Home » Media Sosial » 6 Langkah Cara Lengkap Buat Facebook Page Siap 10 Minit
cara buat page fb malaysia yezza 0

6 Langkah Cara Lengkap Buat Facebook Page Siap 10 Minit

Ada banyak kelebihan buat Facebook Page bukan sahaja untuk brand dan bisnes yang ingin capai lebih ramai follower, tetapi juga untuk golongan content creator di Facebook. Malangnya, tak semua orang tahu cara buat page FB yang betul. 

Tahukah anda, terdapat pengguna Facebook yang menawarkan khidmat buat page FB dengan bayaran RM50 sedangkan Facebook tidak pernah mengenakan bayaran untuk buat page FB.

Buat pengetahuan anda, ada 7 langkah cara buat Facebook Page semudah 10 minit sahaja dan anda tidak dikenakan sebarang bayaran untuk buat page FB. 

Teruskan membaca artikel ini dan mula buat Facebook Page selepas selesai mengikut langkah-langkah dalam artikel ini. 

 

Apa Itu Facebook Business Page?

Dalam bahasa mudah, Facebook Business Page adalah satu profil umum yang dikhususkan untuk organisasi komersial. 

Seperti akaun Facebook peribadi anda, Facebook Business Page membolehkan anda berhubung dengan lebih ramai orang.

Majoriti brand dan bisnes menggunakan Facebook Page untuk promosikan produk dan servis mereka menerusi link, status, gambar, video dan Facebook Live.

Brand dan bisnes berhubung dengan pengguna mereka menerusi Facebook Page dengan menggalakkan interaksi dan komunikasi dengan cara 

  • Like pada posting 
  • Komen pada posting
  • Share posting mereka 

Kelebihan Buat Facebook Business Page

Ada 3 kelebihan jika anda buat Facebook Business Page dan ini akan bantu brand anda capai lebih ramai audiens yang tepat dengan cara yang betul.

1. Dekat Dengan Komuniti 

Facebook mempunyai lebih daripada 2 billion pengguna di seluruh dunia dan 88% rakyat Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya 1 akaun Facebook. 

Di Facebook, terdapat lebih daripada 300,000 Facebook Group yang mengandungi pelbagai golongan dan komuniti. Dengan mencipta Facebook Page, anda boleh capai golongan yang tepat dengan brand anda dengan lebih cepat. 

2. Tingkatkan Brand & Bisnes Anda 

Dalam dunia digital marketing, sebuah brand dan bisnes yang berhasrat untuk menjual dan memasarkan brand mereka secara online wajib membuat Facebook Page. 

Setiap brand dan bisnes perlukan Facebook Page untuk meningkatkan kredibiliti dan pengesahan tentang brand dan bisnes mereka. 

3. Capai Lebih Ramai Audiens Sebenar 

Cara untuk capai lebih ramai audiens sebenar di Facebook adalah dengan membuat iklan di Facebook. Untuk buat Facebook Ads, anda perlukan Facebook Business Page. 

Facebook Page adalah kunci #1 untuk buat iklan di Facebook dengan objektif capai lebih ramai audiens sebenar yang berpotensi menjadi follower dan pembeli produk anda. 

Baca : 11 Cabaran Dalam Perniagaan Yang Dihadapi Semua Bisnes

7 Langkah Cara Buat Facebook Page

Ikut semua langkah-langkah di bawah satu persatu untuk buat Facebook Page anda.

1. Pergi ke facebook.com/pages/create 

page fb facebook page

Klik pada URL link ini samada menggunakan browser di smartphone atau komputer anda. 

2. Pilih Kategori Facebook Page 

Kemudian, pilih jenis Facebook Page yang anda ingin cipta. Ini penting supaya Facebook tahu detail, niche dan jenis brand atau bisnes anda.

3. Isi Maklumat Untuk Facebook Page 

fb page facebook page

Sila isi maklumat penting untuk Facebook anda seperti nama FB Page, nombor telefon, link website, alamat dan lain-lain.

4. Muat Naik Gambar Profil & Muka Depan 

upload profile picture fb page

Sila upload gambar profil FB Page anda dengan gambar yang berkaitan seperti logo brand atau bisnes anda. Untuk gambar muka depan, anda boleh upload imej mengandungi tagline, promosi dan produk.

5. Ajak Kawan Like Facebook Page 

invite friends to fb page

Ajak semua kawan di Facebook anda untuk sama-sama Like Facebook Page baru anda supaya lebih ramai audiens di Facebook tahu tentang FB Page brand dan bisnes anda.

6. Buat Post Pertama Di Facebook Page 

Sekarang, tiba masa untuk anda buat posting pertama dengan menghantar satu mesej yang spesifik kepada follower yang follow Facebook Page brand atau bisnes anda di Facebook. Anda boleh buat satu posting dalam bentuk :-

  • Teks
  • Video
  • Gambar

Punca Akaun FB Kena Restricted

fb kena banned fb kena restricted

Buat pengetahuan anda, Facebook merupakan sebuah sistem sosial media berasaskan sistem artificial intelligence (AI). Malangnya, sistem AI Facebook tidak begitu stabil dalam beberapa situasi dan keadaan menyebabkan banyak akaun Facebook Page kena banned atau restricted. 

Ini merupakan kompilasi kenapa akaun FB kena banned dan restricted hasil pengalaman pengguna Facebook lain. 

  • Melanggar polisi pengiklanan Facebook Ads 
  • Tingkah laku dan tindakan tidak sah pada Facebook 
  • Rangkaian atau pertubuhan yang mencurigakan pada Facebook
  • Mengiklankan produk Meta seperti Facebook, Instagram, WhatsApp, Oculus dan lain-lain secara langsung dan tidak langsung 
  • Mengiklankan produk/ servis yang dilarang seperti produk kesihatan, mainan seks, ubat-ubatan dan instrumen kewangan/pelabruan

Kesimpulannya, cara buat page FB sangat mudah dan anda boleh cipta Facebook Page mengikut panduan yang diterangkan di atas. Setiap brand dan bisnes perlu ada Facebook Page untuk capai audiens yang tepat untuk kembangkan brand dan tingkatkan jualan bisnes secara online.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *