Home » Kajian Kes » 8 Cara Capai RM100,000 Pertama Dengan Bisnes Makanan Viral
bisnes makanan viral

8 Cara Capai RM100,000 Pertama Dengan Bisnes Makanan Viral

Objektif utama artikel ini adalah untuk menunjukkan kepada anda bahawa buat duit secara online itu adalah nyata dan benar dengan komponen produk yang betul, software yang tepat dan cara fikir yang ideal untuk buat bisnes makanan viral yang benar-benar menguntungkan dan bukan bermusim.

Masalah majoriti peniaga online dalam industri makanan adalah, mereka tidak mempunyai formula, teknik dan strategi yang betul untuk capai RM100,000 pertama.

Sungguhpun bisnes anda menggunakan website ecommerce, belum tentu anda tahu semua fungsi yang ada dan menggunakan semua fungsi itu untuk naikkan jualan bisnes anda.

Infra yang betul, akan membuatkan bisnes anda meluncur laju kerana proses bisnes itu menjadi licin dan laju.

Jika anda ada buat bisnes makanan viral, gunakan infrastruktur (software) dan ubah cara fikir anda supaya anda mampu capai RM100,000 yang pertama hanya dengan menjual makanan!

Baca : Panduan Lengkap Cara Jual Makanan Secara Online

“Cara Fikir Betul + Software Bisnes + Produk Bagus = RM100,000 Pertama” 

Kesemua teknik dan strategi untuk capai RM100,000 pertama dengan bisnes makanan viral ini adalah dari kajian kes sebenar dari DurianX KL, sebuah bisnes yang menjual durian secara online. Anda boleh lihat dashboard Yezza DurianX KL di bawah untuk melihat jumlah sales mereka. 

dashbaord jualan durianx

 

Gerak Kerja Capai RM100,000 Dengan Bisnes Makanan Viral

Untuk capai RM100,000 pertama dengan bisnes makanan viral, anda perlu tahu kesemua lapan komponen dan elemen.

Satu hakikat dalam menjual yang anda perlu tahu adalah, cara menjual yang betul sebenarnya adalah dengan tidak menjual.

Ini bermakna, anda sebagai peniaga online bukan sekadar menjual produk, tetapi menjual solusi kepada masalah dan menjual impian dan harapan yang diinginkan pelanggan anda. 

1. Produk Yang Dijual Kena Bagus

durian musang king durianx

Indikator yang menentukan sebuah produk itu bagus atau tidak sebenarnya adalah jumlah margin untuk jualan setiap produk.

Margin yang bagus adalah sekurang-kurangnya RM30 untuk produk yang dijual secara online. Lebih besar lebih bagus, tetapi tidak boleh rendah daripada RM30.

Produk yang dijual pula mestilah produk yang sangat niche dan sukar untuk dibeli atau didapati di pasaraya, kedai runcit dan sebagainya.

Memandangkan produk tersebut sukar dicari, maka sebaiknya anda jual produk ‘flagship’ atau produk yang paling mahal dan paling berkualiti tinggi di antara produk-produk lain. 

Alasannya, supaya produk yang anda jual itu sebenarnya memang benar-benar menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi audiens dan margin yang lebih besar membolehkan anda keluarkan kos iklan yang lebih besar.

Untuk kenal apa yang diinginkan dalam pasaran, anda perlu buat :-

  1. Market research
  2. Competitor research

Baca : 3 Teknik Beserta Contoh Buat Sasaran Pelanggan Perniagaan Yang Lengkap

Fokusnya adalah untuk lihat produk, pengalaman pelanggan dan USP yang dibawa oleh pesaing anda. 

Akan tetapi, teknik ini tidak sesuai digunakan semua jenis produk dan hanya bisnes makanan tertentu sahaja yang sesuai.

Contohnya, makanan laut dan durian. DurianX hanya menjual durian jenis flagship yang sukar didapati di tempat lain seperti Musang King dan Udang Merah.

2. Cara Fikir Menjual Yang Betul

azizi adil usahawan malaysia

Cara fikir seorang usahawan yang betul adalah, mereka tidak risau untuk laburkan atau bakar duit untuk kos marketing. Dan mereka juga sanggup menunggu untuk konten yang dicipta mampu mendatangkan jualan pada bisnes. 

Usahawan yang luar biasa, akan buat paid ads dan content marketing serentak dan tidak mengharapkan salah satu komponen tadi mendatangkan hasil. Kos terbaik untuk anda laburkan pada paid ads adalah serendah RM50 sehari atau RM1,500 sebulan. 

Memandangakan bisnes anda adalah bisnes makanan, paid ads yang anda jalankan wajib fokus pada lokaliti dan menggalakkan pelanggan untuk walk-in dan beli makanan atau minuman di premis anda. 

Sekiranya bisnes makanan anda belum ada infra yang tepat, anda boleh guna Yezza Store dan muat naik semua produk makanan yang anda jual supaya pelanggan tahu dan boleh buat pembelian secara terus.

3. Tetapkan Kadar Delivery Berpatutan

contoh delivery fee

Salah satu cara untuk naikkan jualan bisnes makanan adalah dengan jual kepada lebih ramai pelanggan yang berada 5KM di luar lokasi kedai anda. 

Untuk tetapkan kadar delivery yang berpatutan, anda perlu letak satu amaun untuk pelanggan yang beli dalam radius 5KM terlebih dahulu.

Contohnya, anda boleh tetapkan kadar delivery RM6 untuk pelanggan dalam lokasi 5KM. Kadar delivery ini anda boleh tolak sedikit dari margin anda. 

Syarat untuk subsidi atau tolak kadar delivery dari margin adalah, setiap order itu mesti mempunyai kadar margin di antara RM20-RM30.

Kurang daripada itu, akan membahayakan kadar margin keuntungan perniagaan anda. 

4. Pilih Channel Yang Betul

ecommerce sales di apple watch

Kesilapan ramai peniaga bisnes makanan viral adalah, mereka tidak tahu channel yang paling sesuai untuk marketing. Dalam konteks paid ads dan content marketing, kedua-duanya ada kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.

Sebagai pemula, anda perlu pilih satu channel sahaja dan bina content marketing di channel itu dahulu. Content marketing memerlukan masa yang lama, tetapi jika jenis konten anda itu tepat, bagus dan unik, produk anda boleh viral dalam masa kurang 30 hari. 

Baca : 11 Step Cara Naikkan Sales Di Instagram Dalam 30 Hari

Jenis content marketing digunakan DurianX KL adalah :- 

  • Masalah audiens – faedah produk
  • Sebelum vs selepas – perubahan hidup
  • Bagaimana produk DurianX selesaikan masalah 

5. Guna Minima Dua Jenis Konten

Dalam dunia digital, ada banyak jenis konten yang anda boleh guna untuk terbitkan di sosial media.

Tapi, untuk bisnes makanan viral, apa yang anda perlukan adalah gambar dan video sahaja. Anda perlu kenal pasti konten jenis gambar atau video yang memberi impak besar pada channel sosial media yang anda gunakan. 

Angle untuk jenis konten yang digunakan DurianX KL adalah :- 

  • ‘How-to’ – Ini cara untuk
  • ‘Know-how’ – Ketahui bagaimana

Selepas menggunakan angle konten ini, DurianX KL telah menggunakan paid advertising menerusi Facebook Ads & Instagram Ads.

Dan hasilnya, mereka capai jualan yang luar dari biasa dalam tempoh yang sangat singkat. 

6. Ada Sumber Untuk Bina Konten

tiktok creative center
Kredit : TikTok

Cara paling cepat untuk belajar adalah dengan melihat orang lain. Dalam konteks mencipta konten untuk menjual, anda perlu tahu teknik, strategi dan teknikal di sebalik penciptaan konten yang mampu mendatangkan jualan yang besar. 

DurianX KL menggunakan dua sumber untuk mencipta konten yang kreatif untuk iklan berbayar di Facebook dan Instagram. Dua sumber itu adalah :- 

  • FB Ads Library 
  • TikTok Creative Center 

Dua platform ini membolehkan anda melihat jenis konten dan iklan berbayar yang dijalankan pesaing, brand dan jenama besar yang lain di seluruh dunia secara percuma! 

7. Buat Iklan Berbayar

Untuk dapat hasil yang luar biasa, anda tak boleh buat usaha yang sama dan harapkan hasil yang luar biasa.

Dalam konteks menjual makanan, anda perlu keluarkan kos marketing dengan buat iklan berbayar pada platform sosial media yang tepat seperti Facebook, Instagram atau TikTok.

Lakukan kajian terhadap jenis kreatif yang memberi impak kepada audiens samada kreatif berbentuk komersial atau UGC.

Jenis konten yang DurianX KL gunakan untuk iklan berbayar adalah :-

  • Demonstrasi – Cara buka durian Musang King 
  • Demonstrasi – Cara kenal durian Musang King original 

Baca : 7 Cara Promote Barang Secara Online Dengan Digital Marketing

8. Eksperimen Kreatif Di Sosial Media

Objektif utama kenapa anda disarankan bereksperimen dengan konten kreatif di sosial media untuk memberi value kepada audiens dalam bentuk :- 

  1. Impian
  2. Harapan
  3. Perubahan hidup
  4. Penyelesaian masalah

ig reels instagram durianx

Disebabkan itu, anda perlu sentiasa bersedia dengan 3-4 jenis kreatif aset yang berbeza untuk diuji cuba pada platform sosial media.

Cara eksperimen yang digunakan DurianX KL adalah dengan menukar kreatif konten baharu setiap 3 hari. 

Baca : Panduan Pilih POS Sistem Restoran Untuk Naikkan Untung 3X

Kesimpulannya, resepi untuk berjaya dalam bisnes makanan viral terletak pada cara fikir yang betul, produk yang tepat dan penggunaan software bisnes yang betul seperti Yezza di samping strategi kreatif konten pada platform sosial media yang tepat.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *