terawal 

Majoriti rakyat Malaysia sukakan FREE Shipping dan perkara ini terbukti saat marketplace Shopee dan Lazada menawarkan FREE Shipping pada setiap kempen 9/9 mereka. 

Anda perlu umumkan pada follower dan audiens di media sosial dan database anda untuk jadi pelanggan terawal untuk menikmati FREE Shipping tersebut. 

Caranya adalah dengan membuat kempen selama 7 hari – 14 hari di semua platform dan menawarkan FREE Shipping pada pelanggan yang membeli pada satu tarikh spesifik. 

 

Natijahnya, cara marketing berkesan untuk produk viral dan cara dapatkan customer dengan mudah memerlukan teknik, strategi dan persiapan yang rapi dari awal. Dengan offer yang betul, produk viral anda boleh terjual dengan lebih efektif berbanding pesaing anda.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *