Home » Produk » 5 Cara Jual Barang Terpakai Secara Online Dalam 5 Minit
jual barang terpakai

5 Cara Jual Barang Terpakai Secara Online Dalam 5 Minit

Salah satu cara buat duit secara online yang paling popuar adalah dengan jual barang terpakai. Dalam proses jual barang terpakai, akan ada banyak cabaran dalam menjual lebih-lebih lagi jika anda menjual secara fizikal seperti di pasar malam, pasar tani atau car boot sales.

Cara paling mudah dan efektif sebenarnya adalah dengam menjual secara online.

Bayangkan, anda boleh jual apa sahaja barangan terpakai secara online seperti :- 

  • Bag
  • Buku
  • Perabot
  • Barang antik
  • Baju & seluar
  • Peralatan sukan
  • Aksesori kenderaan
  • Barangan elektronik
  • Barang kelengkapan rumah

Proses untuk menjual barang terpakai secara online sebenarnya mengambil masa kurang dari 10 minit.

Lebih cepat proses anda menjual barang terpakai itu, lebih cepat prospek akan hubungi anda dan lebih cepat anda buat sales dari jual barang terpakai tersebut. 

 

Apa Itu Barang Terpakai?

car booth sales
Kredit : Facebook

Barang terpakai atau turut dikenali sebagai preloved itam adalah bahasa pasar yang digunakan untuk menjelaskan tentang kondisi sebuah barang atau peralatan yang telah dimiliki seseorang dan digunakan untuk satu tempoh masa. 

Barang terpakai bukanlah barang ‘secondhand’ yang sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Sebaliknya, kondisi barang terpakai yang hendak dijual mestilah elok, utuh dan boleh memberi manfaat kepada orang yang bakal membeli dan menggunakannya. 

Dalam aktiviti menjual barang terpakai, ramai penjual yang cenderung untuk mengikuti car boot sales kerana budaya car boot sales semenjak dahulu berjaya menarik orang-orang yang gemar membeli barangan terpakai. 

Akan tetapi, sebenarnya ada lebih ramai orang yang berminat dan mempunyai duit untuk beli barang terpakai yang anda jual.

Malangnya, mereka tidak tahu lokasi, masa dan tarikh car boot sales yang anda sertai. Sebenarnya, anda boleh capai lebih ramai target audiens yang berminat dengan barang terpakai anda dengan menjual secara online!

Kenapa Jual Barang Terpakai Secara Online?

Penjual barang terpakai yang sudah bertahun-tahun menjual dengan teknik konvensional perlu sedar, ada tiga alasan kuat kenapa anda perlu mula menjual barang terpakai secara online. 

1. Capai Pelanggan Yang Betul

Daripada 1,000 orang yang datang ke sebuah car boot sales/pasar malam, berapa orang yang benar-benar datang untuk membeli barang yang anda jual?

Secara teknikal, sukar untuk anda dapat data yang tepat dari persoalan ini. Ini berbeza jika anda menjual secara online. 

Anda hanya perlu iklankan di marketplace yang betul atau bina website ecommerce dan tarik sebanyak mungkin trafik ke marketplace atau website ecommerce anda.

Dengan cara ini, anda mampu capai pelanggan yang betul dan potensi prospek yang ingin membeli lebih tinggi. 

2. Kos Lebih Jimat

Kos untuk iklankan barang terpakai di marketplace atau bina website ecommerce sebenarnya jauh lebih murah berbanding kos yang anda perlu keluarkan untuk sertai car boot sales/pasar malam. 

Hal ini kerana, anda tidak perlu membayar tapak, mengeluarkan kos ulang-alik dan juga menggajikan pekerja untuk menjaga tapak niaga anda.

Dalam menjual barang terpakai secara online, anda hanya perlu bayar kos iklan dan kos membina website sahaja. 

3. Jimat Masa

Sekiranya anda tetap berkeras untuk sertai mana-mana car boot sales/pasar malam, anda perlu tahu yang proses untuk memunggah, menyusun dan memunggah semula barang terpakai tersebut sangat memakan masa.

Dalam keadaan cuaca buruk, barang terpakai anda boleh rosak dan hilang sekiranya tidak dibungkus dengan plastik kalis air dan sebagainya. 

Dengan menjual barang terpakai secara online, anda tidak perlu berpenat lelah memunggah apa-apa barang dan barang terpakai yang dibeli pelanggan boleh terus dibungkus dan diserahkan kepada kurier/rider untuk dihantar pada alamat yang pelanggan tetapkan. 

 

Cara Jual Barang Terpakai Secara Online

Buat pengetahuan anda, ada empat cara jual barang terpakai secara online. Setiap cara bergantung kepada jenis produk, saiz dan kehendak pelanggan yang mencari barang terpakai tersebut. Anda boleh gunakan mana-mana cara yang bersesuaian dengan anda. 

1. Iklankan di Facebook Marketplace 

facebook marketplace malaysia

Facebook Marketplace adalah sebuah fungsi di dalam aplikasi Facebook yang membolehkan orang ramai beli dan jual barang baru dan barang terpakai secara mudah mengikut lokasi mereka.

Dengan Facebook Marketplace, anda boleh capai lebih ramai audiens yang berminat untuk membeli barang terpakai yang anda jual. 

Facebook mempunyai pengguna seramai 2.9 billion di seluruh dunia merentasi 7 benua dan 170 negara. Ini menunjukkan 2 daripada 8 penduduk dunia mempunyai Facebook dan potensi anda untuk menjual kepada pasaran antarabangsa juga sebenarnya luas dengan syarat anda menggunakan English dalam menjual. 

Semenjak wabak pandemik COVID-19 melanda global, Facebook Marketplace telah menjadi platform utama sebahagian besar rakyat dunia mencari barang yang berkualiti pada harga yang lebih berpatutan.

Malangnya, hanya pengguna Facebook yang berumur 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan untuk menjual dan membeli apa-apa barang/servis di Facebook Marketplace. 

2. Iklankan di Carousell

carousell malaysia preloved item

Carousell adalah aplikasi yang popular di kalangan penjual dan pembeli barang terpakai atau ‘preloved item’ di Malaysia.

Semenjak ditubuhkan pada tahun 2012, Carousell telah berjaya mendominasi pasaran B2C dan C2C di Singapura dan kini di rantau Asia Tenggara. 

Majoriti pengguna Carousell akan mencari barangan keperluan rumah, barangan elektronik atau apa sahaja barang yang tidak lagi dijual di pasaran.

Salah satu fungsi yang menarik pada aplikasi Carousell adalah, penjual barang terpakai boleh berunding dengan mana-mana pembeli untuk tawarkan harga yang lebih rendah. 

3. Menjual di Shopee

shopee malaysia preloved item

Shopee sebenarnya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana telah menjadi marketplace #1 di kalangan rakyat Malaysia untuk membeli pelbagai barangan, produk termasuk makanan dan minuman menerusi Shopee Food. 

Akan tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa mereka boleh jual barang terpakai atau ‘preloved item’ di dalam aplikasi Shopee.

Dengan anggaran trafik 55 juta sebulan ke Shopee oleh rakyat Malaysia, anda boleh gunakan Shopee sebagai platform menjual barangan terpakai anda. 

4. Menjual di Lelong.my 

lelong my preloved item

Lelong.my adalah salah satu aplikasi yang popular di kalangan penjual dan pembeli barang terpakai dan ‘preloved item’. Marketplace ini digunakan bukan sahaja penjual bahkan bisnes yang menjual produk dan servis. 

Di kalangan anak muda, Lelong.my mungkin kedengaran tidak popular, tetapi Lelong.my merupakan marketplace terawal yang wujud di Malaysia dan digunakan penjual dan pembeli yang berumur 30 tahun ke atas. 

Di marketplace ini, majoriti barangan yang dijual adalah smartphone, komputer, tablet, telefon, gajet, aksesori dan macam-macam lagi. 

5. Jual Secara LIVE di Sosial Media

jual barang ig live

Hari ini, majoriti peniaga online telah menggunakan sosial media seperti Facebook, Instagram dan TikTok sebagai platform utama untuk menjual.

Cara menjual paling ampuh di sosial media adalah menerusi LIVE seperti :-

  • TikTok LIVE.
  • Facebook LIVE
  • Instagram LIVE

Dikhabarkan, ramai peniaga online yang berjaya buat 6 angka dalam masa satu jam dengan menjual menerusi IG LIVE atau TikTok LIVE.

Ada banyak produk yang dijual antaranya pakaian, kosmetik, buku dan sebagainya. 

Semenjak tahun 2020, ramai penjual barang terpakai atau bundle turut menggunakan IG LIVE dan TikTok LIVE untuk menjual di sosial media dan perkara ini bukanlah baru dalam dunia bundle. 

6. Jual di Website Ecommerce Sendiri

buku ruas buku terpakai
Kredit : Buku Ruas

Peniaga yang lebih bijak, akan membina website ecommerce mereka sendiri selepas mengalami pelbagai cabaran dan kesusahan dalam proses promosi menggunakan marketplace dan sosial media. 

Kos untuk membina sebuah website ecommerce yang simple, cepat dan mudah seperti Buku Ruas yang menjual buku terpakai ini hanyalah RM50 sebulan dan kos ini termasuk dengan produk katalog, online payment, rider, shipping, sistem database pelanggan.

Kebaikan menjual barang barang terpakai menggunakan website ecommerce adalah, anda (penjual) boleh tetapkan :- 

  • Harga untuk rider dan shipping 
  • Chat dengan prospek jika ada pertanyaan 
  • Tutup dan buka kedai online bila-bila masa

Selepas selesai musim menjual barang terpakai, anda boleh gunakan website ecommerce yang sama itu untuk menjual barangan lain pula bergantung kepada pasaran dan permintaan semasa pelanggan pada ketika itu. 

Kesimpulannya, nak buat duit secara online tak semestinya kena jual produk orang lain. Boleh sahaja jika anda mula dengan jual barang yang ada di tangan anda terlebih dahulu dan jual barang terpakai tersebut. Dengan syarat, anda tahu cara jual barang terpakai secara online yang betul. 

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *