Home » Bisnes » 7 Teknik & Strategi Jadi Pemimpin Berkualiti Dalam Bisnes
kepimpinan nadhir ashafiq

7 Teknik & Strategi Jadi Pemimpin Berkualiti Dalam Bisnes

Faktor kejayaan sebuah bisnes sangat berkait rapat dengan usahawan itu sendiri. Bakat kepemimpinan dalam diri seorang usahawan biasanya lahir secara semulajadi dan mereka sememangnya dilahirkan menjadi pemimpin. 

Tetapi, menjadi pemimpin sebuah bisnes sebenarnya tidak mudah seperti yang anda lihat di media sosial. Apatah lagi dengan jumlah pekerja yang ramai, setiap tindakan diambil usahawan akan diperhatikan dan sentiasa dipersoal golongan pekerja. 

Tahukah anda, peranan pemimpin bukan sekadar memimpin satu golongan manusia, sebaliknya melahirkan lebih ramai pemimpin. 

Menjadi pemimpin bisnes memerlukan seorang usahawan itu mempunyai semua skill menjadi pemimpin dan kualiti sebagai seorang manusia secara moral. 

Artikel ini akan membincangkan secara detail peranan pemimpin dalam bisnes dan ciri-ciri pemimpin yang baik dalam bisnes.

Maksud Kepimpinan Yang Sebenar 

Dalam bahasa mudah, maksud kepimpinan adalah kebolehan seorang individu atau satu golongan manusia untuk mempengaruhi dan memimpin pengikut atau golongan dalam satu organisasi untuk capai visi dan misi yang ditetapkan. 

Kepimpinan secara praktikal adalah skill yang boleh diperoleh mana-mana individu dengan latihan dan kebolehan untuk memimpin dan membuat keputusan yang sukar pada saat getir. 

Definisi Kepimpinan 

Dalam perniagaan, definisi kepimpinan adalah kebolehan pengurusan untuk menetapkan dan mencapai cabaran, membuat tindakan sukar yang akan mengatasi prestasi pesaing dan menjadi sumber inspirasi pada individu dan golongan lain.

Peranan Pemimpin Dalam Bisnes 

kepimpinan

Terdapat tiga peranan utama seorang pemimpin dalam bisnes. Sila rujuk poin di bawah.

1. Pastikan Pekerja Bermotivasi. 

Seorang pemimpin bisnes yang baik tidak akan memaksa kuda untuk berenang di lautan dan memaksa seekor ikan untuk memanjat gunung. 

Pemimpin bisnes tahu kemampuan dan kekurangan pekerja mereka dan secara logik akan menempatkan pekerja di posisi yang betul dan menyediakan infrastruktur, layanan yang sama rata, faedah dan gaji yang setimpal. 

Dengan cara ini, pekerja akan kekal termotivasi untuk terus bekerja kerana keperluan dan kehendak mereka sebagai seorang pekerja dilayan dengan baik.

2. Lahirkan Lebih Ramai Pemimpin.

Pemimpin perlu mencipta lebih ramai pemimpin di masa depan secepat mungkin kerana dengan cara ini, barulah bisnes boleh berkembang lebih maju dan pekerja yang lebih senior mampu dinaikkan pangkat untuk mengurus manusia pula. 

Pemimpin bisnes lazimnya mampu mengesan bakat dan potensi pekerja mereka yang layak untuk menjadi pemimpin.

Dengan latihan dan tunjuk ajar, pekerja terpilih mampu menjadi pemimpin bukan sahaja di dalam syarikat bahkan di luar syarikat.

3. Tetapkan Matlamat & Objektif Bisnes. 

Pemimpin bisnes adalah orang yang bertanggungjawab menetapkan matlamat & objektif bisnes. Ini termasuk visi, misi, segmen, pasaran dan produk yang tepat untuk bisnes. 

Pemimpin bisnes mesti membuat kerja yang mendatangkan duit pada bisnes dan pekerja pula akan menjalankan kerja-kerja rutin. 

Baca : 9+ Nasihat Cara Mula Berniaga Dari Otai Bisnes

Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik Dalam Bisnes. 

kepimpinan

Buat pengetahuan anda, agak sukar untuk mencari pemimpin yang baik dalam bisnes. Sudahlah jumlah pemimpin bisnes itu tidak ramai, jumlahnya dikecilkan lagi dengan tapisan untuk mencari pemimpin yang terbaik. 

4. Empati Dengan Pekerja & Pelanggan 

Tidak ramai pemimpin atau majikan yang mempunyai empati yang tinggi terhadap pekerja dan pelanggan mereka.

Dalam mental model ‘Design Thinking‘ telah diajar secara jelas yang usahawan perlu melakukan dua aktiviti ini sebelum menjual apa-apa produk dan servis. 

  • Customer journey 
  • Customer empathy map 

Dengan empati, pemimpin itu tahu kesusahan dalam rutin harian dan keresahan yang dihadapi golongan pekerja. Selain itu, penting untuk usahawan tahu secara detail masalah sebenar yang dihadapi prospek. 

Dengan cara ini, usahawan itu tidak mencipta produk yang salah dan memaksa pasaran dan pembeli untuk beli produk yang dijual. 

5. Kenal Kekuatan & Kelemahan Pekerja.

Jika anda ada 100,000 orang pekerja di syarikat anda, akan ada 100,000 karakter yang berbeza dalam syarikat anda. 

Setiap manusia mempunyai potensi, kekuatan dan kelemahan yang tersendiri hasil dari :- 

  • Psikografi 
  • Demografi 
  • Sejarah hidup
  • Tahap pendidikan
  • Pengalaman hidup

6. Demokrasi Dalam Kepimpinan 

Pemimpin perlu mengamalkan konsep musyawarah atau rundingan dengan cara memberi peluang dan ruang untuk setiap orang dalam bisnes menyuarakan pendapat dan hasrat mereka. 

Dengan cara ini, setiap individu dalam bisnes atau organisasi akan rasa lebih dihargai. Dalam sisi lain, usahawan pelru jelaskan secara holistik kenapa satu tindakan diambil, apa implikasi yang akan terjadi dan sebagainya. 

Bersifat jujur dan memberi info yang benar akan membuatkan golongan pekerja lebih hormat pada pemimpin mereka. 

7. Bertanggungjawab Atas Kesilapan & Pencapaian 

Ramai usahawan yang merasa bertanggungjawab atas pencapaian tetapi tidak mahu bertanggungjawab atas kesilapan yang mereka lakukan. 

Dalam konsep kepimpinan, usahawan perlu sedar akan kesilapan yang dilakukan dan memohon maaf secara terbuka atas kesilapan yang berlaku. 

Mustahil seorang usahawan tidak melakukan kesilapan kerana usahawan adalah manusia. 

Dan setiap pencapaian dalam bisnes, perlu diraikan secara adil dan tidak bersifat berat sebelah sahaja. Ramai pekerja berbakat meninggalkan sebuah syarikat kerana merasa tidak dihargai. 

Maksud Tanggungjawab Dalam Kepimpinan 

kepimpinan

Salah satu komponen yang penting dalam nilai kepimpinan adalah sifat bertanggungjawab yang tinggi. Usahawan perlu merasa bertanggungjawab dalam setiap aspek dan spektrum bisnes seperti :- 

  • Pengurusan kewangan syarikat 
  • Menaik taraf skill pekerja yang berbakat 
  • Bertanggungjawab atas hala tuju bisnes yang ditetapkan 

Baca : 11 Cabaran Dalam Perniagaan Yang Dihadapi Semua Bisnes

Skill bertanggungjawab memerlukan seorang usahawan duduk dalam operasi harian syarikat, menilai prestasi syarikat, menilai kepimpinan pada dirinya sebelum membuat sebarang keputusan bisnes.

Kesimpulannya, kepimpinan adalah satu skill yang boleh diasah oleh mana-mana individu yang secara semula jadi berkebolehan menjadi seorang pemimpin. Ciri-ciri pemimpin yang baik memerlukan pengalaman dan masa sebelum mampu menjadi panutan dan idola yang tepat dalam bisnes.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *