Home » Restoran » Panduan Pilih POS Sistem Restoran Untuk Naikkan Untung 3X
pos sistem restoran

Panduan Pilih POS Sistem Restoran Untuk Naikkan Untung 3X

Tahukah anda, dengan teknologi hari ini anda mampu ubah tab atau iPad dan smartphone nada menjadi peranti untuk POS sistem restoran.

“POS sistem yang betul akan bantu anda urus operasi harian restoran bermula saat pelanggan duduk di meja sampai pengurusan integrasi aplikasi tempahan makanan seperti GrabFood dan Foodpanda.”

Logiknya, apabila operasi harian restoran anda lancar, maka secara automatik bisnes akan dapat lebih banyak jualan dan untung. 

Sebelum itu, anda kena tahu dulu 3 cara bagaimana POS sistem untuk restoran boleh mengubah landskap bisnes F&B anda. 

Apa Itu POS Sistem? 

POS sistem atau ‘point-of-sales’ sistem adalah tempat di mana pelanggan membuat pembayaran atas produk dan servis yang bisnes anda tawarkan. 

POS sistem juga membolehkan pelanggan membuat pembayaran secara online dengan fungsi payment gateway menerusi pengimbasan bar kod atau terminal kad debit / kredit. 

Secara kasar, POS sistem membantu proses jualan untuk pelbagai jenis bisnes, niche dan industri. POS sistem lazimnya digunakan industri F&B dan perhotelan. 

Baca : 8 Cara Capai RM100,000 Pertama Dengan Bisnes Makanan Viral

Adakah POS Sistem Akan Bantu Restoran? 

pos sistem restoran

Jawapannya ya. Dengan POS sistem, restoran anda mendapat 3 faedah yang besar iaitu :- 

1. Dapatan Data & Informasi Produk & Servis 

Anda akan dapat data dan informasi secara detail dan tepat akan trend produk dan servis yang dibeli atau ditempah pelanggan. 

Dengan data dan informasi ini, anda boleh buat keputusan bisnes yang lebih tepat di masa hadapan.

2. Efisienkan Operasi Harian Tanpa Kesilapan Manusia 

Musuh utama operasi bisnes F&B adalah kesilapan yang dilakukan staf yang akhirnya menyebabkan bisnes mengalami kerugian dalam sudut imej dan jualan. 

Dengan POS sistem yang betul, restoran mampu meminimakan kebergantungan manusia untuk urusan rutin seperti semakan jualan, semakan stock take dan lain-lain. 

3. Tahu Trend & Tingkah Laku Pelanggan Restoran Anda

Pengurus restoran dan pemilik F&B yang bijak, mampu membaca trend dan tingkah laku pelanggan mereka dengan baik. 

Lazimnya, trend pelanggan yang ‘walk-in’ pada waktu hujan lebih rendah dan pelanggan yang tempah makanan secara online pada waktu puncak lebih tinggi berbanding luar waktu puncak.

Baca : Teknik Tepat Pengiraan Kos Makanan Untuk Restoran dan F&B

Panduan Pilih POS Sistem Untuk Restoran 

pos sistem restoran

Untuk rekod, ada 3 fungsi asas dalam POS sistem yang akan lajukan proses harian restoran anda. Fungsi tersebut adalah :- 

  • Kedai Online 
  • Pesanan Meja QR
  • Urus Order Dalam 1 Tempat 

Baca : Ciri-Ciri Software Restoran Untuk Order dan Dapur (2023)

1. Kedai Online 

Untuk mengembangkan skala bisnes F&B anda, syarat pertama adalah anda perlu wujudkan kedai online terlebih dahulu. 

Kedai online adalah platform di mana pelanggan boleh melihat makanan anda pada menu katalog, membuat pembayaran secara online dan akhir sekali menempah servis penghantaran makanan menerusi Lalamove, Grab Express dan sebagainya. 

2. Pesanan Meja QR 

Ini merupakan fungsi yang membolehkan pelanggan yang ‘walk-in’ membuat tempahan makanan dan membuat pembayaran secara online tanpa perlu ada interaksi dengan staf restoran anda. 

Fungsi ini juga membolehkan anda menjual makanan tanpa had dan pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan makanan berbanding merujuk menu katalog fizikal.

3. Urus Order Dalam 1 Tempat 

Agak sukar untuk mengurus tempahan makanan bilamana anda menjual secara online di lebih daripada 1 platform. Ini tidak termasuk dengan pelanggan yang order makanan secara ‘walk-in’.

POS sistem untuk restoran membolehkan anda mengurus tempahan makanan dari pelanggan dari pelbagai platform menerusi satu 1 tempat sahaja. 

Dengan cara ini, anda dapat mengurangkan masa untuk menyemak tempahan dari pelbagai platform dan sekaligus mengurangkan kesilapan yang mungkin anda atau staf lakukan.

Baca : 3 Cara Kurangkan Pembaziran Makanan (Food Waste) Restoran

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *