Home » Media Sosial » 11 Step Cara Naikkan Sales Di Instagram Dalam 30 Hari
cara naikkan sales di instagram

11 Step Cara Naikkan Sales Di Instagram Dalam 30 Hari

Wujud banyak teknik dan mazhab dalam cara naikkan sales di Instagram. Buat pengetahuan anda, Instagram adalah platform sosial media yang tepat dan ampuh kalau anda berhasrat untuk mula menjual secara online di sosial media.

Ikut semua step-by-step cara naikkan sales ini secara organik dan secara online ads (berbayar) supaya anda tahu cara menjual yang betul dan tinggalkan teknik menjual yang salah. 

Apa Itu Instagram?

instagram apps
Kredit : Emerging Ed Tech

Instagram adalah sebuah aplikasi smartphone untuk perkongsian gambar dan video secara sosial yang ditubuhkan pada tahun 2010 oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger.

Instagram kemudiannya dibeli oleh Facebook Inc pada tahun 2012 dan pada hari ini dikenali sebagai Meta.

Instagram boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store untuk peranti Android dan Apple Apps Store untuk peranti jenis iPhone. 

Semenjak pelancarannya lebih 10 tahun yang lalu, peratus pengguna aplikasi Instagram telah meningkat tahun demi tahun.

Tahukah anda, Instagram mempunyai hampir 1 billion pengguna merangkumi 170 negara dan merentasi 7 benua. 

Kenapa Menjual Di Instagram?

Instagram dikatakan aplikasi paling popular dan paling tinggi jumlah muat turun untuk peranti jenis Android dan iPhone sepanjang tahun 2017 – 2020.

Boleh dikatakan 1 daripada 8 penduduk dunia memiliki sekurang-kurangnya satu akaun Instagram. Ada empat sebab kenapa anda perlu menjual di Instagram. 

Interaksi Secara Langsung Dengan Pelanggan

Semenjak era globalisasi digital secara mega, brand dan bisnes kini boleh berinteraksi secara langsung dengan semua pengguna dan pelanggan mereka tidak seperti sebelum zaman wujudnya smartphone. 

Hari ini, seorang pelanggan boleh berinteraksi dengan informasi terkini yang anda terbitkan di akaun rasmi Instagram milik brand atau bisnes anda.

Dengan cara ini, pengguna dan pelanggan kepada produk atau servis anda berasa lebih dekat dengan anda. 

Platform Sosial Media Utama Di Dunia

Instagram adalah salah satu dari aplikasi sosial media utama di dunia dengan pengguna hampir 1 billion setakat tahun 2021 dan duduk pada tempat ketiga di belakang TikTok dan Facebook. 

Data ini jelas menunjukkan, brand dan bisnes anda mempunyai potensi yang lebih besar untuk capai lebih ramai pelanggan sebenar kerana kolam audiens di dalam platform ini sangat besar. 

Cipta Komuniti

Siapa sangka, dengan aplikasi Instagram, anda boleh cipta komuniti dengan mudah menerusi hashtag dan berhubung dengan lebih ramai orang menerusi IG Live dan juga berinteraksi dengan komuniti anda menerusi IG Story. 

Boleh Jual Secara Langsung

Salah satu fungsi yang wujud pada Instagram yang ramai orang tidak tahu adalah Instagram Shop.

Fungsi ini boleh diakses dengan Instagram Business di mana anda boleh muat naik gambar dan video untuk produk katalog anda sebagai tatapan pada prospek dan pelanggan sebenar di Instagram. 

Anda juga boleh menjalankan iklan berbayar menerusi Instagram Ads dan tarik trafik audiens di Instagram yang berminat dengan produk atau servis anda untuk membeli secara online menerusi :- 

  • WhatsApp 
  • Direct Message 
  • Website ecommerce 

Gerak Kerja Menjual Di Instagram

Sebelum mula menjual di Instagram, seorang peniaga online, content creator bahkan digital marketer perlu rangka 4 jenis gerak kerja supaya proses menjual itu menjadi licin dan efisien. 

1. Rangka Content Planning 

instagram content planner
Kredit : Social Media Examiner

Objektif merangka content planning adalah supaya brand atau bisnes anda mempunyai konten kalendar yang tepat dan berkaitan dengan produk atau servis yang anda jual di dunia sebenar. 

Intonansi, mesej dan jenis konten yang anda hendak terbitkan di platform Instagram juga mesti selari untuk setiap jenis konten supaya audiens di Instagram tahu bahawa konten tersebut adalah identiti brand dan bisnes anda. 

2. Naikkan Follower Sebanyak Mungkin

instagram live
Kredit : Oberlo

Dalam dunia sosial media, jumlah follower yang ramai tidaklah terlalu signifikan.

Dan kejayaan anda dalam menjual di Instagram sebenarnya tidak ditentukan berdasarkan berapa ramai jumlah follower yang brand atau bisnes anda ada di Instagram. 

Akan tetapi, jumlah follower yang ramai boleh mendatangkan satu keyakinan dan kepercayaan kepada audiens yang akaun rasmi Instagram anda adalah benar, sah dan bukan scammer!

Naikkan follower secara organik di Instagram dan jangan sesekali membeli follower kerana 99% kes orang yang membeli follower untuk akaun Instagram mereka berakhir dengan penipuan dan kekesalan. 

Baca : 7 Cara Naikkan Follower Di Instagram Anda Dalam 30 Hari

3. Cipta Spesifik Hashtag Untuk Brand

instagram hashtag
Kredit : Dive Hive

Setiap brand atau bisnes memerlukan identiti yang tersendiri supaya audiens tahu kekuatan dan mampu memahami secara mudah akaun Instagram anda.

Hashtag membantu audiens menyemak kemaskini terkini akaun Instagram anda dan mengikuti kempen yang anda jalankan secara lebih dekat. 

4. Rangka Caption Untuk Setiap Posting

instagram caption
Kredit : Gadget To Use

Dua asas kepada digital marketing adalah untuk mengubah persepsi audiens terhadap brand anda dan kedua, capai objektif asal (conversion) seperti sales, database, subscriber dan sebagainya. 

Caption yang anda tulis di Instagram mestilah memotivasikan audiens untuk membeli produk anda, menggunakan khidmat servis anda atau sekurang-kurangnya meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan audiens terhadap brand dan bisnes anda. 

Untuk mencapai tahap penulisan caption yang baik, anda perlu berlatih menulis caption setiap hari kerana menulis adalah skill yang boleh diasah dengan latihan yang betul. 

Cara Naikkan Sales Di Instagram Secara Organik

Nama lain bagi organik adalah zero kos marketing dan cara naikkan sales di Instagram dengan teknik ini terbukti berkesan untuk jangka masa panjang dan menjimatkan kos. Malangnya, teknik naikkan sales ini memakan masa yang lama untuk mula menampakkan impak. 

5. Gambar Faedah Produk

Untuk memotivasikan audiens membeli produk atau menggunakan khidmat servis yang anda tawarkan, anda perlu fokus pada mengedar gambar faedah produk.

Maksud lain faedah produk adalah, gambar yang menunjukkan perubahan hidup yang akan dialami audiens selepas menggunakan produk atau servis anda. 

Dengan cara ini, audiens akan dapat membuat gambaran secara visual faedah yang produk atau servis anda tawarkan.

Tips untuk gambar, gunakan gambar dengan resolusi tinggi dengan sudut yang tepat untuk menampakkan produk anda secara tidak langsung. 

6. Copywriting Yang Menggalakkan Interaksi

Dalam teknik menulis copywriting dan caption di Instagram, seorang peniaga online atau content creator perlu fokus pada ayat yang memotivasikan audiens untuk beli produk yang anda jual atau guna khidmat servis yang anda tawarkan. 

Dengan formula copywriting yang betul seperti AIDA, PASTOR dan Before-After-Bridge, sekurang-kurangnya anda boleh buat audiens yang membaca caption posting Instagram anda menjadi lebih bijak.

Cara seterusnya adalah dengan menggalakkan interaksi dengan audiens dengan bertanya soalan. 

7. Buat Kempen & Giveaway

Cara yang paling konvensional dan mampu mendatangkan impak yang drastik kepada jualan di sosial media, adalah dengan membuat kempen atau giveaway di Instagram. 

Anda boleh ikut kempen yang dijalankan marketplace seperti Shopee, Lazada dan sebagainya atau buat satu kempen eksklusif sempena dengan tarikh-tarikh penting dalam kalendar Malaysia. 

Teknik giveaway pula, anda boleh galakkan audiens untuk ikut arahan anda seperti Like dan Comment pada posting Instagram anda supaya reach dan engagement itu berjaya masuk ke ruangan Explore.

Kemudian, beri hadiah atau cabutan bertuah pada pemenang bertuah, pemenang terpantas atau pemenang yang paling kreatif. 

8. Guna User-Generated-Content

syafiqah ghazali ml studiio ugc malaysia
Kredit : ML Studio

User-generated-content (UGC) adalah satu konten yang dibuat dan dimuat naik ke platform Instagram oleh audiens atau pengguna produk dan servis anda. 

UGC boleh datang dalam bentuk gambar dan video yang menerangkan cara menggunakan produk/servis kebaikan dan manfaat produk atau perkongsian pengalaman sebenar menggunakan produk atau servis anda. 

Konten jenis UGC sangat efektif untuk meningkatkan jualan kerana audiens inginkan feedback sebenar dari audiens sebenar berbanding konten yang dibuat oleh brand atau bisnes itu sendiri atas faktor kepercayaan. 

Cara Naikkan Sales Di Instagram Dengan IG Ads

instagram ads
Kredit : Oberlo

Ada cara naikkan sales di Instagram yang lebih efektif cepat, mudah dan efisien berbanding cara organik dengan menggunakan Instagram Ads.

Akan tetapi, teknik ini memerlukan anda mengeluarkan kos iklan bergantung kepada kemampuan bajet marketing anda. 

9. Target Iklan Pada Follower Anda

Dengan menggunakan Instagram Ads, anda mampu paparkan iklan tentang produk atau servis anda pada audiens yang lebih tepat sebagai contoh, follower yang follow dan berinteraksi dengan posting anda di Instagram. 

Anda boleh tetapkan kos permulaan sebanyak RM30 sehari dan naikkan bajet selepas tujuh hari sekiranya iklan itu mendatangkan impak yang positif dari sudut sales. 

10. Target Lookalike Audiens Dari Follower Anda

Teknik seterusnya adalah dengan memaparkan iklan tentang produk atau servis anda kepada lebih ramai audiens yang mempunyai tingkah laku dan minat yang sama dengan follower anda di Instagram. 

Anda boleh capai 1% sehingga 10% audiens di luar follower anda dan setiap mesej yang anda tetapkan pada mereka mestilah berlainan antara satu sama lain kerana secara logiknya, golongan ini tidak mengenali secara detail brand atau bisnes anda dan mereka perlukan lebih informasi. 

11. Buat Kempen Retargeting Pada Prospek

Ada logik dan sebab kenapa audiens atau follower yang telah melihat iklan berbayar anda di Instagram, tidak membuat pembelian atau tempahan perkhidmatan di WhatsApp atau website e-commerce anda. 

Anda boleh buat satu iklan baru yang lebih spesifik kepada audiens yang telah klik link iklan Instagram anda dengan menawarkan diskaun tambahan atau freegift supaya mereka akhirnya termotivasi untuk membeli produk atau servis yang anda tawarkan. 

Biasanya, iklan jenis retargeting ini akan dibuat selepas audiens atau follower klik link iklan Instagram dalam masa 3 hari, 7 hari atau 30 hari bergantung kepada niche dan industri. 

Kesimpulannya, ada banyak komponen dan faktor yang menyebabkan orang membeli di Instagram. Jika anda serius nak tahu cara naikkan sales di Instagram, anda boleh mula dengan teknik organik sebelum menggunakan teknik berbayar menerusi Instagram Ads. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *