Home » Restoran » Ciri-Ciri Software Restoran Untuk Order dan Dapur (2023)
software restoran

Ciri-Ciri Software Restoran Untuk Order dan Dapur (2023)

Bercakap tentang perniagaan restoran dan F&B, proses harian seperti mengambil pesanan di kaunter dan memasak di dapur tidak boleh ada silap. Software restoran yang betul sebenarnya mampu mengurangkan kesilapan manusia, masa, tenaga dan wang bisnes.

“Tahukah anda, sebuah software restoran akan bantu anda urus restoran bermula di kaunter sehingga hidangan sampai ke meja pelanggan.”

Malangnya, kebanyakan software sistem order restoran di pasaran banyak yang tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki restoran hari ini. 

Ada sistem restoran yang masih lagi menggunakan sistem 4 tahun – 5 tahun lepas dan gagal memenuhi keperluan dan kehendak bisnes F&B hari ini yang kompetitif. 

Untuk info, ada 6 ciri-ciri software restoran yang bagus dan terbukti menjadikan proses operasi harian restoran 4X efisien dan naikkan margin untung. 

Apa Itu Software Restoran? 

Software restoran adalah satu sistem integrasi yang menyatukan proses operasi di kaunter untuk order dan di dapur dalam satu tempat. 

Software restoran dibina untuk mengurangkan kesilapan manusia dalam membuat tempahan dan melajukan proses tempahan dam penerimaan maklumat di dapur. 

Dalam segmen pelanggan pula, software restoran membolehkan pelanggan membuat tempahan, membuat bayaran dan mengurus tempahan menggunakan smartphone sahaja dengan interaksi minimum. 

Apa Itu Sistem POS Restoran? 

sistem pos restoran

Sistem POS adalah ‘point-of-sales’ sistem yang membolehkan F&B anda menerima pembayaran dari pelanggan dan menyemak jualan harian, mingguan dan bulanan F&B.

Hari ini, sistem POS Restoran adalah satu sistem yang wajib dalam melicinkan proses jualan F&B untuk kedua-dua jenis ‘virtual-restoran’ dan fizikal restoran. 

Baca : Panduan Lengkap Cara Jual Makanan Secara Online

8 Kelebihan Sistem POS Restoran 

Buat pengetahuan anda, ada 7 kelebihan sekiranya restoran atau bisnes F&B anda menggunakan sistem POS restoran iaitu :- 

  • Pilihan menu tanpa had 
  • Pengurusan meja restoran
  • Pilihan pembayaran online  
  • Pengurusan staf dan masa kerja 
  • Report akaun yang lebih sistematik
  • Semak stok dan inventori makanan
  • Integrasi dengan sistem order online
  • Semak & buat perubahan secara LIVE

Baca : Panduan Pilih POS Sistem Restoran Untuk Naikkan Untung 3X

Kenapa Restoran Perlu Gunakan Software?

Seperti yang kita sedia maklum, digitalisasi adalah hasil produk terbaru dari modernisasi. Impak digitalisasi dalam perniagaan restoran adalah :-

  • Melajukan proses tempahan dari pelanggan 
  • Mengurangkan kebergantungan pekerja di kaunter 
  • Selaraskan tempahan di antara kaunter dan dapur 
  • Kumpul segmen data pelanggan untuk promosi masa depan

1. Urus COGS Menu 

COGS adalah ‘cost of good sold’ dan dengan software yang betul, pengurus restoran & pemilik F&B boleh pantau berapa jualan dari COGS.

Fasa seterusnya adalah, mengurangkan kos COGS setiap menu makanan supaya bisnes boleh tinggikan margkin. 

2. Panduan Kembangkan Restoran 

Dengan adanaya software restoran dalam menguruskan operasi dan sistem jualan, usahawan restoran mempunyai sistem kerja yang betul untuk mengembangkan lagi restoran samada dalam bentuk jumlah meja atau membuka cawangan seterusnya. 

3. Kurangkan Rugi Restoran Anda 

Kesilapan majoriti usahawan restoran adalah, mereka tidak tahu berapa yang mereka rugi dan bagaimana untuk kurangkan kerugian.

Dengan software restoran, anda mampu semak prestasi jualan, food waste, trend pelanggan dan penyata jualan untuk buat keputusan bisnes yang lebih bijak.

Baca : Teknik Tepat Pengiraan Kos Makanan Untuk Restoran dan F&B

6 Ciri-Ciri Software Restoran Yang Betul 

Kaunter 

software restoran

Urus Tempahan Meja – Urus tempahan dari pelanggan di kaunter atau QR dalam satu sistem sahaja

Integrasi Sistem Penghantaran – Setiap order online akan dihantar menerusi Lalamove secara automatik 

Dapur 

software restoran untuk dapur

PAR Levels – Semak stok bahan makanan utama dalam sistem online 

Stok Inventori – Lajukan proses stock take di dapur menjadi lebih telus & efisien 

Purchase Order – Integrasi pembelian dengan pembakal makanan dengan WhatsApp 

Laporan Untung Kasar – Semak untung kasar bila-bila masa dengan fungsi Recipe Book 

Kelebihan Guna Software Restoran Yang Betul 

Restoran anda boleh urus stok bahan makanan harian berdasarkan PAR Levels dan buat Purchase Order dengan pembekal hanya dalam satu klik. 

Anda juga akan dapat notifikasi bahan makanan dan jumlah yang diperlukan untuk restock semula setiap hari bergantung kepada stok sedia ada.

Seterusnya, anda boleh pantau turun naik harga bahan makanan di pasaran di dalam software tersebut dan buat keputusan yang betul untuk beli pada kuantiti minimum atau bulk-purchase. 

Akhir sekali, laporan COGS yang lengkap mengikut kategori makanan akan dikeluarkan sistem restoran tersebut tanpa anda perlu tunggu kerani siapkan laporan tersebut. 

Baca : 8 Cara Capai RM100,000 Pertama Dengan Bisnes Makanan Viral

Software Sistem Order Terbaik di Malaysia 

software restoran

Terkini, Yezza memperkenalkan sistem pengurusan restoran yang paling tepat untuk semua restoran di Malaysia dengan fungsi :- 

  1. Mobil POS Sistem – Hanya guna smartphone / iPad 
  2. Kedai Online – Bina kedai online untuk restoran anda 
  3. Tempahan Meja QR – Terima pesanan & pembayaran di meja 
  4. Pengurusan POS – Urus tempahan untuk kaunter & dapur dalam 1 tempat

Sistem pengurusan order di kaunter dan dapur restoran anda akan menjadi 4X lebih efisien dan kurang kesilapan manusia. 

Cuba Restoran OS ini sekarang dan naikkan sales restoran anda.

Mehmed Aezhad

Menulis konten digital sebenar yang diperlukan solopreneur dan usahawan untuk menjadi wirausahawan.

Post navigation

Leave a Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *